Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Kerja Kosong Untuk Warganegara

JAWATAN KOSONG. 1. Pembantu Dapur. 2. Pelayan. 3. Tukang Kebun/Handyman. 4. Kerani. (Full time/Part time) Pendapatan RM1500-2500. Ada EPF, SOCSO, makan minum waktu berkerja, asrama. (Warganegara) Pengalaman tidak perlu. Yg penting mahu bekerja dan mengubah kehidupan. Untuk urusan temuduga sila wasap.my/60122114100.

Bangau oh bangau

Negara yang mempunyai ramai ikon hero menunjukkan negara itu mempunyai terlampau ramai orang jahat. Ini kerana masyarakat terlalu mendambakan satu susuk tubuh yang berani dan sanggup memperhambakan diri untuk menyelamatkan masyarakat. Masyarakat terasa mereka tertindas dengan perbagai perkara. Ditindas oleh orang jahat dan ditindas oleh orang berkuasa. Dan kebiasaannya ikon hero itu paling dimusuhi oleh pihak berkuasa. Ini kerana pihak berkuasa merasa tercabar apabila mereka gagal menjaga keharmonian sehingga terlahirnya seorang ikon yang dianggap sebagai hero. Masyarakat faham akan situasi ini maka dengan itu mereka berangan angan agar ikon mereka itu merupakan hero yang mampu menandingi orang jahat dan pihak berkuasa dengan menggunakan kuasa super power. Ini berbeza dengan orang beriman yang menunggu super hero yang bernama Al Mahdi tetapi tidak mempunyai super power. Malah kita sendiri perlu terlibat dan bergadai nyawa dalam peperangan melawan puak kufar. Hero sebenarnya adalah diri

Soalan bocor, jawapan bocor

Bukan saja soalan bocor malah jawapan bocor pun dah lama diberi untuk umat akhir zaman. Samada mahu beramal atau tidak saja lagi.  SABDA Rasulullah SAW:  Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar.  (Riwayat Ibn Majah) Bukan sahaja pemimpin, penguatkuasa, ulamak dan ustaz perlu amalkan agama malah orang awam juga perlu amalkan agama. Siapa yang beramal maka dia lah yang dapat munafaatnya.... Kadangkala kita lebih suka untuk menghukum orang lain kerana mereka tidak amalkan agama tetapi kita sendiri tidak menghukum dengan lunas2 agama maka agama dilihat seperti kartun. Kita bi

Takut kobid vs takut beksin

Sebelum ni ramai yang rapat dan mesra antara saudara mara dan keluarga. Kena saja beksin terus berubah dan mulut pun menjadi celupar. Teruk juga kesan sampingan beksin ni...  Yang tidak mengambil beksin pula begitu agresif kadangkala dalam menyindir dan menjawab isu tersebut. Masalah juga macam ni... Sebaiknya saling menghormati diantara satu sama lain. Yang ambil beksin ada sebab tertentu dan yang menolak pun ada sebab tertentu. Kedua duanya kerana keselamatan diri... Sekiranya kedua kedua pihak memahami bahawa keselamatan kita adalah ditentukan oleh Allah maka isu ini tidak akan menyebabkan persengketaan. Kerajaan pula dilihat bijak menggunakan kuasa dan melaga lagakan kedua dua pihak agar golongan terpinggir ini didesak untuk mengambil beksin kerana tidak tahan disindir oleh golongan yang mengambil beksin. Kaedah ini memang bijak namun dikhuatiri makan diri kerana selepas dos kedua ramai yang mula menjadi berang apabila terpaksa mengambil beksin seterusnya... Malah melihat golongan

