Tuesday 14 November 2023

Tepat sungguh ciri ciri kerajaan hari ini

Fenomena akhir zaman banyak sekali disebut dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menjelaskan banyaknya cabaran terhadap keimanan kita yang melalui kehidupan semakin jauh daripada Rasulullah SAW.

Antara yang paling kerap ditemukan kebelakangan ini adalah kemunculan golongan Ruwaibidhah. Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.

Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)


Saturday 11 November 2023

Kita Faham

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

(Al-Mulk 67:20)


Satu dunia sedang menanti perang dunia ketiga. Kemungkinan peperangan terjadi adalah satu kepastian. Kerajaan sewajarnya membuat persiapan untuk mempertahankan negara dan rakyat pula perlu digalakkan untuk belajar mempertahankan diri.


Kita perlu belajar dari kejadian yang lampau dimana apabila empayar melaka diserang oleh portugis kerajaan melaka terpaksa mengambil askar upahan untuk mempertahankan negara.


Askar upahan ini akhirnya berpaling tadah dan membuatkan Kerajaan Melaka kalah dan Raja melarikan diri.


Malah pada perang dunia kedua juga kita dapati rakyat tidak mempu mempertahankan diri hingga menjadi mangsa perang. Orang british melarikan diri dan tinggallah rakyat bersendirian menghadapi tentera jepun. Para lelaki dibunuh dengan kejam manakala para wanita dirogol dan dibunuh.


Akhir zaman dunia akan dipenuhi dengan peperangan. Tidak membuat persediaan akan membuatkan kita menjadi lauk kepada musuh negara terutama musuh Islam.


Kita faham akhir zaman ni kita tidak akan memperolehi kerajaan yang bertambah baik tapi kita akan mendapat yang bertambah teruk sehinggalah umat Islam berputus asa dan mula mengharapkan AlMahdi untuk memimpin memperjuangkan nasib umat Islam. 


Samada tegur atau tidak kita tetap akan dapat yang lagi teruk. Teguran dibuat semata mata sebagai bukti kita tidak redha dengan kemungkaran dan tidak dipersoalkan di akhirat nanti.


Kita juga faham kita tidak mampu melawan dajjal cuma sebelum dajjal keluar setidak tidaknya kita mendapat sedikit kredit kerana melawan pengikut dajjal.


Kita juga faham kita tidak mampu untuk mempertahankan diri dari kerakusan yakjuj makjuj yang terlampau ramai yakni 1:999 tapi setidak tidaknya kita berharap kita termasuk didalam nisbah yang 1 itu dan bukan yang didalam 999.



Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...