Saturday 29 August 2020

Jangan Tertipu

Kengkadang orang melayu jangan tertipu dengan wayang politik.

Bila tiba tiba timbul isu cina bercucuk tanam di tanah haram, isu cina bela babi di tanah haram, itu bukan bermaksud kerajaan mahu mengambil tindakan terhadap cina cina tersebut kerana melakukan kesalahan.

Sebaliknya ia lebih bermaksud mahu mengugut kesemua cina cina itu sahaja.

"Lu tak mau undi kitorang, kita kacau sama luorang..."

Mesej sebenarnya PRU sudah semakin hampir...

Friday 28 August 2020

PRK Slim sebagai Penanda Aras

Ada yg bertanya pendapat saya berkenaan haru biru yg sedang melanda umno skang.

Saya berpendapat ianya hanyalah satu test market untuk prk Slim.

Mereka mahu melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada umno tanpa bantuan PPBM.

Mereka juga mahu melihat sejauh mana kuatnya parti Pejuang yang dikatakan telah membawa masuk 3/4 ahli ahli PPBM ke dalamnya.

Mungkin pihak umno mahu mencongak berapa penyokong PPBM yang sebenarnya di Slim.

Pertembungan prk Slim adalah semata mata pertembungan diantara UMNO vs Tun.

Sekiranya umno masih mampu menang itu bermakna UMNO tidak begitu memerlukan kekuatan PPBM pada PRU akan datang malah mereka mampu mengira sejauh mana kekuatan Parti baru Tun.

Begitulah pendapat saya... Sekiranya ada pendapat lain saya sedia meraikannya juga.

Ada juga yang bertanya berkenaan bagaimana harus pembahagian kerusi diantara parti dibuat untuk PRU akan datang.

Saya lebih gemar mengambil jalan mudah yakni setiap parti perlu meletakkan angka berapakah penyokong yang mereka ada disetiap parlimen.

Dan caranya ialah mempersembahkan berapa jumlah ahli ahli mereka disetiap bahagian.

Parti yang mempunyai ramai ahli di dalam bahagian tersebut adalah lebih besar peluangnya untuk menang di parlimen tersebut.

Manakala bagi Dun pula boleh lah diagihkan atas dasar budi bicara sesama parti komponen.

Semua pihak harus insafi bahawa kemenangan PH pada PRU lepas adalah kerana akibat 10% sokongan pengundi melayu yang asalnya penyokong BN telah berpaling arah.

Dan 10% ini menyertai PPBM untuk mendokong Tun menjadi Perdana Menteri.

Dan kini PPBM telah berpecah 2 dan sebahagian dari PKR pula telah menyertai PPBM dan ia mengembalikan semula kekuatan PPBM kepada yang asal sepertimana diwaktu PH menang pada pru lepas.

Namun begitu ada sedikit kegusaran kepada parti tersebut walaupun nampak kuat dengan jumlah bilangan ahli parlimen  tetapi tampak sedikit tempang dari segi jumlah penyokong.

Sekiranya PPBM berkesempatan melakukan sedikit kerja untuk mengumpul semula para penyokongnya di setiap negeri maka ia dapat memberi sedikit keyakinan kepada parti komponen yang lain bahawa mereka boleh bergantung harap kepada PPBM untuk meraih kemenangan pada pru akan datang.

Pada pendapat saya kombinasi Hamzah zainudin dan Azmin boleh merealisasikan keadaan tersebut.

Cuma sahaja mereka memerlukan satu team yang boleh melaksanakan misi tersebut.

Manakala umno pula perlu membuktikan mereka benar benar bersih di mata rakyat.  Nampak bersih di mata penyokong sendiri tidak akan mengubah pendirian rakyat pada pru akan datang.

Ini kerana pada pru lepas rakyat telah menunjukkan pendirian mereka di kertas undi. Kebanyakan undi umno merosot teruk dan ada yang kalah.

Satu perbincangan telus perlu dilakukan oleh setiap parti melayu tersebut agar pertelingkahan sesama mereka dapat dielakkan demi kepentingan orang melayu.

Orang melayu perlu kuasa untuk menjaga orang melayu dan bukannya kuasa itu digunakan untuk menjaga hati bukan melayu.

Bukan melayu telah menunjukkan sikap mereka pada pru lepas. Maka ada baiknya pemimpin melayu belajar dari kesilapan.

Tuesday 25 August 2020

Antara tanah rizab Melayu dan tanah Musang King

Tanah rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?

