Wednesday 30 September 2020

Ambang Perang Dunia: info terkini

Info Terkini Yang Semakin Memuncak :

* Mesyuarat darurat PBB akan diadakan dalam beberapa jam lagi kerana perang antara Armenia dan Azerbaijan semakin memuncak.

* Belarus meminta gencatan senjata antara Azerbaijan dan Armenia.

* Duta besar Armenia ke Rusia mengatakan: Kami akan menggunakan peluru berpandu Iskander, jika Turki menggunakan pesawat F-16 untuk melawan pasukan Armenia.

* lebih daripada 84 askar terbunuh di Armenia dan lebih dari 200 cedera.  Lebih daripada 3 orang mati dan lebih daripada 30 orang awam cedera di Armenia.

* Azerbaijan belum memberikan maklumat mengenai kematian dan kematian tentera.

* 8 orang awam terbunuh dan 27 cedera di Azerbaijan.

* Turki menghantar pejuang pembangkang Syria untuk menyokong negara Azerbaijan.

* Presiden Nagorno-Karabakh di Armenia mengatakan dia tidak melihat penyelesaian politik untuk konflik itu dan satu-satunya senario adalah untuk menimbulkan kerosakan kepada musuh.

* Perdana Menteri Armenia mengadakan pertemuan darurat dengan Majlis Keselamatan dan merancang untuk melakukan tamparan hebat bagi negara Azerbaijan.

* Orang yang tinggal di luar negara dan dilahirkan di Armenia kembali ke negara mereka untuk mempertahankan tanah air.

* Pakistan mengatakan bahawa ia menyokong negara Azerbaijan.

29.09.2020

Tuesday 29 September 2020

DAP DAN MALAYSIA

Secara jujurnya DAP masih hebat dan kuat di kawasan2 bandar di seluruh pelusuk Malaysia tidak kira di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Lihat apa yang berlaku PRN Sabah baru-baru ini. Terbukti!
 
Mengapa?

1) Cina tetap bersatu dalam segala hal melibatkan kaum mereka. DAP sememangnya membuktikan bahawa kaum Cina bersama mereka akan terjamin. Sebab tu saya katakan mereka tetap parti Cina walaupun mereka menafikan bahawa parti mereka adalah parti multi-racial.

2) Bandar seluruh Malaysia adalah penepatan  majority kaum Cina kecuali bandar Shah Alam sahaja. Itu pun dah mula pegerakkan jangka panjang mereka (20-30 tahun) akan datang untuk menguasai pintu di sekitar Shah Alam. Mereka akan mewujudkan penempatan bandar baru melalui pembangunan perumahan baru dengan kadar harga rumah yang tinggi. 

3) Strategi menguasai bandar adalah bertujuan mengukuhkan penguasaan ekonomi gagasan mereka. Termasuklah ekonomi "Black Market" dan "Haram".

4) Jika ekonomi kukuh, penguasaan politik akan lebih jitu. Mereka boleh membeli sesiapa saja untuk "Halalkan Cara" termasuk Datuk Bandar dan ahli politik yang lain.

5) Oleh demikian, mereka masuk ke gelanggang politik dengan banyak tujuan terutama sekali ialah untuk menguasai negara melalui kerajaan. Banyak pengubahsuaian yang mereka akan lakukan untuk mengekalkan penguasaan ekonomi lebih2 lagi kaum Bumiputera khususnya Melayu dah pandai berniaga dan ada yang hebat2.

6) Mereka mengajak anak2 Cina jangan bersekolah kebangsaan kerajaan tetapi bersekolah di sekolah swasta. Paling teruk pun biarlah ke Sekolah Kebangsaan Jenis Cina bagi bertujuaan mengasingkan pemikiran yang bukan patriotism dan supaya tidak berkawan dengan bangsa Melayu.

6) Mereka menanamkan pemikiran liberal kepada bangsa Melayu yang tinggal di bandar dengan menggalakkan anak2 Orang Kaya Melayu Bandar (OKMB) pergi ke sekolah swasta dengan alasan sistem pendidikan kita ketinggalan dan lemah. Orang Kaya Melayu Bandar (OKMB) pula kononya rasa keluarganya hebat lalu mengasingkan anak2 mereka supaya tidak bercampur dengan bangsa Melayu yg di sekolah harian biasa. Alasan mereka kita ni "kampung" dan "Typical".

7) Mereka meracuni pemikiran masyarakat yang tinggal di bandar untuk menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tidak penting untuk pelajari. Mereka mengatakan universiti/kolej awam pun tidak bagus dan lemah. Jadi mereka mengajak orang belajar ke luar negara dan itu pentingnya kata mereka penguasaan Bahasa Inggeris penting dan Bahasa Melayu ini adalah bahasa murahan saja.

