Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Pilihan Di Poket Anda

Berikut beberapa pilihan model kereta kecil dalam segmen A dan B selain dari model Perodua yang mendapat perhatian dipasaran kenderaan Malaysia buat masa kini. Proton Iriz RM41,152 - RM60,602 Suzuki Alto RM44,888 - RM54,888 Hyundai i10 RM51,329 - RM55,325 Kia Picanto RM53,290 - RM58,160 Mitsubishi Mirage RM60,199 - RM64,091 Suzuki Swift RM65,888 - RM79,388 Honda Jazz RM70,704 - RM85,314 Kia Rio RM71,822 - RM77,666 Mazda 2 RM82,322 Peugeot 208  RM83,480 - RM93,220 Smart RM83,934 - RM90,604 Ford Fiesta RM84,542 - RM93,888 Volkswagen Polo RM88,628 Audi A1 RM179,900 - RM209,000 Mini Cooper RM179,900 - RM249,000 Mercedes A Class RM198,888 - RM238,888 Yang mana satu jadi pilihan anda? Kereta semuanya kecil tetapi selain dari rekabentuk, dan spesifikasi, faktor harga juga berbeza-beza mengikut varian jenama. Sumber: http://relakssminda.blogspot.com/2014/12/kereta-kecil-pilihan-rakyat-malaysia.html

Kelab Berahi Pondan

Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand. Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu. Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir. Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam. Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis. Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu. “Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya. ”Mereka dikesan menawarkan

Pelakon Veteran Primadona Neng Ya Timah dimasukkan ke ICU kerana barah usus

KUALA LUMPUR: Bintang veteran, Neng Yatimah, 91, yang juga ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, dilaporkan koma di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura, malam ini. Pelakon era 1940-an dan 1950-an itu dikatakan mengalami sesak nafas dan tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru, petang tadi. Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya diikuti majlis tahlil, malam semalam. Anak Allahyarham Mustapha iaitu Azlynna berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun termasuk bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Ibu.

Ditangkap Khalwat Didalam Kaunter

Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam. Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang. Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai. Anggota tentera terbabit yang bertugas di sebuah kem di negeri ini dikatakan kerap datang ke situ dan mengambil kesempatan pada waktu awal pagi untuk masuk bersama pasangannya yang juga kerani di kaunter terbabit. Dia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sabah itu dikatakan sudah beristeri dan mempunyai tiga anak manakala wanita terbabit yang juga penduduk tempatan mempunyai dua anak, tetapi menjanda selepas kematian suaminya. Ketu

BERAKHIRNYA KISAH NARUTO SELEPAS 17 TAHUN

Selepas 17 tahun menabur ‘bakti’ menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya Masashi Kishimoto dilaporkan berakhir menemui pembacanya semalam menerusi komik siri terakhir diterbitkan di negara Matahari Terbit itu. Terkenal menerusi beberapa watak pahlawan ninja cilik dari kampung imaginasi bernama Konoha, Naruto mula terbit pada Ogos 1997 melalui majalah komik mingguan Shonen Jump terbitan syarikat Sueisha dan berterusan memaparkan 700 babak dalam 71 volume. Manakala bagi siri anime menerusi televisyen, adaptasi Naruto itu baharu sahaja mencapai episod ke 385 disiarkan stesen TV Tokyo dan rangkaian sekutunya di seluruh dunia serta mungkin ambil masa lebih setahun lagi untuk selesai keseluruhan 700 babak berbeza. Naruto merupakan kisah perjuangan ninja muda, Naruto Uzumaki, yang bercita-cita menjadi seorang Hokage, iaitu pemimpin tertinggi Konoha namun perjalanan wira cilik itu tidak mudah kerana tubuhnya dimasuki seekor serigala yang menjadikannya seperti

Raya Haji Tahun Ini Kerajaan Korbankan Rakyat

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia Muhamad Azan Safar berkata, rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Raya Korban tidak lama lagi, akhirnya telah ‘dikorbankan’ terlebih dahulu oleh kerajaan korup yang mentadbir negara ini. Katanya, langkah kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak adalah langkah sumbang kerajaan yang akan memberi kesan hebat kepada rakyat. Tambahnya, alasan rasionalisasi subsidi dalam mengukuhkan kewangan selain untuk disalurkan kepada sektor-sektor lain seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan juga hanyalah retorik kerajaan apabila Kementerian Pelajaran Malaysia, gagal menguruskan ketelusan peperiksaan UPSR, termasuk PBS serta PT3 yang masih tidak tahu di mana penghujung eksperimennya. Sementara itu, penceramah bebas, Mohd Kazim Elias menerusi akaun Facebooknyajelas mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan menaikkan harga minyak RON95. Jelas beliau, pihak kera

Budak Diikat Kakitangan Oleh Pengasuh

KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di  Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat. Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang. Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan. Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu. Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu. “Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya. “Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya. Menurut sumber itu

Najib Pembohong!!!

