Friday, 13 July 2018

Malaysia sedang mencari nahas

Hakikatnya, pelantikan Malanjum adalah cabaran besar buat umat Islam di Malaysia yang kufur nikmat Tuhan sepanjang 61 tahun ditadbir Barisan Nasional (BN) apabila negara ini terpaksa diperintah oleh PH.

Untuk rekod, dalam kes permohonan Lina Joy pada 2007 untuk tukar agama daripada Islam kepada Kristian, tiga hakim terlibat dalam proses kehakiman. Dua hakim (orang Islam) tidak bersetuju membenarkan Lina Joy murtad.

Manakala seorang hakim iaitu Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam. Kemenangan kes itu mula menjadikan amalan murtad di negara ini dapat dihujah dari sudut sistem kehakiman dan perundangan.

Seterusnya pada tahun 2015 pula, kes rayuan penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada God oleh akhbar Kristian tempatan, The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti panel hakim mahkamah (iaitu 4 berbalas 3).

Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah itu ialah Malanjum. Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh tutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.

Namun pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Antara yang undi batalkan penukaran agama tersebut ialah Malanjum. Keputusan kehakiman ini memang terletak pada hati hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta kerana hati yang ada pada hakim menafsir teks dan fakta kes.

Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada syiar Islam, sementara hakim yang beriktikad dengan akidah agama lain atau sekular akan cenderung kepada kepercayaan agama anutan dan iktikadnya sendiri.

Jika beginilah senario buruknya, adakah umat Islam di negara ini boleh lagi mengharapkan kepada mereka yang bukan Muslim untuk jaga kepentingan masyarakat Islam selepas ini. Tepuk dada dan tanyalah iman di hati.

Bak kata ulama tersohor Nusantara, Hamka dari Indonesia, jika anda diam saat agamamu dihina oleh musuh Islam, maka gantikanlah bajumu itu dengan kain kafan. Fikir-fikirkanlah! 

Karya asal:
http://www.ibnuhasyim.com/2018/07/trio-ini-boleh-diharap-jaga-islam-padan.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...