Thursday, 31 October 2019

Kesemua parti politik hanya peralatkan orang melayu

Yang sebenarnya kita bukan masih lagi ada darah umno tetapi kita masih kuat darah melayu.

Dulu kita menolak umno kerana pemimpin sudah alpa dan mengabaikan orang melayu.

Kita pejuangkan hak orang melayu bukan bermaksud kita terhegeh hegeh dengan umno tetapi sebaliknya umno yang memerlukan orang melayu untuk menang pilihanraya.

Umno sekiranya mahu berkuasa, mereka perlukan sokongan orang melayu.

Tanpa melayu, umno cuma hanya lah sebuah parti sahaja seperti bersatu, amanah dan pas juga.

Tiada siapa yang boleh menafikan setiap parti tersebut amat memerlukan sokongan orang melayu.

Malah PKR yang dikatakan parti perbagai kaum itupun terpaksa meletakkan calon melayu dikawasan pengundi melayu.

Sebenarnya orang melayu mempunyai kuasa pengundi yang kuat, cuma sahaja orang melayu telah dipecah pecahkan oleh pemimpin melayu yang mahu kuasa.

Secara tidak langsung orang melayu telah berjaya di pecahkan kepada 2 kelompok.

Yakni kelompok pertama yang masih ada perasaan cintakan agama dan kelompok kedua ialah kelompok liberal yang tidak mahu agama mengganggu kehidupan mereka.

Kelompok liberal ini amat bersatu dalam pemikiran mereka manakala kelompok yang masih islam ini pula dipecah pecahkan pula kepada beberapa pemikiran kepartian.

Dalam parti pula dipecahkan lagi kepada dua kumpulan agar kelompok islam ini supaya jangan bersatu dan tidak menjadi kuat.

Itulah sebabnya apabila pas dan umno mahu bergabung kesemua musuh islam dan melayu liberal membangkang sekuat tenaga mereka.

Mereka tahu dengan penyatuan dua kelompok besar melayu ini agak sukar untuk menguasai negara ini.

Berbalik kepada isu anwar menjadi pm8, sebenarnya yang berjanji dan terikat dengan perjanjian adalah pemimpin pemimpin parti.

Ia tiada kena mengena dengan rakyat. Yang bergaduh dan berebut kuasa pun adalah pemimpin parti.

Cuma sahaja rakyat melihat mereka seperti badut badut sarkas sahaja sekarang ini.

Yang seorang sudah tidak sabar manakala yang sorang lagi minta masa lagi.

Apabila bersama mereka seolah olah tiada masalah tetapi orang orang mereka masih lagi bercakaran tak sudah sudah.

Kedua dua penyokong tokoh tersebut cuba mempengaruhi rakyat agar bercakaran supaya menyokong tokoh masing masing.

Sebagai rakyat kami hanya memilih calon parlimen dan calon adun sahaja, manakala calon perdana menteri adalah kuasa mutlak yang dipertuan agung untuk memilih.

Maka cukup cukuplah memanaskan suasana negara dengan isu tersebut tetapi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal yakni membela nasib rakyat terutama nasib orang melayu ini.

Negara kita sebenarnya agak mirip dengan negara british dari segi warlord warlord yang begitu berkuasa mempengaruhi politik negara.

Tambahan kepada perkara tersebut taikun taikun perniagaan juga mempunyai pengaruh dalam menentukan kemenangan kepada satu satu parti.

Rakyat bawahan sebenarnya sebagai pelengkap sistem demokrasi sahaja.
Sebenarnya rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa perdana menteri.

Parti parti politik yang meletakkan calon bakal perdana menteri kita sekiranya parti mereka menang sebagai kerajaan.

Seandainya suatu masa nanti kedua dua blok parti politik meletakkan calon bakal perdana menteri yang tidak disukai oleh rakyat sekalipun kita tidak boleh berbuat apa apa.

Sekiranya kita memulaukan pilihanraya sekalipun sistem tetap terus dijalankan samada kita turut serta ataupun tidak.

Lebih panas klik sini

Wednesday, 30 October 2019

Sokong bawa rebah

Warga china yang tidak dapat dikesan setelah menyusup masuk ke dalam negara masih lagi tidak mendapat perhatian dari pihak berkuasa.

Setiap penggal pru pengundi kaum cina semakin ramai yang mendaftar untuk mengundi.

Pada tahun 2008 jumlah pengundi pakatan harapan melebihi pengundi barisan nasional dan BN masih menang kerana kelebihan kerusi parlimen.

Pada 2013 BN jatuh dan PH menang dengan kelebihan kerusi dan kelebihan jumlah pengundi.

Rata rata kaum cina hanya mempunyai 2 orang anak berbanding orang melayu yang rata mempunyai 3 ke 5 orang anak, namun peningkatan pengundi cina meningkat secara drastik.

Ini bukanlah kerana faktor kesedaran  untuk mendaftar pengundi tetapi kerana terdapatnya lambakan pengundi.

Diharap pihak berkuasa seperti spr dapat membuat kemaskini daftar pengundi dan membuat pemeriksaan samada benar mereka adalah rakyat malaysia yang lahir didalam negara ini.

Kita tidak mahu orang luar menentukan siapa yang menjadi kerajaan didalam negara ini.

Mereka yang menyokong dap sudah pasti mempunyai sebab musabab mereka yang tersendiri.

Manakala kita yang tidak menyokong juga mempunyai sebab kita yang tersendiri.

Takkan lah kita mahu menyokong orang yang begitu benci kepada kita?

Semasa BN memerintah dulu kita sudah memberitahu mereka berkenaan lambakan pengundi cina namun pemimpin BN terlalu sayang kepada mca dan agak takut mca berkecil hati sekiranya kita asyik mengganggu pengundi cina.

Sekarang PH juga agak malu malu untuk membuat pemeriksaan keatas pengundi cina yang tidak tahu berbahasa melayu itu.

Nampaknya kaum cina sudah menjadi bangsa kelas pertama yang tidak boleh disentuh walaupun mereka melakukan jenayah dan penipuan.

Nak marah Dap beria ria pun tak boleh juga kerana sewaktu kerajaan melayu memerintah, mereka terlalu bagi ruang kepada parti tersebut untuk berleluasa.

Malah ada kejadian dimana ahli dap mendapat kontrak untuk menjadi supplier alat tulis di pejabat umno.
Nasihat saya kepada pemimpin melayu.

Ayam sabung jangan dicabut taji nya, esok nak berlaga tinggal paruh.

Dulu sewaktu Tun mahu menyertai pakatan harapan kita sangkakan Tun mampu untuk menyamak dap tapi nampaknya semakin tebal pula tanah yang perlu digunakan.

Tun nampaknya hanya mampu bertahan sahaja... 

Kita tidak nampak selepas ini siapakah yang mampu untuk menggerakkan perjuangan ini ke hadapan...

Saya merasakan Tun adalah benteng terakhir orang melayu...

Yang ada disekeliling Tun  pula nampaknya seperti sokong bawa rebah saja...

Tuesday, 29 October 2019

Parti parti melayu perlu tangkas bertindak dan cerdas berfikir

Sumber alam kepunyaan negeri, sultannya orang melayu, menteri besarnya orang melayu, pegawai kerajaan orang melayu, kontraktor yang takde kerja pun ramai orang melayu tapi yang masih takde rumah pun ramai orang melayu.

Apa yang tak kena dengan negara ini?

Rosakkan akhlak pemimpinnya, rosakkan pemikiran orang mudanya maka mudahlah negara itu dijajah.

Andaikata orang melayu yang tinggal di palestin mungkin dalam masa sekejap sahaja yahudi sudah mendapat seluruh negara palestin tanpa berperang.

Bayar sahaja kepada pemimpinnya habis tergadai semua.

Parti parti melayu sebenarnya sudah tidak mempunyai masa lagi untuk buat sesuatu bagi menyatukan pemimpin pemimpin mereka.
Mereka harus ingat Tun sudah berumur 94 tahun.

Sekiranya mereka masih berpecah belah dan berebut kuasa mungkin sudah terlambat untuk mengembalikan kuasa kepada orang melayu.

Sudah dapat kuasa jangan la pula lupa diri seperti yang lepas lepas.
Dap dilihat agak bersungguh sungguh mahu menyingkirkan Mahathir untuk digantikan dengan Anwar.

Mahathir agak kebal dan sukar untuk dijatuhkan, cuma kita khuatir Mahathir tidak sempat untuk melakukan sesuatu untuk orang melayu atas faktor usia.

Apa saja yang Mahathir mahu lakukan kita harap dapat dipercepatkan kerana masa bukan lagi sedang berjalan tapi sudah berlari.

Sebenarnya agak pelik sejurus lepas merdeka orang melayu masih terpaksa berjuang atas perkara yang sama. 

Nampaknya tidak ada kesudahan perjuangan orang melayu ini walaupun mempunyai pemimpin tertinggi dikalangan orang melayu juga.