MP Petaling Jaya Utama Tony Pua mempersoalkan penjelasan perdana menteri berhubung tanggungjawab kerajaan ke atas jaminan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut Pua, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab sepenuhnya persoalan sama ada hutang 1MDB, yang kini mencecah hampir RM37 bilion ditanggung oleh pembayar cukai. Beliau membangkitkan persoalan itu dengan merujuk kepada isu surat sokongan yang dikeluarkan kerajaan bagi mendapatkan dana 1MDB. Menurutnya, Najib hari ini menjelaskan bahawa kerajaan hanya menjamin sejumlah RM5.8 billion dari hutang 1MDB. "(Jawapan itu) tidak melibatkan satu surat sokongan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada 1MDB Global Investment untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM9.5 bilion, Mac tahun lalu," katanya. Kenyataannya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini merujuk kepada jawapan bertulis Najib, yang juga menteri kewangan kepada MP Bagan, Lim Guan Eng. Perbezaan semantik Pua berkata surat itu didedahkan dala

Kerajaan habiskan lebih RM300j insuran BR1M

Rafizi Ramli berkata kerajaan menghabiskan RM350 juta dari wang subsidi kepada rakyat untuk membayar syarikat insurans bagi pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Beliau berkata kutipan itu adalah berdasarkan jawapan bertulis di mana setiap penerima BR1M membayar RM50 untuk bayaran Takaful. Bagaimanapun jawapan sama daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak 9 Oktober lalu mengesahkan setakat September lalu hanya RM42 juta dituntut daripada RM350 juta yang dibayar. Ini bermakna, menurut Rafizi, kerajaan memberi untung bersih lebih RM300 juta kepada syarikat konsortium insurans ini. "Duit yang dibayar adalah termasuk duit bantuan. Jadi bantuan tidak sampai kepada rakyat sebaliknya kepada syarikat besar dan ejen yang mendapat untung dari perkara ini," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Akhirnya Zizan Bergabung Dengan Jambu

Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang. Salah seorang anggota Jambu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri berkata, syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi. Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM. Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting, katanya. Tambah Tauke, pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yang tida

Gempar!!!! Rupa rupanya Kerajaan Tidak Tanggung Subsidi

'Kini rakyat bayar cukai bahan api' Seorang pemimpin DAP Perak mendakwa rakyat kini bukan sahaja membayar harga RON95 tanpa subsidi tetapi juga harga yang lebih tinggi dari pasaran. Ketua biro ekonomi, Chong Zhemin berkata harga petrol di pasaran dunia semalam berada pada tahap US$84.47 (RM277). Beliau memetik satu analisis AmResearch yang menyebut, RON95 sepatutnya pada tahap RM2.30 seliter tanpa sibsidi kerajaan sekiranya harga pasaran dunia pada tahap US$84.80 (RM278). “Rakyat Malaysia sekarang secara langsung membayar cukai bahan api sebanyak RM95,” katanya yang merujuk kepada penurunan harga pasaran dunia sebanyak US$0.53 (RM1.74) setong. Chong berkata, AmResearch menganggarkan bahawa harga minyak pasaran dunia akan terus turun sebanyak 10 peratus, yang akan mengecilkan lagi bayaran subsidi kerajaan sebanyak RM35.6 bilion. “Dengan harga pasaran minyak dunia jatuh lebih 11 peratus, Putrajaya mesti lebih telus mengenai cara untuk membelanjakan subsidi bahan api

