Tuesday 28 July 2020

TERKINI: NAJIB BERSALAH

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.
Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hakim berkata pasukan pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan salah guna kuasa bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.
Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.

Monday 27 July 2020

Jangan Samakan Rasulullah Dengan Pelarian

1. Adalah tidak wajar kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Sabu apabila menyamakan Rasulullah dengan pelarian.

2. Ini kerana, penghijrahan Rasulullah bukanlah menuntut perlindungan suaka politik seperti yang kita lihat pada hari ini. Penghijrahan Rasulullah didahului dengan Bai’ah Aqabah iaitu perjanjian yang menyerahkan wewenang kuasa politik kepada Rasulullah.

3. Perpindahan kekuasaan pemerintahan ini dapat difahami daripada butiran dialog perjanjian yang diungkapkan sendiri oleh al-Barra bin Ma'rur (pemimpin Bani Salamah), lelaki pertama yang mengucapkan lafaz perjanjian yang memegang erat tangan Rasulullah lalu berkata:

والذي بعثك بالحق نبيا لنمنعك مما نمنع منه أزُرَنا (نساءنا وأهلنا)، فبايعْنا يا رسول الله، فنحن والله أبناء الحروب

“Demi Tuhan yang mengutuskan kau sebagai Nabi, kami akan melindungi (mempertahankan) engkau sepertimana kami melindungi keluarga kami. Kami berjanji padamu wahai Rasulullah. Sesungguhnya kami adalah anak-anak perajurit medan perang.”

4. Perhatikan bagaimana kaum Ansar sendiri sudah menyerahkan janji setia untuk mengangkat Rasulullah sebagai pemimpin yang akan dipertahankan sebelum Baginda tiba di Madinah lagi. Begitu juga dengan hadis Jabir yang secara jelas mengangkat Rasulullah sebagai pemimpin yang menyatukan Aus dan Khazraj di Madinah. Ini semua tidak berlaku pada pelarian yang kita saksikan pada hari ini.

5. Kedua, penghijrahan Rasulullah ke Madinah menyaksikan bagaimana seluruh warga Madinah menyambut Rasulullah dengan penuh gembira dan alunan syair yang menghiasi ketibaan Baginda. Sehinggakan mereka melaungkan bait-bait yang melagukan dan menzahirkan kegembiraan mereka. Kata al-Mubarakfuri:

فقد كانت البيوت والسكك ترتج بأصوات التحميد والتقديس، وكانت بنات الأنصار تتغنى بهذه الأبيات فرحا وسرورا

“Sesungguhnya rumah-rumah serta jalan-jalan di Madinah, bergegar dengan suara-suara tahmid dan taqdis (pujian dan penyucian) manakala anak-anak kaum Ansar melagukan bait-bait syair yang melambangkan kegembiraan mereka (terhadap ketibaan Rasulullah).

6. Adakah suasana kegembiraan serta gegak gempita alunan syair seperti ini dialunkan ketika mana kita menyambut seorang pelarian yang turun dari sampannya di persisiran Langkawi? Sudah pasti jauh untuk dibandingkan sambutan Hijrah dengan ketibaan pelarian.

7. Malah apa yang lebih menarik lagi, Hijrahnya Saidina Umar adalah dalam keadaan yang penuh dengan ketinggian dan kemuliaan (izzah). Ia tidak sama seperti nature seorang pelarian yang melarikan diri. Perhatikan bagaimana ucapan Umar ketika berhijrah:

من أراد أن تثكله أمه ويُيتم ولده ويرمل زوجته، فليلقنى وراء هذا الوادى

‘Barangsiapa yang inginkan ibunya kehilangan anak, atau anaknya menjadi yatim atau isterinya menjadi balu, maka jumpalah aku dibelakang lembah ini. (iaitu kalau berani halanglah aku!)