Apabila ada orang melayu yang tidak suka melihat penyatuan melayu maka kita sudah boleh mengagak apa yang tak kena dengan pemikiran mereka.

Sekiranya Mahathir boleh bergabung dengan musuh orang melayu pada PRU dahulu maka apa salahnya untuk bergabung sesama melayu walaupun hati pernah terluka.

Monday, 28 October 2019

Mimpi ngeri buat Dap

Kit Siang teramat takut Mahathir akan mengharamkan DAP pada bila-bila masa atas alasan terlibat dengan keganasan LTTE sebaik selepas menasihati Agong membubarkan parlimen.

Lim tahu, sekiranya perkara ini berlaku, DAP akan terkubur buat selama-lamanya, manakala 32 ahli parlimen dari parti tersebut akan terpaksa bersekutu dengan serpihan parti PKR bawah naungan Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-15.

Atas sebab inilah beliau disyaki meminta Ronnie Liu mengkritik Mahathir dengan harapan ianya mampu memberi persepsi kepada ahli parlimen bahawa DAP “sudah tidak tahan lagi dengan Mahathir dan akan keluar dari PH tidak lama lagi.”

Lim mengharapkan persepsi ini akan memberanikan majoriti ahli parlimen untuk bersama Anwar dalam mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir sebelum Mahathir sempat menasihati Agong untuk membubarkan parlimen.

Lebih panas klik sini

Sunday, 27 October 2019

Penyakit pemimpin melayu

Orang melayu masih memerlukan satu parti yang perjuangkan hak orang orang melayu kerana negara ini bukan kepunyaan kita sepenuhnya.

Parti perbagai kaum hanya menyulitkan permintaan orang2 melayu untuk dipenuhi oleh kerajaan.

Buktinya terlalu jelas apabila duduk didalam parti perbagai kaum, suara bukan melayu mempengaruhi keputusan pemimpin melayu dalam membuat dasar yang menjurus kepada kebaikan orang melayu.

Walaupun parti melayu tidak mampu sepenuhnya untuk mengangkat kedaulatan kerajaan melayu namun ia masih mampu bersuara dan akan mendapat jalan tengah apabila isu perkauman timbul.

Ini berbeza dengan parti perbagai kaum, dimana nak sebut perkataan melayu pun mereka tidak berani.

Sekiranya penyakit utama orang melayu bawahan dikatakan adalah MALAS maka penyakit melayu atasan adalah RASUAH...

Kedua duanya adalah penyakit yang sukar untuk diubat...

Kita masih tidak mempunyai pemimpin yang benar benar ikhlas untuk memberi ubat yang baik untuk kedua dua penyakit tersebut...

Penyakit ini tidak mampu untuk sembuh sendiri kerana antibody melayu sudah terlalu lemah.

Antibiotik perlu diberi tapi malangnya ubat kuat pula yang diambil...

Saturday, 26 October 2019

Bagi mereka teguran rakyat diibaratkan sebagai nyamuk

Pengikut Dajjal tu pun manusia juga. Sudah tentulah berlaku juga gaduh sesama sendiri apabila melibatkan pangkat dan kuasa.

Dunia ini hanya menerima orang yang paling kuat untuk menjadi ketua.

Sekarang adalah battle of the Three Kingdom.

Siapa yang paling kuat dialah raja...

Ada yang mahu menonjolkan keakrabannya dengan dajjal apabila membuat lambang dajjal sebagai logo parti mereka.

Namun ia bukanlah penentu kepada kelunakan orang kanan dajjal untuk meletakkan mereka sebagai pemimpin negara dengan mudah.

Hanya pemimpin yang membuktikan mereka adalah musuh tegar Islam sahaja yang akan diangkat sebagai pemimpin.

Rata rata manusia dalam dunia ini cuba menonjolkan mereka adalah musuh islam, tidak ketinggalan juga terdapat ramainya melayu professional dan politician melayu yang dengan pantasnya menghentam Islam sebaik saja timbul isu yang melibatkan Islam.

Ianya terlalu terang dan nyata, cuma manusia yang berhati gelap tidak nampak akan cahaya yang sedang menyuluh kebenaran.

Orang melayu ramai yang berhati kurang baik. Mereka bukan saja akan berasa marah apabila orang lain lebih berjaya daripada mereka.

Malah mereka akan marah juga apabila melihat orang lain bercakap pasal kebaikan Islam.

Hati mereka terasa ditusuk tusuk dengan besi tajam apabila melihat orang lain mengamalkan Islam dan bercakap hal kebenaran akan agama Islam.

Mereka ini seolah olah menyimpan dendam kesumat terhadap orang melayu Islam. 

Kalau boleh mereka mahu semua orang melayu masuk ke dalam neraka bersama sama mereka.

Kengkadang hairan juga dengan sifat mereka ini. Mereka ni melayu ke syaitan?

Kalau mereka syaitan memang agak logik juga kalau begitu marahkan kepada manusia kerana syaitan memang bersumpah untuk menyesatkan manusia kerana iri hati kepada nabi adam suatu masa dahulu.

Dunia politik sebenarnya tak lebih dan tak kurang hebatnya dengan dunia perfileman.

Dunia politik dipenuhi dengan ahli politik yang perbagai watak. Watak watak tersebut dilakonkan kembali mengikut kesesuaian jiwa ahli politik tersebut.

Kadangkala apabila ada ahli politik yang tidak mahu mengikut skrip yang disediakan oleh pengarah akan di seju bekukan dan tidak akan berlakon lagi di filem yang lain.

Sebagai pelakon mereka perlu benar benar menjiwai watak. Kalau membawa watak sebagai seorang pejuang Islam maka mereka perlu benar benar nampak sebagai seorang pejuang.

Namun begitu lakonan tetap lakonan. Apabila habis saja berlakon mereka akan kembali ke sifat asal mereka.

Kalau takut dilambung bau jangan berumah di tepi kumbahan.
Begitulah pepatah orang politik sekarang ini.

Mereka sudah tidak peduli akan integriti ataupun amanah dalam memegang tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.

Bagi mereka kritikan atau teguran rakyat diibaratkan sebagai nyamuk yang merunsingkan dalam masa yang singkat saja.

Mereka menekup telinga mereka dengan tangan agar tidak mendengar bunyi yang membingitkan telinga mereka.

Friday, 25 October 2019

Jawapan kepada pemimpin yang kata Melayu malas

Bukan kami malas tapi kami ditindas oleh pemimpin yang berwajah Melayu tetapi berhati dan berjiwa kaulu...

Kami dituduh sebagai bangsa subsidi tapi hakikatnya kamilah yang dipaksa supaya banyak memberi...

Kami tidak di beri kesempatan oleh mereka sedangkan kami juga mempunyai segulung ijazah dan maruah...

Kalau pemimpin melayu mengaku dan merasakan dirinya sebagai pemimpin ultra Melayu, bacalah tentang hakikat bangsa Melayu yang kononnya selama ini pemimpin melayu perjuangkan :

Yang mati dijalanan kerana kerja menghantar makanan, pemandu lori berat ke sana sini tanpa henti2 siang malam itu bangsa Melayu...

Yang ada degree tapi kerja di pasar raya, bawa teksi, Grab, itu bangsa Melayu...

Yang menggenggam diploma yang dibasahi tangisan tiada kerja kerana tidak mampu berbahasa Cina, itu juga bangsa Melayu...

Yang menggadai nyawa di tengah-tengah lautan menangkap ikan, berpanas di tengah bendang itu bangsa Melayu...

Yang mengutip sampah membersih longkang, penjaja-penjaja, peniaga-peniaga kecil yang diancam penguatkuasa PBT di bandar besar atau kecil itu pun bangsa Melayu...

Yang bersengkang mata tak tidur malam, menjaga kilang-kilang, yang bekerja di ladang dan di kebun dan menternak haiwan itu pun bangsa Melayu...

Apakah itu semua bukti yang menunjukkan bahawa kami bangsa yang malas?

Yang berniaga pasar malam, menjaja di karnival-karnival dan expo-expo adalah bangsa Melayu...

Anak-anak muda Melayu ramai yang bekerja di Mc Donald, KFC, Pizza Hut dan banyak lagi rantaian restoran francais di negara ini...

Penghantar surat, barangan dan posmen-posmen ramai bangsa Melayu...

Tidak nampak Melayu ini tidak bekerja dan malas nak kerja...

Apakah bangsa Melayu masih lagi dipandang sebagai bangsa yang malas, wahai pemimpin melayu?

Yang beratur panjang menghadap jem teruk ke Singapura setiap hari berhujan berpanas itu bangsa Melayu...

Tentera, Polis, Bomba dan penjawat awam yang gaji tak seberapa itu hampir semuanya bangsa Melayu...

Guru-guru, tenaga pengajar yang berkorban jiwa, dihantar ke ceruk tempat terpencil itu pun ramai yang berbangsa Melayu...