8) Masalah bangsa Melayu liberal ni amatlah serious malahan merbahaya. Meraka akan mengalih pandangan anak2 muda kita supaya membenci politik terutama UMNO. Mereka akan tetap tuduh kita punca perpecahan dan rasis paling teruk. Anak2 muda kita akan terpengaruh dan mula merasai negara ini samarata hak milik semuanya.

9) Mereka menggunakkan pendekatan RASUAH untuk meracuni pemikiran bangsa Melayu. YA! MEMANG MEREKA YANG MENGAJAR DAN MEREKA YANG MULAI! Mereka menghantar Melayu lain untuk membuat urusan perbincangan tetapi mereka ada di belakang. Lebih dasyat lagi mereka menggunakan terma "Up Front" (duit komisen dulu) yang memang berjaya merosakkan dan mempengaruhi pemikiran bangsa Melayu.

10) Mereka tetap memecah belahkan kaum dan bangsa Melayu kita terutama di bandar untuk menguasai persada politik. Sebab tu wujudnya PAN. Dulu PKR...

Kesimpulan di sini, kegagalan kita bukan dari mereka. Itu strategi DAP dan memang itu yg mereka lakukan. Punca kegagalan kita adalah tetap dari diri kita, Islam Melayu. Kerana kita perlu :-

1) BERSATU PADU dan tiba masanya. TSUNAMI MELAYU PRU15. Buktikan...
2) Menolong dan membantu. Bukan meminta RASUAH dan UP FRONT. Ini baru minta surat dah ada bayaran. 
3) Mendidik anak2 kita. Kenali Sejarah dan tingkatkan semangat patriotik.
4) Jadi manusia yang ambil tahu hal negara dan keadaan sekeliling.
5) Kurangkan perebutan kuasa/jawatan sesama sendiri dan akur kenali potensi diri. Jawatan adalah tanggungjawab. Jika dah berjawatan jalanlah tanggungjawab.
6) Mengenali dan mendalami Islam anda akan memahami politik keseluruhan. Terutama kita di Nusantara.
7) Bertindak! kita laksanakan atau kedepan bukanlah sikap menunjuk-nunjuk. Itu adalah keprihatinan dan tanggungjawab.

Jadi saya harap apa yang telah berlaku di PRN Sabah sebenanrnya banyak yang kita boleh pelajari dan tauladani. Apa pun DAP sendiri goyang sampai bertanding kena pakai bendera Warisan. DAP pun dah mula risau logo mereka takut tak laku dah. Kita jangan berhenti. Teruskan perjuangan! Tumpaskan musuh kita!

Sekian,
MJSDN 
PHD-Pakar Hal Dalaman
28/9/2020

Friday 25 September 2020

Rupanya pada tahun 1921, sudah pun ada manusia dibayar gaji sebanyak satu juta setahun

Untuk rekod, pada zaman tu, income tax masih belum wujud. Maksudnya berapa gaji yang diberi, banyak itulah yang boleh dijoli. Dan rata-rata orang yang bergaji 2000usd sebulan, sudahpun kaya nak mampus.

Lelaki ini bernama Charles Schwab. Dia dilantik menjadi CEO sebuah syarikat besi di Amerika pada usia 38 tahun. Power kan?

Bila ditanya kepada founder syarikat tu, 

“Kenapa kau sanggup bayar Schwab sebanyak tu? Adakah Schwab ni seorang genius? Atau dia ni terer sangat buat besi?“

Jawabnya, 

“Dua-dua bukan. Schwab adalah manusia yang paling pandai berurusan dengan manusia.”

Fuyoo. Cenggitu je?

Orang pun kajilah, apa benda semua ni? Terer tara mana Schwab ni, sampai orang sanggup bayar mahal gitu.

Akhirnya, Schwab sendiri buka mulut. Dia cerita, 

“Aku ada kelebihan yang orang lain takde. Di bawah aku, semua orang jadi lebih semangat untuk bekerja.”

Huh? Berlagaknya.

Sabar sat. Dengar dulu apa Schwab nak kabo ni.

“Sebenarnya, senjata paling berbisa yang aku gunakan hanya dua. Iaitu

1- Appreciation (Penghargaan)
2- Encouragement (Dorongan)

Kau tahu? Takde benda yang boleh membunuh cita-cita seseorang melainkan kritikan daripada boss dia sendiri (terpakai juga untuk pasangan ataupun ibu bapa).”