8. Perhatikan tingginya izzah (kemuliaan Umar) dalam berhijrah. Ia langsung tidak sama seperti pelarian yang keluar dalam keadaan ketakutan seperti yang difahami pada hari ini.

9. Dengan itu adalah sangat tidak wajar untuk Mohamad Sabu menayamakan Rasulullah atau Hijrahnya Rasul itu sebagai seorang pelarian.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Friday 24 July 2020

TENGKU Razaleigh Hamzah berterus-terang.

Setelah bercakap pasal masa depan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dalam akhbar ini semalam, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu mengupas beberapa isu lagi. Ku Li, 83, antara arkitek pembangunan negara. Pengasas Petronas dan Bank Bumiputera yang bertanggungjawab melahirkan tokoh perbankan serta korporat orang-orang Melayu ini suatu ketika turut menyandang jawatan Pengerusi Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam pertemuan dengan wartawan ZULKIFLI JALIL, ZAAIN ZIN dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN di Langgak Golf, Kuala Lumpur Khamis lepas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menyuarakan kebimbangan negara dalam mengharungi cabaran pasca Covid-19.

Juga berkisar soal ‘pengorbanan’, pilihan raya umum ke-15 dan pengamatannya terhadap bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini – yang suatu ketika menyaksikan pertembungan politik Clash of the Titans antara kedua-duanya dalam perebutan jawatan Presiden UMNO 1987.

Ikuti sedutan wawancara dengan Ku Li.

STRATEGI PRU-15

UTUSAN: Ku fikir PRU-15 akan berlaku dalam masa terdekat?
TENGKU RAZALEIGH: Terpulang kepada perhitungan Perdana Menteri. Apa saya fikir tak penting tetapi kita sekarang menghadapi keadaan begitu sukar sekali. Ia begitu kompleks. Bukan kita sahaja, Singapura pun menghadapi kemelesetan, separuh tahun 2020 ini KDNK nya merosot 42 peratus. Susah nak pulih tu. Negara kita ini akan ada masalah lebih besar.

Orang kata manifesto menjanjikan ‘bulan dan bintang’ sudah tidak rele­van?
Ya, tak boleh. Kita boleh janjikan bulan dan bintang ketika zaman Tunku Abdul Rahman. Zaman tidak ada televisyen atau suratkhabar manakala ramai pengundi tidak sekolah. Sekarang ini ramai cerdik pandai, malah ramai pengundi lebih bijak daripada kita. Dan kita tak boleh bohong! Buat manifesto ikut suka hati. Kita kena realistik. Apa yang kita boleh buat, kita ajak rakyat menyokong dan menerimanya. Saya rasa tak boleh lagi buat manifesto macam PH buat. Tol hapus, ini hapus itu hapus. Senanglah janji begitu. Itu bukan janji bulan bintang lagi dah, tapi janji syurga.

Apakah itu menjadi punca 22 bulan sahaja PH tadbir negara?
Saya rasa itu sebahagian kecil sahaja. Yang besar kerana tak pandai melayan kehendak majoriti rakyat Malaysia. Mengetepikan perasaan sehingga me­nimbulkan ketakutan di kalangan rakyat majoriti iaitu orang Melayu dengan tindakan dia terhadap Tabung Haji (TH), bantuan kepada sekolah Cina dan lain-lain. Ini menakutkan orang Melayu. Ini yang menyebabkan jatuh kerajaan PH dan bagi saya susah untuk mereka berkuasa balik. Mengikut perhitungan sayalah kerana rakyat dah rasa apa yang telah dia buat dan mungkin perkara itu akan diulangi. Saya rasa rakyat tak mahu beri dia kesempatan lagi sekali. Bukan dia tak tahu majoriti rakyat ialah Islam dan Melayu tetapi itu juga yang dia buat.