Pekerja-pekerja kilang yang berkerja 12 jam satu shift selama 6 hari seminggu tapi pendapatan mereka cuma cukup-cukup makan juga ramai yang berbangsa Melayu...

Yang bekerja sendiri di kampung menghasilkan kraf-kraf seni warisan, bertukang rumah dan pembuat makanan tradisi itu juga bangsa Melayu...

Masih malaskah Melayu?

Apakah pada pandangan pemimpin melayu cuma bangsa Melayu saja yang malas berkerja? melayu enggan bekerja...?

Tak habis-habis dan tak puas-puas pemimpin melayu hina bangsa Melayu...

Hidup kalau terlalu mewah memang akan pandang orang lain semua pemalas kan?

Keangkuhan akan mengatasi pemikiran...

"Aku boleh kenapa kau tak boleh", teruskan lah prinsip tu...

Ketahuilah pemimpin melayu dah banyak mengecewakan anak-anak muda yang struggle untuk hidup...

Ceruk mana yang boleh jumpa Melayu tak kerja ni?

Cubalah pemimpin melayu keluar sekejap dari kelompok elit dan jengah bangsa Melayu yang di bawah nie...

Banyak Melayu tetap berdiri tengah jalan, jual makanan walau kurang laku...

Macam-macam mereka buat...

Buat 4-5 kerja pun ada...

Kenyataannya ialah pemimpin melayu yang malas melihat dan memandang kepada realiti kehidupan bangsa Melayu...

Pemimpin melayu yang mengamalkan cara pemerintahan British yang sengaja menempatkan orang Melayu di luar bandar tanpa berusaha bersungguh-sungguh menaikkan taraf kehidupan mereka...

Pemimpin melayu hanya mementingkan kroni dan keluarga dan sentiasa memandang rendah kepada bangsa Melayu...

Melayu bukan bangsa pemalas...

Yang jelas kelihatan ialah ada Melayu berhati baruah yang amalkan rasuah dan pecah amanah, ramai...

Melayu yang menjadi seperti pegar makan padi, berlambak...

Pemimpin yang mengaku Melayu, melaungkan ketuanan Melayu dan keagungan Islam, tetapi merompak khazanah negara yang sepatutnya diagihkan kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera miskin memang banyak...

Cukup-cukuplah pemimpin menghina bangsa kami...

Yang mengkayakan diri dan seperti pegar makan padi adalah pemimpin-pemimpin serta baruah mereka  yang kebanyakannya Melayu...

Ini sebenarnya penyakit orang Melayu...

Tak payah buat kajian PhD, sudah terang-terang di depan mata kita...

Tetapi, orang Melayu masih terkongkong dengan penjilat, pembohong, pengampu pemimpin politik, dan kerajaan yang asyik mendendangkan Melayu malas dan Melayu masih tidak cukup kuasa ekonomi...

Tidak ada siapa pun yang sempurna...
Kalau ada perbahasan dan perkataan yang baik, tetapi pedas dan pahit, cuba telan...

Banyak ubat yang pahit, tetapi mujarab...

Jarang kita jumpa ubat sedap seperti minum teh tarik...

Cukup-cukuplah menghina kami...

Kami bukan bangsa pemalas dan kami akan buktikannya...

Kredit :
Dr. Zaharah

Thursday, 24 October 2019

Kem Azmin-Hisham-Mukhriz?

Antara kesilapan anwar ialah apabila beliau mengatakan akan reshuffle kabinet apabila menjadi perdana menteri.

Kenyataan begini membuatkan menteri yang tak perform sudah dapat merasakan bahawa mereka akan tercicir dari jawatan apabila anwar menjawat jawatan itu nanti.

Maka jalan terbaik ialah mereka mahu mengekalkan Tun sehingga tempoh matang penggal.

Tapi sekiranya anwar kata mahu mengekalkan jawatan mereka, kemungkinan besar mereka tak hiraukan seandainya sesiapa yang mahu menjatuhkan Tun.

Ada sedikit kepelikan berkenaan orang orang bersatu ini.

Dengan umno dorang gaduh, dengan pkr dorang gaduh, dengan dap dorang gaduh, dengan pas dorang gaduh dan yang paling hebat ialah sesama sendiri pun dorang gaduh.

Didalam satu group politik disebelah kerajaan heboh membincangkan  berkenaan Azmin berpakat dengan Hishamudin untuk menjadi kerajaan campuran pintu belakang.

Dalam masa yang sama Azmin juga dikatakan berpakat dengan Mukhriz untuk melorongkan Mukhriz menjadi Timbalan Perdana Menteri didalam kerajaan campuran itu nanti.

Menawarkan Mukhriz menjadi timbalan perdana menteri mungkin satu umpan untuk mendapatkan restu Perdana menteri untuk melepaskan jawatan kepada siapa..???

Ada satu tips berkenaan politik negara yang perlu pertimbangkan juga dalam membahaskan isu kerajaan campuran yang mahu di wujudkan oleh kem Azmin-Hisham-Mukhriz.

Tipsnya ialah berkenaan kenyataan Zaim Zainudin yang mahukan rakyat memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan selama 6 bulan lagi untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sekiranya kerajaan gagal maka rakyat boleh menukar kerajaan.

Sebenarnya kenyataan ini agak pelik kerana ada menggunakan angka 6 bulan.

Adakah ini bermakna 6 bulan lagi akan diadakan satu pilihanraya?

Sekiranya benar wujudnya satu kempen kerajaan campuran sudah pasti selepas itu berlaku sekali rebutan jawatan untuk duduk di kerusi Perdana Menteri.

Saya sarankan kalau boleh berpakat lah elok elok. Jangan sebelum dapat elok berpakat tetapi selepas berpakat bercakaran lagi seperti sekarang.

Janganlah membuang masa rakyat yang masih lagi menunggu dan mengharap agar kemelut politik dapat diselesaikan secepat mungkin.

Wednesday, 23 October 2019

Umat islam diibaratkan di heret ke dalam perigi buta

Corak pemilihan yang dilakukan oleh rakyat masih lagi bergantung kepada sentimen kepartian.

Ini yang membuatkan parti seolah olah mengambil kesempatan keatas sentimen tersebut dengan meletakkan calon yang mereka suka walaupun rakyat tidak begitu suka tetapi terpaksa juga untuk memilih atas dasar parti.

Apabila kaedah sebegini diteruskan maka calon tersebut akan terhutang budi kepada pemimpin parti yang telah meletakkannya sebagai calon dan bukan terhutang budi kepada rakyat yang telah mengundi kemenangannya.

Tanjung Piai di katakan akan kekal menjadi milik PH sebaik sahaja BN meletakkan calon dari MCA.

Ianya menampakkan seolah olah terdapat satu rundingan sulit diantara parti parti yang bertelagah.

Diwaktu umno begitu agresif menyemai api perkauman tiba tiba mereka meletakkan calon bukan melayu untuk bertanding.

Pastinya calon dari bersatu mendapat sedikit kelebihan diatas isu semasa didalam negara seperti isu LTTE dan isu kebiadapan pelajar cina di UM.

Pengundi melayu disana sudah tentu  berasa agak fobia dengan calon bukan melayu manakala pengundi cina akan terus menyokong PH atas arahan Dap....

Permainan politik begini sudah dapat dijangka kerana player player politik adalah terdiri dari orang yang sama.

Diharap penyokong peringkat bawahan tidak lagi terlalu taksub kepada tokoh dan parti mereka.

Apa saja pemimpin parti lakukan hanyalah semata mata kerana politik.

Umat islam diibaratkan di heret ke dalam perigi buta. Setelah dijunamkan ke dalam perigi, kita dipaksa untuk berebut air perigi.

Setelah penat berebut dan bergaduh barulah kita perasan bahawa perigi sebenarnya tiada air.

Begitulah maksud sistem demokrasi yang seluruh umat Islam anuti sekarang ini.

Kita sangkakan dengan mengamalkan sistem ini maka Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sebenarnya kita sudah termakan dengan tipudaya apabila memperjuangkan demokrasi mengatasi agama itu sendiri.

Bak kata pepatah...

Marahkan nyamuk jangan kelambu dibakar...

Yang duduk dalam kelambu memang la boleh bercakap begitu...

Tapi yang tanggung azabnya adalah yang berada di luar kelambu...


Monday, 21 October 2019

Apa yang berlaku di arab sama berlaku di Malaysia

Empayar Islam Othmaniyah dipecah pecahkan kepada beberapa negara agar setiap negara mempunyai raja bagi negara masing masing.

Sepatutnya dengan jumlah raja yang lebih banyak mereka mampu melawan satu negara israel.

Tapi setiap raja raja tersebut berbalah sesama sendiri dan lebih sibuk untuk menyelesaikan masalah yang ada didalam negara mereka.

Mereka tidak mampu menundukkan israel walaupun negara israel hanyalah sejengkal sahaja disebelah negara mereka.

Begitulah halnya yang terjadi di dalam politik negara kita.

