Monday 23 July 2018

Anak Kelantan Misi Berjalan Kaki Ke Mekah


“SAYA ingin buktikan saya bukan orang gila,” kata Muhammad Yusof Abdullah, 19, yang kini melakukan misi berjalan kaki secara solo ke Makkah, Arab Saudi sejak tiga hari lalu.

Remaja berkenaan memulakan misi berkenaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan akan merentasi tujuh negara serta dijangka sampai ke Makkah pada Februari tahun hadapan.

Muhammad Yusof berkata, sebelum ini dia pernah melakukan misi berjalan kaki secara solo ke seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak selama lima bulan dan berakhir Mei lalu.

“Selepas melakukan misi berkenaan, saya terus berhasrat untuk berjalan kaki ke Tanah Suci Makkah pula. Saya ingin membuktikan bahawa remaja seperti saya juga mampu melakukan cabaran 'gila' seperti ini,” katanya ketika ditemui di Jalan Beserah, Kuantan, hari ini.

Muhammad Yusof berkata, berbekalkan RM2,000 dia akan meneruskan perjalanannya dari Pahang ke Terengganu dan Kelantan sebelum menukar beg di rumahnya di Kota Bahru, Kelantan serta seterusnya memasuki Thailand.

“Antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi untuk ke Makkah,” katanya.

Menurutnya, antara cabaran yang bakal dihadapi sepanjang misi itu apabila melalui negara bergolak selain negara bukan Islam.

Katanya, misi itu juga nanti akan menguji ketahanan fizikal dan mental berikutan bakal berdepan cuaca panas serta sejuk di beberapa negara yang akan dilaluinya.

“Jika di negara Islam, saya akan tumpang di surau atau masjid, namun jika di negara bukan Islam saya sudah bawa khemah. Saya juga akan melakukan perjalanan pada waktu malam.

“Ini kerana pada waktu malam lebih sejuk dan tidak panas. Saya boleh berjalan dengan lebih lama lagi, pada hari siang pula saya akan berehat. Sepanjang perjalanan saya akan bawa kurma bagi memberi tenaga lebih sepanjang misi ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

“Saya yakin dengan niat yang betul, kita tidak peduli dengan orang sekeliling yang akan mengata kita. Namun, saya hanya berserah kepada Allah S.W.T sepanjang perjalanan ini. InsyaAllah dengan niat yang betul, saya yakin misi ini akan berjaya kelak.

“Saya juga amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan saya berjaya dalam misi ini dan kembali ke tanah air dalam keadaan sihat,” katanya.

Sekembalinya dari tanah suci, Muhammad Yusof berhasrat untuk menulis buku mengenai pengalaman dirinya menempuh pelbagai cabaran semasa berjalan kaki untuk dikongsi selain memberi semangat dan pengajaran kepada orang ramai.

Wednesday 18 July 2018

Isu GST dan SST

Isu cukai sst dan gst menjadi semakin berserabut. Perbagai perspektif dilontarkan untuk memberitahu rakyat mana satu cukai yang lebih baik.

Kita perlu bermula dengan asas kenapa cukai diwujudkan.

Cukai diwujudkan kerana mahu mengutip dana untuk mengisi kantong kerajaan bagi membolehkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan beroperasi untuk kesejahteraan rakyat.

Malah pembangunan negara juga memerlukan kos dan kos ini perlulah dikutip dari perbagai sumber. Antara sumber pendapatan kerajaan ialah cukai.

Berbalik kepada cukai sst dan gst.

Kedua dua cukai ini dikutip daripada rakyat. Cuma bezanya cukai gst di kutip terus dari poket rakyat pada pengguna yang terakhir manakala sst dikutip daripada peniaga.

Keberkesanan gst ialah rakyat tidak dapat lari daripada membayar cukai kerana peniaga perlu kenakan caj terhadap pelanggan mereka dan peniaga  perlu memberikannya kepada kerajaan.

Ini bermakna secara tidak langsung peniaga itu bertindak menjadi tukang kutip cukai untuk kerajaan.

Berbeza dengan sst di mana peniaga terpaksa mengguna wang mereka sendiri untuk membayar cukai dan peniaga akan memasukkan nilai cukai kedalam harga barang jualan kepada pengguna.

Dari segi kutipan cukai, pendapatan kerajaan daripada GST lebih mendatangkan hasil yang banyak berbanding cukai SST..

Ini kerana melalui sistem SST, cukai berjaya dielakkan oleh peniaga dengan menggunakan skil kelicikan peniaga yang berpengalaman berbanding penguakuasa yang malas dan perasuah.

Tuesday 17 July 2018

Tun Mahathir Terkilan

1. Saya diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua. Cukuplah dengan Proton yang dikatakan gagal.

2. Kita tidak layak dan tidak mampu mengada industri otomotif. Rakyat Malaysia lebih rela beli kereta import, termasuk dari Negara Cina. Pilihan mereka ialah kereta Jepun, dan yang ada banyak duit kereta Jerman.

3. Saya masih ingat kereta Jepun sejurus selepas perang. Kata pengguna kalau kita toreh dengan kuku, kita akan lihat tin Milo. Tetapi dari kereta tin Milo inilah datang aneka model Toyota, Nissan dan Suzuki yang kita guna sekarang.

4. Demikian juga kereta Pony buatan Hyundai. Masa berlalu dan keluaran kereta Jepun dan Korea semakin baik. Demikian di pasaran hilang kereta Austin, Morris dan lain-lain dari Eropah.

5. Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya.

6. Kita tidak cadang membuat kereta nasional kedua oleh Kerajaan. Swasta kita sudah mampu reka bentuk, buat model tanah liat, model ujian dan mengeluar secara besar-besaran kereta bermotor. Tetapi kerana awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu Kerajaan tidak akan ada industri otomotif milik Kerajaan.

7. Kita akan beli kereta yang diimport. Jika kita pergi ke negara pembuat kereta seperti Jepun, Korea kita tidak akan lihat kereta yang bukan buatan negara mereka. Di Jepun kereta Jepun, di Korea kereta Korea. Kenapa?

8. Kerana mereka tidak benar kereta asing diimport. Hasilnya kualiti kereta mereka meningkat. Dan mereka mengeksport bermillion kereta mereka. Mata wang asing pun mengalir dengan banyaknya ke negara mereka.

9. Pekerja mereka mendapat kerja dan hidup mewah. Ekonomi mereka tumbuh sehingga mereka menjadi negara maju. Industri kejuruteraan mereka maju dan mampu membantu industri kejuruteraan yang lain.

10. Tetapi tidak di Malaysia. Apa juga jenis kereta, dari mana negara, berkualiti baik atau jenis tin Milo boleh masuk Malaysia. Dikeluar oleh syarikat gergasi, mereka membolot pasar kereta Malaysia sehingga tertimbuslah Proton. Akhirnya Proton dijual kepada orang asing. Tidak ada kereta nasional lagi. Tidak ada industri otomotif lagi. Pekerja, engineer, pengurus pun tidak punyai kerja lagi. Segala-galanya merosot.

11. Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan.

12. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat.

13. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020.

Tun Mahathir

Monday 16 July 2018

MP Umno dan Pas kuat Makan

Hari ini adalah hari pertama dewan bersidang namun MP umno dan pas kelihatan mementingkan makan dan minum. Agaknya jamuan terbuka hariraya amat kurang mendapat jemputan maka jamuan kecil kecilan di parlimen dijadikan tempat melepaskan geram.

Diwaktu mp umno dan pas berpusu pusu keluar dewan untuk makan kelihatan KJ dan Anifah aman tercangak bangak dipulaukan oleh gerombolan mp pembangkang yang lain.

Mungkin kj masih kenyang tapi setidak tidaknya najib sebagai ketua penyamun perlulah mempelawa kj juga sebagai rakan sekandang.

Di tempat jamuan makan dilihat najib, hisham dan hadi awang begitu kemaruk untuk makan walaupun juadah yang disediakan bukanlah begitu enak. Cuma jamuan biasa biasa sahaja tapi itu pun mereka muntakedarah tak ingat untuk masuk bersidang didalam dewan.

Ramai yang berpendapat parlimen tidak lagi menyediakan jamuan agar MP yang datang ke parlimen dapat menyampaikan masalah rakyat dan bukannya untuk makan.

Sunday 15 July 2018

Diesel Generating Set

Diesel generating set
Power 110kva/88kw

Untuk power supply bagi ladang pertanian dan perbagai kegunaan.

Berminat boleh hubungi wasap 0165994626

Friday 13 July 2018

Kerajaan mahu Hapus kenderaan usia lebih 10 tahun

Kementerian Pengangkutan tidak menolak kemungkinan untuk pertimbang memperkenalkan semula program pelupusan kenderaan bagi mengurangkan jumlah kenderaan lama dari atas jalan di negara, lapor The Edge.

Ini bukanlah kali pertama program seperti ini dicadangkan; di mana mereka yang ingin melupuskan kereta lama diberikan pampasan atau rebat bagi membolehkan mereka membeli kereta baru. “Masih belum ada keputusan diambil berkaitan perkara ini, tetapi saya telah diberi taklimat oleh pegawai bahawa memang ada beberapa cadangan ke arah ini,” jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pernah mengusulkan cadangan dasar hujung hayat kenderaan, sebuah skim pelupusan kenderaan dengan pampasan/rebat.

 Di bawah cadangan ini, pemilik yang kenderaan mereka sudah berusia lebih 10 tahun akan diberi rebat sehingga RM5,000 untuk mereka “trade-in” kenderaan terbabit dengan yang baru dari jenama pengeluar tempatan.

April tahun ini, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar berkenaan. Ia sepatutnya dicadang untuk dilaksanakan awalnya pada tahun 2014, tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan maklum balas kurang memberangsangkan dari orang awam.

Dalam cadangan awalnya ketika itu, dasar berkenaan memerlukan pemilik yang kenderaan mereka telah berusia 15 tahun ke atas untuk dibawa untuk pemeriksaan wajib sebagai satu keperluan untuk memperbaharui cukai jalan. Gagal lulus dalam pemeriksaan ini, kenderaan terlibat perlu dibaik pulih sehingga lulus.

Ini bermakna rakyat Malaysia akan sentiasa berada dalam keadaan berhutang. Baru selesai membayar hutang kereta 9 tahun, terpaksa dijual kereta lama dan mengikat hutang baru 9 tahun lagi sehinggalah kita semua wafat.

Adakah anda menyokong pelaksanaan dasar seumpama ini?