I see. Nampaknya Schwab ni ada kemahiran luar biasa untuk memenangi hati manusia. Bukan takat bagi pickup line tu. Schwab juga akui,

“Aku tak pernah kritik sesiapa, sama ada di depan publik mahupun secara personal. Kerja aku, mencari sekecil-kecil kebaikan dan aku takkan cari kelemahan sesiapa."

Jadi, bila ada sekecil apa pun kerja seseorang, aku akan lambung setinggi-tingginya. Malah, aku sampai jadi gian nak puji orang.

Dan hasilnya, keuntungan berlipat kali ganda untuk syarikat yang aku terajui!”

Untuk rekod, selepas dari syarikat besi ni, Schwab diberi tanggungjawab menaikkan semula sebuah syarikat lain. Syarikat tu hampir pupus ditelan kerugian, tapi berjaya menjadi “most profitable company” di Amerika.

Sebenarnya memang dah ada kajian solid beratus tahun dulu, mengenai

1- kenapa isteri/suami lari dari rumah?
2- kenapa prestasi anak buah merudum?
3- kenapa anak-anak tak dengar cakap?
4- kenapa student lemau dalam kelas?

Dapatan hanya menghala ke satu arah,

“Tidak mendapat pujian yang sepatutnya, malah herdikan yang tidak henti.”

Semoga kisah ini memberi inspirasi dan motivasi diri kepada kita semua supaya menjadi insan yang lebih bermakna dalam kehidupan insan lain terutama dalam keluarga sendiri.

#sharingiscaring
#selfreminder
#copyandpaste

Credit kepada online malaysia

Wednesday 23 September 2020

Anwar Umum Kerajaan Muhyidin Telah Jatuh

Setelah tegaknya kerajaan tebuk atap kini timbul pula kerajaan pecah tingkap...

Sebentar tadi anwar membuat press conference mengatakan beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan kerajaan muhyidin.

Berulang kali wartawan bertanyakan berkenaan bilangan kerusi yang dipunyai oleh beliau namun anwar merahsiakannya.

Malah beliau juga menegaskan geng azmin dan muhyidin tidak tersenarai didalam ahli parlimen yang menyokong beliau menjadi PM.

Lebih meragukan lagi kali ini press conference yang dianggap penting itu tidak dihadiri oleh pemimpin parti Dap dan Amanah. Ianya hanya dihadiri oleh pemimpin PKR dan ditemani oleh isteri beliau.

Ada yang mengatakan YDPA agung tidak mahu melayan permainan politik Anwar dan memberi alasan baginda sakit dan berada di hospital untuk menerima rawatan.

Tuesday 15 September 2020

Dulu Jepun Sekarang China?

Teringat sejarah dulu ...

Ramai org2 Jepun di Johor, sekitar 4 5 tahun sebelum Perang Dunia ke 2, hinggakan bilangan penduduk Jepun menjadi antara ke 3 teramai di Johor.
Mereka jadi tukang gambar, repair basikal, pekedai dan berbagai2 kerjaya yg melibatkan 'info perangkaan perang'.

Dan akhirnya .. landing nun jauh di Kota Bharu dan gugurnya Leftenan Adnan di Bukit Candu, Singapura, maka juga petanda jatuhnya Malaya.

Tidakkah MKN mengambil sebarang inisiatif yg membina dlm menasihati kerajaan yg 'mengutamakan ekonomi' dari ( kedaulatan ).

Friday 11 September 2020

Melayu hanyalah askar botak didalam permainan catur

Game changer
King maker

Semua hebat hebat belaka tapi akhirnya bangsa kita masih di takuk lama dan semakin tertinggal...

Gah hanya dalam berebut kerusi tetapi tidak mampu meletakkan nama bangsa untuk dihormati...

Apabila ada kuasa tidak mahu melakukan apa apa tetapi setelah tiada kuasa mengapi apikan anak bangsa untuk bangkit.

Rakyat marhaen semakin penat dengan kerenah orang politik...

Adakah rakyat ini cuma berfungsi sebagai bidak catur yang digerakkan untuk dibunuh semata mata mahu menyelamatkan King?

Wednesday 2 September 2020

[ZINA BELAKANG TABIR]

Baru-baru ni aku ada tengok satu video daripada seorang ustazah ni. Bercakap isu diluar kotak sikit. Aku rasa, korang perlu tau perkara ni untuk renungan dan muhasabah diri. Bacalah walaupun panjang. Mana tahu dapat manfaat dan ada disituasi ini.