Kita mempunyai banyak parti politik dan masing masing parti mempunyai masalah yang tak kunjung reda hingga tidak mampu untuk mengatasi pengaruh parti Dap.

Dan kelihatannya parti yang lemah akan mengharapkan sokongan parti Dap agar mampu untuk bernafas dalam arus demokrasi negara ini.

Kesemua parti melayu ini agak sukar untuk disatukan kerana masing masing mahu menjadi ketua dan mereka berasakan masing masing adalah lebih baik daripada yang lain.

Maka akhirnya kesemua mereka terpaksa akur kepada Dap kerana dap satu satunya yang dapat memberi mereka kekuatan bagi mengatasi parti parti yang lain.

Sedap satu dan sedap dua

Berulang ulang sudah saya katakan...

Orang melayu ni memang begitu sifatnya...

Apabila mendapat sedap yang kedua mereka akan lupa kepada sedap yang pertama...

Kadangkala kita beranggapan kita ini SERBABOLEH tetapi bagi orang atasan mereka cuma menganggap kita ini SERBAGUNA...

Kengkadang elok juga anak cina ni mengajar melayu elit ni dalam kes chancellor UM... 

Melayu elit sebenarnya dah terlalu lama membuli melayu marhaen.

Kita nak tengok apa reaksi melayu elit ni apabila maruah mereka di injak injak oleh anak cina ni.

Tapi kalau melayu marhaen bersikap seperti anak cina ni kita semua sudah sedia maklum apa tindakan yang akan dikenakan keatas melayu marhaen.

Rasanya sudah cukup kita rakyat marhaen ni mengidap penyakit darah tinggi yang tak tentu pasal.

Kalau penyakit tu hinggap kerana pasal kita maka adalah juga logiknya tapi ianya kerana kita begitu marah dek kerana melayu elit dihina oleh bangsa lain.

Dah kerap sangat berlaku bila kita pertahankan melayu elit, akhirnya kita pula yang ditangkap atau dihukum tapi melayu elit buat seperti tiada apa apa yang berlaku. Kalau mereka bayar duit peguam pun adalah juga lega sedikit.

Adalah lebih baik kita menjadi rakyat yang memerhati sahaja gelagat melayu elit ini bertelagah sesama mereka.

Mereka ni walau bergaduhpun akhirnya mereka boleh berbaik baik semula malah apabila berkuasa tetap juga seaneka projek diserah kepada tokeh tokeh cina.

Melayu elit ini hanya mahu mengapi apikan suasana sahaja kerana mahukan kuasa.

Selepas berkuasa wak hasil balik asal juga. Begitulah yang berlaku selepas pru 14.

Kita sudah berkali kali ditipu oleh kerajaan lama dan telah ditipu sekali oleh kerajaan baru.
Akhirnya pilihanraya tidak mampu menukar watak manusia yang berkuasa.

Kita letakkan sesiapa saja tetap begitu keadaannya dimana orang melayu tetap tertindas...

Yang tak tertindas cuma melayu yang dikatakan kononnya begitu rajin berusaha.

Rupa rupanya mereka hanya marah sekiranya mereka tak dapat, tapi apabila mereka dapat, mereka pula menjadi kepala perang untuk menindas rakyat melayu marhaen.

Zaman ini kalau nak berjaya perlu berani menyatakan anda seorang liberal dan anti melayu Islam.

Kalau anda tidak menghina bangsa dan agama sendiri maka anda akan dianggap rasis.

Bila mereka menghentam melayu islam mereka kata mereka ada hak atas nama rakyat malaysia.

Tetapi apabila kita pertahankan hak kita mereka kata kita rasis.

Tiba tiba terlucut secara tidak langsung hak kita sebagai warganegara malaysia.

Lain macam permainan mereka. Sebijik macam style israel merampas tanah di palestin.

Satu lagi isu kereta terbang... Dia ingat buat kereta terbang, kereta boleh parking kat langit kot.

Dah tentu tentu la orang berebut sampai bergaduh gaduh nak parking atas bumbung shopping kompleks.

Satu kerja plak pak guard nak hantar tiket parking...belum sempat pak guard sampai, kereta dah terbang balik.

Kita kat bawah ni dok bercakar pasal bangsa dan agama yang dihina...
Dorang kat atas plak dok bercakar pasal jawatan.

Dah dapat jawatan nak selesaikan pulak percakaran antara kroni kroni yang berebut projek.

Dah selesai hal projek bercakar balik hal berebut jawatan.
Itulah kerja mereka diatas.

Isu ahli parlimen tak masuk persidangan tu pun satu masalah juga.

Sehingga ke hari ni nampak gayanya speaker ngan timbalan speaker je yang rajin datang ke dewan.

Rasanya elok di robohkan je dewan parlimen tu. Lepas ni buat je video call dalam wasap group kalau bersidang.

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati geram bertambah geram
Geram dahulu belumlah sembuh

Sunday, 20 October 2019

Dalam keadaan Tegang kita amat perlukan Badut

Semalam beberapa rakan rakan menziarahi saya di rumah lewat malam.

Mereka saja bertandang untuk berbual bual hal politik dan agak khuatir dengan isu isu yang sedang berlaku termasuk isu penyalahgunaan kuasa di negeri perak.

Saya sebenarnya kurang berminat untuk bersembang hal parti kerana saya sendiri pun tidak tahu akan jawapannya.

Apa yang mampu saya katakan ialah...

Jangan khuatir, Tun tahu apa yang sedang berlaku di dalam negara ini. 

Pendek kata sekiranya terhidu bau kentut pun Tun tahu siapa yang kentut walaupun tiada yang mengaku.

Mungkin ada la tu strategi Tun melantik mereka dan membiarkan mereka berbuat begitu.

Lagi pun mereka semua melayu. Biarlah melayu kaya.

Salah seorang rakan saya adalah penyokong kuat Tun dan agak taksub kepada Tun.

Beliau begitu marah kepada beberapa menteri dan menteri besar lantikan Tun kerana tidak perform kononnya dan memalukan Tun.

Saya katakan begini...

Sekiranya Tun yang lantik tentulah itu bermakna mereka adalah yang paling sesuai mengikut perkiraan Tun.

Lagipun Tun tak marah pun kepada mereka, ini bermakna Tun setuju dengan tindakan mereka dan penyokong kuat tun tak perlu marah marah.

Teruskan sokongan kerana Tun akan berkecil hati apabila melihat orang yang dilantik oleh beliau dikritik oleh penyokong penyokongnya.

Ada juga dikalangan rakan saya yang begitu bersemangat dan berkata sanggup mati bersama Tun.
Saya nasihatkan beliau berfikir dahulu sebelum berkata dan buat dahulu pengiraan matematik.

Tun sudah berumur 94 tahun manakala beliau pula baru berumur 40an.

Kalau sanggup mati pun biarlah lama sedikit.

Nanti kalau dah mati siapa yang nak jaga gefren beliau?

Kita sebenarnya kagum dan amat tersentuh apabila mendengar orang bercakap dengan penuh PERASAAN tapi jadi meluat apabila mereka bercakap dengan penuh PERASAN...

Ada juga yang begitu risau dengan keadaan Tun. Mereka kata Tun seolah olah tertekan dan diasak kiri dan kanan.

Saya katakan begini kepada mereka...

Tun adalah manusia istimewa. Beliau seorang yang genius. Segala tindakan Tun semuanya adalah melangkaui masa dan 20 tahun terkehadapan.

Hari ini kita mungkin tak nampak apa sebenarnya yang Tun sedang lakukan tapi lagi 20 tahun baru kita nampak.

Dan apa yang jadi pada hari ini adalah hasil pemikiran dan tindakan Tun pada 20 tahun yang lepas.

Mereka bertanya kepada saya lagi, 
apa akan jadi dengan negara dan bangsa ini pada masa akan datang selepas ketiadaan Tun.

Saya katakan begini...

Janganlah khuatir kerana kita mempunyai ramai tokoh pemimpin hasil didikan Tun. Malah anak Tun sendiri mampu memperjuangkan nasib bangsa ini nanti.

Lihat sahaja di Kedah betapa makmurnya negeri kedah sebaik sahaja beliau dapat memegang semula jawatan Menteri besar kedah.

Begitu juga di perak kita mempunyai menteri besar yang begitu hebat dan tenang yang sentiasa tersenyum walaupun negeri ini sedang menghadapi masalah.

Kadangkala kita memang memerlukan seorang pemimpin yang sedikit berwatak katun bagi menyeimbangi menteri katun di zaman umno dahulu.

Malu lah kita kalau kita tewas kepada kekatunan menteri umno dahulu.

Saturday, 19 October 2019

KENYATAAN AKHBAR Penyelewengan bajet MARRIS atas arahan pejabat Menteri Besar Perak

Ipoh, 16 Oktober 2019 - Kontrak penyelenggaraan di bawah bajet Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) MARRIS Perak telah dihadiahkan kepada sebuah syarikat yang sebelum ini pernah dilaporkan atas kesalahan penyelewangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Syarikat yang bernama Bujang Holdings Sdn Bhd (B.H) telah menggunakan anak syarikat Bujang Selenggara Sdn Bhd (B.S) untuk menerima projek tanpa melalui tender terbuka. 

