Saturday 30 June 2018

Khaled Nordin Insaf Dan Menyalahkan Najib

MOHAMED KHALED DEDAH PERNAH DISERANG ‘ORANG’ NAJIB KETIKA TEGUR ISU 1MDB

OLEH LUCIA TEREY ANAK JOHN

JOHOR BAHRU, 30 Jun :  Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran ‘orang-orang’ dan ‘budak-budak’ Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden UMNO berkata ‘orang-orang’ itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

“Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan Presiden bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

“Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden. Mendukung saja beliau,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Bagaimanapun, sikap itu (terlalu mengutamakan Presiden dan bukannya kepentingan parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila ‘terjerumus’ (kalah)  teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.

“Tambahan pula, Presiden menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli. Wala’ lah. Bai’ah lah. Dipergunakan segala macam konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya.

“Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana-mana pemimpin kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan kebenaran,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata pendekatan pihaknya dalam memilih untuk menghina negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi antara faktor tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, mereka mengambil jalan mudah dengan menyerang, mencaci, mengungkit dan  mempersendakan keturunan Tun Dr Mahathir tetapi lupa akan hakikat bahawa Tun Dr Mahathir pernah berbakti pada bangsa.

“Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi semakin marah kepada kita.

Kerana sikap keras dan sombong kita jugalah, akhirnya Tun Dr Mahathir mendapat ruang dan peluang untuk kembali kepada rakyat dan diberikan sanjungan serta kepercayaan untuk mengemudi semula Malaysia.

Kita akui kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan beliau secara matang dan strategik,” katanya.

Beliau berkata UMNO juga gagal berpegang kepada nilai untuk berbakti kepada bangsa dan sering  mengungkit bahawa orang Melayu harus berterima kasih kepada UMNO atas segala kebaikan dilakukan.

“Kita jadikan UMNO jalan untuk mencari pengaruh, nama dan kekayaan, bukan  menjadikan UMNO ini gerakan amal dan bakti untuk bangsa Melayu,” katanya.

Mohamed Khaled berkata sehubungan itu, semua anggota perlu bertanggungjawab dalam membangunkan semula UMNO walaupun bakal memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

“Namun, inilah takdir kita. Kita ditakdirkan untuk menempuh dan memikul tugas ini. Kita ditakdirkan untuk memulihkan UMNO. Mungkin sebagai kifarah atas kesalahan kita kerana cuai dalam amanah pada bangsa. 

“Lalu sekarang, kita harus memilih. Mahu meneruskan UMNO ini. Atau membiarkan ia luput dari persada politik Malaysia. Sesiapa yang memilih untuk meninggalkan UMNO, kita menghormati keputusan itu,” tegasnya.

Khaled Nordin
30 Jun 2018

Berita Hari Ini

BERITA HARI INI – 30/6/2018

1.  PERSOALAN siapa yang akan dipilih menjadi ‘nakhoda’ baharu UMNO bakal terjawab di tangan 146,000 perwakilan parti itu yang memegang amanah besar untuk memilih barisan kepemimpinan baharu hari ini. Lebih-lebih lagi selepas parti itu kalah teruk pada PRU-14 sehingga hilang kuasa mentadbir negara.

2.  JAKARTA 29 Jun - Semua ketua syarikat milik kerajaan (GLC) tidak akan menerima gaji yang besar lagi selepas ini, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebaliknya menurut Perdana Menteri, peneraju-peneraju syarikat berkenaan akan diberi ganjaran berupa bonus yang besar sebagai menghargai kerja keras dan pencapaian mereka.

3.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Kerajaan PH akan menilai semula keperluan untuk meminda hukuman mati mandatori yang dijalankan di negara ini. TPM, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan itu juga perlu sekiranya bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 mahu pulang ke negara ini bagi menjadi saksi kes tersebut.

4.  KLANG 29 Jun - Satu mayat bayi lelaki dalam keadaan perut terburai ditemukan di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang di sini pagi ini. KPD Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemukan pekerja PB Northport kira-kira pukul 10.10 pagi.

5.  KUALA LUMPUR 29 Jun – Cadangan Kabinet yang mahu menarik semula penempatan tentera Malaysia di Arab Saudi adalah sesuatu yang melulu dan tindakan tersebut perlu dinilaikan sebaik mungkin. Hal ini kerana tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan baik yang terjalin di antara dua negara malah pelbagai lagi faktor lain secara tidak langsung boleh menjejaskan rakyat, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, UUM, Md. Shukri Shuib.

6.   PUTRAJAYA 29 Jun - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat tiga laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan melibatkan beberapa entiti Felda. Salah satu laporan itu adalah isu penjualan saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures (FGV).

7.  PUTRAJAYA 29 Jun - Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO. Pasukan tersebut dalam satu kenyataan berkata, turut dibekukan ialah akaun parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB serta akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes tersebut.

8.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Kerajaan negeri diminta menyegerakan lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu bagi mengelakkan penduduk berdepan masalah khususnya pengesahan borang akibat ketiadaan ketua kampung ketika ini. Menteri KPLB, Rina Mohd. Harun berkata, kementeriannya telah menyerahkan segala urusan berkaitan pelantikan dan penamatan jawatan berkenaan kepada kerajaan negeri dan kini terpulang kepada mereka bagi menyelesaikan lantikan tersebut.

9.  PETALING JAYA 29 Jun - Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari yang menghadapi enam pertuduhan jenayah terpaksa menangguhkan pembedahan lutut yang sepatutnya dilakukan pada bulan lalu. Farid, 37, berkata, keputusan diambil olehnya selepas mengambil kira faktor proses pemulihan selepas pembedahan yang mengambil masa selama enam bulan.

10.  BUTTERWORTH 29 Jun - Malaysia dan Australia telah memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan rantau ini. Ketua Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) , Leo Davies berkata, ini kerana kedua-dua negara sentiasa peka terhadap perkembangan yang berlaku di kawasan sekitar. Pada masa sama Australia dan Malaysia sedar kedua-dua negara tidak boleh gagal dalam memastikan kestabilan kepada negara masing-masing.

11.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Penyanyi era 90-an yang popular dengan lagu Yang Remeh Temeh, Pak Pandir telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang sekitar pukul 4.30 pagi tadi. Pak Pandir atau nama sebenarnya Azmi Ali,62, sebelum ini

dimasukkan ke wad kecemasan kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair pada Selasa lalu.

12.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Kes saman fitnah MP, Khalid Abdul Samad terhadap bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berhubung isu jualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di Selangor kira-kira tiga tahun lalu, berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. P/jaya Kehakiman, Rohani Ismail merekodkan penghakiman persetujuan bahawa Hasan bersetuju membayar gantirugi RM200,000 dan kos RM25,000 kepada Khalid.

13.  PUTRAJAYA 29 Jun - Seorang pengarah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak membabitkan kos RM1.25 bilion. Suspek merupakan individu ketiga ditahan reman berkaitan kes berkenaan setakat ini.

14.  KUALA LUMPUR 29 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat daripada ulama tersohor, Prof. Sheikh Dr. Yusuf Qaradawi dan Presiden Pergerakan Al-Nahda Tunisia, Sheikh Rached Ghannouchi yang mendoakan kesembuhannya. Bekas TPM itu berkata, beliau berasa sangat terharu dan terkesan dengan ingatan kedua-dua ulama tersebut.

15.  JAKARTA 28 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan rasmi di negara ini diberi sambutan rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Presiden di Bogor, Jawa Barat. Upacara pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan bermula dengan ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di istana yang disambut oleh Jokowi dan isteri, Iriana Widodo.

16.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak SPRM menarik balik tindakan pembekuan akaun UMNO dan menuntut agar siasatan dijalankan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan dilakukan. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, SPRM sepatutnya memberikan justifikasi yang jelas, telus dan terbuka tentang punca akaun UMNO dibekukan.

17.  ANNAPOLIS 29 Jun - Sekurang-kurangnya lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette, yang berpangkalan di sini, semalam. Menurut polis, suspek yang bersenjata senapang atau senapang patah adalah lelaki kulit putih dan beliau sudah ditahan bagi disoal siasat.

18.  JAKARTA 29 Jun – Tindakan ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud mengenai salah laku beliau hanya akan diambil jika terdapat laporan ke atasnya, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehingga kini belum ada sebarang laporan dibuat oleh rakyat Sarawak ke atas Abdul Taib yang dikatakan melibatkan agensi SPRM.

19.  KUANTAN 29 Jun - Seorang pelancong wanita dari China ditemukan selamat kira-kira 12.44 tengah hari, hari ini selepas dilaporkan hilang di Gunung Berembun, Cameron Highlands dekat sini semalam. Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Sani Harul berkata, San Mui Hui, 67, dilaporkan hilang pada pukul 8.30 selepas bersiar-siar.

20.  TELUK INTAN 29 Jun – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 47, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, mangsa lelaki berusia 55 yang merupakan warga Indonesia dan isterinya rakyat tempatan berusia 56 tahun, maut di tempat kejadian.

21.  IPOH 29 Jun - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membaca khutbah dan menunaikan solat Jumaat bersama 750 pegawai dan anggota tentera Batalion Ke-23 RAMD Kem Guar Permai di surau kem berkenaan hari ini. Solat Jumaat diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

22.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO kali ini hanya dengan satu niat iaitu untuk memperkuatkan semula parti keramat orang Melayu tersebut. Calon Majlis Tertinggi UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, calon-calon yang bertanding tidak pernah terfikir untuk mendapatkan imbuhan. Tambahan UMNO kini bukan lagi parti pemerintah sebaliknya adalah parti pembangkang.

23.  KOTA SAMARAHAN 29 Jun - Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) akan terus menjadi sebuah ketumbukan yang efisien dan utuh dalam menjalankan tanggungjawab diberikan khususnya soal keselamatan dan kedaulatan negara. Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Toh Choong Siang berkata, hasrat tersebut dapat dicapai melalui kerjasama semua warganya.

24.  KANGAR 29 Jun - Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin mengakui agak kecewa dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyindir beliau ‘memandai’ kerana mengambil keputusan bertanding jawatan nombor satu parti itu. Dalam kenyataan-kenyataan awal Tengku Razaleigh sebelum ini, MP Gua Musang itu sentiasa menegaskan bahawa UMNO mesti meraikan keterbukaan, demokrasi dan persaingan sihat di dalam parti.

25.  PUTRAJAYA 29 Jun - Lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar menyerahkan Memorandum Mendaulatkan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia kepada wakil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Memorandum itu diterima oleh SUB Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, Suhaili Ahmad.

26.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Kuasa eksekutif atau menteri khususnya yang menjaga hal ehwal Islam di negara ini perlu dipantau supaya tidak terlalu berkuasa, sehingga mengatasi peranan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti.

27.  JAKARTA 29 Jun – PM Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan untuk menghidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia untuk pasaran ASEAN. Idea itu pernah diketengahkannya pada Februari 2015 semasa memandu uji sebuah kereta Proton dengan Presiden Indonesia Joko Widodo duduk di bahagian penumpang hadapan.