Malaysia sedang mencari nahas

Hakikatnya, pelantikan Malanjum adalah cabaran besar buat umat Islam di Malaysia yang kufur nikmat Tuhan sepanjang 61 tahun ditadbir Barisan Nasional (BN) apabila negara ini terpaksa diperintah oleh PH.

Untuk rekod, dalam kes permohonan Lina Joy pada 2007 untuk tukar agama daripada Islam kepada Kristian, tiga hakim terlibat dalam proses kehakiman. Dua hakim (orang Islam) tidak bersetuju membenarkan Lina Joy murtad.

Manakala seorang hakim iaitu Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam. Kemenangan kes itu mula menjadikan amalan murtad di negara ini dapat dihujah dari sudut sistem kehakiman dan perundangan.

Seterusnya pada tahun 2015 pula, kes rayuan penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada God oleh akhbar Kristian tempatan, The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti panel hakim mahkamah (iaitu 4 berbalas 3).

Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah itu ialah Malanjum. Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh tutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.

Namun pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Antara yang undi batalkan penukaran agama tersebut ialah Malanjum. Keputusan kehakiman ini memang terletak pada hati hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta kerana hati yang ada pada hakim menafsir teks dan fakta kes.

Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada syiar Islam, sementara hakim yang beriktikad dengan akidah agama lain atau sekular akan cenderung kepada kepercayaan agama anutan dan iktikadnya sendiri.

Jika beginilah senario buruknya, adakah umat Islam di negara ini boleh lagi mengharapkan kepada mereka yang bukan Muslim untuk jaga kepentingan masyarakat Islam selepas ini. Tepuk dada dan tanyalah iman di hati.

Bak kata ulama tersohor Nusantara, Hamka dari Indonesia, jika anda diam saat agamamu dihina oleh musuh Islam, maka gantikanlah bajumu itu dengan kain kafan. Fikir-fikirkanlah! 

Karya asal:
http://www.ibnuhasyim.com/2018/07/trio-ini-boleh-diharap-jaga-islam-padan.html?m=1

MELAYU PERTAMA DI DUNIA MEMELUK ISLAM?

Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.
Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.
Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.
Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 
Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara kota Malayu.
Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).
Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah besar China
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar Srivijaya.
Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.
Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.
Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Malayu.
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu (Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.
Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.
Kronologi Maharaja-maharaja Malayu
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kebanyakan sumber pensejarahan di Malaysia dan Indonesia hari ini mengatakan kononnya, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah Kesultanan Perlak ataupun Kesultanan Samudera-Pasai. Walau bagaimanapun, cerita di atas telah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah kerajaan Malayu.
SUMBER RUJUKAN
101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.Pensejarahan Patani.Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

Karya asal
http://sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.com/2011/12/siapakah-orang-melayu-pertama-di-dunia.html?m=1

Thursday 12 July 2018

Hati hati: kita jangan jadi seperti umno

Bayangkan lah sekiranya kita yang seramai 6% ini masih lagi kekal bersama umno pada PRU lepas.

Sekiranya itu berlaku sudah tentu BN akan masih kekal memerintah dan kebobrokan menteri Bn akan semakin terserlah malah menteri umno akan lebih kurang hajar kepada rakyat.

Tapi mujurlah kita seramai 6% ini sanggup menegur dan menentang najib di dalam umno. 

Dan kita keluar dari umno dengan bermaruah sebagai seorang penentang yang sanggup berjuang menjatuhkan najib.

Kita dihina oleh orang orang umno sebagai pengkhianat umno kerana bersekongkol dengan pembangkang diwaktu itu.

Ingat kembali dimana kita begitu tekun dan firm menegur pemimpin umno walaupun kita adalah ahli umno.

Sampai waktu dimana Tun Mahathir begitu kecewa dengan pendirian orang orang umno yang pertahankan najib dan kita 6% inilah yang duduk bersama Tun hinggakan Tun kekal bersemangat meneruskan perjuangan beliau.

Kita juga sanggup meninggalkan umno untuk menyertai parti baru Tun yang diketuai oleh TS Muhyidin walaupun kita tidak begitu diterima oleh elitis elitis yang berada di dalam parti baru tersebut.

Kita telan dan kita hadam saja kepahitan walaupun hati kita begitu sakit. 

Namun memandangkan demi perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi BN maka kita teruskan juga perjalanan hingga kita berjaya di dalam pru 14 yang lalu.

Harus diingat, kita perlu jadi diri kita. Diri kita yang asal adalah diri seorang pejuang dan akan bercakap benar dimana sahaja kita berada.

Hari ini kita berada di dalam Pakatan Harapan maka kita perlu jadi diri kita untuk bercakap benar. 

Kita perlu menyatakan kebenaran kerana seandainya kita menyokong tanpa berfikir maka kita akan jadi seperti orang umno yang taksub kepada parti dan pemimpin yang akhirnya akan merosakkan negara.

Kita dilaungkan dengan kata kata keramat 'Malaysia Baru' maka jadikanlah kata kata itu benar benar keramat.

Kita tidak mahu kata kata itu untuk menjadi keramat kepada musuh musuh Islam sahaja yang akhirnya merugikan kita.

Sekali lagi.... Jangan jadi seperti umno.. jadilah diri kita sendiri. 

Jangan terlalu kuat membodek dan mengampu kerana pemimpin kita akan lalai dan alpa seperti pemimpin umno dahulu...

Jadilah diri kità yang sebenar seperti dahulu...