Pada awal tahun ini perkara ini pernah dilaporkan oleh media dan berikutan itu nama syarikat B.S telah pun ditukarkan kepada Puncak Emas Infra Sdn Bhd. (P.E.I)

Taklimat kewangan yang telah dibuat pada 8/9/19 di Ion Delemen Genting juga dihadiri oleh direktor B.H dan pegawai kewangan negeri Perak. 

Berikutan ini pemberian kerja secara terus tanpa tender daripada P.E.I kepada kontraktor G1 mengakibatkan inflasi kos kepada kontrak-kontrak penyelenggaraan yang membebankan kerajaan.

Setakat ini Menteri Besar dan exco negeri gagal menjawan secara telus dan sekadar mengharapkan perkara ini akan terkubur. 

Saya sebagai seorang ahli PPBM dan juga rakyat negeri Perak amat kesal dengan peyelewengan ini.

Setelah ditegur oleh pemimpin lain, perkara ini masih dibiarkan begitu saja walaupun ini melibatkan integrity kerajaan Pakatan Harapan. 

Mengapakah penghadiahan kontrak tanpa tender terbuka masih berlaku dan mengapa MB dan exco Perak masih bisu akan perkara ini?

Syed Razif Syed Rabii
Ahli PPBM


Musuh bertambah kuat, kita bertambah lemah

Antara strategi perang, musuh tidak mahu menyerang bukan kerana mereka takut tetapi sebaliknya mereka mahu menjimatkan kos dan mahu menang mudah.

Bagi mereka adalah lebih baik menunggu kita bersengketa sesama sendiri terlebih dahulu.

Pergaduhan sesama sendiri akan membuatkan kedua dua belah pihak akan pancit di akhirnya.

Menyerang musuh yang tidak berupaya kerana bercerai berai lebih mudah daripada menyerang musuh yang bersatu padu.

Musuh yang berpecah dua adalah satu kelebihan tetapi menyerang musuh yang bercerai berai adalah satu kemenangan yang pasti.

Sekiranya mahu diungkit ungkit tentulah punca perpecahan melayu adalah berpunca dari pemimpin melayu yang telah alpa akan tanggungjawab mereka.

Disuatu ketika dahulu mereka mempunyai kuasa yang besar tetapi mereka gagal untuk menahan nafsu mereka untuk bermewah mewah.

Setiap kali mereka melakukan kesilapan dan tidak boleh ditegur maka akan muncul sedikit keretakan.
Dan apabila ia berterusan terhasil lah perpecahan.

Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu menyatukan umat.

Manakala umat yang hebat ialah yang mampu memilih pemimpin yang hebat.

Apa yang berlaku hari ini adalah takdir yang bekas pemimpin kita yang pilih.

Mereka telah ditegur berkali kali dahulu agar berubah sikap dan kembali kepada agama dan menjaga umat dengan baik namun mereka angkuh dan beranggapan kuasa mereka mustahil untuk dicabut.

Allah swt telah membuktikan bahawa Allah lah yang maha berkuasa dan bukan mereka.

Saya teringat waktu dahulu saya pernah menegur seorang pemimpin.

Saya katakan begini...

Kalau nak angkuh dan bongkak biarlah diwaktu kita betul betul kuat dan bukannya kerana ada jawatan.

Mempunyai jawatan dalam keadaan lemah bukanlah satu kehebatan.

Dan tadi saya terjumpa beliau di masjid dan beliau menegur saya dan berkata apa yang saya katakan 3 tahun lepas adalah benar.

Pada asalnya niat kita mahu menjatuhkan umno adalah kerana mahu memberi sedikit penampar ke pipi pemimpin dan orang orang mereka agar mereka insaf dan akan menjaga orang orang melayu selepas ini.

Kerana kita bercadang sekiranya mereka insaf kita akan memberi semula peluang kepada mereka pada pru akan datang.

Nampaknya mereka bukan semakin insaf tetapi semakin kuat pula menunjukkan belang hipokrasi mereka.

Satu cabaran buat parti bersatu ialah ia dikatakan akan musnah sebaik sahaja Tun tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Manakala parti amanah pula dijangka mampu meneruskan nafas mereka atas bantuan Dap.

Begitulah yang diperkatakan oleh masyarakat.

Hanya ahli ahli parti itu sendiri yang mampu membuktikan dengan memastikan parti mereka menang di Tanjung Piai.

Sekiranya masih kalah juga di PRK diwaktu Tun masih menjadi PM maka kita bolehlah beranggapan mereka tidak kekal lama dan sebaiknya mereka mengisi tabung peribadi mereka selagi masih berkuasa.

Isu pelajar UM minta chancellor meletak jawatan pula bukanlah satu isu kecil kerana agenda sebenar mereka ialah mahukan seorang chancellor baru yang bukan berbangsa melayu atau sekurangnya walaupun berbangsa melayu tetapi anti Islam.

Hidup di akhir zaman ni memang orang2 beriman akan terhimpit sedikit seolah olah menggenggam bara api.

Kita perlu gigit ketat ketat dengan geraham agar tidak terlepas pegangan agama kita...

Kadangkala belum lagi kita bercakap bab agama, baru nak bangkit untuk pergi solat pun orang dah mencebik bibir.

Namun itu bukanlah salah mereka sebenarnya. Ia adalah salah kita kerana duduk dikalangan orang yang tak suka melihat kita bersolat.

Yang sebetulnya mereka menjadi lebih agresif membuat provokasi adalah kerana arahan big bos mereka.

Mereka tahu dajjal sudah hampir mahu muncul dan mereka begitu gembira dan tak sabar mahu menyambutnya.

Tugasan mereka ialah membuatkan huru hara didalam negara sebelum kemunculan dajjal.

Friday, 18 October 2019

Lim Kit Siang Campurtangan Urusan Universiti Malaya

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Universiti Malaya (UM) menarik balik laporan polis terhadap seorang pelajarnya yang mengadakan protes dengan menunjukkan plakad terhadap naib canselornya semasa istiadat konvokesyen universiti, Isnin lepas.

Lim berkata Naib Canselor UM, Abdul Rahim Hashim sewjarnya menangani isu dibangkitkan pelajar, dan bukannya menyasarkan aktivis pelajar atas protes mereka mereka dengan membuat laporan polis.

UM membuat laporan polis terhadap Wong Yan Ke, seorang graduan jurusan kejuruteraan, mendakwa dia telah menunjukkan rasa tidak hormat semasa majlis konvokesyen dan mengganggu protokol istiadat.

Polis sedang menyiasat pelajar itu di bawah Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menghina dan menggugat ketenteraman awam.

“Sememangnya, protes di majlis tamat pengajian universiti dan perkara-perkara lain yang berkaitan harus ditangani, tetapi bukan dengan cara keras dan bersalah yang akan meletakkan UM dalam keadaan buruk,” kata Lim dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan kenyataan Persatuan Kakitangan Akademik UM, protes itu bukan hanya disebabkan ucapan atau kehadiran Rahim pada Kongres Maruah Melayu, tetapi juga kerana ketidakpuasan membabitkan perkara-perkara lain di pusat pendidikan tinggi itu.

“Kegagalan Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum di kalangan pelbagai etnik di UM dengan melibatkan diri dalam penganjuran Kongres Maruah Melayu adalah kecacatan besar dalam kepimpinan beliau,” kata Lim lagi.

Wong memberitahu FMT bantahannya terhadap Rahim diadakan kerana nama universiti itu telah digunakan untuk tujuan perkauman dan politik. 

UM merupakan salah satu daripada empat universiti menganjurkan kongres itu.

Beliau berkata kenyataan Rahim pada majlis itu telah menyebabkan ahli akademik dan pelajar lain mempersoalkan kesahihan akademik yang Rahim telah buat dalam program tersebut.

Wong dipanggil untuk memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling semalam. Wakilnya berkata lebih 10 laporan polis telah dibuat terhadap Wong.

Satu lagi graduan, Edan Kon pula telah dihalang daripada menerima skrolnya pada majlis konvokesyen pada Selasa atas alasan mahu ganggu perjalanan istiadat konvokesyen.

Thursday, 17 October 2019

Skandal Perak terbongkar



IPOH: Seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Razif Syed Rabii, mendakwa kontrak penyelenggaraan di bawah bajet Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) Perak telah dihadiahkan kepada sebuah syarikat tanpa tender terbuka.

Menurut Ahli Bersatu Bahagian Lumut itu, penyelewengan bajet MARRIS itu didakwa dilakukan atas arahan pejabat Menteri Besar Perak dan sehingga kini Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Exco berkaitan gagal menjawab secara telus berhubung isu itu.