Kata ustazah tu, ada sorang hamba Allah jumpa dia. Minta pandangan dia. Hamba Allah ni isteri orang. Dah ada berapa orang anak tah. Dia tanya Ustazah, anak nombor tiga dia perempuan. Nak kahwin. Tapi ada satu rahsia yang dia perlu bagitau ustazah ni supaya dapat bagi pandangan untuk masalah dia. Katanya, sampai sekarang suami dia tak tahu. Yang anak nombor 3 tu anak hasil persetubuhan dia dengan lelaki lain.

Ustazah tu tanya kenapa dia boleh confirm cakap macam tu? Dia kata, dia dah buat check medical bagai, memang konfem bukan hasil daripada hubungan dia dengan suami dia. Anak tu hasil persetubuhan haram dia bersama skandal dia waktu suami dia outstation. Jalan yang ustazah tu bagi, senang je. Memandangkan si hamba Allah ni betul-betul dah bertaubat dan menginsafi perbuatan lampau dia. Ustazah tu kata kena jujur dengan suami dia status anak tu yang anak tu bukan anak kepada suami dia.

Tercengang kejap hamba Allah tu. Tapi memandangkan dia betul-betul dah bertaubat. Dia ambil langkah untuk terus terang dengan suami dia. Akhirnya si suami ceraikan dia dan anak perempuan tu pula terus bencikan dia. Dia redha. Atas kesilapan yang dia dah lakukan.

Jom kita perhalusi lagi kes macam ni tuan-tuan.

Kalau aku lepak dengan kawan-kawan lelaki yang jauh lebih muda, aku suka ingatkan perkara ni. Kita lelaki. Kita pemimpin. Makna pemimpin tu sendiri melangkaui banyak perkara. Termasuk perkara-perkara remeh yang kesannya besar pada rumahtangga.

Bayangkan kes di atas. Isteri simpan rahsia sampai sikitpun suami tak perasan dan tak syak langsung. Berpuluh tahun. Aktiviti haram yang berlaku tak tahu berapa kali dibelakang suaminya. Dan beberapa tahun berlarutan dengan aktiviti maksiat. Maknanya sepanjang perkahwinan tu, isteri tetap melayani suami dia dengan baik, sebab si suami langsung tak datang syak pada si isteri. Macam mana suami nak tahu? Payah. Nak tanya? Sampai mati tak akan mengaku. Last sekali isteri menangis cakap kita dah tak sayang dia. Kita pun sejuk hati dan konfiden semula. Melainkan ada bukti nyata. Kalau kita tanya si suami pun, silap-silap suami cakap.

"Sungguh, saya tak sangka. Isteri saya cukup baik. Tak masuk akal dia boleh buat macam ni pada saya. "

Kalau ikut pada apa Ustazah tu cakap lagi, ikut kajian dia tentang isu ni. Dia sendiri terkejut dengan apa yang dia kaji, tuan-tuan. Semua ni dah macam trend. Hari ini dia jumpa terlalu ramai isteri-isteri orang yang sangat baik tapi buat servis melayani nafsu lelaki lain demi menampung ekonomi suaminya tanpa suami dia tahupun. Niat perempuan nak bantu suami dia tu baik tak, tuan-tuan?

Baik! 

Bila dia ada niat nak bantu suami dia tu maknanya apa tuan-tuan? Maknanya dia sayang suami dia. Dia buat servis macam tu, upah dia anggaran RM200 - RM500 sekali servis. Itu baru sorang. Mewah tak? 

Mewah! Dan gila!

Okey kita pandang sudut sini pula. Niat isteri tu baik, si isteri pula sayang betul dengan suami dia. Tapi dia boleh ke arah tu. Mana logik dia tuan-tuan? Ini cerita yang servis lah. Belum cerita suka sama suka, cerita ketagih seks, dahagakan perhatian dan lain-lain. Tak masuk juga isu rindu dengan bekas pasangan yang jumpa semula di reunion.

Tuan-tuan, segala kegilaan ini ambil tahu tuan-tuan. Kelak esok menyesal tak sudah. Suka aku nak tanya, sepanjang perkahwinan ni pernah ambil tahu tak handphone isteri? Pernah ambil tahu tak berapa ramai lelaki yang bini whatsapp dan ada terlayan lebih-lebih? Apa? Privasi isteri? Islam tak pernah ajar ada privasi isteri bagai melibatkan sosial ni tuan-tuan. Lagi-lagi melibatkan bukan mahram.

Aku bagi point sikit lagi.

Tuan-tuan, kita yang lelaki ni sepanjang kita keluar berdepan jutaan manusia. Bila kita pandang perempuan yang sedap mata kita pandang, yang kita rasa geram tu. Kita pernah peduli ke isteri orang atau tak?