Dibunuh kerana kuat menyindir

KUALA LANGAT – Hanya kerana tidak tahan kerap disindir menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, seorang pembantu tadbir wanita mati dicekik dan ditikam sebelum mayatnya dimasukkan ke stor dalam kejadian di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang, mayat Zaimah Mahmod, 57, ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, polis menemui mayat Zaimah selepas menerima panggilan suspek yang berusia 28 tahun, memaklumkan dia baru membunuh seorang wani­ta kerana sakit hati de­ngan sikap mangsa yang kerap menyindirnya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja.

“Ketika polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di pejabat pentadbiran Kolej Vokasional tersebut. Polis juga menemui pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa di lokasi sama,” katanya di sini semalam.

Wednesday 11 July 2018

Malaysia Baru, Apa yang baru?

Apabila menyebut perkataan "baru", otak kita sebagai rakyat akan berfikir tentulah ia berkaitan segala galanya akan berubah. Begitu juga apabila menyebut Malaysia baru otak kita akan memikirkan,

Kerajaan yang berubah
Dasar kerajaan yang berubah
Kehidupan berubah menjadi lebih senang
Protokol didalam sektor kerajaan juga berubah
Cara menyelesaikan masalah rakyat juga berubah

Malah perubahan yang amat di dambakan oleh rakyat ialah satu perubahan total didalam sektor kerajaan.

Kita mengharapkan kakitangan kerajaan yang tersenyum melayan kita.

Kita mengharapkan kakitangan kerajaan dapat selesaikan masalah kita dengan lebih cekap dan telus.

Kita mengharapkan tiada rasuah dan kita amat mengharapkan tiada pilih kasih atau penindasan terhadap kita sebagai rakyat marhaen.

Kita mahukan perubahan begitu... Kita mahukan kerajaan baru ini benar benar mesra rakyat melalui pekerja pekerja mereka sebagai kakitangan kerajaan.

Kita akan merasa sentiasa dipertahankan sekiranya kerajaan akan menyebelahi kita apabila rungutan dan aduan kita berkenaan kakitangan kerajaan yang biadap terhadap kita.

Malah kita akan merasa begitu bersyukur seandainya kerajaan baru benar benar melaksanakan satu dasar yang menyebelahi rakyat.

Kita masih tertunggu tunggu akan dasar tersebut. Kita telah lama menunggu dan kita sudah lama tersiksa dibawah regim yang lama.

Kita sudah tidak mampu bersabar kerana kita peru makan setiap hari. Kita mahukan kerajaan baru memberi ruang untuk kita mencari rezki didalam negara yang penuh dengan sumber alam.

Kita mahukan kerajaan selesaikan masalah kos rumah yang terlalu mahal. Kita bukan mahu kerajaan memaksa bank memudahkan urusan pinjaman. Apa guna urusan bank menjadi mudah tetapi harga rumah melambung tinggi.

Negara ini mempunyai banyak tanah maka ada baiknya kerajaan memberi setiap rakyat marhean sebidang tanah dan pandai pandailah rakyat mahu berdikari untuk membina rumah buruk mereka sedikit demi sedikit.

Strategi perdana menteri kedua juga boleh diperkenalkan semula yakni melalui felda dengan menjadi peneroka.

Apa yang kerajaan perlu fikirkan ialah bagaimana mahu mengelakkan rakyat menjadi perompak atau pencuri kerana mahu mencari sesuap nasi.

Tanda Petak Parkir – Salah Ke Dari Segi Undang-Undang?


Mesti anda pernah pusing banyak kali dalam pusat membeli-belah sampai naik penat, dan akhirnya nampak petak parkir kosong. Tapi bila sampai je, tiba-tiba ada sipolan tengah berdiri tercegat (atau duduk, atau baring, atau buat aksi handstand, macam-macam gaya lagi la) kat situ untuk tanda petak parkir.

Benda ni bukan orang Malaysia je yang buat, tapi adalah perangai manusia sejagat. Ada suatu kejadian yang berlaku di New York, tular satu cerita seorang lelaki yang baru sahaja nak masuk parking, tiba-tiba ada sorang wanita berlari untuk tanda petak parkir tu, sekali dengan emaknya tu pun tumpang sekaki! Lelaki yang bengang tu cakap lebih kurang macam ini, “Ini parking untuk kereta, bukan parking untuk wanita lah!”

Kesudahannya lelaki tersebut akhirnya mengalah sebab di belakang keretanya dah berderet kereta lain menunggu di belakang, tapi nasib baiklah ada wanita lain yang baik hati ‘menawarkan’ petak parkir kepadanya. Kalau terjadi kepada kita pun, mungkin takde masa nak melayan. Bertekak sampai berbuih mulut pun, kalau orang tu jenis hati kering dan degil tak boleh nak buat apa juga kan?

Tanda petak parkir memang satu kesalahan!

Tanda petak parkir ini bukan sahaja menyusahkan orang lain, tapi boleh memudaratkan diri sendiri. Katakanlah pemandu tidak menyedari kehadiran anda yang berdiri di situ dan terus masuk, tak ke niaya? Ada satu kes ekstrem di Kuala Lumpur bila seorang ibu menyuruh anaknya menunggu selama 90 minit di bawah pancaran matahari terik untuk tanda petak parkir.