Hairan sungguh! yang HALAL tidak dijaga, yang HARAM dibiarkan bermaharajalela. Inilah kuasa wang ultra kiasu. Dengan wang dan durian king, mereka rasuahkan anak-anak kita, daripada pejabat tanah hinggalah kepada pemimpin. Kita tutup mata. Hanyut dengan duit, duit, duit.

Sejak dahulu kita dibelikan dengan duit. Akhirnya, semua tergadai. Maruah agama, bangsa, negara dan tanah air tergadai. 

Tidak adakah sekelumit rasa bersalah menggadaikan semua ini. Dosa besar sebegini tidak oleh diampunkan. Tidak kira siapa terlibat, termasuk dalam kalangan pembesar, jika ada.

Berapa banyak lagi tanah berdaulat tergadai begitu sahaja?

Sudah banyak tanah berdaulat terlepas kepada ultra kiasu negara jiran yang dahulunya tanah Singa. Apa dah jadi.

Berapa banyak lagi tanah ini akan terlepas. Cuba buat kajian tanah-tanah dan asset-aset yang sudah terlepas kepada ultra kiasu, tidak perlu saya sebut negerinya. Jika tanah Singa pun sudah terlepas, Pulau Batu Putih pun terlepas. Inilkan pula Pulau Pisang yang sedang menjadi pertikaian.

Ultra kiasu terus tinggal di tanah yang luas. Peribumi tinggal di rumah pangsa. Wajarkah semua ini. 

Malaysia negara jauh lebih besar berbanding Singapura. 

Kita bina rumah pangsa (flat) sekecil-kecilnya, daripada satu bilik, dua bilik, dan tiga bilik. Bila ada protes rumah pangsa satu dan dua bilik, kita pun bina rumah pangsa tiga bilik. 

Kita ingatkan dengan rumah pangsa tiga bilik, sudah cukup baik, rupanya rumah pangsa tersebut bukan untuk manusia, dengan hanya keluasan 600 kaki persegi. Sama seperti flat satu bilik, cuma ditambah bilik.

Berbanding dengan tanah Singa yang sudah terlepas, rumah pangsa (flat) dibina pada skala yang besar seperti kondominum. Ultra kiasu melabur untuk manusia kerana, mereka mahukan pulangan besar dengan melabur untuk manusia.

Kita punyai tanah yang besar dan luas, bina rumah flat, macam bina sarang burung merpati. 
Keuntungan yang menjadi matlamat. Kita tidak melabur untuk manusia. 

Tidak hairanlah, ramai anak peribumi Melayu yang tidak menjadi, kerana rumah (flat) mereka yang ada tiga bilik, bukan rumah dalam erti kata sebenar, tetapi sarang. 

Akhirnya, anak-anak kita tidak suka duduk di rumah. Main di luar. Menjadi mangsa dadah dan gejala sosial yang lain.

Buatlah kajian berapa ramai orang Melayu tinggal di rumah murah atau rumah pangsa berbanding bangsa lain. Sedangkan, sepatutnya Melayu lah yang patut tinggal di atas tanah, sebab ini Tanah Melayu.

Keadaan sudah terbalik. Tanah Melayu, Melayu sudah tidak ada tanah, tidak tinggal di tanah. Hanya berada di flat-flat. Tanah Melayu adalah lantai rumah.

Siapa tinggal di atas tanah? Rupa-rupanya, Melayu sudah tidak ada tanah. Tanah rizab Melayu sudah hilang kerana tanah musang king makin bertambah. Adakah ini wajar? 

Wahai umatku yang berada di pejabat tanah, pemimpin yang memayung tanah-tanah ini, sedarlah kamu, bahawa tindakan meluluskan tanah berdaulat kepada ultra kiasu akan dikutuk oleh generasi kamu akan datang, percayalah. Anak-anak cucu cicit kamu akan jadi mangsa

Bangunlah, bangunlah mulai sekarang. Pergi kaji dan cari balik tanah-tanah yang telah tergadai. Ambil balik. Jangan sampai jadi macam Genting Highland. Daripada 99 tahun telah menjadi 999 tahun, mungkin selama-lamanya. Menyesal kemudian tidak berguna

Siasatlah hingga ke akar umbi. Ambil tindakan tegas, meskipun mereka bergelar pembesar dan jerung. Pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar dosanya

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Monday 24 August 2020

PM7 TAK PANTAU KE TADBIRURUS NEGARA? TAK BUAT KERJA KE? GAJI BULANAN AMBIL KAN?