Di sebalik keyakinan Ku untuk UMNO dan Pas menghadapi PRU-15 tanpa Bersatu, perlu juga diambil kira aura Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekarang selepas kejayaan berdepan Covid-19?
(Aura Muhyiddin) Itukan sebab ada kuasa. Begitu juga dengan (Datuk Seri) Najib, dengan Dr. Mahathir. Bila jadi Perdana Menteri semua orang duk hidu bau. Itu semua ‘tempolali’ (temporary) kata orang Cina. Kuasa mesti datang dari rakyat. Covid-19 ini kerja Kementerian Kesihatan. Tetapi soal kepimpinan ini, aspek ekonomi yang nombor satu. Beratus ribu menganggur sekarang dan ramai kena buang kerja. Hampir 800,000 orang Melayu hilang kerja dan menjelang Oktober telah dibuat unjuran, dekat dua juta akan menganggur. Ini masalah besar. Covid-19 mesti kita tangani, tapi apa akan berlaku kalau 2.8 juta orang tak ada kerja?

‘PENYAKIT’ LOMPAT PARTI?
Apa pandangan Ku tentang budaya lompat parti yang melanda politik sekarang?
Ini berpunca daripada politik wang. Saya tengok benda ini berleluasa semasa saya lawan Dr. Mahathir sebab mengikut kiraan kita, saya dan Musa, kita team up satu team, saya boleh menang dengan majoriti besar, tetapi selepas kita tangguh untuk solat Jumaat pada hari itu, orang yang kuat dengan saya sudah berjauhan seolah-olah ada benda yang dia lakukan dan malu nak jumpa kita, Kemudian kita dapat tahu mereka ini dapat imbuhan. Soalnya, ia telah meresap ke dalam akar umbi dan apabila UMNO dipinda perlembagaan menjadi UMNO baharu, ada pula syarat-syarat seperti pencalonan secukupnya dan macam-macam lagi. Itu menyebabkan orang cari duit untuk mengatasi syarat-syarat itu. Syarat-syarat itu dikenakan di peringkat cawangan, maka peringkat cawangan pun belajar cari duit, untuk bayar, jadi menjalar kepada seluruh badan UMNO, kepada akar umbi dan berjangkit kepada parti lain semua orang dapat peluang buat duit. Dan saya diberitahu orang seronok sangat datang ke perhimpunan agung kerana dapat sampul surat yang dimasukkan ke bawah pintu bilik hotel masing-masing, tak banyak RM50, RM100 tapi dapatlah duit. Jadi semua ini merosakkan. Tak lagi ada semangat perjuangan kerana bangsa, atau kerana perkara-perkara yang diperjuangkan kita tetapi semata mata kerana duit. Kerana inilah yang menyebabkan parti jadi begini. Sampai ke peringkat lawan Presiden pun. Saya tidak ada amalkan itu, saya menentang amalan main duit. Akhirnya kita tak ambil orang yang tidak berduit walaupun berbakat memimpin kita. Kita sepatutnya buka jalan untuk orang-orang ini diketengahkan supaya boleh memimpin kita. Sebab kita semua tak kekal selamanya di atas.

Mahukah pengundi Cina kembali menyokong BN?
Saya rasa bukan soal dia kembali, tetapi dia sudah jelak dengan DAP. Itu sebab kita cuba di PRK Tanjung Piai. Banyak orang tak setuju letak calon MCA, namun saya dan beberapa kawan kata kita kena cuba, kerana saya tengok orang Cina dah tak berapa berkenan kepada DAP. Sebab apa? Sebab ekonomi. Mereka berniaga rugi, peluang tertutup, apa PH buat? Hari hari duduk bantai Najib saja.