28.  PUTRAJAYA 29 Jun. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf kerana menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementerian berkenaan. Bekas KPN, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan.

29.  KUCHING 29 Jun - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga India dilaporkan hilang setelah terjatuh dari tongkang di Jeti Baru Hock Seng Lee, Muara Tabuan di sini sejak tiga hari lalu ditemukan tengah hari tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat tersebut ditemukan tersangkut pada bahagian akar pokok di Kampung Sejingkat pada pukul 12.37 tengah hari.

30.  JAKARTA 29 Jun – Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala bagi memastikan kedua-dua negara terus mengecapi manfaat bersama. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keakraban dua negara jiran itu akan diperkukuhkan dalam semua aspek kerjasama termasuk politik dan ekonomi.

31.  KUALA LUMPUR 29 Jun – Permodalan Nasional Berhad (PNB), anak syarikat pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) me¬ng¬umumkan Tan Sri Abdul Wahid Omar akan bersara sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah YPB berkuat kuasa 30 Jun 2018. PNB dalam masa yang sama turut mengumumkan bahawa Tan Sri Dr. Zeti akan dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Julai 2018.

32.  PUTRAJAYA 29 Jun - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bekas pengawal keselamatan kerana membunuh seorang kerani bank yang juga teman wanitanya dengan menikam mangsa sebanyak 76 kali, hampir tujuh tahun lalu. Panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Hasan Lah memutuskan demikian terhadap perayu pertama, Muhammad Faizul Mohd. Ali, 26, selepas menolak rayuan akhirnya.

33.  JAKARTA 29 Jun – Kumpulan penyelamat yang menggunakan dron dasar laut dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) me¬nemukan beberapa mayat dan motosikal dipercayai daripada sebuah feri yang karam di Danau Toba pada minggu lalu. Feri KM Sinar Bangun, feri kayu sepanjang 17 meter, terbalik selepas dilanda ribut dan tenggelam pada ke

dalaman 450 meter.

34.  MELAKA 29 Jun - Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang peniaga alat ganti kenderaan kerana mengugut dan menghalang tugas seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Jonker Walk di sini baru-baru ini. Soon Wei Meng, 42, dari Batu Berendam di sini mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

35.  KLANG 29 Jun - Polis menahan seorang lagi lelaki warga asing dipercayai suspek utama bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemukan maut di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, Gombak dekat sini Sabtu lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan malam tadi di Gombak.

36.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengumumkan keluar UMNO selepas beberapa dekad bersama-sama menjadi ahli dan pemimpin parti tersebut. Alasan beliau meninggalkan UMNO disebabkan parti itu sudah lari daripada perjuangan asal dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi pemimpin berbanding mengambil berat hal rakyat.

37.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek dalam kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di sini akan didakwa pada Isnin depan. Suspek yang merupakan bapa saudara kanak-kanak itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

38.  BATU PAHAT 29 Jun - Dua budak lelaki yang menunggang basikal lajak parah dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Ciku, Taman Sri Aman dekat Yong Peng, sebentar tadi. Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, kedua-dua mangsa yang berusia 11 tahun dipercayai menaiki sebuah basikal dengan salah seorang daripadanya membonceng basikal yang dipercayai telah diubah suai.

39.  JOHOR BAHRU 29 Jun - Seorang wanita cedera parah disyaki ditikam oleh kekasihnya di hadapan asrama pekerja di sebuah flat di Lima Kedai, Gelang Patah, kelmarin. Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun cedera di bahagian perut dan tangan kiri dalam kejadian pukul 8.48 malam.

40.  KUALA LUMPUR, 29 Jun - Portal berita Bahasa Arab Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) disaran menjadi bahan pembelajaran utama pelajar jurusan Bahasa Arab tempatan dalam memantapkan kemahiran dan penguasaan bahasa berkenaan. Pengarah Pertubuhan Pendidikan, ISESCO Malaysia Dr Abdul Razif Zaini, yang membuat saranan itu, berkata pembelajaran Bahasa Arab melalui berita adalah medium terbaik dan mampu membantu pelajar meningkatkan keupayaan serta penguasaan bahasa di tahap terbaik.

41.  MELAKA, 29 Jun - Sebanyak 23 premis menjual makanan dan minuman di sekitar daerah Melaka Tengah diarah tutup dalam pemeriksaan melibatkan 731 premis yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan negeri menerusi 30 Op Keselamatan Makanan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas. Tindakan berkenaan dilakukan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 ekoran kegagalan pengusaha makanan mematuhi peraturan, kualiti dan tahap kebersihan dalam aspek penyediaan serta pengendalian makanan yang ditetapkan.

42.  GEORGE TOWN, 29 Jun - Pulau Pinang mengumumkan trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) kini mencecah 3,075,643 sepanjang Januari hingga Mei 2018. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri Yeoh Soon Hin berkata ia melibatkan peningkatan 5.77 peratus berbanding tahun lepas untuk tempoh sama.

43.  KUALA LUMPUR, 29 Jun - Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan perluasan perlindungan keselamatan sosial kepada suami atau isteri yang bekerja dengan pasangannya di dalam perusahaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800), berkuat kuasa 1 Julai ini.

44. KUALA LUMPUR, 29 Jun - Akibat merompak sebuah beg milik seorang wanita, seorang buruh dihukum penjara 28 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Muhammad Abdul Razak Sjahbudin, 25, mengaku bersalah melakukan rompak terhadap pekerja swasta Norliza Abdul Rahman, 48, iaitu satu beg h

itam mengandungi dokumen peribadi dan alat solek.

45.  KOTA KINABALU, 29 Jun - Seramai 34 pelajar cemerlang Sabah menerima biasiswa daripada syarikat petroleum negara, Petronas, menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini. Mereka adalah sebahagian daripada 300 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang menerima biasiswa PESP itu.

46.  SHAH ALAM, 29 Jun - Tiga lelaki terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap M. Paramaguru, 41; K. Alagasuveeran, 42 dan R. Sathies, 33.

47. IPOH, 29 Jun - Matta Fair 2018 yang akan berlangsung pada September di sini menyasarkan hasil jualan sebanyak RM42 juta berbanding RM40 juta pada ekspo sama tahun lepas. Pengerusi Penganjur Matta Fair 2018, K. Sugumaran berkata ekspo yang akan berlangsung di pasar raya AEON Big Falim di sini selama tiga hari bermula 7 Sept, menawarkan pelbagai pakej dan tawaran pelancongan yang menarik bagi mereka yang gemar melancong.

48.  MELAKA, 29 Jun - Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Melaka, Jalan Bunga Raya Pantai di belakang Hospital Putra di sini, petang semalam. KPD Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata hasil maklumat orang awam, pihak Bomba dan Penyelamat menemui mayat lelaki itu, yang lengkap berpakaian kemeja T dan berseluar panjang, dalam keadaan meniarap.

49.  KUALA LUMPUR, 29 Jun - AirAsia telah membatalkan kebanyakan penerbangan ke dan dari Bali hari ini berikutan penutupan lapangan terbang di pulau peranginan Indonesia itu susulan letusan gunung berapi Gunung Agung yang melepaskan abu lebih dua kilometer ke udara. Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup hari ni dari 3 pagi hingga 7 malam (sama waktu seperti di Malaysia).

50.  KUALA LUMPUR, 29 Jun - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menangguhkan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan Tiga Siri 15/2018. Menurut kenyataan JLKN hari ini, penangguhan itu dilakukan kerana jumlah pengambilan pelatih program itu bagi tahun ini melebihi sasaran pengambilan peserta iaitu 20,022 orang.

51.  BANGI, 29 Jun - TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kesucian institusi wakaf tidak harus dicemari dengan perlakuan memperkayakan diri oleh mana-mana individu yang diamanahkan menguruskannya. Sebagai instrumen yang boleh membantu entiti perniagaan, institusi wakaf tidak boleh dijadikan platform bagi mana-mana pengerusi atau anggota lembaganya untuk mengumpul kekayaan diri sendiri.

52.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Lawyers for Liberty menggesa kerajaan memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya mengkaji semula. Pengarah Eksekutif, Latheefa Koya berkata, Malaysia mempunyai beberapa undang-undang untuk menyelesaikan isu keselamatan negara termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.

53.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam tempoh sehari dua ini. Isteri beliau yang juga TPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kesihatan Anwar sudah semakin baik selepas mendapat rawatan pakar.

54.  JOHOR BAHRU 29 Jun - UMNO negeri ini tidak khuatir akaun parti itu dibekukan, malah bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM bagi melancarkan siasatan yang dijalankan. Langkah tersebut tidak harus ditakutkan kerana UMNO negeri ini mempunyai rekod bagi setiap aliran wang dan berharap tindakan itu (pembekuan akaun) bersifat sementara.

55.  KUALA LUMPUR 29 Jun – Rizab Malaysia tetap boleh guna pada akhir Mei 2018 dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$108.46 bilion (RM437.85 bilion) mengikut format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF SDDS). Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain berjumlah AS$90

7.4 juta (RM3.6 bilion).

56.  NEW YORK 29 Jun – Twitter Incorporation semalam melancarkan ‘Ads Transparency Center’ bagi membolehkan penggunanya melihat semua iklan yang dile¬takkan dalam media sosial ber¬kenaan. Langkah itu dibuat selepas Twitter berdepan dengan tindakan undang-undang Amerika Syarikat (AS) berhubung maklumat tidak lengkap mengenai perbelanjaan iklan dalam media sosial berkenaan terutamanya berkaitan kempen politik di negara ini.

57.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Malaysia mencatatkan per¬dagangan perkhidmatan antarabangsa berjumlah RM341.1 bilion pada 2017, menyumbang sebanyak 25.2 peratus daripada KDNK, kata Jabatan Perangkaan. Eksport perkhidmatan berkembang ke¬¬pada RM159.2 bilion daripada RM147.6 bilion pada 2016 manakala import meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM182 bilion daripada RM166.5 bilion sebelumnya.

58.  KUALA LUMPUR 29 Jun – Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan hak berpersa-tuan perlu dipinda bagi memboleh¬kan Undang-Undang Antilompat Parti diwujudkan segera kerana ia melibatkan amanah yang diberikan rakyat selain moral wakil rakyat tersebut, kata Penganalisis Politik dan Pengamal Undang-Undang di UIAM, Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

59.  PUTRAJAYA 29 Jun – Kementerian Pendidikan akan me¬lak¬sanakan perpindahan enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta meneliti secara objektif mengenai pembinaan 10 SJKC baharu berdasarkan situasi kewangan semasa dan isu-isu ketelusan, kata Menterinya, Dr. Maszlee Malik.

60.  KUALA LANGAT 29 Jun – Nyawa seorang ibu berakhir di tangan anak kandungnya apabila dia ditikam menggunakan pisau di kediamannya di Taman Langat Utama, Kampung RTB Bukit Changgang di sini, hari ini. Mangsa, Mardziah Muhamad Yusof, 50, maut di bahagian dapur rumahnya setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala setelah ditikam anak keenam daripada 10 beradik berusia 20 tahun.