Tegasnya lagi, syarikat yang menerima kontrak itu pernah dilaporkan atas kesalahan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Setakat ini, saya sudah cuba berhubung dengan pihak Pejabat Menteri Besar untuk berurusan secara telus dan memberi maklumbalas. Tetapi, (mereka) hanya diam. Sehingga hari ini pun, saya masih dihalang.

"Saya berharap pihak kerajaan negeri dapat beri jawapan mengapa menghadiahkan kontrak tanpa tender dan terus kepada mana-mana syarikat.

"Sedangkan ia bercanggah dengan kaedah yang dinyatakan dalam Pakatan Harapan, iaitu tidak akan ada tender terus, seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Syed Razif berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas berhubung isu MARRIS negeri Perak di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, dia beberapa kali dihalang untuk mendapatkan pencerahan mengenai isu tersebut oleh pihak Bersatu sendiri.

"Sedangkan saya hendak buat appointment pun dihalang. Saya bergerak di dalam media Facebook dan Whatsapp, dan secara langsung.

Itu saja yang mampu saya buat untuk berhubung dengan Bersatu dan kerajaan negeri.

"Ini bukan pandangan saya seorang. Ini melibatkan kontrak, dan saya bukan kontraktor, tiada kepentingan langsung dalam urusan syarikat.

"Ahli-ahli lain cuma mampu bercerita saja, kerana bimbang akan jadi macam yang saya kena," tambahnya.

Katanya, laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu di samping laporan kepada SPRM pada 17 September lepas.

Sumber

Wednesday, 16 October 2019

Mereka semakin tamak

Kita dah bagi Little India kini mereka mahu LTTE pula... Sebenarnya mereka mahu macam mana lagi..?

Bagi yang mengikuti perkembangan geopolitik dunia, kita tentunya tidak lupa dengan pembantaian terhadap umat Islam selama 25 tahun LTTE bermaharajalela sebelum kumpulan pengganas itu dikalahkan Kerajaan Sri Lanka.

Namun apa yang menakutkan, malah menghairankan adalah kenapa terdapat golongan yang meraikan dan memuja kumpulan pengganas ini di Malaysia?

Tentunya kita masih ingat bagaimana pembunuhan 147 orang Islam di Masjid Kattankudy pada 3 Ogos 1990 yang didalangi 30 pengganas LTTE. 

Mereka menyusup masuk ke masjid dan menembak 300 jemaah yang sedang solat ketika itu menyebabkan sebahagian besarnya terkorban.

Bukan setakat itu, LTTE juga dilaporkan melakukan penyembelihan terhadap umat Islam di Sri Lanka. 

Di Malaysia pula mereka pernah mencederakan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Ansar pada 2016.

Keganasan LTTE dengan perjuangan Palestin adalah ibarat langit dan bumi kerana pejuang di Gaza tidak melakukan pembunuhan besar-besaran atau penghapusan etnik yang jelas menunjukkan kebencian atas dasar ras, bangsa dan agama.

Mereka marah apabila orang melayu mengungkit ngungkit hal masa silam dimana kita menerima mereka menjadi rakyat di dalam negara ini.

Bagi mereka hal lama jangan diungkit kerana ia sudah menjadi hak mereka.

Apa yang mereka mahukan ialah lebih lagi hak dan melayu hanya perlu diam jangan berbunyi.

Untuk menyelamatkan negara nampaknya adalah satu perkara yang mustahil.

Apa yang boleh kita lakukan hanyalah menyelamatkan diri sendiri agar tidak dihumbankan ke dalam neraka.

Umat Islam harus kembali semula kepada agama.

Tiang agama kita adalah solat.
Tiang dah makin goyang dan hanya dipertahankan oleh segelintir umat Islam sahaja.

Umat Islam perlu beramai ramai bergotong royong kukuhkan tiang tersebut.

Kita marah orang menghumban kepala babi ke dalam masjid tapi sekiranya umat Islam ramai pergi ke masjid dan masjid pula di hidupkan dengan aktiviti siang dan malam maka usahkan musuh Islam malah lalat pun tak berani nak hinggap disana.

Tuesday, 15 October 2019

Benteng Terakhir Melayu

Melayu adalah satu satunya bangsa yang apabila berkuasa mereka tidak akan menzalimi bangsa lain tapi yang peliknya mereka akan menindas bangsa sendiri.

Nampaknya benteng terakhir orang melayu adalah Tun. Sekiranya Tun tumbang maka hilanglah kuasa orang melayu secara tak langsung.

Kit Siang dilihat benar benar sukar untuk menjinakkan Tun. Tidak seperti pemimpin melayu lain yang kadangkala kelihatan berpelukan dengan pemimpin dap walaupun macam bermusuh.

Tetapi Tun di lihat agak stabil mentalnya. Beliau tidak berpelukan dengan sesiapa walaupun dalam keadaan tergugat mahupun dalam keadaan gembira.

Sebaliknya seorang taikun pernah tabik spring kepada beliau selepas memenangi pilihanraya.

Tugas terakhir Tun sebagai perdana menteri adalah perlu memastikan kuasa tidak jatuh kepada pemimpin yang mudah tunduk kepada dap.

Tugas ini agak mencabar kerana Tun duduk dikalangan mereka yang mesra dap dan hampir kesemua mereka pernah termakan budi dengan dap di zaman mereka susah dahulu.

Dap agak merbahaya kepada orang melayu kerana mereka bijak dalam memelihara orang melayu yang begitu bencikan bangsa melayu itu sendiri.

Sebenarnya orang melayu masih belum sedar... Mereka diulit dengan terlalu banyak hiburan.

Orang melayu sukakan nyanyian maka lahirlah perbagai rancangan yang berbentuk nyanyian seperti gegar vaganza.

Orang melayu suka memperlecehkan orang sambil ketawa maka keluarlah rancangan yang dinamakan maharaja lawak.

Drama drama melayu juga sengaja disiarkan diwaktu maghrib bagi melalaikan orang melayu.

Namun orang melayu masih belum sedar.

Orang melayu di lalikan dengan banyak perkara iaitu hiburan dan juga politik.

Orang melayu berpolitik bukan untuk menambah kebaikan tetapi memecahbelahkan.

Ini tidak berlaku kepada dap... Dap berpolitik untuk menguatkan cengkaman kaum mereka.

Tapi orang melayu masih belum sedar...

Bukanlah nak mengata tetapi memang nampak jelas dan nyata apabila berkait rapat dengan melayu semua pemimpin didalam PH agak berhati hati dalam mengeluarkan statement.

Tetapi apabila berkaitan dengan bangsa lain mereka akan cepat dan pantas mempertahankan walaupun ia membabitkan kes jenayah.

Ini benar benar mendatangkan syak wasangka di mana kita boleh membuat andaian bahawa orang melayu tidak selamat dibawah pakatan harapan.

Orang melayu ramai yang menjadi pelakon dan penyanyi... Lebih ramai artis maka lebih ramailah yang menjadi ejen perosak kepada masyarakat melayu.

Malah anak anak kecil juga lebih cepat belajar menyanyi dari mengaji.
Mungkin ada yang bertanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah umat melayu ini?

Jawapannya ialah... Tiada penyelesaian.

Umat melayu hanya menunggu mati sahaja. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Kita telah diracun tanpa kita sedari dan tak sempat lagi untuk mengambil ubat penawar.

Cuma sebelum mati eloklah kita mengucap terlebih dahulu.

Kalau nak buat postmortem akan kehancuran umat melayu sebenarnya adalah disebabkan hanya satu sebab sahaja.

Walaupun puncanya adalah satu namun sifat kesyaitanannya terlalu banyak hingga tak mampu untuk diruqyah secara serentak.

Untuk mengubat penyakit umat melayu memerlukan masa dan kesabaran.

Orang melayu perlu mula berjinak jinak ke masjid untuk solat berjemaah dan belajar dengan lebih mendalam lagi akan agama mereka.

Ramai yang memberi alasan tidak mahu ke masjid kerana orang orang masjid agak sombong dan tidak mahu melayan mereka. Agak hairan dengan alasan sebegini.

Niat mereka nak ke masjid untuk dilayan atau untuk mendirikan solat?

Jangan pula marah sekiranya nanti masjid masjid kita dipenuhi oleh bangla dan kutbah jumaat dibaca dalam bahasa asing.

LTTE pernah membunuh dua Perdana Menteri

Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah langkah diradikalisasi dan mencegah sebelum diaspora perjuangan mereka menjadi 'barah' kepada negara ini.

Pakar Kajian Strategik Antikeganasan dan Diradikalisasi dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Profesor Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, diaspora perjuangan LTTE sebenarnya sudah berkembang sangat pesat di negara ini dan digerakkan sepenuhnya pemimpin menggunakan platform parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan.

Menurutnya, sekiranya langkah diradikalisasi aktiviti kumpulan itu tidak dilaksanakan awal, tidak mustahil kumpulan ini turut menuntut wilayah pembebasan keturunan Tamil di Malaysia sebagaimana tuntutan mereka terhadap negara Sri Lanka.