BACA: JANGAN TIDAK TAHU BETAPA GAMPANGNYA KERAJAAN PH DITERAJU DAPIGS!!!๐Ÿ˜Ž

PANAS dari Dewan Rakyat...๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus)!๐ŸŒบ

Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terus terduduk setelah mendengar pendedahan oleh Tengku Zafrul.๐ŸŒบ

Apa sudah jadi? Bukankah Lim Guan Eng selama ini sering sebut PH hanya mengamalkan “tender terbuka”? Malah ianya termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci) - Buku Harapan!๐ŸŒบ

Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH.๐ŸŒบ

Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali terus bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan di Kabinet!๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, juga bangun untuk mengesahkan dakwaan Azmin.๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Wah! Ini sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia!๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Kalau Kabinet tidak meluluskan tender rundingan terus, agaknya siapa pula yang begitu berkuasa menawarkan tender secara rundingan terus ini?๐Ÿ‘๐Ÿ‘

#TerbongkarPembohonganPH๐Ÿ˜Ž
#GuanEngTahuKeTakTahu๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Saturday 22 August 2020

GILIRAN MELAYU PULAK MENUNTUT

25 Tuntutan Melayu Buat YAB Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Perdana Menteri Malaysia ke 8

Mari semua bangsa melayu pula bangkit bersatu menyokong Dari cadangan Peguam kita Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz 
Peguambela & Peguamcara
*0129770412* 
Ini Tanah Melayu sering Bangsa Melayu asik kena sabar kena sabar kena sabar kena lebih kurang mengalah kena lebih kurang mengalah sampai kena pijak pun masih disuruh bersabar . 
*Ini kalilah Kasi Sampai Jadi Bangkit Melayu kita Bersatu Ini bumi Malaysia Tanah Kita Asal usul Bangsa Kita diamanahkan oleh Allah untuk Dijaga rapi* 

so..
Bersama2 ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tan Sri, 25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 72 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Wahai Orang2 Melayu.

Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.
Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.

Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.
Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.

Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.

Wahai Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak  Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.

Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut di kuatkuasakan.

Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir, ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-

1. Memperkukuhkan Islam sebagai  Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.

3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.

4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.

5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.

6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.

7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti  yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan. 

9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.

10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.

11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.

13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.

14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.

15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini. 

18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.

19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.

20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.

21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

22.  Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.

23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu di tubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.

24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.

25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 negara di berikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.

PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR. SEMOGA MRK AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.

(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)

JANGAN LAGI MELAYU DI BULI

Di sediakan oleh,
*Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz*
Peguambela & Peguamcara
*0129770412*

#RasisBerpelembagaan
#DaulatTuanku

Friday 21 August 2020

Matawang kita semakin menjunam??

Tahukah anda: 5,500 tan Emas didagangkan sehari!

Setiap hari, sejumlah 5,500 tan metrik ( $212B ) emas diniagakan di London , menjadikannya pasaran terbesar borong emas "over the counter" (OTC) utk emas di dunia.

Dari satu sudut, lebih banyak emas didagangkan di London setiap hari berbanding jumlah emas fizikal yg disimpan di Fort Knox ( 4176 tan metrik). 

Fort Knox adalah salah satu lokasi simpanan emas fizikal dunia selain dari New York Federal Reserve. Pada satu-satu masa jumlah emas yg didagangkan menhampiri jumlah rizab emas AS ( 8,133.5 tan ) boleh bertukar tangan.

Bagaimana ini boleh berlaku?

PERNAH TAK DENGAR PERKATAAN LONDON GOLD MARKET?

LONDON GOLD MARKET adalah pasaran terbesar borong emas "over the counter" (OTC) utk emas di dunia.

Pasaran London berfungsi sebagai penentu utk harga spot emas di seluruh dunia disamping lokasi kepada "London Bullion Market Association" (LBMA) dan juga harga lelongan emas harian. 

JUMLAH DAGANGAN EMAS
===================
Jumlah dagangan emas harian London = 5,500 tan

Jumlah hasil perlombongan emas harian dunia = 9 tan
===================

Pelik tak nilai diatas? Kalau masih tak faham, cuba baca berulang kali. 

Jumlah dagangan emas harian di London adalah 600 kali lebih banyak berbanding dgn jumlah hasil lombongan emas dunia dalam sehari!