BERITA SUKAN:

1.  KAZAN 29 Jun - Argentina dan Lionel Messi perlu segera mendapatkan prestasi terbaik esok jika berhajat melangkah lebih jauh dalam Piala Dunia apabila mereka bertemu Perancis, pasukan yang masih belum mempamerkan standard sebenar mereka. Perlawanan sulung peringkat 16 terbaik di Rusia itu menjanjikan satu pertemuan menarik melibatkan dua pasukan pilihan yang masih gagal mempamerkan taring mereka.

2.  SOCHI, Rusia 29 Jun - Gandingan pertahanan terbaik Uruguay pada Piala Dunia setakat ini, bersedia menggalas tanggungjawab berat untuk menghalang seteru lamanya, Cristiano Ronaldo apabila Uruguay dan Portugal bertemu di Sochi, Ahad ini (awal pagi waktu Malaysia).

3.  SARANSK, Rusia 29 Jun – Panama menamatkan penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia dengan tewas semua perlawanan peringkat kumpulan malah menjadi pasukan terbanyak dibolosi dan hanya sedikit gol berjaya dihasilkan. Jurulatih Panama, Hernan Gomez yang berbangga dengan pencapaian pemainnya berang apabila skuad kendaliannya itu dilabel sebagai pasukan terburuk di Rusia apabila menegaskan Panama yang menduduki tangga ke-55 dunia berani memberikan saingan walaupun berdepan kekurangan dalam persiapan.

4.  SEPANG 29 Jun – Selepas memenangi kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tanpa pertandingan, Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan beliau telah menerima permohonan daripada beberapa individu yang berminat untuk mengisi kerusi Setiausaha Agung yang bakal dikosongkannya.

5.  SAMARA, Rusia 29 Jun – Jurulatih Colombia, Jose Pekerman berkata, dia bimbang terhadap kecederaan yang menimpa perancang berpengaruh, James Rodriguez selepas pemain itu kelihatan terhincut-hincut keluar padang sewaktu melakar kemenangan 1-0 ke atas Senegal yang memastikan slot ke peringkat 16 terbaik buat pasukan Amerika Selatan itu pada Piala Dunia.

6.  VOLGOGRAD, Rusia 29 Jun - Jurulatih Jepun mempertahankan taktik negatif yang diterapkan skuad bimbingannya yang berjaya mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik pada Piala Dunia menerusi rekod fair play, walaupun tewas 0-1 kepada Poland, semalam. Bunyi siulan dan ejekan kedengaran daripada 42,189 penonton di dalam stadium di Volgograd yang ternyata kurang berpuas

hati terhadap corak permainan mengarut yang dipamerkan pada perlawanan terakhir Kumpulan H itu.

7.  KALININGRAD 29 Jun - Gol tunggal daripada Adnan Januzaj membolehkan Belgium menamatkan aksi peringkat Kumpulan G selaku pendahulu selepas menewaskan England dengan keputusan 1-0 di Stadium Kaliningrad, sebentar tadi. Ini bermakna Belgium akan menentang pasukan di kedudukan kedua Kumpulan H iaitu Jepun manakala England selaku naib juara Kumpulan G bakal bertemu juara Kumpulan H, Colombia dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia 2018 pada Selasa ini.

8.  KUALA LUMPUR 29 Jun – Walaupun semakin menghampiri penghujung karier, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan untuk terus beraksi hingga Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik berusia 36 tahun itu masih berada dalam prestasi terbaik selepas mudah melangkah ke separuh akhir Terbuka Malaysia hari ini dengan menundukkan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 21-17, 21-9.

9.  KUALA LUMPUR 29 Jun - Harapan untuk menyaksikan Goh Jin Wei melakar satu lagi kejutan terbesar di kejohanan badminton Terbuka Malaysia tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Tai Tzu Ying di suku akhir, hari ini. Dalam aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan pemain No.1 negara itu tidak mampu menandingi kepantasan dan ketangkasan pemain Taiwan itu selain terpaksa akur dengan kekalahan 15-21, 15-21.

10.  KUALA LUMPUR, 29 Jun - Skuad wanita negara mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus di kejohanan Hoki Siri Terbuka Wanita 2018 selepas menewaskan tuan rumah, Singapura 5-0 di Stadium Sengkang pada aksi terakhir peringkat liga sepusingan (round robin) hari ini.

Friday 29 June 2018

Rayuan seorang ahli umno terhadap para perwakilan

Rayuan daripada seorang ahli umno didalam wasap terhadap para perwakilan umno yang bakal mengundi calon presiden umno.
_________***______***_____

*JIKA ANDA MASIHKAN SAYANG DS AHMAD ZAHID DAN KJ, TOLONGLAH PASTIKAN MEREKA TIDAK JADI PRESIDEN UMNO UNTUK KALI INI*

Pasti ramai kalangan ahli dan kepimpinan UMNO akan merasakan betapa dangkal dan jeliknya ‘propaganda’ ini terutama apabila wujud seruan agar Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu ditewaskan dalam pemilihan presdien UMNO demi membuktikan kasih-sayang kita kepada mereka.

Namun inilah hakikat dan tindakan yang perlu kita lakukan demi memastikan dua tokoh yang kita sanjungi ini tidak menerima nasib lebih buruk seandainya terpilih sebagai presiden UMNO.

Apatah lagi di saat UMNO masih dalam tempoh “edah” selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14, pastinya seruan ini dianggap berniat jahat terutama menjelang pemilihan Presiden UMNO tidak lama lagi.

Tetapi kebenaran harus dinyatakan secara jelas bahawa menjadikan Ahmad Zahid dan Khairy sebagai Presiden akan membawa musibah lebih besar bukan sahaja kepada kedua pemimpin ini, tetapi juga survival politik UMNO.

Seandainya dua pemimpin ini diangkat sebagai Presiden UMNO, saya khuatir kerajaan Pakatan Harapan yang kini diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamed akan menyelongkar satu per satu fail kerajaan terdahulu, kemudian mencari ruang untuk mengheret kedua pemimpin ini ke muka pengadilan atas alasan yang sengaja diada-adakan.

Apatah lagi, kerajaan hari ini sedang mencari alasan paling kukuh untuk membubarkan UMNO dengan menggunakan segala peluang yang ada bagi memastikan parti kita akan terus ditekan dan tidak mampu melawan kembali.

Bayangkan seandainya dua pemimpin ini disabitkan dengan sebarang skandal waima yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menghalang mereka berfungsi sebagai Presiden UMNO dengan baik, adakah anda sanggup melihat nasib kedua mereka dipenjara dan dimalukan kepada seluruh rakyat Malaysia?

Ketika ini, UMNO harus kembali kepada landasan sebenar perjuangan untuk meyakinkan rakyat bahawa parti yang terpalit dengan pelbagai tuduhan, tohmahan dan skandal akan atau sedang dipimpin seorang presiden yang bersih, cekap dan amanah.

Adakah kita mahu membiarkan Presiden UMNO dijadikan sasaran satu per satu tuduhan demi tuduhan kerana berada dalam barisan kepimpinan kerajaan sebelum ini?

Tidak cukupkah lagi kita melihat nasib bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dimalukan dengan tuduhan skandal 1MDB dan lain-lain?

Kita bukan mahukan Presiden UMNO yang boleh menjadi Perdana Menteri dalam keadaan sekarang, tetapi kita memerlukan Presiden UMNO yang mampu meyakinkan rakyat bahawa parti ini telah berubah dan kembali ke landasan asal. Dan keyakinan ini sebenarnya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan sekadar retorik semata-mata.

Apatah lagi dalam keadaan ini, UMNO bukan sekadar memerlukan seorang pemimpin, sebaliknya UMNO memerlukan seorang Presiden yang bebas daripada skandal, dipercayai bersih daripada salah laku dan dihormati kalangan lawan dan kawan.

UMNO tidak memerlukan pemimpin muda untuk berubah. UMNO juga tidak memerlukan pemimpin yang mempunyai kemampuan wang ringgit dan pengaruh untuk menjadi lebih baik.

Namun UMNO memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kematangan fikiran, kebijaksanaan dalam mentadbir urus dan berpengalaman menghadapi krisis kepercayaan rakyat seperti yang kita pernah dihadapi ketika UMNO diharamkan pada tahun 1988.

Maka lakukan pilihan bijak untuk membuat perubahan dan yakinlah bahawa perubahan itu harus dimulakan dengan mengorbankan pemimpin yang kita sanjungi demi kepentingan UMNO itu sendiri.

Tengku Razaleigh Hamzah mungkini bukan pilihan terbaik kerana ketika ini, hanya beliau pilihan yang kita ada.

*MASRIZAL MOHD SALLEH*
_Ahli UMNO yang terlalu sayangkan parti_

Pertahankan parti atau rakyat?

Parti Politik....

Kita jangan pertahankan Parti... apa yang orang Parti perlu lakukan ialah mempertahankan rakyat dalam negara ini. Kita pertahankan mereka dari mengalami kemiskinan , dari kemunduran dan paling penting ialah mempertahankan rakyat dari kezaliman dan penindasan.

Oleh itu jika rasuah itu satu kezaliman atas hak rakyat... kita jangan buat... jika menggunakan kuasa untuk kepentingan untung diri sendiri itu satu penindasan terhadap hak rakyat... kita jangan buat...

Inilah gunanya kita menjadi satu kuasa politik yang akan membendung sebarang kezaliman dan penindasan kepada hak rakyat supaya rakyat boleh hidup senang dan maju dibawah pentadbiran parti kita. Bebaskan mereka ( rakyat ) dari belenggu kehidupan dengan menggunakan polisi2 pentadbiran yang betul.

Selagi kita tak buat perkara ini maka tidaklah kita mempertahankan parti ini. Kerana parti tak perlu dipertahankan.... tapi parti itulah yang mempertahankan hak rakyat..

Thursday 28 June 2018

Akaun UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

JOHOR BAHRU 28 Jun - Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden UMNO itu memberitahu, perkara tersebut diketahuinya sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dalam waktu terdekat juga hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (RoS) membatalkan pendaftaran UMNO.

"Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pemilihan kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan.

"Ini termasuk juga (bekas) Menteri Besar (tiada jaminan tidak akan disiasat)," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor Bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel M. Suites di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

MB Perak arah batal usul luluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM441,650

IPOH:Dua Pengarah Perak Corp Berhad (PCB) Datuk Dr S. Vasan dan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordi telah menolak cadangan lantikan semula mereka ke jawatan tersebut pada persidangan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung semalam.

Manakala seorang lagi Pengarah PCB, Ab Rahman Mohammed pula telah meletakkan jawatannya.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata PCB, pada 27 Jun lalu telah mencadangkan usul-usul untuk meluluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM441,650 dan imbuhan Pengarah berjumlah RM150,000 untuk tahun kewangan berakhir Disember 2017.

“Sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), yang memiliki saham majoriti di dalam kumpulan PCB, saya telah mengarahkan PKNP untuk menolak semua usul di atas.

“Kumpulan PCB telah mencatatkan kerugian berjumlah RM340.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan sehingga tarikh tersebut, liabiliti kumpulan itu telah melebihi asetnya pada kadar RM158.5 juta,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya berikutan susulan prestasi yang mendukacitakan bagi tahun kewangan tahun lalu, adalah tidak wajar para pengarah PCB dibayar dengan imbuhan yang besar.

“PKNP selaku pemegang saham terbesar telah menolak usul-usul tersebut, atas kepentingan negeri Perak dan rakyatnya,” katanya. 

Perak Today

Wednesday 27 June 2018

PM Enggan Jumpa Wahid Omar

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Wahid Omar dijangka akan meletakkan jawatannya dalam waktu terdekat selepas gagal merundingkan kedudukannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kata sumber kerajaan.

Wahid merundingkan kedudukannya ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad giat membersihkan GLC untuk tadbir urus yang lebih baik, tambah sumber.

The Malaysian Insight difahamkan Wahid cuba mengatur temujanji untuk bertemu dengan perdana menteri tetapi Dr Mahathir enggan bertemu dengan beliau.

“Dr Mahathir tidak mahu jumpa dengan Wahid,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Sumber tersebut bagaimanapun tidak menyatakan apa alasan Dr Mahathir tidak mahu berjumpa dengan bekas menteri dalam kabinet Najib Razak itu.

Wahid adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 2013 hingga 2016, bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi. Beliau digantikan oleh Abdul Rahman Dahlan dalam rombakan kabinet pada akhir Jun 2016.

Wahid dalam satu kenyataan berkata beliau sedia melepaskan jawatannya sekiranya diminta berbuat demikian oleh kerajaan tetapi belum ada sebarang perbincangan mengenai kedudukannya dan tidak keberatan untuk terus menyambung khidmatnya, jika dikehendaki oleh kerajaan.

Sumber bagaimanapun menjelaskan kepada The Malaysian Insight, masalah Wahid dengan pentadbiran sekarang bukan pendiriannya mengenai GST sebelum PRU14 tetapi beberapa tindakan beliau semasa dalam GLC yang tidak bersesuaian dengan dasar jimat cermat kerajaan hari ini.

Pada Julai tahun lalu, Wahid terjerat dalam kontroversi pembelian nombor pendaftaran kenderaan PNB 1 pada harga RM173,800, yang dibida daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang. Nombor plat itu kini difahamkan digunakan pada sebuah motosikal milik PNB.

Wahid kemudian mengesahkan PNB berjaya membida bukan satu tetapi 25 nombor pendaftaran kenderaan untuk kegunaan rasmi syarikat berkenaan, pada kos keseluruhan RM419,006.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pembelian nombor pendaftaran kenderaan itu tidak menjejaskan pulangan kepada pelabur kerana ia bukan dari dana milik pelabur amanah saham di bawah PNB, sebalik dana milik PNB berjumlah RM40 bilion.

PNB, di bawah teraju Wahid, turut menyumbangkandana yang besar kepada awam melalui ahli politik Umno, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pengerusi agensi itu sebelum ini, kata sumber. Laporan media bagaimanapun menyebut sumbangan dana itu sebagai sumbangan zakat PNB.

Seorang sumber lain juga mempersoalkan tindakan Wahid menggunakan perkhidmatan penulis blog yang dibayar puluhan ribu sebulan untuk mempertahankan reputasi PNB, ketika agensi itu mempunyai unit media dan komunikasinya sendiri.

Wahid adalah antara panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysian Development Berhad.

Sebahagian dana dari KWAP itu kemudian masuk ke akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak, dan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wahid dilantik sebagai panel pelaburan KWAP mewakili sektor swasta pada 1 Mei 2008, sebelum disambung lantikannya pada 1 Mac 2010. Beliau ketika itu adalah presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Maybank, ahli lembaga Bursa Malaysia Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasinal Berhad (PUNB).

KWAP selama ini mempertahankan pinjaman tersebut tidak menjejaskan prestasi dana pencen yang diagihkan oleh kerajaan kepada pesara kakitangan awam kerana ia “pinjaman yang ditanggung oleh kerajaan”.

“Walaupun pinjaman itu ditanggung kerajaan, ia tidak memberi manfaat kepada kerajaan. Jaminan kerajaan itu melindungi KWAP tetapi tidak kerajaan,” kata sumber.

Pinjaman KWAP kepada SRC International itu juga dikritik oleh banyak pihak termasuk kerajaan Pakatan Harapan semasa jadi pembangkang sebelum ini kerana tidak jelas wang itu digunakan untuk apa.

Pinjaman itu juga menyebabkan kerajaan menanggung hutang yang tidak perlu, kata mereka. – The Malaysian Insight

Anwar berhak komen: PM

Dr. Mahathir memberitahu, sekiranya sesuatu perkara itu telah mencapai persetujuan Kabinet, kerajaan akan tetap dengan keputusan tersebut.

“Orang lain yang tidak berada dalam Kabinet boleh buat komen masing-masing. Mereka boleh kata apa yang mereka suka tetapi kami adalah kerajaan.

“Anwar seperti orang lain, beliau boleh beri komen, buat sebarang komen. Beliau tidak berada dalam kerajaan,” kata beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai komen Anwar berkenaan polisi kerajaan termasuklah mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhenti mendedahkan skandal-skandal kerana kenyataan beliau memberi impak kepada pasaran.

Monday 25 June 2018

Isu bahasa: Guan Eng salah tafsir perlembagaan




Haeme Hashim
(Dikemaskini )

ULASAN l Hari ini Malaysia kecoh dengan ketegasan tidak bertempat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menggunakan bahasa Cina atau Mandarin sebagai salah satu medium terjemahan kepada bahasa rasmi kerajaan persekutuan iaitu bahasa Melayu.

Guan Eng lupa bahawa bahasa rasmi kerajaan persekutuan adalah bahasa Melayu. Guan Eng juga lupa bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (ABK) serta pekeliling kerajaan persekutuan.

Bukan menafikan hak penggunaan bahasa Cina atau lain-lain bahasa di negara ini, namun penggunaan bahasa selain bahasa Melayu sebagai salah satu medium utama kerajaan persekutuan adalah satu kesilapan.

Walaupun penggunaan lain-lain bahasa dilindungi oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, namun peruntukan di bawah Perkara 152(1)(a) tersebut juga turut secara jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu perlu digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.

Nampaknya, Guan Eng telah tersalah tafsir mengenai perkara 152(1) ini. Beliau mungkin lupa bahawa beliau bukan pembangkang lagi.

Malah, seksyen 2 ABK telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi semua tujuan rasmi kerajaan.

Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu adalah kewajipan kepada pihak kerajaan. Dan jika sesuatu perkara rasmi tersebut perlu diterjemahkan, bahasa universal iaitu bahasa Inggeris wajar digunakan.

Walaupun seksyen 3 ABK menyatakan bahawa kerajaan berhak untuk menggunakan terjemahan dalam lain-lain bahasa yang dirasakan perlu demi kepentingan awam, ini tidak memberikan sebab munasabah untuk Guan Eng mengeluarkan terjemahan bahasa Cina sedangkan terjemahan bahasa Inggeris sudah mencukupi.

Jika Guan Eng mahu mempertahankan tindakan beliau menggunakan bahasa Cina sebagai salah satu medium terjemahan, beliau perlu jadi lebih adil. Keluarkan juga terjemahan kenyataan rasmi dalam lain-lain bahasa seperti bahasa Tamil, malah bahasa-bahasa natif di Sabah dan Sarawak.

Maka di situ akan nampak keadilan yang kononnya didambakan oleh Guan Eng.

Ikrar martabatkan bahasa Melayu

Tindakan Guan Eng ini benar-benar bermotifkan politik dan hanya mahu mendapatkan sokongan daripada kaum Cina di negara ini. Kenyataan beliau sebelum ini bahawa beliau adalah bangsa Malaysia dan bukannya bangsa Cina adalah satu kenyataan hipokrit.

Jika benar beliau ikhlas mengakui bahawa beliau adalah bangsa Malaysia berbanding Cina, seharusnya beliau menjunjung kepentingan bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan di Malaysia adalah bahasa Melayu.

Mungkin Guan Eng juga lupa dengan Perjanjian Pakatan Harapan yang dibuat pada 9 Januari 2016 yang lalu, dan kemudiannya ikrar perjanjian tersebut diulangi dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bahawa kerajaan HARAPAN berjanji untuk memartabatkan bahasa Melayu, bukan sahaja sebagai bahasa ilmu malah sebagai lingua franca (bahasa perantara utama) serantau.

Bagaimana Guan Eng mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini jika beliau sendiri tidak yakin dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara?

Penjelasan dalam bahasa Cina

Keegoan Guan Eng lebih terserlah apabila beliau mengeluarkan kenyataan rasmi beliau mengenai isu ini di laman Facebook beliau, juga dalam bahasa Cina. Kebiadapan apakah yang beliau sedang lakukan terhadap majoriti rakyat Malaysia yang langsung tidak tahu berbahasa Cina?

Jika benar beliau ikhlas mahu menjelaskan isu ini kepada rakyat jelata, beliau sepatutnya menjelaskan isu ini dalam bahasa Melayu atau sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris agar semua orang faham.

Apa motif beliau membuat penjelasan isu ini dalam bahasa Cina? Begitu tinggi ego beliau. Beliau telah bertindak biadap kepada majoriti rakyat Malaysia yang tidak faham bahasa Cina sedangkan isu ini adalah isu nasional.

Jika benar beliau mengeluarkan kenyataan media mengenai projek TRX tersebut khas untuk media dari China, mengapa tidak hanya dalam bahasa Inggeris? Bahasa Inggeris adalah lingua franca dunia.

Media China tidak akan mempunyai masalah untuk memahami kenyataan media tersebut dalam bahasa Inggeris.

Mereka sudah membuat liputan pelbagai isu di serata dunia dan kebanyakkan isu dunia adalah dalam bahasa Inggeris, jadi sudah tentu terjemahan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Inggeris tidak langsung membebankan media China.

Malah, tujuan Guan Eng mengeluarkan terjemahan bahasa Cina demi kemudahan media China sudah bertentangan dengan prinsip yang dibenarkan oleh seksyen 3 ABK iaitu “menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam”.

Media China bukan dalam kategori kepentingan awam.

Terjemahan ikut negara?

Prihatin sungguh Guan Eng dengan kebajikan media China. Selepas ini jika sesuatu isu itu melibatkan negara luar seperti India, Myanmar dan sebagainya, mungkin beliau akan turut mengeluarkan terjemahan mengikut bahasa negara-negara tersebut.

Perlu diingatkan bahawa Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 (Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam) telah secara jelas menuntut agar semua kementerian dan jabatan kerajaan menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memberikan keutamaan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan kerajaan.