"Hasil kajian saya di lapangan membuktikan aktiviti penggerakan operasi kumpulan diaspora LTTE kini semakin diperkukuhkan dengan perlindungan diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik terutama dari DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Meskipun organisasi LTTE disahkan tamat operasi pada tahun 2009, diaspora perjuangan mereka disambut sebilangan masyarakat India di negara ini yang majoriti terdiri keturunan Tamil dibawa kerajaan British dari selatan India sebelum merdeka.

"Justeru langkah awal polis melaksanakan tangkapan terhadap pemimpin dikaitkan kumpulan LTTE adalah tepat kerana tidak mustahil kumpulan diaspora ini akan menuntut pula wilayah di negara ini suatu hari nanti," katanya kepada Sinar Harian.

Dr Mizan berkata, ancaman paling berbahaya boleh dihadirkan kumpulan diaspora LTTE ini adalah mereka mampu melaksanakan agenda keganasan secara sistematik dan berkeupayaan mencetuskan konflik keharmonian kaum yang membawa kepada rusuhan kaum.

Katanya, kumpulan diaspora LTTE ini juga mampu memberi kesan negatif kepada negara apabila masalah luar terutama membabitkan konflik di Sri Lanka dan India dibawa masuk ke negara ini.

"Mereka merupakan kumpulan pertama menjalankan modus operandi letupkan diri serta satu-satunya kumpulan pengganas yang membunuh dua perdana menteri.

"Mereka juga merupakan sebuah kumpulan pemberontak yang menggunakan kanak-kanak dan wanita untuk menjalankan operasi mereka di seluruh India, Pakistan dan Sri Lanka.

"Saya yakin sesi penangkapan individu berkaitan dengan LTTE akan terus dijalankan polis demi menangani sebarang penentangan yang akhirnya menjadi 'barah' negara ini," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Pertahanan dan Perunding Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor menegaskan tindakan itu penting bagi mengelakkan Malaysia dijadikan medan konflik secara tidak langsung antara dua pihak bertelagah iaitu LTTE dan kerajaan-kerajaan berkaitan seperti Sri Lanka dan India.

Menurutnya, beliau berpandangan polis mula merasakan kerisauan kumpulan LTTE menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk menyalurkan dana kewangan dan peralatan ketenteraan membantu operasi kumpulan pengganas itu.

"Selain itu, agenda penangkapan individu-individu berkaitan LTTE tidak seharusnya dipolitikkan kerana perlaksanaannya adalah untuk kepentingan negara.

"Paling penting, isu menyokong perjuangan LTTE tidak harus disamakan dengan perjuangan rakyat Palestin kerana rakyat Palestin memperjuangkan hak mereka yang sememangnya diperakui dunia, sebaliknya perjuangan LTTE tidak mempunyai asas kukuh," katanya.

Muhammad Fuad turut meminta mana-mana pemimpin politik yang mempertahankan keputusan 'bersimpati' dengan perjuangan LTTE supaya tidak bersikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Menurutnya, pendedahan penyaluran dana kewangan oleh kumpulan diaspora LTTE negara ini termasuk pemimpin politik ke kumpulan itu sepatutnya disalurkan untuk menaik taraf kehidupan dan menjaga kebajikan masyarakat India negara ini.

"Tidak wajar sekiranya pemimpin politik diangkat rakyat berbilang kaum di negara ini lebih mengutamakan perjuangan kemerdekaan kumpulan yang terletak beribu batu dari negara ini, tetapi tidak fokus kepada kebajikan masyarakat India negara ini.

"Paling penting pemimpin parti politik terlibat perlu muhasabah diri dan mengenal pasti sama ada kepentingan perjuangan negara lebih penting atau kepentingan perjuangan bersifat peribadi seperti LTTE," katanya.

Monday, 14 October 2019

Kita Miskin Dalam Kaya

"Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya" pinta bani Israel kepada Nabi Musa a.s yang sedang tersesat selama 40 tahun di padang pasir.
.
Selama ini mereka telah dikurniakan oleh Allah SWT akan makanan yang terbaik iaitu mann dan salwa. Tetapi mereka tidak sabar atau mudah fahamnya sudah jemu dengan makanan tersebut.
.
Sedangkan Allah SWT telah berfirman mengenai makanan tersebut yang bermaksud "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu".
.
Lalu Nabi Musa a.s menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu".
.
Maka, disebabkan mereka (bani Israel) tidak mahu mensyukuri nikmat nikmat yang diberikan oleh Allah SWT itu, mereka telah ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah SWT.
.
Kisah ini telah dirakam di dalam Surah Al Baqarah pada ayat yang ke 61. Pada keseluruhan kisah ini, sebenarnya Allah SWT telah memberi nikmat yang cukup banyak kepada bani Israel tetapi mereka tidak mahu mensyukuri malah mengkufuri.
.
Kata Dr Fadli Ghani ketika mensyarahkan ayat ini, "Ayat ini sebenarnya hendak menyatakan kepada kita (umat islam akhir zaman) bahawa Allah SWT telah memberikan Al Quran dan As Sunnah sebagai kitab panduan hidup, tetapi telah dikufuri nikmat tersebut dengan lebih memilih dan menuruti kehendak akal yang dipandu oleh hawa nafsu semata mata. Kerana itu, umat islam pada hari ini telah diazab oleh Allah SWT dengan ditimpa kehinaan dan kepapaan"
.
"Umat islam pada hari ini dihina oleh puak puak kafir. Kuasa politik umat islam telah ditarik oleh Allah SWT dan diberikan kepada orang orang kafir kerana kejahilan umat islam sehingga islam tidak mampu untuk  dilaksanakan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Syria, Palestine dan Rohingya. Mereka ditindas dan disiksa."
.
"Ekonomi umat islam juga teruk. Sedangkan negara negara umat islam kaya dengan sumber sumber galian. Tanah juga subur untuk pertanian tetapi ekonomi dikuasai oleh orang orang kafir. Umat islam menjadi papa. Ini semua adalah berpunca daripada umat islam pada hari ini telah membelakangi wahyu Allah SWT (Al Quran dan As Sunnah) lalu mendahului dan mentaati akal yang dipandu oleh hawa nafsu" jelas Dr Fadli Ghani lagi ketika menamatkan syarahan terhadap ayat yang ke 61 daripada Surah Al Baqarah itu.
.
Oleh kerana itu, kita lihatlah pada diri kita masing masing. Apakah telah kita berpegang pada panduan Al Quran dan As Sunnah dengan sebenar benarnya? Telahkah kita berusaha untuk mengamalkan isi isi nya?.
.
Pesan Baginda Nabi SAW kepada kita "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah SWT dan Sunnahku"
[HR Imam Malik].
Wallahu'alam.

Dap siapa, yang mahu halang tugas Polis?

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. 

Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini pada Ahad.

Malah, beliau juga tidak pasti daripada mana Guan Eng mendapat maklumat itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak pasti bagaimana input yang beliau dapat iaitu yang mengatakan polis tidak akan menjalankan siasatan dan tangkapan. Itu saya tidak pasti.

"Namun, yang pastinya bukan daripada saya. 

Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang isu atau kenyataan yang mengatakan kita akan memberhentikan siasatan. 

Tidak. Mungkin ada pihak lain saya tidak pasti," ujar beliau.

Beliau menegaskan tangkapan suspek terlibat tidak kena-mengena dengan mana-mana parti politik.

"Tangkapan ini tiada kaitan dengan DAP, Pas, UMNO,PKR atau mana-mana parti pun. Tangkapan dibuat kerana mereka disyaki terlibat dalam aktiviti menyokong dan mempromosi keganasan. 

Tidak kiralah parti mana.
"Polis tidak pernah ada sedikit pun ada bias (pilih kasih). Mana-mana terlibat, cukup bukti pasti akan ditangkap.Saya tak kira siapa pun," tegas Ayob lagi.

Mengenai dakwaan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bahawa tangkapan suspek LTTE ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan, Ayob menjelaskan, itu pendapat peribadi Naib Pengerusi DAP itu.

"Itu pandangan peribadi YB Kula. Jangan tanya banyak isu politik. Saya pegawi polis, agensi penguatkuasa. 

Soalan politik ini elok ditujukan kepada orang politik. Nanti kalau saya jawab, rentaknya akan jadi lain. 

Nak kaitkan dengan Tanjung Piai ke apa ke, itu hak dia. Saya tak mahu komen apa-apa," tambah beliau.

Setakat Ahad, 12 suspek termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka  yang disyaki terlibat dengan perjuangan kumpulan LTTE.

Saturday, 12 October 2019

Dilemma Melayu skang ni



Sebenarnya memang sukar untuk bertolenrasi dengan Dap. Mereka akan mempertahankan puak mereka tidak kira salah atau betul.