Soalan :
Bagaimana sejumlah 5,500 tan sehari atau 2,007,500 tan emas setahun didagangkan di London sedangkan emas fizikal yg dilombong seluruh dunia hanyalah sekitar 9 tan sehari atau 3,285 tan setahun????

Emas yg didagangkan melebihi emas yg dilombong!

Rasa2 apa jawapannya? 

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Jawapan:
Sebenarnya dagangan emas di London hanyalah bersandarkan atau berdasarkan kertas yg tak berguna atau nombor-nombor digital di komputer! 

Kita lebih percayakan no digital atau kertas-kertas dan memberi lebih perasaan percaya kepada sesuatu yg bukan diatas tempatnya!

Sistem ini PASTI AKAN RUNTUH secara perlahan atau tiba-tiba..

Rasulullah SAW dah bagi hint lebih 1400 tahun yg lalu.... 

=========================================================================================================================================================

KESIMPULAN

5,500 tan emas DINIAGAKAN sehari di pasaran emas London. Tahu tak London tu dimana? ;)

Hampir kesemuanya dagangan emas di London adalah menggunakan 'paper money', 'Digital numbering' atau mungkin 'passbook' tanpa melihat depan mata emas fizikal wujud atau tidak (Do they care?). Sudah semestinya mereka tak peduli emas fizikal wujud atau tidak. Hehehehe.
-
95% emas yang DIDAGANGKAN di London tidak mempunyai "Legal Title'. 

Pendek kata - pemilik kepada akaun emas tersebut seakan tidak wujud. Senang cerita umpama banyak perkara atau nama yg disembunyikan! 

Manakala hanya 5% sahaja yg benar2 mempunyai pemiliknya (on paper).
-
Tahu tak, terkecuali "ETF gold" (Exchange Traded Fund) - tempat ala-ala orang niaga komoditi, bond sambil pandang monitor tu, emas fizikal yg disimpan di Bank of England, hanya 300 tan emas fizikal yg benar-benar ada disimpan di peti besi/peti kebal di seluruh London.

Dengan 5,500 tan emas yg didagangkan sehari di London, yang mengarutnya hanya 300 tan sahaja emas fizikal untuk menjadi sandaran kepada 5,500 tan emas dagangan sehari!
-
ok. Faham tak point yang dibentangkan diatas? kalau tak faham, cuba baca berulang-ulang kali.
Cuba baca tajuk sekali. ok?

======================================================================================================

EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT!

"Mereka" mencuba pelbagai cara untuk menipu. Dari awal kepada penipuan currency (masa tu 'mereka' cakap setiap keping duit kertas yg dicetak disandarkan pada emas), kemudiannya tahun 1973  'mereka' cancel sandaran emas dan dari situlah bermulanya era mencetak wang berleluasa.

Apa keperluan atau kepentingan utk faham artikel ini?

SUPAYA ANDA FAHAM SEJARAH!

Penggunaaan dan penciptaan wang kertas atas skrin komputer tanpa sandaran apa-apa akan menjadikan ekonomi runtuh dengan teruk. 

Pada masa tersebut, duit digital mahupon kertas anda yg banyak tu akan menjadi nombor semata-mata tanpa ada nilai. 

Untuk kita elak dari menggunakan sistem sekarang memang mustahil kerana kita adalah sebahagian dari SISTEM yang 'mereka' rancangkan sejak beratus-ratus tahun dahulu. 

Namun, kita mungkin boleh sediakan payung sebelum hujan.
Bayangkan, apa yang berlaku apabila satu hari semua orang berduyun-duyun datang ke kaunter London untuk claim 5,500 tan emas dalam bentuk fizikal sedangkan hanya 300 tan shj yang ada?

Tak faham lagi? Bayangkan apa yang berlaku sekiranya seluruh rakyat Malaysia walk in ke kaunter bank masing-masing pada hari ini (hari yang sama). Apa yang berlaku?

Jika anda faham, anda pasti tahu apa yg akan terjadi.....

Info: https://www.youtube.com/watch?v=23-sxbaSOX8&t=270s

https://www.youtube.com/watch?v=zrlXvccIPgU&t=1041s

https://www.youtube.com/watch?v=SQpnziNP8_4&t=48s

keturunan Firaun memerintah dunia: https://www.youtube.com/watch?v=wCu9hlyfHhI&t=1s

#back_to_Allah

Wednesday 19 August 2020

‘Rais dedah Dr Mahathir ubah pendirian dalam 24 jam’ - Malaysiakini

Menurut Rais, pada satu pertemuan pada 28 Februari antara dirinya, Mahathir dan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary di Yayasan Al-Bukhary, Mahathir sendiri menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri, tetapi mengubah pendiriannya dalam tempoh 24 jam.

