Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Dari Fatwa Muasyirah Oleh Dr Yusuf Qardhawi Mazhab-mazhab feqah di dalam Islam tidaklah terbatas kepada empat sahaja, sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tidak berilmu.  Imam-imam juga bukanlah sekadar Maalik, Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad sahaja. Bahkan telah hidup sezaman dengan mereka, imam-imam yang sama martabatnya dengan mereka di dalam ilmu dan ijtihad meskipun mungkin kefakihan dan kealiman mereka tidak melebihi imam-imam ini. Imam al-Laith bin Sa'ad adalah sezaman dengan Imam Maalik. Imam as-Syafie telah berkata mengenainya: "AI-Laith lebih fakih daripada Maalik, tetapi pengikut dam muridnya (al-Laith) tidak menyebarkan pendapat-pendapatnya." Di Iraq pula terdapat Sufyan al-Thauri yang tidak kurang martabat kefakihannya daripada Imam Abu Hanifah. Imam al Ghazali telah menganggapnya sebagai salah seorang Imam, daripada lima orang Imam-imam di dalam feqah. Ini ditambah pula dengan penguasaannya yang mendalam di dalam ilmu hadis sehingga dia di

Hukum Menyintai Isteri Orang

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ? JAWAPAN  : Al-hamdulillah ,Al-Jawab : Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM . Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis : ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها “Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”) Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lai

Hukum Umat Islam Meraikan Deepavali

Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat. Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda

Subhanallah!!! Paderi Peluk Islam Setelah Koma

Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan “keindahan langit” (keindahan syurga). Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan. . Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang yang ajai

Kaedah Mengendalikan Tantrum

Q:  Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah) A:  Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka. Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persek

Bagaimana Mahu Tahu Jantina Baby Dalam Perut

Penyebab jantina lelaki :  Berpunca daripada air mani  lelaki . Jumlah air mani yang banyak. Pengaliran  air mani  dari sebelah kanan. Air mani di sebelah kanan lebih panas Air mani yang berpunca daripada buah pinggang sebelah kanan Mudah berlaku jika daripada air mani lelaki yang muda, bukan remaja atau tua. Air mani datang dari sebelah kanan lelaki dan menuju ke arah sebelah kanan wanita. Penyebab jantina perempuan :  Air mani sebelah kiri lelaki menuju ke sebelah kiri wanita.  Tanda-tanda anak lelaki :  Darah wanita yang mengandung anak lelaki lebih panas berbanding mengandung anak perempuan. Mempunyai warna kulit yang lebih elok. Lebih banyak pergerakan. Keadaan kulit yang lebih bersih. Nafsu makan yang lebih betul. Gejala tubuh yang lebih terkawal. Terasa berat di bahagian kanan tubuh. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.bAir susu seperti raksa (merkuri) jika dititis di atas cermin dan dipancarkan ke arah matahari. Puting susu akan membesar kemerah-merahan

Awas!!! Untuk Lelaki Sahaja

Petua mengenali sifat wanita ganas di ranjang ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin. Ambil ia sebagai hiburan dan panduan. Jom kita lihat ciri-ciri wanita yang ganas di ranjang. 1. Bibir seksi Ada yang mengatakan bahwa perempuan yang memiliki bibir seksi memiliki kemampuan oral seks yang hebat. Sebabnya ialah bibir perempuan berjenis ini mempunyai peranan dan amat aktif di ranjang. 2. Tubuh bengkok Kaum lelaki akan sangat menyukai bentuk tubuh ideal seperti tubuh ini. Katanya, perempuan yang memiliki tubuh seperti ini akan mempunyai tingkah yang galak dan rakus di kala ada di ranjang. 3. Bongkok udang Mitosnya, perempuan yang tubuhnya bongkok udang amat rakus dalam urusan seks dan paling tahan lama dan ganas. Sebabnya, perempuan dengan tubuh bongkok udang goyangannya mampu tahan lama untuk tidak cepat orgasme. 4. Dada montok Siapa yang tidak ingin memiliki dada montok. Keinginan seperti itu adalah amat wajar sekali. Bahka