Malah, Pekeliling ini turut menggariskan bahawa lain-lain bahasa yang digunakan sebagai terjemahan kepada bahasa Melayu haruslah kurang menonjol dari segi saiz tulisan, warna dan sebagainya.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 (Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam) juga telah menggariskan panduan bagaimana bahasa Melayu perlu digunakan oleh kerajaan.

Malah, pekeliling tersebut turut menggariskan bahawa semua surat rasmi kerajaan persekutuan di peringkat antarabangsa, adalah digalakkan menggunakan bahasa Melayu dan disertakan dengan terjemahan bahasa Inggeris.

Namun, isu TRX, walaupun melibatkan pelabur dari China, bukanlah isu antarabangsa.

Janji dalam manifesto HARAPAN

Sepanjang Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini, adakah beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bahasa Cina? Kenapa beliau tidak pernah mulakan sebelum ini?

Kenapa baru sekarang beliau berani untuk berbuat demikian? Adakah kerana beliau takut undi bukan Cina (terutamanya orang Melayu) tidak berpihak kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dan DAP? Oleh kerana hari ini HARAPAN sudah menakluk Putrajaya, maka PH sudah boleh buat apa yang mereka mahukan sejak sekian lama?

Penjelasan beliau supaya rakyat Malaysia terutamanya pegawai tertinggi kerajaan turut mengikut jejak langkah beliau dalam menggunakan bahasa Cina kononnya untuk memastikan negara kita kekal kompetitif adalah satu kenyataan tidak masuk akal.

Penguasaan bahasa selain daripada bahasa ibunda itu penting, namun tidak semestinya perlu dipraktikkan dalam urusan rasmi kerajaan.

Jelaslah kepada kita pada hari ini bahawa kerajaan HARAPAN tidak berniat untuk menghormati dan menunaikan semua janji-janji mereka dalam manisfesto HARAPAN.

Mereka hanya akan tunaikan apa yang mereka rasakan relevan dan abaikan apa yang mereka sendiri rasakan kurang relevan.

Ingin ditegaskan, penulisan ini bukan bersifat rasis dan sekadar ingin menuntut janji kerajaan HARAPAN memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau dalam manifesto mereka. Masyarakat Malaysia hidup berbilang kaum dan perlu saling hormat menghormati serta saling menyayangi.

HAEME HASHIM Adalah seorang peguam di Kuala Lumpur.

Sunday 24 June 2018

Kafir yang baik adakah ke syurga atau neraka?

Alkisah...Memang Bijak.🤔????????????

*Mengapa orang-orang kafir walau sebaik mana pun akan dimasukkan ke neraka...?*.

Jawapan yang menakjubkan ini telah membuatkan pemuda liberal ini.....!!!!.....!!!! terdiam seribu bahasa.....!!!!

*pemuda liberal*: ada orang yang sangat baik ni, anti-rasuah, membantu membangunkan masjid, rajin bersedekah sehingga kehidupannya sendiri dikorbankan untuk membantu orang lain, apabila mati dan dia tidak muslim, *adakah dia masuk syurga atau neraka....?*

*dr zakir naik*: Neraka.....!!

*pemuda liberal*: Aduh.....? bukankah dia seorang yang baik. Kenapa dia harus dimasukkan ke neraka....??

*dr zakir naik*: Kerana dia bukan muslim....

*pemuda liberal*: Tapi dia seorang yang baik. Dia telah membantu ramai orang, termasuk orang islam. Dia turut membantu membangunkan masjid yang besar. Jahat betul tuhan kalau orang yang sebaik dia dimasukkan ke neraka.

*dr zakir naik*: Allah tidak jahat. Allah itu adil.

*pemuda liberal*: Adil macamana....?

*dr zakir naik*: Anda belajar sehingga ke tahap mana....?

*pemuda liberal*: Saya berkelulusan Master (Sarjana) bidang Sains dari US, kenapa....?

*dr zakir naik*: Mengapa anda boleh dapat gelaran master sains dari US....?

*pemuda liberal*: Ya... kerana saya belajar di sana dan lulus di sana.

*dr zakir naik*: Nama anda disenaraikan di sana...? adakah anda mendaftar...?

*pemuda liberal*: Ya tentulah tuan saya mendaftar. Kelulusan saya ini juga masih fresh.

*dr zakir naik*: Jika anda tidak mendaftar, tetapi anda tetap ke sana, hadir di kampus, secara diam mengambil ujian, walaupun anda mendapat nilai yang sempurna, adakah anda masih akan mendapat master....?

*pemuda liberal*: Tentu tidak, ia dipanggil pelajar haram, walaupun dia bijak, dia tidak akan disenaraikan sebagai pelajar, kampus tentu mempunyai peraturan yang ketat tentang itu.

*dr zakir naik*: Bermakna kampus anda adalah jahat, ada orang yang bijak tapi tidak diberikan master hanya kerana tidak mendaftar.....?

*pemuda liberal*: Terdiam... 😌

*dr zakir naik*: Sekarang bagaimana....?

*pemuda liberal*: Itu bukan jahat... Itu sudah peraturan. Pelajar itu yang salah kerana tidak mendaftar. Akibatnya tidak boleh mendapat master dan gelaran rasmi dari kampus.

*dr zakir naik*: Haa... Kan.....!! Jika kampus anda mempunyai peraturan, begitu juga dunia dan akhirat. Jika *_syurga adalah master_*, *_dunia adalah kampus itu_*, kemudian *_syahadah ialah pendaftaran pertamanya_*.  Tanpa pendaftaran awal, mustahil kita dapat diperakui dan boleh menerima master, walaupun kita pergi ke kampus dan mampu untuk melalui ujian dengan cemerlang. *Ia adalah peraturan, melaksanakan peraturan bukanlah sesuatu yang jahat, tetapi memberikan keadilan*.

*pemuda liberal*: Terdiam, tanpa berkata apa-apa lagi.... 🤔

Semoga allah terus menetapkan iman & islam kepada kita & keluarga kita, aameen..

*Semoga Bermanfaat*

*MasyaAllah*

*Jika anda rasa mampu mendapat manfaat dari kisah ini, sebarkan kepada saudara-saudara kita yang tidak tahu lagi..*
_insya-Allah menjadi kebaikan kepada anda_

Friday 22 June 2018

Senarai nama menteri dan timbalan menteri telah diserahkan kepada YDPA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Menurut sumber kerajaan, senarai itu diserahkan pada Rabu lalu.

“Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.

“Timbalan menteri juga termasuk, di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, jumlah timbalan menteri dan calon-calon senator tidak dinyatakan secara khusus.

Menurut sumber lagi, dalam senarai menteri itu termasuklah Datuk Saifuddin Abdullah daripada PKR, Khalid Samad (AMANAH) serta Teresa Kok dan Ong Kiang Ming dari DAP.

Malaysiakini difahamkan Saifuddin akan memegang portfolio kementerian luar dan Ong pula akan menjadi menteri perdagangan antarabangsa.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi tadi, menteri sumber manusia M Kulasegaran juga mengesahkan satu senarai telah diserahkan kepada Agong.

Setakat ini, 13 orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei lalu.

Rundingan berkenaan perlantikan Menteri dan Timbalan menteri masih belum muktamad

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) berada dalam senarai akhir menteri dan timbalan menteri yang dijangka diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa kurang seminggu.

Sumber berkata, mereka yang terpilih mula menerima panggilan daripada perdana menteri sejak semalam.

Bagi yang lain, rundingan masih dijalankan antara perdana menteri dengan parti komponen terbabit, khasnya PKR dan DAP.

Bagi PKR, antara ahli Parlimen disenarai pendek ialah Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat), R Sivarasa (Sg Buloh), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak).

Sumber berkata, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu) dan Fuziah Salleh (Kuantan) turut berada dalam senarai itu, tetapi nama mereka digugurkan pada 11 pagi tadi.

“Rundingan masih berterusan,” kata sumber itu.

Bagi DAP pula, Teresa Kok (Seputeh) dan Chong Chieng Jen (Stampin) masih berada dalam senarai itu.

Bagaimanapun, beberpaa pemimpin DAP memberitahu FMT satu mesyuarat terakhir bagi membincangkan nama yang masih dalam proses dimuktamadkan ketika berita ini ditulis.

Sekurang-kurangnya 5 daripada 11 ahli Parlimen Amanah yang memenangi pilihan raya umum 9 Mei lalu, dijangka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Bagi Sabah, Darell Leiking (Penampang) dan Azis Jamman (Sepanggar) juga masih berada dalam senarai itu.

Seorang sumber memberitahu FMT, setiap parti komponen PH menghantar banyak nama, tetapi Dr Mahathir menilai semula senarai nama itu.

Pada 21 Mei lalu, seramai 13 menteri persekutuan mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, Kabinetnya akan mempunyai 25 menteri.

Sejak itu, timbul pelbagai spekulasi di media mengenai calonnya, dengan ramai ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dikatakan akan berada dalam senarai itu.

Thursday 21 June 2018

Melayu, India dan Arab

India dalam sejarah Melayu

Dalam tradisi sejarah Melayu, faktor perkauman terutama nada memperkecilkan sesuatu golongan adalah tidak asing lagi.

Masyarakat Melayu bersifat majmuk sejak dahulu kala, baik ketika zaman Kedah purba yang memiliki kehadiran saudagar India mahupun dalam Istana Sultan Melaka di mana kehadiran watak dari benua kecil itu diabadikan dalam kitab Sejarah Melayu sendiri.

Tokoh keturunan India memainkan peranan dalam politik istana kesultanan Melaka. Namun dari segi kisahnya, mereka diberikan sudut pandangan negatif.

Tetapi dalam istana kesultanan Melaka juga terdapat watak keturunan Jawa yang juga diberikan sudut pandangan negatif. Watak dalam iSultan Melaka adalah majmuk. Bukan saja yang keturunan India, tetapi juga dari Jawa, Arab dan Cina.

Penulis Sejarah Melayu juga mempunyai agenda politik zaman itu untuk menggambarkan sudut negatif pada golongan keturunan India dan Jawa.

DKK

Pada tahun 1930-an, khususnya di Singapura sebagai pusat kebudayaan Melayu ketika itu, terdapat perdebatan yang disebut sebagai “Takrif Melayu”. Perdebatan itu ditampilkan melalui akhbar dan majalah Melayu untuk menghujahkan siapakah sebenarnya orang Melayu.

Maka ditimbulkan mengenai “DKK” dan “DKA”, iaitu Darah Keturunan Keling dan Darah Keturunan Arab yang tidak dianggap Melayu sebenar oleh golongan Melayu Jati, yang merujuk pada orang Melayu yang berasal dari Kepulauan Melayu.

Ketegangan berlaku antara Melayu Jati dan DKK serta DKA. Ia berlaku kerana DKK dan DKA dilihat lebih berjaya dari segi pencapaian ekonomi berbanding dengan Melayu Jati. Lebih-lebih lagi mereka yang berketurunan Syed di kalangan DKA.

