Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

PENGARUH ARAK PADA BANI MELAYU ZAMAN BERZAMAN

Zainuddin Omar Semasa saya di zaman persekolahan iklan begini sesuatu yang lazim di surat khabar Utusan Malaysia dan majalah tempatan. Kenapa diiklan dalam Utusan Malaysia? Ianya dituju pada Bani Melayu yang sudah ramai minum arak pada zaman tersebut. Budaya barat cuba diterap ke dalam kehidupan orang melayu sehinggakan ‘togok’ arak seperti perkara lazim dan menjadi perlakuan harian para hartawan dan bangsawan. Pernah menuntun cerita P Ramlee, Anak ku Sazali dan Nasib Do Re Mi? Karakter Sazali dan Pak Maon disabitkan dengan arak. Karakter pemabuk dan ‘having a good time’ minum arak dijadikan jalan cerita. Maknanya masyarakat melayu seperti sudah menerima budaya minum arak pada zaman tersebut. Saya masih ingat, kebanyakan rumah orang kaya ada ‘bar’ minuman keras kerana meniru (imitate) suasana rumah di barat seperti dalam movie dan TV. Angkatan Tentera Malaysia pula terikut budaya British Army dengan sistem ‘mess’ dimana semua majlis dihidangkan arak. Anggota tentera pula dapat diskaun