Berdiri untuk tanda petak parkir memang dinyatakan sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang” ini menyatakan:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Seperti yang dinyatakan di atas, undang-undang ini pun terpakai kepada orang yang ‘tawarkan diri’ untuk menjaga atau cuci kenderaan anda. Dan oleh kerana undang-undang ini tak menyatakan sebarang tempat tertentu, ia boleh diguna pakai di tempat awam mahupun premis peribadi (contohnya pusat membeli-belah). Di bawah Seksyen 119, biasanya penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan. Kesalahan berulang boleh didenda sehingga RM4,000 dan/atau penjara 12 bulan.

Jadi apa yang anda boleh buat?

Biasanya bila situasi ini terjadi, ada dua perkara yang mungkin anda terfikir nak buat… (selain perang mulut):

Pandu perlahan-lahan ke petak parkir untuk takutkan orang yang menanda petak parkir itu atauTularkan gambar atau video di media sosial.

Tapi kedua-duanya tidak digalakkan sebab…

Pandu perlahan-lahan ke petak untuk takutkan orang tersebut

Perbuatan menghalang orang lain daripada parkir mungkin satu jenayah, tapi melanggar orang dengan kereta pun perbuatan jenayah juga. Walaupun anda tak melenyek mereka, perbuatan menakut-nakutkan orang lain boleh disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan online) Seksyen 503 – kesalahan menakutkan secara jenayah:

“Barang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh, nama baik atau harta… dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu… adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.”

Tularkan gambar atau video di media sosial

Di era media sosial, macam-macam benda pun boleh jadi tular. Melainkan anda tahu apa yang anda buat, anda mungkin boleh melanggar undang-undang lain. Sebagai contoh, memalukan orang di media sosial boleh dikira sebagai jenayah. Jadi daripada muatnaik gambar tersebut di Facebook contohnya, lebih baik anda muatnaik gambar itu terus kepada pihak berkuasa yang berhampiran, kerana anda boleh membuat laporan dan membuatkan mereka disaman.

Oleh kerana anda sudah tahu yang anda petak parkir dikira sebagai jenayah, anda boleh membuat laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mungkin ada antara kita yang tak berapa yakin sama ada pihak berkuasa ini menjalankan tugas mereka atau tidak, tapi sekurang-kurangnya kita telah menunaikan tanggungjawab kita dulu sebagai rakyat. Antara cara untuk membuat laporan ke JPJ (dengan gambar/video) adalah:

Hantar emel ke aduantrafik@jpj.gov.my.Hubungi talian 03-8886 6412.

Pastikan gambar/video tersebut menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan pesalah, termasuklah kesalahan mereka. Anda juga perlu sertakan:

Maklumat peribadi korang (termasuk IC)Lokasi.Tarikh dan masa.Nombor pendaftaran kenderaan.Keterangan tentang perkara yang berlaku.

Jika terjadi kepada orang lain, anda pun boleh membela mereka juga

Sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada anda, mungkin anda boleh berbincang secara baik dengan individu yang tanda petak parkir itu mengenai undang-undang ini. Kalau untung dapat parkir dan bonus sekolahkan mereka sekali. Paling tidak pun jika ia terjadi kepada orang lain, anda boleh membela mereka tanpa mengira bangsa, agama, atau fahaman politik. Jangan tanya pangkah apa masa PRU14, nanti tak pasal-pasal kena maki.

Kalau nak selamat anda tanda siap-siap pautan artikel ini untuk dipamerkan sekiranya situasi ini berlaku atau cetak terus Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 50(3) dan bawalah ia ke mana-mana sahaja sebagai tangkal azimat.

Tuesday 10 July 2018

Cummins Genset



Cummins: The Reliable & Affordable Engine
The Cummins Generator begins its capacity at 20kVA and ranges up above 1000kVA. And the reason why we highly recommend generators which are using Cummins is because of its wide use and is reasonably priced compared to its peers. 

You can rest assure that Cummins is a reliable brand because it was founded in Colombus, Indiana in the year 1919. This company had gone through the world war periods, whereby their engines were ensured to be able to withstand harsh environments. 

For example, the M-50 Cummins were tanks fitted with Cummins engines of 460 BHP. This shows the reliability the brand due to its applications in military operations.

In Genset Malaysia, we offer you Cummins Engine generators for rental or purchase. If you have a specific generator capacity you would like us to quote you, feel free to use the Generator Request For Quotation page.