Blogger Seks Berpisah Kerana Tak Sebulu

VIVIAN: Selamat jalan Alvin Tan, hubungan kita putus di sini - Gambar fail KUALA LUMPUR : Penulis blog lucah, Vivian Lee 'pasrah' ditinggalkan kekasihnya yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS). Dalam catatan terbaharu di laman Facebook, Vivian turut menyifatkan Alvin sudah melupakannya selain tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpanya di sini. "Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar. "Kamu menjadi seolah-olah lupa diri dengan dunia baru di sana. Kebimbangan saya sebelum ini seperti sia-sia sahaja kini," katanya. Jelas Vivian, penderitaan yang dihadapi sejak Alvin meninggalkan negara juga seolah-olah tidak dihargai Alvin sendiri. "Hubungan kita berakhir kini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya," jelasnya. Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook Poli

Cerita Rosmah Wanita Hebat

Satu kapal terbang yg dinaiki oleh Rosmah, seorang budak berumur 8 thn, Datuk Lee Chong Wei, seorang pemuda genius 20 thn dan seorng Doktor berumur 55thn mengalami kerosakkan dan akan terhempas ke gunung. Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4. Kata Lee Chong Wei "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jad saya tidak boleh mati dahulu. Saya patut mendapat 1 payung terjun." Kesemua penumpang bersetuju dan Lee Chong Wei pun melompat keluar dgn memakai beg payung terjun tersebut. Pemuda genius juga memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkn sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui utk mendapat 1 lagi beg payung terjun tersebut. Rosmah pula tanpa memberikan alasan terus sahaja merampas salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya isteri Pembesar dan Wanita hebat negara. Saya juga seorang yg amat bijak." Rosmah kemudiannya melompat keluar dari kapal terbang tersebut. Jadi yang tertinggal

Mamat Khalid Halalkan Segala Dakwaan Usop Wilcha

Pengarah filem Mamat Khalid terkejut apabila dikatakan bermasam muka dengan pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha. Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berkata, jika benar pelakon itu berasa hati, dia seharusnya memaklumkan perkara berkenaan dengan cara bertentang mata daripada bercerita kepada pihak ketiga iaitu media. "Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi saya untuk meminta penjelasan tentang perkara itu kerana saya tidak ada masalah langsung dengan dia. Baru beberapa hari lepas saya berjumpa dengan dia untuk menyelesaikan proses suntingan filem. "Pada saya, jika dia ada rasa tidak puas hati seharusnya dia berjumpa dan beritahu sendiri kepada saya berbanding menggunakan media," ujarnya kepada media ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, di The Garden, di sini. Mamat berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan Ahad lalu mengenai hubu

Kerajaan Enggan Dedah Kos Penerbangan Rosmah

Kerajaan hari ini enggan mendedahkan kos khusus satu penerbangan yang membawa isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau. MP Seremban, Anthony Loke sebelum ini menggesa Putrajaya agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu. Beliau yang juga setiausaha organisasi DAP turut menggesa kerajaan agar mendedahkan identiti penumpang lain dan kos penerbangan itu. Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi. "Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri. "Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik. Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke

Lambat Atau Cepat Najib Akan Berundur Juga Akhirnya

Nada seperti ini adalah antara yang semakin kerap didengari di mana-mana sekarang ini. Dengan menaikkan harga petrol dan diesel yang tidak kena pada masanya kali ini, ia bukan saja umpama memberi peluru tambahan kepada pembangkang untuk terus menghakis kepercayaan terhadap UMNO dan BN, tetapi juga secara automatik menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kemampun pimpinan yang ada mentadbir negara ini. Walaupun ada yang berkata, kemarahan rakyat itu pasti akan reda apabila menerima BR1M dan pelbagai gula-gula dalam Belanjawan pada 10 Oktober depan, hakikatnya jika berkali-kali terus dibebankan dengan beban sara hidup yang kian meningkat pastilah kepercayaan mereka akan goyang juga. Jika sebahagian penerima BR1M boleh dipujuk semula, tetapi bagaimana pula dengan pengundi muda dan mereka yang semakin terdedah kepada dunia maklumat yang terbuka? Mahu tidak mahu, kenaikan berterusan petrol dan diesel kali ini terus menyebabkan keyakinan rakyat terhadap BN kian terhakis. Datuk Seri Na

Apa Yang Najib Tahu?