Ia ibarat menjemput mereka ke ruang tamu yang akhirnya bilik tidur utama menjadi hak mereka.

Bukan sahaja bilik tidur menjadi hak mereka tapi akhirnya kita pula terpaksa tidur di luar pagar.

Melayu satu satunya bangsa yang apabila berkuasa mereka tidak akan menzalimi bangsa lain tapi yang peliknya mereka akan menindas bangsa sendiri.

Bangsa melayu diwarnai dengan perbagai karektor.

Sekiranya dia mahu menjadi baik, baiknya hingga mahu menjadi nabi.
Sekiranya dia jahat, jahatnya mengalahkan firaun.

Dalam limbaran sejarah kerajaan melayu, pengkhianatan seolah olah tidak dapat di pisahkan dari pegawai pegawai dikalangan elitis melayu.
Baik dizaman dahulu mahu pun dizaman sekarang.

Satu keturunan agaknya...

Kalau mengikut logik akal segala khazanah hasil bumi didalam negara ini sudah lebih dari cukup untuk memastikan orang orang melayu tidak hidup dalam kemiskinan.

Tapi malangnya ia tidak cukup untuk memuaskan nafsu sekelompok kecil elitis melayu.

Sebenarnya negara ini telah memulakan kesilapan pertama sebaik sahaja mendapat kemerdekaan.

Kesilapan demi kesilapan terus menerus dilakukan hingga hari ini tidak dapat dibendung lagi.

Ia seolah olah nasi sudah menjadi bubur... End of the Game...

Suatu masa dahulu saya sebenarnya kagum juga dengan skil diplomasi pemimpin pemimpin melayu.

Namun sejak akhir akhir ini barulah saya sedar sebenarnya mereka bukanlah bijak dalam diplomasi tetapi mereka menggadaikan sedikit demi sedikit hak bangsa mereka sendiri.

Agak pelik juga bila kita memikirkan apabila hak seratus peratus kepunyaan kita akhirnya kita terpaksa berkompromi hanya untuk menyatakan pendapat.

Saya bukanlah anti sekolah berasrama penuh tapi sebenarnya saya ada menaruh sedikit syak wasangka terhadap agenda sekolah tersebut ditubuhkan oleh british suatu masa dahulu.

Ia menjadi kenyataan apabila ia menjadi pusat brainwash untuk melahirkan pemimpin pemimpin melayu yang liberal.

Manakala sekolah sekolah biasa dibawah mubaligh pula dijadikan pusat brainwash untuk anak anak orang kebanyakan agar dijarakkan dari mengenal agama Islam.

Sejak merdeka hingga sekarang kita diibaratkan seperti sudah bermain bolasepak selama 90 minit.

Sekarang adalah masa tambahan dan sedang menunggu pengadil untuk meniupkan wisel...

Didalam keadaan kepenatan dan kecederaan pada setiap pemain memang agar sukar untuk menjaringkan gol.

Malah pengadil yang berat sebelah, ditambah pula dengan sorakan penonton dipihak lawan yang begitu riuh benar benar melemahkan semangat untuk bermain.

Cuma kita amat mengharapkan kapten dapat menyusun semula pemain dengan baik dan terus memberi semangat untuk melawan.

Sebenarnya untuk melawan musuh Islam tidaklah begitu sukar namun yang membuatkan mereka kebal adalah kerana mereka membina tembok penghalang yang diperbuat dari kepala dan tubuh orang yang sebangsa dan seagama dengan kita.

Nak dipijak kang kepala member...

Saya masih kurang faham kenapa boleh berasa termakan budi dengan bangsa lain sedangkan puluhan tahun bangsa sendiri lah yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.

Pada asalnya saya ingatkan mereka bijak kerana boleh memanipulasi keadaan tetapi rupa rupanya mereka menjadi terikat pula.

Ini benar benar mengecewakan...

Friday, 11 October 2019

Tiada apa lagi yang boleh kita lakukan

Seluruh dunia yang mempunyai majoriti orang islam akan menjadi berantakan.

Ini pasti...

Akhir zaman nampaknya sudah sampai betul betul di pintu gerbang.
Indonesia sedang bergolak... Next adalah negara kita...

Pergolakan ini perlu direncanakan agar seluruh negara islam tidak menumpukan perhatian ke jazirah arab terutama gaza.

Dap pasti begitu terkilan kerana diwaktu pemerintahan kerajaan umno, ejen Ltte mereka tidak pernah pun diambil sebarang tindakan tetapi  sebaliknya diwaktu mereka memerintah pula geng mereka dicekup satu persatu.

Kadangkala politik malaysia agak sukar dibaca seandainya kita melihat dari satu arah sahaja.

Tetapi sekiranya kita melihat dari sudut arah yang lain pasti kita akan dapat melihat ada satu rencana yang sedang diajalankan.

Nanti akan tiba pula masalah di mana matawang sudah tidak bernilai lagi... Rasanya tidak lama lagi...

Dunia seolah olah sedang krem...

Satu persatu masalah timbul secara berantaian.

Sewaktu bank of rothchild dibenarkan berdiri di Kuala Lumpur dulu kita sepatutnya sudah dapat meneka bahawa negara kita sedang di halakan kearah sesuatu.

Namun kita tidak berupaya untuk melakukan sesuatu walaupun kita tahu sekalipun.

Pemimpin kita bukanlah begitu menghiraukan berkenaan hal ehwal rakyatnya diwaktu itu.

Mereka lebih memikirkan poket mereka sendiri dan hiburan sahaja.

Apa yang boleh kita tafsirkan ialah apa yang berlaku sekarang adalah bermaksud.... End of the Game....

Sekali lagi kegagalan mengawal harga minyak akan menjadikan punca inflasi.

Nampaknya menteri kita kelihatan seperti menjadi ejen kepada satu pihak yang mahu mempercepatkan  suasana krem kepada ekonomi negara kita.

Kita tahu setiap kali harga minyak tidak dikawal pastinya akan mengganggu kestabilan harga barang keperluan asas.

Kerajaan yang sengaja menimbulkan huru hara ekonomi adalah sebuah kerajaan yang mempunyai seorang Tuan Besar dibelakang mereka.

Dan pastinya kita boleh menjangka siapakah dibelakang mereka...

Sebenarnya dalam keadaan sekarang tiada apa yang boleh kita lakukan.

Semuanya sudah well planned...

Kita sebenarnya sudah pun mendapat soalan bocor daripada hadis hadis nabi berkenaan nubuwat akhir zaman.

Seperti mana yang telah dipesankan 1400 tahun dahulu iaitu, sekiranya kita pasti sosok yang disebutkan itu telah muncul maka hendaklah kita menuju kepada beliau walaupun terpaksa merangkak diatas ais sekalipun.

Tanda tanda kecil nampaknya seperti semuanya sudah selesai... 

Cuma tinggal tanda tanda yang besar sahaja lagi.

Ada yang berpendapat tanda besar yang pertama dimulakan dengan Dukhon.

Jadi kita tunggu sahajalah samada meteor akan menghentam bumi, gunung berapi meletus secara berleluasa ataupun berlakunya perang nuklear atau mungkin juga ketiga tiganya berlaku serentak.

Manakala kita di Malaysia ini sudah tidak perlu terlalu memikirkan hal kedatangan dajjal lagi kerana mungkin negara kita pun sudah pupus dek kerana bencana tadi.


Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan atas nama The Greater Tamil State

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian ketika mengumumkan tujuh suspek yang mempunyai kaitan dengan LTTE ditahan dalam operasi di enam negeri antara jam sembilan pagi hingga dua petang. 

Antara yang ditahan ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Melaka dan Negeri Sembilan, selepas disyaki terlibat mempromosikan LTTE.

Turut ditangkap seorang ejen insurans yang merancang menyerang bangunan kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur, menurut Ayob dalam sidang media semalam. 



Wednesday, 9 October 2019

Tun Sudah Tidak Bermaya




Anwar sebut kongres “Barua” di hadapan Tun M?

Sama ada benar atau tidak, video berikut mengundang reaksi tidak selesa rakyat terhadap Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam petikan video ini kedengaran Dato’ Seri Anwar menyebut : “Sejak lepas Kongres Barua nampak semangat lain macam” kata Dato’ Seri Anwar kepada Tun Dr. Mahathir.
Ia kemudian disambut pula oleh Menteri Pertahanan Mat Sabu seperti menyebelahi Dato’ Seri Anwar.
Tun Dr. Mahathir pula hanya mampu tunduk sahaja.
Video ini dirakamkan selepas selesai sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.
Terdahulu cakap-cakap umum, Dato’ Seri Anwar dikatakan kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal ke Kongres Maruah Melayu yang berlangsung dengan jayanya Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan Dato’ Seri Anwar dikatakan hanya mendapat jemputan di saat-saat akhir sahaja.
Lebih memedihkan lagi perasaannya apabila melihat kelibat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali ditonjolkan di atas pentas bersama tokoh-tokoh pemimpin politik lain.



Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...