Sifat anak DKK dan DKA yang lebih pintar dan cerdik dalam pendidikan dan kerjaya menimbulkan rasa iri hati di kalangan orang Melayu Jati. Lebih-lebih lagi adanya watak angkuh dari kalangan orang DKK dan DKA.

Ada kalanya sifat asertif dan ekstrovert orang DKK dilihat sebagai keangkuhan.
Pada masa ini, perdebatan ini timbul semula di Singapura apabila parti pemerintahnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) bercadang untuk mencalonkan Halimah Yacob sebagai presiden Singapura.

Beliau disifatkan sebagai calon presiden Melayu memandangkan Singapura sudah lama tidak memiliki ketua negara daripada kaum itu, iaitu sejak Yusof Ishak menjadi presiden pertama Singapura.

Perdebatan timbul mengenai kemelayuan Halimah kerana bapanya seorang keturunan India Muslim. Namun oleh kerana ibu beliau seorang Melayu, sepatutnya isu itu tidak timbul.

Siapa Melayu

Ketika Umno mula ditubuhkan pada tahun 1946, yang turut disertai oleh perwakilan dari Persatuan Melayu Singapura, takrif Melayu diselesaikan dengan menetapkan 3 syarat untuk sesiapa dianggap sebagai orang Melayu.

Syarat itu adalah seseorang itu hendaklah beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu, termasuklah menghormati raja-raja Melayu.

Syarat-syarat itu membolehkan banyak penduduk Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi orang Melayu. Ini kerana sebelum itu, orang Melayu dianggap sesiapa yang menjadi rakyat kepada mana-mana raja Melayu di negeri Melayu, tidak kiralah mereka berasal dari Sumatera atau Jawa.

Orang India dan Cina ketika itu dianggap hanya datang untuk sementara waktu kerana akan pulang ke negara masing masing setelah memperoleh kekayaan.

Ketika China di bawah pemerintahan Dinasti Ching, Cina di Malaya dan Singapura dianggap sebagai rakyat Maharaja China yang bersemayam di Beijing.

Melayu lain yang dipandang tinggi
Tetapi di kalangan Melayu sendiri, terdapat perbezaan kedudukan di antara mereka. Ketika orang Melayu keturunan India dipandang rendah, keadaan yang sama tidak berlaku pada orang Melayu keturunan Arab dan Turki.

Orang Arab dipandang paling tinggi. Sementara di kalangan orang Melayu dari kepulauan Melayu seperti orang Jawa, Boyan dan Banjar dipandang rendah.

Tetapi kedudukan orang Melayu Sumatera seperti Minang, Mandailing dan Aceh serta dari Sulawesi seperti Bugis dipandang tinggi. Begitu juga mereka yang berasal dari Pattani.

Maka pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar yang berketurunan Turki dipandang tinggi dan membolehkan beliau menjadi pemimpin yang dihormati.

Tunku Abdul Rahman walaupun keturunan Siam adalah putera raja Kedah yang menyebabkan beliau dipandang tinggi.

Begitu juga Tun Razak Hussein yang berketurunan Bugis dipandang tinggi. Lebih-lebih lagi hakikatnya bahawa Sultan Johor, Pahang dan Selangor adalah juga keturunan bangsawan Bugis.

Keratan dari tulisan Zin Mahmud

Wednesday 20 June 2018

Peta Negeri melayu zaman Inggeris

Peta asal semenanjung sebelum sebahagian wilayah diambil oleh kerajaan siam, pada zaman ni tiada perdana menteri malaysia, tiada kerajaan Malaysia

Yang ada hanya Kesultanan Melayu, yg berhak keatas tanah kekuasanya

Peta Tanah Semenanjung dan sebahagian Sumatera, 1862. (Arkib Negara United Kingdom, Arkib Negara Singapura)

Jika kita merujuk kepada peta tersebut, kita dapat melihat perubahan sempadan kesultanan-kesultanan Melayu yang agak ketara berbanding hari ini.

Malah, ia sedikit sebanyak menjelaskan perbezaan dialek di Semenanjung, misalnya perubahan ketara utara, tengah, timur laut dan selatan perak yang mempunyai varian Kedah, Perak, Selangor dan Pantai Timur dituturkan di dalam negeri tersebut, biarpun kawasan ini kesemuanya berada di dalam negeri yang sama pada hari ini.

Hasil kompilasi T. Moniot, surveyor general bagi Negeri-Negeri Selat mengenai hubungan politik Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu, diterbtikan pada tahun 1862.

Peta pembahagian administratif Tanah Semenanjung yang terdiri daripada Selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia pada hari ini saya lampirkan di bawah.

Zahid dilihat takut untuk berdebat

KuLi membuat cabaran debat kepada dua calon presiden umno yakni Khairy dan Zahid. Cuma Khairy dilihat berani untuk berdebat tetapi tidak mahu mengisytiharkan hartanya. Manakala Zahid langsung tidak mahu menyahut cabaran KuLi.

Umpanan KuLi nampaknya agak menjadi kerana rata rata rakyat melihat selain KuLi calon presiden yang lain dilihat tidak jujur. Sudah pasti rakyat mahukan pemimpin yang jujur dan ini akan mempengaruhi keputusan para perwakilan umno nanti.

Namun begitu apabila KuLi terlalu menyerang budaya politik wang ini membuatkan para perwakilan merasa kurang selesa kerana mereka mengharapkan sedikit dedak dapat ditaburkan untuk mereka bersuka ria.

Pemilihan agung umno adalah suatu pesta buat perwakilan dan budaya ini mereka mahu teruskan sehingga kiamat.

Bagi para perwakilan, KuLi cuba mengharamkan budaya dan adat resam bangsa umno. Ini benar benar melanggar adat. Nampaknya undi untuk KuLi semakin menyusut dan mula berpihak kepada Khairy yang dilihat sebagai jutawan muda yang memahami inspirasi ahli ahli umno.

Ahli umno hanya mahukan wang. Wang boleh membantu mereka meneruskan seminggu dua kehidupan mereka. Setidak tidaknya stok ketum dan stok rokok mampu dipertahankan.

KuLi sudah semakin jauh dari jatidiri orang orang umno.

Generator Set Cummins

MAKLUMAT PRODUK

30-1300kw Cummins set jenama
penjana diesel dengan enjin cummins jenama yang merupakan pemimpin kuasa global yang mereka bentuk, mengeluar, menjual dan perkhidmatan enjin diesel OEM kilang di China.

Asal enjin Chongqing dan Dongfeng Cummins dibekalkan untuk generator diesel untuk memastikan kualiti yang stabil. Beberapa butiran enjin cummins diesel dan penjana ditetapkan seperti berikut

1. Dikuasakan oleh enjin Dongfeng / Chongqing Cummins, ia mempunyai ciri-ciri kebolehpercayaan yang tinggi, penyelenggaraan mudah, jam berjalan berterusan lama dan sesuai untuk pelabuhan, kereta api, industri dan perlombongan. Ia sentiasa digunakan untuk loji kuasa berterusan untuk kualiti atas.
Cummins pelbagai kuasa penjana enjin diesel: 30kw --- 1300kw tanah kuasa genset

2. Cummins set penjana diesel
kelebihan jenama
1) bunyi rendah & penggunaan bahan api yang rendah
2) menarik dan berkuasa
3) suhu cemerlang sistem kawalan
4) Cekap pelbagai jalan pengambilan & ekzos sistem
5) Air disejukkan enjin diesel
6) banyak digunakan di: kilang-kilang, Bangunan, Supermarkets, Hotel, Hospital, perlombongan, dan bidang-bidang lain yang sesuai.

Tuesday 19 June 2018

SARAWAK REPORT DEDAH KEMEWAHAN PEMIMPIN PAS


CLARE REWCASTLE BROWN pengarang Sarawak Report melalui kenyataan pembelaannya yang dikeluarkan pada 21 April 2017 mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen PAS dan pemimpin kanan parti suci itu telah membeli kereta baru mewah dan rumah baru.
Menikah dengan isteri kedua dan ketiga, dengan perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding dengan gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.Menurut Clare, Dr Nasharudin Mat Isa ("Nasharudin") telah menjadi sekutu politik Presiden PAS yang konservatif dan seorang perunding gabungan politik antara PAS dan UMNO.
"Pada tahun 1999 Nasharudin menjadi Setiausaha Agung PAS dan pertama kali dipilih ke Parlimen, menjadi Ahli Parlimen untuk Yan sehingga kehilangan kerusi itu pada tahun 2004. Pada tahun 2005 beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden Pas, yang bertindak sebagai timbalan kepada Hj Hadi. Beliau dipilih semula pada kedudukan itu pada 2009. Dia gagal dipilih semula pada tahun 2011, ketika ia dikalahkan oleh Mat Sabu, dari puak yang progresif dalam PAS.
"Pada Januari 2013, beliau diusir dari Majlis Syura PAS untuk mengatur dan mengambil bahagian dalam perjalanan publisiti sebelum pilihan raya oleh Najib Razak ke Gaza.
Bertentangan dengan hasrat Nik Aziz, Mursyidul 'Am PAS, tetapi dengan sokongan dari Hj Hadi, dia tidak dipecat dari keanggotaan PAS, tetapi tetap sebagai pendukung berpengaruh terhadap Hj Hadi dan anggota puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi dan hubungan politik dengan Najib Razak."
Clare mendakwa, sejak 2014, berjuta-juta ringgit telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak, termasuk wang yang disalurkan oleh Najib Razak dari 1MDB, yang dibayar kepada akaun bank peribadi Najib Razak oleh anak syarikat 1MDB SRC International Sdn Bhd.
Dakwaan yang sama pernah dibuat oleh Rafizi Ramli melalui satu akuan bersumpah tetapi sehingga kini entah apa sebabnya Nasharudin tidak berani saman Rafizi...
"Lebih daripada RM200 juta telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak dari mana peristiwa PAS secara rahsia dibiayai mempromosikan puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi." dakwa Clare.
Menurutnya lagi, jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk acara parti PAS yang dianjurkan pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 oleh PAS di Selangor, Kelantan, Kedah dan di tempat lain, mempromosikan puak ulama yang akan mengambil alih pada Perhimpunan Agung 2015 yang dibiayai secara rahsia oleh wang ini dari Najib Razak dan UMNO. Acara ini mempromosikan pro-ulama, kumpulan pro-UMNO dalam PAS.
Clare juga mendakwa pembayaran sebanyak RM10 juta telah dibuat untuk membiayai acara Majlis Ulama Sedunia pada Mac 2015 yang dianjurkan oleh pihak Pas di Rusila yang di dalamnya Kawasan Parlimen Terengganu.
"Dana rahsia diteruskan pada tahun 2015 dan selepas itu, termasuk untuk Perhimpunan Agung pada bulan Jun 2015 dan acara-acara seperti Himpunan Istiqamah Sampai Kemenangan pada bulan Jun 2015, Himpunan 60K / Himpunan Fastaqim pada bulan Oktober 2015, Himpunan Anak Muda Istiqamah (HAMASAH 2015), September 2015, TPPA Himpunan Bantah, Januari 2016, RUU 355 di Padang Merbok, Februari 2017 dan Persidangan Antarabangsa mengenai Kesatuan Islam, Kota Baru, Julai 2017." Ujarnya.
Menurut Clare, pemimpin tinggi PAS selain Nasharudin yang menerima bayaran rahsia yang berasal dari Najib Razak termasuk Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baharu dan Setiausaha Agung PAS, Nik Mohamad Abduh, Pemimpin Pemuda, dan Ahmad Samsuri Mohktar, Setiausaha Politik Presiden.
"Nasharudin dan pemimpin kanan PAS turut mendapat faedah secara peribadi, menikmati dan mempamerkan kemewahan baru dari wang yang disalurkan ke parti itu oleh Najib Razak.
"Nasharudin telah menunjukkan kekayaan barunya dengan membeli kenderaan bernilai tidak kurang daripada RM1.5 juta (termasuk BMW 525 berharga RM388,000, Mini berharga RM230,000, Toyota Vellfire berharga RM290,000, Toyota Camry, berharga RM150,000 dan Toyota Fortuner berharga RM200,000 dan hartanah termasuk rumah di Bangi, Selangor, bernilai RM3 juta, dibeli dengan wang tunai.
"Ahli Parlimen PAS dan pemimpin tinggi telah membeli kereta baru, mewah dan rumah baru dan isteri kedua dan ketiga berkahwin, membelanjakan wang yang mencukupi melebihi gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.
"Dengan cara ini, Timbalan Ketua Menteri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah telah membeli sebuah kereta mewah, termasuk Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire dan Toyota Attis dan membina beberapa buah rumah untuk keluarganya.
Clare melanjutkan pendedahananya terhadap beberapa pemimpin tinggi Pas yang lain; Mursyidul ‘Am Hashim Jasim memperoleh kereta Porsche Cayman. Ketua MP dan Ketua Penerangan PAS, Khairuddin Aman Razali memberikan isteri keduanya RM500,000 sebagai kereta Audi Q7 sebagai hadiah.
"Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi membeli Toyota Vellfire bernilai RM300,000. Setiausaha Majlis Syura, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh memperoleh Mercedes mewah dengan nombor plat PAS 9, bernilai kira-kira RM100,000 dan Audi mewah.
"Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baru dan Ketua Setiausaha PAS telah membeli sebuah kereta mewah dan sebuah motosikal mewah, termasuk Volkswagen Passat berharga RM160,000 dengan plat nombor peribadi TAK 11, yang bernilai sehingga RM100,000.
"Muhammad Khalil, Pemimpin Pemuda PAS, telah memperoleh motorsikal mewah BMW. Mokhtar Senik, pengerusi Majlis Ulama PAS Pahang, telah membeli Mercedes dan Toyota mewah."
Kesian kepada ahli-ahli Pas bawahan yang bertungkus lumus berkorban tenaga dan wang ringgit untuk perjuangan parti yang kononnya memperjuangkan agama, rupa-rupanya pemimpin atasan mereka joli sakan menambah bini dan hidup serba mewah hasil dari dedak Umno.