Selaku bekas Menteri Kewangan, bagaimana pengamatan Ku terhadap survival ekonomi negara sehingga hujung tahun ini?
Pertama yang mesti dibuat membaiki ekonomi kita ini bukan mudah iaitu nak memperbetulkan exchange rate supaya Ringgit kita tak jatuh seperti sekarang. Apabila jatuhnya Ringgit, hutang kita jadi banyak, bukan kerana kita berhutang banyak tetapi kerana hutang itu dalam bentuk tunai Dollar America (USD). Apabila USD melonjak naik dengan sendiri hutang kita dalam Ringgit bertambah banyak, dan bunga yang kita nak bayar pada setiap tahun atau setiap enam bulan akan menjadi banyak. Ini dia bertukar hari-hari, kadangkala melonjak naik dan sehingga hari ini kita dengan USD sudah 4.36 dulu 2.30 sahaja. Ini 4 ringgit lebih orang nak pergi ke Mekah pun tak upaya. Kita nak pergi Singapura tak upaya sekarang kerana nilai Ringgit kita jatuh teruk.
Dulu zaman saya jadi Menteri Kewangan, duit Singapura lebih murah dari kita.Sama juga Jerman sebelum dia guna Euro. Nilai Ringgit kita mahal daripada mata wang dia. Ini kita nak baiki, kalau kita boleh baiki ini, Insya Allah boleh kita baiki keseluruhan dari segi pekerjaan, pelaburan dan sebagainya tapi kalau kita duduk main sikit-sikit seperti tikus baiki labu, susah. Ini macam bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), sikit-sikit tak ke mana, Bolehlah kita tolong dan patut kita tolong rakyat yang susah tetapi adakah itu akan membantu rakyat untuk jangka panjang?

NAJIB, ZAHID DAN PENGORBANAN
Bagaimana pula dengan pemimpin utama UMNO seperti Ahmad Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang menghadapi kes di mahkamah?
Saya tak boleh nak memikirkan lebih ke depan daripada apa yang berlaku sekarang tetapi harapan saya ialah supaya mereka sedar. Kalau mereka kasih dan sayang kepada rakyat Melayu dan masa depan parti sendiri maka pengorbanan mesti dilakukan oleh mereka yang bersifat cacat dari segi pemandangan rakyat. Kalau tidak, kita tidak ke mana. Pengorbanan itu penting, dalam agama pun dituntut kepada pengorbanan, dalam masyarakat kita pun ada pengorbanan. Sekejap sahaja satu penggal lima tahun,

Apa bentuk pengorbanan yang Ku maksudkan?
Beri jalan kepada orang lainlah. Saya tak tahulah bagaimana, sama ada dia mahu bertanding atau tidak, tetapi pengorbanan itu mesti dilakukan kalau mereka sayang kepada rakyat Melayu sebagaimana didakwa dan dilaung-laungkan mereka dalam UMNO. Mesti beri keutamaan kepada kepentingan parti.

DR. MAHATHIR KELAS TERSENDIRI
Bagaimana Ku melihat tindak-tanduk Tun Dr. Mahathir sejak kebelakangan ini?
Umur 95 tahun susah nak ubah pendirian, sikap dan sebagainya. Saya pun begitu juga. Nak ubah jadi budak-budak, jadi orang muda? Susah, dah terlewat. Saya rasa Dr. Mahathir ini tak pandai berehat. Dia ni seorang yang hands on, gemar lakukan perkara yang dia gemar lakukan. Misalnya, selepas PRU 2018, salah satu cadangan dia nak buat kereta. Padahal dia dah buat kereta, nak buat lagi 3rd car?

Tindakan Dr. Mahathir letak jawatan mengejutkan semua pihak. Adakah Ku fikir beliau silap percaturan?
Saya tak tahu apa dalam kepala dia. Nombor satu, saya akui Mahathir ini hebat orangnya. Kita tak boleh nak pandang ringan kepada seseorang seperti Mahathir. Dari segi politik dia super classlah, tetapi dia ada kelemahan juga. Dia nak buat sesuatu, dia mesti lakukan. Kalau jambatan bengkok, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi tak nak buat, dia minta Najib buat. Najib tak nak buat dia buat sendiri. Dia mesti nak buat juga. Maknanya dia berpegang kepada keputusan yang dia buat sendiri kerana dia yakin kepada apa yang dia nak buat. Kita boleh ketawa atau pandang perkara itu tak berfaedah, tapi perhitungan dia lain. Sekarang ini dia tekan soal kerajaan perpaduan. Sebelum letak jawatan dia ada sebut nak tubuh kerajaan perpaduan. Lepas berhenti dia masih cakap perkara sama. Biasanya dia berjaya, tetapi itu dulu lah. Sekarang tak tahu, keadaan sudah berubah.

