Wednesday 30 November 2016

Saintis Berjaya Cipta Pil Mewangikan Kentut


Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.
Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.
Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.
Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.
Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.
“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya

Tuesday 29 November 2016

Kepunyaan Siapakah Kerajaan Pada Hari Ini?

Allah swt berfirman dalam surah Al Mukmin ayat 15-17 yang bermaksud:

"(Dialah) yang maha Tinggi darjatnya, yang mempunyai Arsy, yang mengutus Jibril dengan (membawa) perintah Nya  kepada sesiapa pun yang dikehendaki Nya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat), (iaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur), tiada satupun dari hal ehwal mereka yang tersembunyi bagi Allah swt (Lalu Allah swt berfirman), " Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" Kepunyaan Allah swt yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Pada hari ini setiap jiwa diberi balasan atas apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah swt amat cepat hisabnya."

Monday 28 November 2016

Awas...!!!

KISAH BENAR!
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tanganya melekat pada tubuh mayat wanita tersebut.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya tangan si pemandi mayat terlekat pada badan mayat tersebut sehingga semua yang berada waktu itu mati akal untuk melepaskan tangan itu dari tubuh mayat tersebut. Terdapat berbagai cadangan dan pendapat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan pemandi mayat itu atau keduanya tanam kedua-duanya iaitu mayat wanita dan pemandi mayat sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku lalu Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.
"Apa yang kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?".
Perempuan memandikan mayat bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut akan tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata,
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina". Sambil menampar-nampar dan memukul-mukul berkali-kali pada batang tubuh si mati.
Imam Malik berkata "Kamu telah menjatuhkah qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan empat saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
Sewaktu pemandi mayat itu dijatuhkan hukuman, tiba-tiba sebaik masuk sebatan ke 80, maka dengan kekuasaan Allah terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
Pengajarannya:-
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah.Jangan bersangka buruk dengn kuasa Allah. Walaupun kita tahu dia itu pelacur, tetapi kalau kita tidak pernah melihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar.
Jadi beringatlah sekiranya membantu menyebarkan sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari kita akan menerima balasannya.
Begitulah kemudahan teknologi ICT yang ada di tangan kita. Jangan kita mudah benar FOWARD berita yang tidak pasti kebenarannya. Apa lagi jika ianya berkaitan dengan agama dan FITNAH INDIVIDU.

Sunday 27 November 2016

Siapakah Jiran Nabi Musa Di Syurga?

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Saturday 5 November 2016

Kisah Budak Bodoh Yang Mengubah Dunia

Ada seorang budak lelaki. Hidupnya agak susah. Dia pernah dihantar ke sekolah namun hanya bertahan beberapa bulan.
Menurut gurunya, budak itu seorang murid yang bodoh dan tidak mampu memahami apa yang diajar. Hanya ibunya yang mengajar budak lelaki itu membaca, menulis dan mengira dirumah.
Budak itu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Sudahlah sekolah tidak kesampaian, pada usia 12 tahun, dia sudah mengerah keringat untuk bekerja.
Budak lelaki itu menjual surat khabar, gula-gula dan buah-buahan ditepi stesen kereta api.
Kesannya, telinga budak itu mengalami masalah. Dia jadi separuh pekak kerana bunyi kuat kereta api telah menjejaskan gegendang telinganya.
Menurut budak itu, dia tidak pernah mendengar burung-burung berkicauan sejak usianya 12 tahun.
Namun, budak itu tidak pernah berhenti berusaha. Hasil berjualan, dia membeli sebuah mesin cetak kecil. Sewaktu usianya 15 tahun, dia telah mencetak naskah surat khabarnya sendiri dan dijual di stesen kereta api tersebut.
Kemudian, dia mendapat kerja sebagai pengirim telegraf. Selama empat tahun bekerja, kesemua gajinya dilaburkan untuk membina sebuah makmal kecil dengan pelbagai peralatan elektrik.
Disitu, dia melakukan bukan puluhan, tapi ribuan eksperimen. Tidurnya hanya empat jam setiap hari.
Hasilnya, penemuannya seperti lampu mentol, gramofon dan filem untuk kamera menjadi pencetus kebangkitan industri elektrik dan rakaman yang memberi impak besar terhadap kehidupan manusia.
Siapa budak lelaki yang dikatakan bodoh oleh gurunya itu?
Dia... Thomas Alva Edison!

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...