Peliknya serangan kobid ini

Nak menyatukan rakyat memang sukar walaupun diagihkan seluruh harta karun yang ada dimuka bumi ini. Nak pecah belahkan rakyat amat mudah, cukup sekadar menghantar satu dos habis bertelagah seluruh rakyat... Tempat mandi mayat belumpun kering sudah bertelagah sesama sendiri menyalahkan tidak mengambil beksin adalah puncanya sedangkan angka menunjukkan kematian diantara pengambil beksin dengan yang tidak mengambilnya hampir sama jumlahnya... Tidak pula mereka terfikir semasa tidak sampai beksin lagi berjuta rakyat malaysia tidakpun mati walaupun mereka adalah kontak rapat dengan yang positif kobid. Kadangkala adalah lebih baik mengambil jalan tengah kerana kita semua masih lagi kurang pasti apa yang sedang berlaku. Kedua dua pihak yang pro dan kontra masing masing mempunyai hujah dari pakar pakar yang lebih bijak dari mereka yang hanya mengambil maklumat secara copy paste sahaja. Malah gelagat para menteri sendiripun agak meragukan juga kerana mereka sendiri tidak mengamalkan SOP sebagai

Geng proVek mula bertelagah?

Tak tau lah apa yang sebenarnya... Berjangkit melalui orang atau di spray oleh orang... Rantaian terputus putus tapi boleh muncul tiba tiba secara bertompok tompok... Tak tau nak kata kategori dhoif, mauduk atau soheh... Sekiranya berlaku wabak teruk di Langkawi maka ia pastinya dibawa oleh geng 2 dos... Nampaknya keangkuhan geng 2 dos akan mula ditertawakan oleh geng anti beksin... Geng satu dos ambil jalan selamat dengan mendiamkan diri...  Manakala geng 3 dos akan pertahankan bermati matian bahawa hanya dengan 3 dos manusia akan selamat... Geng 4 dos tersenyum sinis mendengar kenyataan geng 3 dos tersebut.... Kita mempunyai 2 kebarangkalian sekiranya kebarangkalian yang pertama gagal maka gunakanlah kebarangkalian yang kedua... Begitulah common sense nya... Namun ada pihak masih bermati matian mahu mengguna pakai kaedah yang telah terbukti gagal...  Macam ada sesuatu yang tidak kena...  Nampaknya bukan penyakit yang akan merebak selepas ini tetapi sebaliknya yang merebak teruk ialah

Tikus tikus Makmal Sedang Dilepaskan

Kena faham satu perkara, walaupun kereta ada roadtax tidak bermakna kemalangan tidak berlaku. Road tax dibuat untuk sumber pendapatan dan bukan untuk mengelakkan kemalangan. Begitulah juga dengan beksin... Tiba tiba terfikir selepas dos ketiga diberi secara percuma juga, agaknya sampai bila kerajaan mampu bertahan untuk menanggung kos pembelian beksin?  Bukan sahaja beksin malah kos pembelian jarum suntikan juga menelan belanja yang agak besar.  Yang lebih merisaukan ialah apabila sudah ada cadangan beksin mahu diwajibkan keatas kanak kanak sekolah. Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak perkara ini sudah mula menjadi satu igauan. Lambat laun kos kos tersebut akan dikenakan juga keatas rakyat. Persoalannya ialah bilakah tarikh keramat tersebut? Dulu cara merompak ialah jumpa mangsa dan terus hunuskan senjata, kemudian berubah kaedah kepada melepaskan hantu puaka dan menjual air jampi serapah. Dizaman moden ini sebarkan birus dan menjual beksin.... Modus operandi nya tetap sama yakni k