Monday 9 July 2018

Bagaimana memperbaiki hidup anda

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊

Sunday 8 July 2018

800 ribu anggota PKR akan mengundi secara E-voting

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertama kali pengundian dibuat secara dalam talian menerusi “e-voting” bagi melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak parti sedang menjalankan ujian terhadap sistem “e-voting” itu bagi mengenal pasti sebarang masalah supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan pada Ogos hingga September ini.
“Pada 2 pemilihan parti sebelum ini PKR menggunakan kertas bagi proses mengundi, kali ini ‘online’. Anggota parti hanya perlu hadir di pusat pengundian dan tunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan keahlian sebelum terus ke gajet yang kami sediakan untuk mengundi serta klik calon yang mereka pilih,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Bayan Baru, hari ini.
Beliau berkata menerusi sistem “e-voting” itu juga proses pengiraan undi akan dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan PKR selepas proses mengundi selesai.
Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata parti merancang menjalankan proses pengundian mengikut zon dan persiapan rapi sedang dijalankan supaya ia berjalan lancar kerana PKR satu-satunya parti yang memberi hak kepada setiap anggotanya memilih pemimpin parti.
“PKR menerima lebih 300,000 anggota baru mendaftar menyertai parti itu sejak 9 Mei hingga 26 Jun lepas dan sekarang ini kami mempunyai lebih 800,000 anggota parti, semua mereka akan mengundi pada pemilihan kali ini,” katanya.
Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial.
Katanya memang terdapat cadangan yuran dikenakan kepada calon bertanding dan ia telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR kerana duit itu akan digunakan untuk membiayai serta menampung kos pemilihan PKR kali ini.
“Yuran itu untuk membiayai kos pemilihan parti kerana kami tiada sesiapa yang menaja serta perlu mencari sumber kewangan sendiri, tetapi mereka yang mahu bertanding tidak perlu bimbang kerana jumlah (yuran) yang akan dikenakan adalah rendah dan mampu untuk calon bayar.
“Yang ditularkan itu bukanlah jumlah PKR tetapkan, ia dicadangkan serta masih di peringkat rundingan dan saya beri jaminan yuran dikenakan munasabah… kami akan keluarkan pekeliling (yuran dikenakan) dalam masa terdekat,” katanya.
Baru-baru ini, tersebar di media sosial berhubung peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada anggota yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu.
Difahamkan calon bagi jawatan presiden perlu membayar RM25,000, timbalan presiden (RM20,000), naib presiden (RM10,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan Pusat (RM5,000), manakala di peringkat sayap, jawatan ketua (RM10,000), timbalan ketua (RM7,000), naib ketua (RM5,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan (RM3,000) serta di peringkat cabang pula dikenakan yuran antara RM500 hingga RM2000.

Saturday 7 July 2018

Pemilihan PKR Panas


PRESIDEN PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka memberi laluan mudah kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti itu bulan depan.

Penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul berkata, Dr Wan Azizah sanggup berundur jika Anwar mahu kembali aktif dalam politik.

“Memang wujud dua kem dalam pemilihan PKR iaitu kem yang menyokong Dr Wan Azizah dan satu lagi kem yang menyokong Anwar, namun di belakang kem yang menyokong Anwar adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sekiranya Anwar memilih bertanding sebagai Presiden, isterinya akan memberi laluan mudah dan Anwar akan mengosongkan jawatan Ketua Umum parti itu. Jika ini berlaku, tidak akan ada pertandingan Presiden dan Anwar akan menang tanpa bertanding,” katanya.

Ainul Adzellie berkata, sekiranya Anwar memilih bertanding jawatan Presiden, Azmin pula dijangka mempertahankan jawatannya sebagai timbalan dan pertandingan sengit mungkin membabitkan jawatan Naib Presiden.

Katanya, terdapat juga kemungkinan Rafizi Ramli akan menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden jika Naib Presiden PKR itu dilantik sebagai Senator.

Sementara itu, pakar geostrategis, Azmi Hassan berkata, kewujudan dua kumpulan itu bukan sahaja memanaskan pemilihan parti terbabit malah akan menentukan kem mana yang akan menguasai Kerajaan Persekutuan.

“Jika diandaikan Anwar kekal sebagai Ketua Umum dan Dr Wan Azizah sebagai Presiden secara tanpa bertanding, tetapi perebutan jawatan lain adalah manifestasi pertembungan proksi di antara dua kem ini.

“Pemilihan dijangka sengit kerana kedua-dua kem pasti mahu penyokong mereka dapat memegang jawatan lain dalam parti. Ini bukan sahaja akan menentukan penguasaan parti tetapi juga penguasaan Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.

NSTP hari ini melaporkan PKR dilanda dilema menjelang pemilihan parti itu apabila wujud dua kumpulan yang menyokong pencalonan jawatan Presiden.

Satu pihak mahu Dr Wan Azizah dikekalkan sebagai presiden parti manakala satu lagi mahu beliau berundur dan memberi laluan kepada Anwar sebagai persediaan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Thursday 5 July 2018

Mantan Ketua Wira Perkasa Membalas Kenyataan Najib Razak

KENYATAAN MEDIA OLEH IRWAN FAHMI IDERIS
Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia 2010 - 2016
Tarikh : 5 Julai 2018

Saya ingin merujuk kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di Malaysiakini yang bertarikh 5 Julai 2018. Saya amat percaya kenyataan ini dibuat selepas beliau merasa amat sedih dan kecewa kerana majoriti rakyat Malaysia telah menolak seluruh kepimpinannya pada Pilihan Raya Umum 14.
Selaku Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia saya terpanggil membalas kenyataan yang dibuat beliau yang menyebut Perdana Menteri Malaysia kini iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA.

Pertamanya saya ingin bertanya kepada beliau. Adakah beliau tahu akan peranan PERKASA? Benarkah PERKASA pergerakan pelampau Melayu? Semasa saya memegang jawatan Ketua Wira Perkasa Malaysia, kita tidak pernah membuat tindakan yang melanggar undang-undang dan perlembagaan. Kita hanya mempertahankan hak yang sepatutnya dibuat. Jadi dimana tindakan kami yang dikatakan sebagai pergerakan pelampau Melayu? Malah apa yang terjadi pada orang Melayu pada hari ini kesan akibat pengkhianatan beliau kepada bangsa sendiri.