Katanya, Dr Mahathir pada pertemuan tersebut menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana dia hanya memperoleh 66 perakuan bersumpah (SD) daripada ahli-ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

 'Kalau dengan keadaan itu, katanya, biarlah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) terus jadi perdana menteri.

Kata Rais, dia sendiri tidak mengerti bagaimana Mahathir boleh bertukar pendirian sebegitu rupa, namun tidak menolak Mahathir mungkin “diasuh” semula oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkannya menukar pendirian pada 29 Februari.

Friday 14 August 2020

Sudah-sudahlah mengarut, wahai Tun Dr Mahathir!

SUDAH-SUDAHLAH MENGARUT, WAHAI TUN DR MAHATHIR!

Buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau “tidak letak jawatan” bila beliau menyebut di dalam sidang Parlimen hari ini, 13 Ogos 2020, begini:
“Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan, ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan, apabila parti saya keluar daripada Pakatan Harapan Pakatan Harapan tidak jadi kerajaan lagi dan semua anggota Pakatan Harapan tentulah tergugur kerana tindakan itu.”

Naratif “saya terletak jawatan” ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/airtimes.my/videos/350741039648961/?v=350741039648961&external_log_id=479056908b53f8095c154e3ca20c7f17

Walaupun naratif “saya terletak jawatan” ini kedengaran begitu pelik, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini, di dalam ucapan kepada para penyokong beliau di TH Hotel, Alor Setar, pada 18 Julai 2020, pun Tun Dr Mahathir mendakwa begini: 
“Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur, saya digugur kerana Parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan jatuh tidak lagi jadi kerajaan.” 

Naratif “saya terpaksa digugur” ini pula boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/live/?v=280239996573666&ref=watch_permalink

Dengan hati yang kesal, terpaksa saya nyatakan di sini bahawa naratif “saya terletak jawatan” dan naratif “saya terpaksa digugur” ini, yang mahu memberikan gambaran kepada rakyat jelata kononnya apa yang Tun Dr Mahathir lakukan pada 24 Februari 2020 adalah sesuatu yang betul serta berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau, adalah tidak lain tidak bukan hanyalah satu kekarutan semata-mata.

Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah sesuatu yang betul sangat jauh berbeza daripada naratif awal yang beliau bawa sebelum ini bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap.

Naratif bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap jelas terbukti di dalam sekurang-kurangnya dua kejadian.

Kejadian pertama adalah kandungan Perutusan Khas Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim pada 26 Februari 2020 yang berbunyi:
“Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan oleh saya adalah salah.” 
Naratif “saya telah tersilap” ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=2761240987327863

Kejadian kedua adalah kenyataan Tun Dr Mahathir kepada Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, termasuk Datuk Seri Anwar, pada pagi 1 Mac 2020 yang berbunyi:
“Saya telah melakukan kesilapan kerana saya telah memutuskan untuk meletak jawatan… Jadi saya ingin nyatakan kepada kamu sekali lagi saya mohon maaf.” (“I made mistake because I have decided to resign… So I would like to tell you once again I am very sorry.”) 
Naratif “saya telah tersilap” ini juga boleh ditonton di sini: https://mobile.twitter.com/RashidYusoff11/status/1234286503137697792

Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau juga sangat jauh berbeza daripada fakta sebenar kejadian.

Fakta sebenar kejadian adalah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat sebelum daripada tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan kerana perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020 manakala tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan pula hanya dibuat pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020.

Fakta sebenar kejadian juga adalah tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan tidak sama sekali menyebabkan Tun Dr Mahathir kehilangan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kerana tindakan Tan Sri Muhyiddin ini adalah disertai oleh jaminan bahawa, walaupun setelah BERSATU tidak lagi berada di dalam Pakatan Harapan, semua Ahli Parlimen daripada BERSATU akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Naratif “saya terletak jawatan” dan naratif “saya terpaksa digugur” ini juga jelas bercanggah dengan Titah Diraja Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020 dalam mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bertitah begini:

“Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif lanskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama, beta telah berkenan menerima menghadap Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau.”

Titah Diraja ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=241484930625694

Takkanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong begitu jahil mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan hingga boleh “meminta Tun Dr Mahathir supaya tidak meletak jawatan” jika benar apa yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir itu sudah berlaku, iaitu bahawa Pakatan Harapan sudah tidak jadi kerajaan lagi pada waktu itu?    