Mungkin Dr. Mahathir bakal kembali sebagai PM?
Susah nak kata tapi kalau tengok kepada keadaan kumpulan yang mendukung PH, saya rasa susah. Sebab dia sekarang parti pun tak ada.

Mungkin Ku boleh pujuk Dr. Mahathir kembali kepada UMNO?
Pujuk, UMNO tak nak dah. Cukuplah. Biar Dr Mahathir berehat. Kalau dia nak buat parti lain, dia buatlah parti lain tapi tak usah lagi balik kepada UMNO.

Apa pandangan Ku terhadap cadangan Dr Mahathir menamakan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai PM dan Datuk Seri Mukhriz sebagai TPM?
Itu mengikut perkiraan dia, barangkali baiklah untuk pertimbangan dia. Tetapi orang semua tak boleh terima. Saya bertanya kepada orang ramai, macam mana? (Jawatan) Ini bertanggungjawab terhadap negara, bukan nak pandang rendah Shafie Apdal atau sesiapa pun. Namun mestilah orang itu mempunyai kelebihan untuk memimpin negara, bukan sahaja negara tetapi rakyat yang berbilang kaum. Jangan lupa, kita ada sembilan Raja, empat Gabenor. Ini bukan perkara nak ajak main sepak takraw, ini lebih besar.

BERPELUANG LAGIKAH ANWAR?
Ada berpendapat negara kita tidak ada pemimpin muda dan hanya kitar semula orang lama seperti Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar. Ini terpulang kepada parti-parti berkenaan, saya ada jumpa kumpulan orang muda yang mahu mencuba tetapi mengakui tiada pengalaman dan masih perlukan orang lama. Dalam tahun 80-an, banyak orang muda seperti saya, (Tun) Musa Hitam, kita semua diketepikan pada zaman Dr. Mahathir, Dan sejak itu tidak ada pelapis baik di peringkat pusat, mahupun negeri. Ada pemuda tetapi tidak diberikan peranan macam zaman Tunku atau Tun Razak.

Adakah Anwar masih berpeluang menjadi PM?
Saya rasa kalau dia tak jadi Perdana Menteri, tak matilah dia. Kalau mati pun sebab lain. Apa yang penting sangat nak jadi Perdana Menteri? Cita-citalah, tetapi kalau tidak dapat capai cita-cita itu, takkanlah keadaan menjadi lebih buruk daripada sekarang? Saya tak fikir begitu.


Thursday 23 July 2020

ORANG UMNO MARAH BETUL – KU LI

KUALA LUMPUR: 23 Julai - Kemarahan dan kekecewaan akar umbi UMNO terhadap tindakan beberapa bekas pemimpin mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih belum reda.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sentimen tersebut harus diambil kira sebelum parti bersetuju mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) atau melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu.

Tegas beliau, jika UMNO meneruskan idea berkaitan PN atau tunduk dengan mudah dalam rundingan bersama parti serpihan itu, mereka perlu bersedia untuk ditolak akar umbi sendiri dalam pilihan raya akan datang.

“Orang UMNO tidak setuju (pembentukan PN) kerana kerusi yang sekarang ini diwakili sesetengah mereka yang berada dalam Bersatu, adalah kerusi kita. Dia lompat lari dari kita.. ini bagi orang UMNO di peringkat bahagian, mereka marah betul.