Sunday 17 June 2018

Umno dan Melayu

Bagi pendapat saya apabila umno mahukan KuLi menjadi Presiden maka ia adalah satu tindakan yang tepat. Ini kerana umno tidak perlu diremajakan. Tetapi sebaliknya umno perlu kembali ke pangkal jalan.

Umno perlu menjadi parti yang perjuangkan orang melayu dan kembali menjadi benteng kepada orang melayu.

Bermula dizaman pak lah hinggalah ke najib umno dilihat merampok dengan rakus kepentingan orang melayu. Malah umno menjadi ejen menjual segala kepentingan melayu dan agama islam.

Kita dapat lihat bagaimana pengundi pengundi melayu dikawasan luar bandar masih menyokong umno kerana mereka menaruh keyakinan bahawa umno adalah satu satunya parti melayu yang boleh berjuang untuk melayu asalkan umno kembali ke pangkal jalan.

Setidak tidaknya orang melayu masih mempunyai pilihan dan pengharapan seandainya PH dilihat tidak begitu mesra kepada orang melayu.

Secara realitinya umno bukan sahaja perlu menukar pemimpin pemimpin mereka tetapi sebaiknya menukar ahli ahlinya juga.

Selagi umno mempunyai ahli ahli sediada yang tidak berjuang kerana perkara benar maka umno cumalah parti sampah yang akan merosakkan negara terus menerus walaupun mereka sebagai pembangkang...

Secara am nya apabila di perhalusi melayu tidak memerlukan umno seandainya mereka mampu berdikari...

Untuk menjadikan melayu menjadi bangsa berdikari maka segala macam tongkat perlu dipatahkan...

Selama ini pun melayu cuma beranggapan mereka mempunyai tongkat tetapi sebenarnya tongkat itu cumalah satu ilusi yang digambarkan oleh pemimpin umno...

Yang kaya raya hanyalah pemimpin umno manakala orang melayu masih terperosok di kampung kampung dengan disajikan pantun dan syair sebagai halwa telinga...

Setidak tidaknya kita perlu berterimakasih kepada najib kerana berjaya menyatukan rakyat malaysia. Hubungan antara kaum juga menjadi semakin baik. Orang cina dan melayu semakin akrab kerana sama sama bersusah payah mahu menjatuhkan najib.

Penyatuan ini dilihat cuba dipecahkan oleh umno dan pas atas nama bangsa dan agama. Teringat kembali sewaktu mereka berkempen kepada pengundi bukan melayu mereka beria ia benar menyatakan keterbukaan mereka terhadap kaum lain.

Bila sudah kalah tiba tiba mereka menyerang pemimpin melayu pakatan harapan kerana sifat terbukaan....

Saturday 16 June 2018

KuLi/Kj Pasangan Ideal sebagai Presiden dan Timbalan Umno

Ramai akar umbi umno yang mahukan KuLi berpasangan dengan KJ bagi mengisi kerusi Presiden dan Timbalan Presiden umno dan diikuti oleh golongan muda sebagai naib naib presiden dan ahli ahli majlis tertinggi.

Mereka berpendapat ini untuk melestarikan umno agar seiring dengan PKR dan Dap yang sudah mengenengahkan pemimpin pemimpin muda didalam parti masing masing.

Mereka beranggapan pemimpin pemimpin umno yang berumur 50 keatas wajib memberi laluan kepada golongan muda untuk membetulkan semula landasan umno yang telah dirosakkan oleh regim najib.

Akar umbi masih menaruh kepercayaan KJ mampu mempelajari sasuatu daripada KuLi yang berpengalaman puluhan tahun di dalam politik.

Ku Li Sebagai Presiden

Tahun ini Umno akan mengadakan pemilihan kepemimpinan. Dengan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno, gelanggang terbuka luas dan parti tua itu berpeluang membuat perubahan jika mahu.

Bagi saya, seorang pemimpin Umno yang berpeluang besar melakukan perubahan ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naik Presiden Umno.

Pada usia 81 tahun, beliau adalah muda. Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad yang 10 tahun lebih senior daripada beliau boleh memimpin Pakatan Harapan (PH) ke arah kemenangan dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, apalah salahnya Ku Li memimpin Umno.

Mungkin ini masa terbaik dan peluang terakhir buat beliau. Setelah gagal menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden Umno 30 tahun lalu, Ku Li mempunyai peluang terbaik dipilih menjadi Presiden Umno.

Walaupun putera diraja Kelantan itu dilaporkan masih menimbang sama ada mahu bertanding atau tidak, secara peribadi saya yakin beliau adalah calon terbaik untuk memimpin parti lama saya itu.

Kalau boleh saya nasihati Ku Li, yang saya kenal secara peribadi mulai tahun 1976 dan menjadi “bos mutakhir” saya buat seketika, cepat-cepatlah tawarkan diri.

Pada tahun 1976, saya menyertai Kumpulan New Straits Times sebagai “Bumiputera kanan” akhbar baru tajaan NSTP bernama “Business Times”. Waktu itu Ku Li Pengerusi Fleet Group, syarikat induk NSTP. Saya kerap ke kediaman beliau di Nombor 20 Jalan Pinang, Kuala Lumpur, dan Palm Manor, Kota Bharu.

Ini bukan cerita gila talak atau nostalgia. Saya keluar Umno “secara rasmi dan tertib” pada bulan Julai 2016. Saya hantar surat penarikan diri kepada Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan Setiausaha Kerja Umno pusat.

Dan bukan juga hendak masuk campur dalam politik Umno, tetapi kerana kita tetap memerlukan pembangkang yang berwibawa di dalam Parlimen.
Saya katakan berwibawa kerana Umno dengan hanya 55 kerusi (laman Web Rasmi Parlimen) tidak boleh menjadi pembangkang yang kuat dari segi bilangan, tetapi masih boleh menjadi pembangkang yang kuat dari segi minda.

Dalam konteks ini saya amat bersetuju dengan Ahli Parlimen PH (DAP) Segambut, Hannah Yeoh bahawa PH memerlukan barisan penyokong (backbenchers) yang cergas dan kritikal.

“Backbencher” PH wajib terus berani dan tekun berbahas seperti yang mereka lakukan sewaktu menjadi pembangkang dahulu. Mereka wajib ikhlas menasihati dan mengkritik kerajaan mereka sendiri.

Umno Tandus Pemimpin

Berbalik kepada parti pembangkang Umno, maaf cakaplah kalau saya kata, selain Kul Li saya tidak nampak calon lain yang boleh memulihkan Umno dan menjadi ketua pembangkang yang berwibawa.

Selain Dr Mahathir, tidak ada orang lain kecuali Ku Li yang lebih berpengalaman di dalam Dewan Rakyat dan dialah antara orang yang paling lama mengenali Perdana Menteri dalam arena politik tanah air.

Dr Mahathir memanggil Tengku Razaleigh “Li” dan Ku Li membahasakan Dr Mahathir “Doc”. Dr Mahathir masuk Parlimen tahun 1964 dan Ku Li mula menjadi wakil rakyat pada tahun 1969 sebagai Ahli Dewan Undangan Ulu Kelantan Barat. Dr Mahathir berusia 92 tahun dan Ku Li 81.

Dalam kepimpinan Umno, selepas Najib saya tak nampak sesiapa pun yang mampu menyekat keruntuhan Umno dan membinanya semula selain Ku Li. Selepas beliau MUNGKIN bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Tetapi imej Khairy teruk tercemar kerana “membodohkan” diri demi kuasa dan kedudukan pada zaman Najib serta kes penyelewengan RM100 juta duit KBS yang sampai hari ini belum dijelaskan atau diambil tindakan.

Hanya baru beberapa minggu ini dia mula bersuara menyatakan kekesalan menafikan realiti dan tidak bersuara sehingga Umno kalah teruk dalam PRU. Mungkin dalam pemilihan sekali lagi dia boleh menawarkan diri sebagai calon presiden atau busuk-busuk pun Timbalan Presiden. Kalau setakat Naib Presiden rasanya baik tidak bertanding langsung.