Malaysia sememangnya negara yang semakin tahun semakin kaya. KDNK negara berkembang sekitar 5-6% sejak 4 tahun lepas. Keuntungan 200 syarikat terbesar di Malaysia kian bertambah.  Tahun 2013 sahaja, 200 syarikat ini telah untung sebanyak RM163 billion- iaitu lebih 11% daripada tahun sebelumnya. Tidak mustahil mereka akan lebih untung kerana daripada kemakmuran ekonomi negara. Keuntungan yang bertambah ini, ditambah dengan royalti Petronas yang ‘tetap’ sebanyak RM30 billion setahun sudah pastilah menjadikan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya. Oleh yang demikian analisis yang dibuat oleh para penganalisis ekonomi dan kenyaataan optimis menteri berkenaan dengan prestasi ekonomi kita adalah tepat. Tetapi menjadi negara kaya sahaja tidak memadai sekiranya pengagihan kekayaan tidak dilakukan dengan betul. Bagaimana untuk kita menjelaskan keadaan di mana 80% daripada isi rumah di Malaysia menerima pendapatan kurang RM5000 sebulan dan 40% daripadanya lebih kurang daripada RM2000.

Fakta Perubahan Harga Petrol

SEJARAH PERUBAHAN HARGA PETROL DI MALAYSIA RON92, RON95, RON97 Sejarah Harga Petrol RON92 Di Malaysia RON92 telah ditarik dari pasaran pada tahun 2009 dan diganti dengan RON95. Sejarah Harga Petrol RON95 Di Malaysia RON95 mula diperkenal pada 12 Mei 2009 untuk menggantikan RON92 secara berperingkat. RON95 mengandungi kandungan sulfur yang rendah dan kualiti yang baik berbanding RON92. RON95 mematuhi spesifikasi EURO 2M. Sejarah Harga Petrol RON97 Di Malaysia

Anak Rosmah Kena Saman 25juta?

Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai dan berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem Hollywood itu berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan. Menurut laporan  Contact Music , beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff. Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut. Antara babak di dalam The Wolf Of Wall Street Lebih teruk lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan. “Rakaman filem berkenaan mempunyai beberapa babak di mana karakter Greene digambarkan sebagai penjenayah,

Letaklah Jawatan Wahai Najib Sekiranya Cintakan Negara

Isu kenaikan harga minyak menjadi fenomena didalam negara semenjak tengahmalam kelmarin. Langkah kerajaan yang tampak tergesa gesa dan terdesak untuk meragut 0.20 sen seliter subsidi minyak meninggalkan kesan yang begitu sensitif di hati rakyat. Dari rakyat biasa hinggalah kepada ustaz seperti ustaz kazim yang pernah cuba disogok oleh Najib untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi umno juga menyampaikan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan kerajaan yang tiba tiba membuat keputusan yang begitu drastik. Malah mantan Perdana Menteri yang juga merangkap guru politik kepada najib iaitu Dr Mahathir Mohamad juga menyindir nyindir akan keputusan kerjaan tersebut sambil dengan nada sinis mengatakan kenaikan harga minyak adalah wajar kerana berlakunya kecurian minyak setiap hari. Najib dilihat sedang menyembunyikan masalah kewangan negara apabila sebelum ini menyebarkan bahawa negara berada dalam kedudukan yang amat baik dalam ekonomi dengan kenaikan 6.4% malah pendapatan pura

Rakyat Tidak Berminat Untuk Berdemo, Cukup Bagi mereka Meluahkan Didalam Media

Desas-desus berhubung satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak di Dataran Merdeka hari ini tinggal menjadi khabar angin, tanpa kehadiran mana-mana peserta. Namun, seramai kira-kira 50 orang petugas media tetap hadir untuk membuat liputan, dan akhirnya terpaksa berteduh di Bangunan Sultan Abdul Samad ketika hujan lebat melanda Kuala Lumpur petang ini. Seramai 50 orang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis juga setia berkawal di kawasan yang digembar-gembur sebagai lokasi perhimpunan tersebut petang ini. Terdahulu, puluhan pelancong juga dilihat meluangkan masa melawat kawasan tumpuan tersebut dengan dikawal pihak berkuasa. Khabar angin mengenai perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung jam 4 petang itu tersebar di media sosial, sehari selepas pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan pada 1 Oktober. Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan berkenaan namun polis semalam berkata perkara itu akan disi

Amaran Polis Berkenaan Perhimpunan Protes Kenaikan Harga Minyak Esok

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman. “Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan. “Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini ba