Tenang, aku nak kita nampak sudut yang lebih jelas sahaja.

Sepanjang di tempat kerja, kita mengusik, kita pandang dada perempuan dekat Office sama, yang kita cerita dekat kenalan kita pasal si perempuan yang kita geram tengok tu, kita pernah ambil tahu ke itu isteri orang?

Aku nak tanya lagi, tuan-tuan. Kita sebagai lelaki ni. Kalau tanya kita, perempuan ni senang ke nak ngorat? Majoriti kita cakap mudahkan tuan-tuan?

Pandang lagi diri kita. Sepanjang bekerja, bila ada perempuan jadi seronok ke tak seronok tuan-tuan? Best tak dapat buat kelakar dan bagi perempuan ketawa? Lagi-lagi perempuan yang kita tengok rasa geram. Kita pernah fikir dia isteri orang atau tidak ke tuan-tuan?

Semua yang kita fikir ni tuan-tuan, semua yang kita buat ni tuan-tuan. Semua lelaki buat perkara sama dan berlaku pada isteri kita di luar sana. Ada yang geram tengok isteri kita, ada yang membayangkan dapat bersetubuh dengan isteri kita, ada yang membayangkan dapat macam-macam lagi daripada isteri kita.

Nampak tak tuan-tuan apa yang kita perlu perinci lagi bila melibatkan rumahtangga ni?

Lagi-lagi kita di zaman teknologi tanpa batas. Segalanya dihujung jari. Hari ni kita bergaduh dengan isteri kita, isteri kita up posting di fB mengadu. Ramailah kenalan dia yang ambik kisah. Terutama sekali kawan lelaki. Bahaya tak tuan-tuan? Ramai lelaki buat perkara sama, tuan-tuan.

Hari jadi isteri, kita buat tak peduli. Kita kata isteri kita dah biasa tak sambut. Bila isteri kita keluar pergi kerja, ada kawan-kawan dia diluar sana termasuk lelaki-lelaki yang lama geram dengan isteri kita ni sambut birthday isteri kita siap nyanyi lagu selamat hari jadi. Sini saja sudah 1-0. Perempuan ini suka dihargai tuan-tuan. Perempuan sukakan perhatian.

Semoga kita selalu ambil tahu segala hal remeh diluar jangka ini. Berbalik pada islam, Islam ajar kita dah tuan-tuan. Tugas mencari nafkah tu diletakkan total atas lelaki. Bukan isteri tau tuan-tuan. Atas lelaki. Isteri pula nak keluar rumah waimah nak pergi masjid sekalipun wajib minta izin suami. Tengok sudut islam melarang pula isteri orang yang duduk berduaan dengan lelaki lain. Kalau suami izinkan sekalipun suami dikira dayus. Lengkap dah tuan-tuan.

Bukan suka-suka tu tuan-tuan. Perempuan ni perhiasan. Cantik. Potensi berlaku ke arah zina sangat tinggi. Tuan-tuan, kita duduk berdua dengan perempuan je lah tuan-tuan. Bersembang berdua. Jantung dup dap tak? Peduli tak dia isteri orang? Nak dijadikan cerita, dia pulak cantik. Dia punya perfume tu semerbak buat bulu roma tegak. Secara jujurlah tuan-tuan, masa tu si perempuan tu pandang tempat lain sekejap, mata kita tertumpu ke bahagian anggota badan dia yang mana tuan-tuan?

Cabaran sebagai suami tak mudah, tuan-tuan. Paling baik ialah kita jaga diri kita, jaga pandangan kita, inshaAllah Tuhan balaskan kebaikan pada kita semula. Nafsu ni dia tak kira siapapun, tuan-tuan. Takda alasan. Baik tok aji, baik pakar perubatan islam, baik yang nampak macam budak skema tak kenal pada seks ataupun lelaki berpengaruh yang banyak beri motivasi tentang akhlak sekalipun.

Nafsu adalah nafsu.

Ingat lagi kisah ahli ibadah yang hidupnya puluhan tahun beribadah kepada Allah semata akhirnya kecundang dengan nafsu shahwat bila termakan godaan wanita untuk melakukan zina?

Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Perubahan zaman membawa lelaki kepada tanggungjawab yang lebih berat. Kita leka, risiko atas kita semakin besar. Selalu ingat, macam mana kita geram tengok isteri orang lain, orang lain sedang buat perkara sama pada isteri kita. Semoga dijauhkan semuanya pada rumahtangga kita.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...