Semasa zaman pemerintahan beliau, siapakah yang menjadi Presiden parti? Sekiranya ada diantara pemimpin parti itu membuat kenyataan dan tindakan tidak baik secara terus kepada parti lain apakah tindakan tersebut dibernarkan ianya berlaku? Apakah presiden parti tidak boleh menghalang dan memastikan ianya tidak berulang? Kalau tidak boleh bertanggungjawab janganlah jadi presiden! Saya amat hairan, bagaimana pemimpin begini dianggap pejuang rakyat. Sudahlah gagal memerintah negara, malah gagal juga bertanggungjawab menjadi pemimpin. 

Saya amat suka mengingatkan kepada Dato’ Seri Najib, saya bersama kepimpinan Wira pernah minta beliau letak jawatan pada Ogos 2013. Mengapa kami bertindak sedemikian? Saya ingin menggunakan peribahasa ini untuk kenyataan beliau. “Kata Paku Dulang Serpih, Kata Orang Dia Yang Lebih”. Adakah beliau lupa, pada ketika itu kami bertindak sedemikian kerana beliau tidak mempedulikan suara rakyat pada ketika itu. Satu demi satu kerosakan yang dibuat oleh beliau. Jelas beliau mengkhianati rakyat Malaysia. Saya percaya jika beliau mendengar nasihat dan meletakkan jawatan ketika itu apa yang dilalui oleh beliau pada hari ini tidak mungkin akan berlaku.

Rakyat telah memilih kerajaan baru untuk mentadbir Malaysia. Belajar untuk terima hakikat dan kenyataan pada hari ini beliau sudah tidak berkuasa lagi. Kerosakan yang dibuat beliau menyebabkan rakyat tidak dapat menahan kepayahan dan keperitan hidup. Janganlah cuba mengeruhkan keadaan yang kini sedang dalam pemulihan. Seorang pemimpin tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan perpecahan. Salah kita sendiri jangan dituding kepada orang lain. Terbuktilah kini beliau gagal menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya ingin menasihati beliau, kini sudah tiba waktunya untuk beliau meluangkan masa bersama anak dan cucu kerana saat ini tidak dapat dinikmati ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu. Tak perlulah mengajar orang yang lebih tua dari kita. Janganlah kita melawan orang yang lebih tua, kemudian hari buruk padahnya.

Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia 2010 - 2016

Berminat dengan Generator Set Hubungi Kami

CUMMINS JENAMA 800KW GENERATOR DIESEL SET TERBUKA JENIS GENSET KILANG MENJANA GENSET 1000KVA SET

1, Output: 800KW, AC 3 Fasa 2, Rated semasa: 1440A 3, Tegangan Voltan: 400V 4,
12 bulan waranti

MAKLUMAT PRODUK

Cummins Jenama 800KW Generator Diesel Set Terbuka Jenis Genset Kilang Menjana Genset 1000KVA Set

Penjana Diesel menetapkan Jenis senyap / kalis bunyi - Jenis terbuka

Keselamatan - Kestabilan - Ekonomi - Kuasa yang mencukupi

1. Dikuasakan oleh enjin diesel yang terkenal - Cummins KTA38-G5

2. Alternator Brushless - Shanghai Stamford, Leroy Somer, Marathon, JET.

3. Reka bentuk jenis belokan baru untuk aliran masuk udara & udara yang dapat mengurangkan kebisingan dan kecekapan mesin terlebih dahulu.

4. Reka bentuk cantik & praktikal.







Wednesday 4 July 2018

Kronologi pendakwaan terhadap Najib Razak


Najib Razak didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga bekas Presiden UMNO menghadapi empat pertuduhan iaitu tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas keempat-empat pertuduhan berkenaan.

Berikut adalah kronologi peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pendakwaan terhadap beliau.

BACA: Perbicaraan ditetapkan Februari 2019

BACA: Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, Najib mengaku tidak bersalah

BACA: Najib Razak didakwa hari ini

     

© Astro Awani

Dap Pula tidak puas hati

Dap sabah, sarawak dan perak tidak puas hati kerana ahli parlimen mereka tidak dilantik sebagai menteri.

Sebelum ini penyokong PKR telah mengkritik Perdana menteri diatas perlantikan Syed Sadiq sebagai menteri belia dan sukan.

Kedua dua penyokong parti tersebut memberi alasan yang sama dimana mereka mendakwa parti mereka perlu diberikan keutamaan dalam pemberian lebih banyak kerusi menteri kerana Pkr dan Dap mempunyai lebih banyak kerusi di parlimen.

Mengembara setapak ke belakang semula sewaktu berkempen di dalam pru Tun pernah berkempen meminta kesemua penyokong parti parti komponen untuk menyokong kesemua calon PH tidak kira dari parti mana asal mereka.

Ini bermakna tidak kira calon dari parti manapun yang menang ia adalah kerana sokongan dari kesemua penyokong parti. Samada pkr atau dap mereka tetap memerlukan sokongan dari penyokong parti lain untuk mendapatkan undi.

Oleh itu tidak adil sekiranya apabila mereka menang mereka mengatakan kemenangan itu adalah satu kemenangan mutlak dan mereka wajib diberi kerusi menteri.

Dap kini mula menunjukkan taring mereka semula apabila sudah semakin berani menghentam Tun M.

Monday 2 July 2018

Jangan Risau, Tun Tahu...


Melihat kepada komen2 didalam group wasap yang sedang aktif di angkasaraya perbagai tohmahan di tujukan kepada Tun Mahathir Perdana Menteri ke 7.