Pattern Politik Malaysia

Perjalanan politik Malaysia ada pattern tersendiri. Asalnya A bergaduh dengan B tapi apabila C cuba berusaha untuk membuatkan A dan B berbaik baik, tak semena mena A dan B combine memusuhi C.  Skang A+B bergaduh pula dengan C. Itulah sebabnya pendekatan yang terbaik ialah mendiamkan diri. Biarkan mereka bergaduh hingga langgar dinding dan apabila mereka terdesak mereka pastinya memohon bantuan C. Waktu itu barulah C boleh letakkan syarat...  Zaman skang kena work smart... Slow and steady... Tapi skang C dah kena ratah maka ada baiknya D ambil pengajaran....  Ini kerana selepas C tidak mampu bangkit A dan B akan bercakar semula... Tapi jangan dilupa, bukan saja D sedang memerhati malah E, F, G, H pun sedang menunggu peluang. Ada yang merasa hairan bagaimana ahli politik malaysia begitu bijak bermain politik sedangkan mereka bukanlah mempunyai kelulusan tinggi didalam bidang politik. Malah ada yang cuma ada sijil SPM. Sebenarnya ilmu politik ni macam ilmu agama juga. Ramai belajar melalu

Kita Hidup Didalam Konspirasi

Banyak konspirasi sebenarnya diperingkat atasan. Rakyat negara ini sahaja yang tak tahu. Rakyat negara luar semua dah tahu...  Pilihanraya adalah sumber pendapatan kepada parti parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Satu pihak mengambil wang dari China manakala satu pihak lagi sebat duit US.  Rakyat terjerit jerit bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri walhal pemimpin parti parti politik kaya raya hasil tajaan negara luar. Adalah lebih baik seandainya apabila kita tidak mahu menyokong satu pihak maka janganlah bergaduh dengan semua orang. Sekiranya kita menyokong satu pihak, kita jangan pula memaksa orang lain untuk menyetujui dengan pilihan kita. Kita bukan tahu semua perkara dan kita juga bukanlah terlalu bijak hingga mewajibkan orang lain untuk bersetuju dengan kita. Maka ada baiknya kita banyak diam dan reserve kan sedikit keceluparan kita itu sebagai persiapan apabila kita sedar kita telah membuat keputusan yang salah. Peristiwa akhir zaman yang diperkatakan oleh nabi dah

Hentikanlah pertikaian sesama kalian sekiranya benar orang beriman

Hentikanlah serang menyerang sesama muslim sekiranya kita orang beriman. Ikutilah nasihat dari Rasulullah. ‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan muncul banyak fitnah besar bagaikan malam yang gelap gulita, pada pagi hari seseorang dalam keadaan beriman, dan menjadi kafir di sore hari, di sore hari seseorang dalam keadaan beriman, dan menjadi kafir pada pagi hari. Orang yang duduk saat itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri saat itu lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan saat itu lebih baik daripada orang yang berlari. Maka patahkanlah busur-busur kalian, putuskanlah tali-tali busur kalian dan pukulkanlah pedang-pedang kalian ke batu. Jika salah seorang dari kalian dimasukinya (fitnah), maka jadilah seperti salah seorang anak Adam yang paling baik (Habil).’”  (HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim).

Persamaan roadtax dan vaksin

Lepas ni tak cukup dos ketiga tak boleh keluar... Dorang dah bagi hint tu...  Rasanya dah boleh buat 2 parti politik untuk bertanding pru akan datang... 1. Pakatan pentaksub vaksin (PPV) 2. Pakatan anti vaksin (PAV) Terpulang kepada rakyat nak mengundi parti mana yang mampu berjuang untuk mereka. Nampaknya kemarahan rakyat kepada covid tidak sekuat kemarahan mereka kepada vaksin yang didapati gagal mempertahankan diri mereka. Semakin ramai kedengaran mereka yang telah menerima dua dos dijangkiti covid. Akhirnya pendekatan terbaik melawan covid bukanlah mengambil vaksin tetapi sebaliknya terus megamalkan SOP dan kerajaan perlu menutup sempadan negara agar tidak dimasuki varian covid yang baru. Vaksin nanti mungkin berfungsi seperti roadtax kereta. Takde roadtax akan dikompaun walaupun anda memandu kereta dengan  berhati hati. Dan lebih menggelisahkan ialah 99% yang mengalami kemalangan jalanraya ialah mereka yang mempunyai rodtax. Pakar kata vaksin ni berfungsi untuk memberi satu signal