“Mereka bekerja bermati-matian menolong calon UMNO tiba-tiba dia cabut lari, orang UMNO tempatan marah. Jadi, kalau kita bertindak nak memihak kepada apa dituntut oleh Bersatu, saya rasa kita semua akan dihalau oleh orang UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum ini mendedahkan cadangan untuk mendaftarkan PN sebagai gabungan parti politik yang sah bakal mendapat tentangan ramai khusus­nya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan, ramai yang memilih mahu kekal di bawah naungan BN dan menolak sebarang penggunaan logo parti lain.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, kemarahan akar umbi yang belum reda itu terzahir apabila ada antara mereka masih menolak untuk bersalam dengan bekas pe­mimpin UMNO terbabit ketika solat Jumaat.

Tambah beliau, soal formula pembahagian kerusi dengan Bersatu pula tidak patut timbul kerana UMNO setakat ini tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Benda ini tidak pernah bincang. Tetapi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang saya hadir baru-baru ini, ramai menyuarakan pendapat bahawa kita tidak pernah ada hubungan dengan Bersatu.

“Dan kerusi-kerusi ini masih dianggap kerusi UMNO. Pagoh, Muar, Langkawi. Itu semua kerusi UMNO. Kerusi Jerlun pun,” kata Tengku Razaleigh Hamzah

Monday 13 July 2020

Wujud 3 Blok Kuasa Politik

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan beliau bersama lima ahli Parlimen lain akan bersama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan kekal sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, selain Dr Mahathir sebagai Ahli Parlimen Langkawi, ia turut ditandatangani  Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Menurut beliau lagi lagi, mereka tidak akan bergabung dalam mana-mana gabungan, sama ada Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahupun Pakatan Harapan yang diterajui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.
“Kami juga menentang sebarang usaha untuk menggantikan Speaker dan akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menubuh Kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Dr Mahathir berkata, mereka masih berpegang teguh kepada perjuangan asal iaitu menolak kembalinya Kerajaan kleptokrasi.

Wednesday 1 July 2020

MAHATHIR 'BAPA SUKAN' NEGARA???

Eh..betul ke? 
Tak pernah dengar pun???
Sabarrr..bawa bertenannnggggg!
DS Najib Razak ada perinciannya.

Begini ceritanyaaa.......

Sports Toto dimulakan pada tahun 1969 oleh kerajaan untuk menyumbang dana bagi kemajuan sukan, budaya dan belia negara.

Lalu, PM4 pun swastakan 70% kepentingan Sports Toto pada tahun 1985 kepada Vincent Tan tanpa tender.
Apabila ditanya kenapa tiada tender, PM4 jawab dalam parlimen bahawa idea untuk diswastakan datang dari Vincent. 
Sebab itu, ianya tidak adil untuk menjualnya sebagai tender. (Ya, PM4 memang jawab macam itu masa itu)

Pada tahun 1992, baki 30% saham milik kerajaan juga dijual kepada Vincent.
https://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-retires-berjaya-corp-0
Dari tahun 1985 ianya diswastakan ke tahun lepas, jumlah nilai Sports Toto naik hampir 12,000% manakala keuntungan naik ke hampir RM500 juta setiap tahun.

Pada tahun 1987, PM4 buat lagi.
Dia memberi lesen tanpa proses tender untuk judi lumba kuda melalui panggilan telefon dan dipremis luar Turf Club kepada Vincent Tan.
Namun, bisness itu tak berjaya dan lesen diserah kembali kepada kerajaan pada tahun 1989.

Beberapa bulan sebelum PM4 bersara kali pertama tahun 2003, dia keluarkan lesen judi lumba kuda sekali lagi tanpa tender kepada Vincent. 
Kali ini, lesen tidak dihadkan untuk lumba kuda lagi tetapi untuk pelbagai jenis sukan termasuk judi bola.

Jadi tak syak lagi, Mahathir la 'Bapa Sukan' negara yg selama ini tidak diwar2kan.
Hiduuppp Mahathiiirrrrrrrrr!
🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...