Pertama sekali, kenyataan media MUDA bahawa kenderaan tersebut dibawa bawah had laju adalah misleading dan salah. Saya pada asalnya terkejut mengetahui Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun akibat cuai memandu sehingga menyebabkan kematian. Namun mengapa saya tidak membuat sebarang komen? Kerana saya ingin mengetahui alasan penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi tersebut. Saya yakin Hakim mempunyai alasan yang kukuh mengapa hukuman keras dijatuhkan ke atas Tertuduh dalam kes ini. Adakah anda tahu antara keputusan Mahkamah Tinggi yang boleh disimpulkan adalah... 1. Sama seperti kes Anwar Ibrahim, pihak Tertuduh telah membuat keputusan untuk memberi keterangan secara tidak bersumpah. Ini bermakna pihak pendakwaan tidak boleh menyoal, menguji atau mencabar keterangan Tertuduh untuk mengetahui cerita sebenar dalam perbicaraan. Apabila saksi tidak dapat diperiksa balas, Mahkamah tidak ada peluang untuk mengenal pasti kebenaran kenyataan tertuduh. Mengapa Tertuduh tidak ingin m