Yang menjadi soalan jutaan ringgit adalah, adakah Ku Li atau sesiapa saja mampu memulihkan Umno yang sudah sekian lama mabuk duit dan bergerak atas falsafah songsang “cash is king” (duit itu raja) ciptaan Najib?

Tanpa kuasa, sungai wang Umno kering. Malah ramai pemimpin dan bekas pemimpin Umno, termasuk Najib, sedang berdepan dengan kemungkinan didakwa dan dipenjarakan kerana rasuah, pecah amanah dan penyelewengan.

Hatta duit yang kononnya milik Umno pun disorok oleh ketua-ketua Umno di rumah masing-masing sehinggalah ditemui dalam serbuan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maka tidaklah mustahil Umno akan benar-benar menjadi parti keramat apabila ia mati akibat politik wang, feudalisme dan kepentingan diri.

Wallahuaklam.

-A Kadir Jasin

Thursday 14 June 2018

Projek kereta baru tingkat keupayaan kejuruteraan, kata Dr.Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad.

"Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit," katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu untuk Malaysia di Persidangan Nikkei di sini semalam berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta nasional. Pada sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton.

"Kita perlu menghidupkan mereka semula kerana keseluruhan idea mengenai pelaburan dalam kereta nasional bukan sekadar membina sebuah kereta nasional, ia menjadi pemangkin untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia," kata Perdana Menteri.

Menurut beliau, itu adalah apa yang sebenarnya berlaku dengan projek Proton.

Dr Mahathir berkata, industri automotif adalah pasaran yang sangat besar.

"Di seluruh dunia, syarikat memperolehi komponen kereta melalui penyumberan luar, kita boleh menghasilkan komponen kereta berjenama di Malaysia dan mengeksportnya yang akan menghasilkan banyak pertukaran asing," katanya.

Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang mahu terlibat dalam projek kereta baharu itu perlu mengemukakan cadangan.

"Jika cadangan itu baik, kita perlu memberi peluang kepada mereka. Bagaimanapun, kita tidak mahu memberi lesen kepada orang untuk mereka jual (kepada pihak lain). Ini adalah sesuatu yang kerajaan ini akan hentikan," katanya.

"Sekiranya kita memberi lesen kepada orang itu, orang itu mesti melakukan kerja itu. Jika dia didapati menjual lesen itu kepada orang lain, kita akan mengambilnya balik," tambahnya.

- Bernama

Umno mahu peralatkan KuLi menyerang Tun M

Pemimpin pemimpin umno di peringkat pertengahan ramai yang tidak faham bagaimana mahu menyelamatkan umno. Mereka panik dan ketakutan umno akan terus pupus.

Mereka merasakan sekiranya PH menang pru kerana dipimpin oleh seorang warga emas maka mereka pun mahu mengangkat KuLi sebagai presiden umno kerana KuLi juga adalah warga emas.

Mereka juga berpendapat KuLi pernah bermusuh dengan Tun dan KuLi layak untuk menjadi presiden umno.

Mereka menganggap lagi KuLi adalah calon sesuai untuk mengalahkan Tun pada PRU akan datang. Agaknya mereka lupa KuLi sampai terpaksa membubarkan parti S46 kerana kalah teruk kepada Tun dulu...

Pemimpin umno nampaknya masih belum faham apa kehendak rakyat sebenarnya.

Wednesday 13 June 2018

PPBM Perak di pandang Serong

Pru 14 telah berjaya menukar struktur politik negara apabila pakatan harapan menang dengan bergaya menumbangkan 60 tahun kerajaan umno barisan nasional.

Disebalik kejayaan tersebut terpalit pula satu titik hitam dimana PPBM yang merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan dilihat mula menarik masuk ahli ahli umno ke dalam parti tersebut.

Tidak cukup dengan itu beberapa tindak tanduk menteri besar dari PPBM seperti Johor dan Perak mula diragui oleh rakan komponen mereka.

Malah penyokong penyokong tegar mula melahirkan rasa tidak puas hati kerana kedua dua menteri besar tersebut membawa masuk musuh ketat mereka yakni orang umno ke jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Isu taraf pendidikan menteri besar perak juga kini menjadi isu kerana dituduh menipu mempunyai ijazah dari sebuah universiti di Australia.

Sehingga artikel ini ditulis MB perak masih belum menafikan tuduhan tersebut yang membuatkan rata rata rakyat Perak mula mempercayai menteri besar mereka sebenarnya bertaraf SPM sahaja.

Ini benar benar memalukan kerana tidak mempunyai pendidikan tinggi dan menipu mempunyai ijazah adalah satu kesalahan moral kepada ahli politik.

Semuanya berpunca daripada kemarahan penyokong pakatan harapan yang tidak berpuas hati terhadap lantikan wakil rakyat umno sebagai penasihat menteri besar.

Alasan yang diberikan oleh pejabat menteri besar atas perlantikan itu adalah kerana mahu membalas jasa baik adun umno yang melompat parti dan tertubuh kerajaan negeri di bawah pakatan harapan.

Rakyat merasakan mb perak mudah diugut kerana jasa tersebut dan terpaksa membalas jasanya.

Lebih malang lagi mb perak masih lagi menyambut kegembiraannya dapat menjadi MB dengan majlis majlis keraian dan makan makan.

Rakyat perak ternanti nanti apakah dasar kerajaan negeri yang mahu dibuat oleh MB.

Rata rata rakyat ternanti nanti agar perak dapat menurut jejak kerajaan negeri selangor dan pulau pinang yang lebih menjaga kebajikan rakyat.

Sudah ada desas desus penyokong pakatan harapan mahukan menteri besar ini ditukar kepada menteri besar yang lebih tahu mentadbir negeri.

Nama nama seperti Yb Nizar Jamaludin mula dilaung laungkan sebagai calon MB yang berkelayakan.

Ppbm Perak juga dilihat begitu pasif dan tidak aktif dalam mendekati rakyat. Ada yang mengatakan ppbm perak sebenarnya tidak mempunyai ahli.

Pucuk pimpinan pakatan harapan diharap dapat bertindak pantas agar rakyat tidak menjadi mangsa kerakusan kuasa kroni kroni MB perak yang sudah mula menyusun orang orang mereka ke dalam syarikat GLC negeri perak.

Ada yang sudah berbisik dengan mengatakan nasib rakyat perak tak ubah seperti lari dari mulut buaya dan masuk kedalam mulut naga yang lebih lebar...

Tuesday 12 June 2018

Najib Sila Sabar

LEBIH BAIK NAJIB TUN RAZAK DUDUK DIAM-DIAM DARI BUAT KENYATAAN TAK BERASAS!! BELIAU SEDANG HIDUP DI ALAM PENAFIAN!!

Saya secara jujur ingin sarankan najib tun razak selaku bekas perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara agar duduk diam-diam serta jangan terlalu banyak buat kenyataan provokasi yang tidak mempunyai asas sama sekali!!

Kerajaan Pakatan Harapan bukan jenis berdendam!! Tun dr mahathir mohamad adalah tokoh negarawan yang tidak pernah ada perasaan dendam peribadi!!

Apa saja tindakan undang-undang yang bakal diambil ke atas semua para pengkhianat negara mestilah berteraskan kepada keluhuran undang-undang sepertimana termaktub dalam perlembagaan malaysia.

Bukan tiada asas kukuh untuk mendakwa najib tun razak tetapi kini kerajaan tidak mahu dan tidak pernah berada di hadapan pihak penguatkuasa undang-undang!!

Yang hendak siasat serta mendakwa najib tun razak adalah pdrm dan sprm!! Semua pihak kena menghormati segala gerak kerja pdrm dan sprm untuk menyiasat seterusnya mendakwa najib tun razak kelak sekiranya terdapat unsur-unsur kekukuhan bukti salahlaku ke atas mantan perdana menteri paling korup itu!!

Sesiapa pun tidak boleh membuat ulasan kesalahan-kesalahan jenayah najib tun razak secara melepasi pihak penguatkuasa undang-undang di tanahair kita!!

Dalam pada masa yang sama; najib tun razak pun kena sabar sikit untuk tahu mengenai kedudukannya selepas ini!!

Ini membuktikan kepada keseluruhan rakyat malaysia bahawa pengasingan kuasa di antara pihak eksekutif dengan bidang undang-undang begitu jelas kini!!

Buat masa ini, kerajaan Pakatan Harapan tidak bersikap seperti kerajaan kleptokrasi pada suatu masa dahulu!!

Kerajaan kleptokrasi telah menyalahguna kuasa dan mencampuri hal ehwal pentadbiran pihak penguatkuasa undang-undang secara berleluasa dahulu!!

Penguatkuasa undang-undang telah dicengkam dan ditekan agar mengikut telunjuk kerajaan kleptokrasi!!

Sebab itu saya yang telah buat laporan pada pdrm, sprm, bank negara, pejabat peguam negara serta beberapa penguatkuasa undang-undang di singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom serta FBI telah ditangkap seterusnya dipenjarakan selama dua bulan bersama peguam yang berkhidmat pada pelanggannya!!

Situasi ini tidak pernah berlaku di dalam dunia yang bertamaddun tetapi terjadi di bumi malaysia yang ketika itu dipimpin oleh mantan perdana menteri paling korup!!

Tolong sabar najib tun razak!! Secara peribadi saya amat yakin bukan saja pihak penguatkuasa undang-undang di malaysia saja yang bakal bertindak ke atasnya secara professional tetapi badan undang-undang di beberapa negara luar juga akan mendakwa najib tun razak!! Insya-Allah!! Ameen!!

Beliau mesti dihukum setimpal dengan segala pengkhianatannya pada bangsa dan negara!! Tetapi malangnya najib tun razak masih hidup dalam keadaan penafian!!

Sepatutnya pihak penguatkuasa undang-undang mesti tahan najib tun razak dan semua kuncu-kuncunya yang terlibat dalam kes skandal 1mdb di bawah akta sosma!!

Kalangan penyangak-penyangak dan pengkhianat ini telah mensabotaj ekonomi negara!!

Kerana pengkhianatan mereka semua inilah yang menyebabkan keadaan sosial politik dan ekonomi negara sedang berada di ambang kemusnahan!!

Kesalahan puak kleptokrat ini semua dalam isu kes skandal 1mdb tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana mereka telah merompak khazanah kerajaan serta duit rakyat sejumlah puluhan bilion ringgit!!

Rakyat malaysia sedang menanti dengan penuh sabar hari-hari kesemua penyangak ini bakal ditangkap dan didakwa secara telus serta seadil-adilnya!!

Secara peribadi, saya yang berjuang bersama semua para sahabat dalam Pakatan Harapan nengenai kes skandal 1mdb ini amat yakin bahawa najib tun razak bersama kuncu-kuncunya akan tewas pada bidang kehakiman yang benar-benar telus di bawah pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ajk Biro Komunikasi Dan Mobilisasi PH
11 Jun 2018

https://www.themalaysianinsight.com/s/54059

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...