Pru ke 14 ibarat pertandingan lari 4 x 100 meter  berganti2. Pelari pertama dimulakan oleh dap kemudian disambung pula oleh pkr dan kemudian oleh amanah dan diakhiri oleh PPBM.

Pelari terakhir yakni ppbm (Tun Mahathir) telah memecut dengan laju walaupun dalam keadaan yang begitu bersusah payah utk memenangi perlumbaan.

Setelah memenangi perlumbaan hadiah perlu dikongsikan bersama2. Malah Tun sendiri diminta untuk memegang hadiah selama 2 tahun sahaja.

Sebagai seorang pejuang sudah tentulah Tun amat terhutang budi kepada penyokong2 nya yang bermati matian mempertahankan Tun walaupun dikala itu pemimpin pakatan harapan sendiri yang menyerang Tun bertalu talu semasa Tun didalam umno dulu.

Malah selepas Tun bersama Pakatan harapan penyokong2 setia Tun masih mempertahankan Tun.

Maka untuk sampai ke tempoh 2 tahun ini Tun dilihat mahu membalas budi penyokong kuatnya yang berada bersamanya sewaktu susah dahulu. Dan ini diterjemahkan dengan perlantikan mereka didalam menteri kabinet.

Tun tahu beliau tidak mempunyai masa yang panjang dalam hayatnya lagi. Usianya sudah mencecah 93 tahun. Apa lagi yang mahu dikejarnya melainkan membalas budi.

Harapan Tun pula selepas beliau membalas budi penyokong2 kuatnya maka mereka pula perlulah membalas jasa rakyat yang mengundi PH pada Pru 14 dengan menjaga amanah dan tanggungjawab mereka.

Berkaitan dengan penyokong2 pkr yang begitu marah kerana Tun mahu membalas budi penyokong beliau maka harus diingat budi penyokong2 ini pasti nya akan dibalas oleh Anwar pula selepas beliau menjadi perdana menteri ke 8 nanti.

Anwar sudah pasti akan membalas segala budi dan jasa penyokong penyokongnya.

Bersabarlah...
Tun amat maklum bahawa selepas ketiadaan Tun nanti sudah pasti Anwar akan membalas segala budi dan jasa penyokong2 nya pula dan penyokong2 Tun akan dipinggirkan dan besar kemungkinan parti PPBM sudah tidak mendapat tempat lagi didalam Pakatan Harapan dan mungkin parti itu akan bubar dengan sendirinya.

Berkaitan dengan sifat Tun yang begitu lunak kepada Dap sebenarnya ini adalah kerana sebagai membalas jasa orang orang cina yang menyokong Pakatan Harapan secara total semasa pru yang lepas. Jasa orang cina perlu dibalas dengan baik dan bukannya dengan tohmahan atau sikap prejudis.

Tun telah cuba bersikap adil dengan semua orang kerana beliau sedar beliau sudah tidak lama lagi... Beliau mahu membalas kesemua jasa2 orang yang membantunya sementara masih berpeluang...

Untuk membalas jasa rakyat pula Tun mahu kesemua menteri kabinet tidak mengamalkan rasuah dan bersikap jujur dalam mentadbir kemeterian mereka

Sunday 1 July 2018

Mas Ermieyati Keluar Umno

KENYATAAN MEDIA

1. Saya menyertai UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang diharapkan oleh orang-orang Melayu sebagai landasan dan pentas untuk mereka berjuang membela agama bangsa dan negara secara harmoni bersama bangsa-bangsa yang lain.

2. 30 Jun 2018 adalah tarikh di mana semua ahli UMNO menentukan halatuju baru. Di sini kita dapat menilai reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli UMNO yang masih dalam sindrom penafian.

3. Harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya 70% muka baru yang berwibawa di pelbagai peringkat tidak kesampaian.

4. Saya turut percaya kepimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat telah menolak UMNO, sebaliknya mereka beranggapan UMNO hanyalah mangsa kebencian rakyat kepada Dato Seri Najib semata-mata. Skandal 1MDB telah membuatkan rakyat Malaysia mempersendakan UMNO.

5. Pemulihan apakah ini, kalau virus masih dibiar berleluasa dan ubat terlalu pahit untuk ditelan?

6. Ikhlas saya katakan UMNO kebelakangan ini telah tergelincir dari landasan asal hingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri.

7. Justeru, setelah memikirkan secara serius dan tuntas, tibalah masanya untuk saya melangkah ke hadapan dengan memfokuskan khidmat saya sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, berbahas dan berhujah di parlimen demi menjaga hal ehwal kebajikan dan pembangunan yang sewajarnya untuk dinikmati oleh para pengundi saya dan menyuarakan hak-hak rakyat Masjid Tanah seadanya, melindungi hak-hak rakyat Malaysia serata sebagai ahli dewan yang efektif serta  menjadi AHLI DEWAN RAKYAT YANG BEBAS melangkaui sempadan keterbatasan sebagai ahli mana-mana parti yang pastinya mengikat di sana sini.

8. Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018 dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumkan keluar daripada parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dan saya akan menjadi *AHLI PARLIMEN BEBAS* bagi maksud yang telah dinyatakan iaitu untuk menjadi ahli parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak Kerajaan sebagai “Check and balance” atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan PH tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti. “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely” dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh Parlimen yang efektif.

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN
AHLI PARLIMEN MASJID TANAH
1hb Julai 2018

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...