Sudah-sudahlah mengarut, wahai Tun Dr Mahathir!

Monday 3 August 2020

Tidak Seindah Filem: Ini Kisah Dina Sanichar, Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Buat kaki movie, pasti anda pernah menonton atau sekurang-kurangnya tahu mengenai kewujudan animasi The Jungle Book dan filem Mowgli : Legend of the Jungle, dua filem yang diadaptasi dari karya pelukis terkenal Britain, Rudyard Kipling iaitu The Jungle Book bukan?

Jika tak tahu pasti anda boleh tanyakan pada mana-mana ahli pengakap, mereka pasti mampu menjelaskan secara terperinci kisah tersebut.

Filem ini berkisarkan kisah seorang anak kecil bernama Mowgli yang tercicir oleh ibu bapanya di sebuah kawasan hutan rimba India sewaktu percubaan melarikan diri selepas diserang harimau.

Anak itu kemudiannya ditemui, diberi makan dan dibesarkan oleh sekawan serigala bersama seekor beruang dan seekor harimau kumbang sebelum akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga serigala tersebut.

Namun tahukah anda watak Mowgli didalam filem tersebut benar-benar wujud di India pada suatu masa dahulu ? Malah ia menjadi inspirasi Kipling dalam menghasilkan bukunya.

Sebelum kita pergi jauh, buat anda yang tidak tahu, penulis terkenal Rudyard Kipling ini sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di India sebelum dihantar ke England untuk menyambung pelajarannya.

10 tahun disana dia kemudian berkeputusan untuk kembali ke India. Jadi anda sudah faham bukan dari mana lelaki berdarah inggeris ini tahu mengenai kisah ini.

Berbalik ke kisah Mowgli versi sebenar..

Kisah ‘manusia serigala’ ini mula menjadi sebutan selepas sekumpulan pemburu di Bullandshahr, Uttar Pradesh,India bertemu dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan 6 tahun sedang berjalan bersama sekawan serigala pada tahun 1867.

Pelik dengan kejadian tersebut mereka kemudiannya mengekori rapat anak kecil tadi bersama kawanan serigala terbabit pulang ke rumah mereka.

Disitu pemburu-pemburu ini kemudian nekad membunuh kesemua serigala tersebut lalu menculik anak berkenaan tanpa diapa-apakan.

Tanggapan mereka, mereka baru sahaja menyelamatkan seorang budak kecil, namun buat anak tersebut ia adalah sebaliknya.Dia baru sahaja menyaksikan seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam oleh manusia.

Di hantar ke rumah anak yatim dan dinamakan Dina Sanichar, Dia kemudian di bawa keluar dan di hantar ke sebuah rumah anak yatim sebelum dibaptis dan diberi nama Sanichar; yang bermaksud Sabtu dalam bahasa Urdu.

Difahamkan nama tersebut dipilih memandangkan Dina ditemui pada hari sabtu.

Tidak seindah filem
Bermula saat itu kisah Dina tidak seindah filem, dia bukan sahaja bergelut untuk hidup di dunia yang lebih moden, malah dia juga dikategorikan sebagai bebal kerana IQ nya yang terlalu rendah.

Bukan sahaja tidak pandai menulis dan membaca, dia juga gagal bertutur seperti manusia biasa, sebaliknya hanya mengeluarkan bunyi seperti seekor haiwan.

Malah postur jalan Dina juga lain dari manusia biasa. Dia dilihat sedikit bongkok sewaktu berjalan memandangkan sudah bertahun membiasakan diri merangkak bersama keluarga serigalanya.

Lebih memburukkan keadaan, dia juga gemar berbogel dan tidak begitu gemar disarungkan pakaian.

Jelas Dina bukan hanya terasing, malah dia sentiasa berasa terancam selepas melihat sendiri ‘ahli keluarganya’ di bunuh dan dia secara paksa di bawa pergi dari tempat yang pernah digelarnya sebagai rumah.

Akhirnya pada tahun 1895 di usia 29 tahun, Dina Sanichar dilaporkan meninggal dunia selepas menghidap batuk kering .

Tiada momen indah bertemu wanita idaman seperti dalam The Jungle Book,juga tiada penutup yang indah bergembira bersama keluarga serigala seperti filem Mowgli sebaliknya mati berseorangan di dunia yang begitu asing.

SOURCE: APSARI MYSTERIESUNRESOLVED
#JungleBook

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...