Wahai Najib Naiklah Lagi Selagi Mahu

Mulai 12.01 tengah malam semalam, RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. Sebelum ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui kenyataannya. Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen. "Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu. Najib boros klik sini

Filem Soekarno Ditayangkan Dengan Lagu Negaraku

KUALA LUMPUR: Filem yang  berkisarkan biografi Presiden pertama Indonesia, Soekarno membuka tirainya dengan babak yang berlatarbelakangkan lagu ‘Terang Bulan’ iaitu irama asal lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Filem yang turut mencetuskan kontroversi di negaranya ini bakal ditayangkan di pawagam terpilih  bermula 2 Oktober ini. Soekarno (Extended Version), berdurasi 2 jam 30 minit ini hasil karya pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo. Soekarno telah ditayangkan di Indonesia pada akhir tahun 2013, pada awalnya mendapat tentangan dari keluarga Bapa Kemerdekaan Indonesia itu terutamanya anaknya, Rachmawati Soekarnoputri. Kontroversi tercetus apabila filem berkenaan diarahkan agar dihentikan tayangannya di Indonesia kerana watak Soekarno dikatakan  tidak sesuai dilakonkan oleh Ario Bayu.

iPhone 6 Plus Mudah Bengkok

KUALA LUMPUR: Beberapa pengguna iPhone 6 Plus merungut mendakwa bahawa peranti milik mereka itu telah bengkok, hanya beberapa hari sejak produk terbaharu keluaran Apple itu dilancarkan di pasaran. Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus milik beberapa pengguna bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka. Salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya. Imej iphone 6 Plus yang didakwa mudah bengkok - Sumber dari YouTube “Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri. “Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi. “Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

KISAH PEMANDU LI KA SHING – MANUSIA TERKAYA DI ASIA

2 Juta adalah angka yang besar. Atas dasar hadiah persaraan, seorang bilionair mahu memberikan 2 juta kepada pemandunya. Siapa sangka pemandu itu sanggup menolak tawaran yang sangat baik. Lebih tidak sangka adalah sebab mengapa dia menolak. Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja . Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau. Lama kelamaan, selep

Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah

🔮 INGATAN KASIH 🔮 ✅ Hari ini Jumaat 26/9/2014 bermulanya 1⃣ ZULHIJJAH Jangan lupa amalkan sunah-sunah Baginda SAW. ✅ 10 hari awal bulan zulhijjah - Hari yang Allah sangat suka bila ibadah dilakukan pd hari tersebut ..ibadah menjadi berlibat ganda pahalanya pd hari2 tersebut.. ✅ Puasa Sunat 9 Zulhijjah - mengampunkan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang... ✅ Melakukan ibadah korban - menginsafi nilai pengorbanan diri utk ALLAH RASULdan ISLAM ✅ Bagi yang sudah niat berkorban, masuk sahaja 1 Zulhijjah jangan potong kuku dan bulu badan ( sapa potong hukumnya makruh) sehinggalah waktu binatang korban disembelih. 📌 Laluilah bulan Zulhijjah dengan penuh persediaan dan keinsafan. Sedar bila datangnya 1 Zulhijjah.. bila tibanya 9 Zulhijjah. Kita sentiasa sedar bila 31 Ogos, bila tarikh lahir, bila tarikh msyrat dan lain- lain. Tapi lalai tarikh-tarikh istimewa dalam islam sedangkan ia untuk keselamatan kita di akhirat sana. Sungguh tidak adil mereka yang lalai.

Pramugari Syarikat Penerbangan Vietnam Hanya Pakai Bikini Saja

Dalam konsep pengiklanan wanita biasa digunakan sebagai 'pelaris' kepada satu-satu perniagaan. Biasanya wanita yang berwajah cantik akan digunakan sebagai staf atau model. Ini termasuklah perniagaan yang menawarkan servis seperti syarikat penerbangan. Tetapi, satu syarikat penerbangan dari Vietnam, VietJet, boleh dikatakan melampau apabila pramugarinya tampil dengan hanya memakai bikini dan sarung tangan kaki, tak ubah seperti pelakon lucah dalam iklan mereka baru-baru ini. Isu ini telah menjadi viral di internet dengan ramai yang mengkritik cubaan 'menjual' servis syarikat mereka dengan cara tersebut. Tindakan ini dikritik selepas penumpang merakam tarian disajikan lalu memuat naik di laman sosial.