Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Bomoh Terlampau

Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di Seremban.    Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7 malam pada 20 September lepas.    Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.    Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.    Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.    Bagi kesalahan mencabul, dia dida

Jemaah Ditegur Kerana Bertengkar Didalam Masjid

Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah: "Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia telah tua. Pada suatu hari aku telah memimpininya ke Masjidil Haram. Disana ia telah mendengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang lantang. Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka. Dia pun memberi salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka mempersilakan ia duduk sambil melahirkan keengganannya berbuat demikian, dia pun berkata: "Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah s.w.t. yang sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah s.w.t... Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah s.w.t.. maka mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka tiba keperingkat keimanan yang demikian rupa maka mereka segera kearah kebaikan. Mengapakah kamu sekelian telah menyeleweng dari jalan i

Larangan Membuat Binaan Diatas Kubur

Hukum membuat binaan di atas kubur adalah tidak digalakkan. Ini berdasarkan l arangan daripada Nabi SAW iaitu daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: “Rasulullah SAW melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya.” (HR Muslim) Bahkan baginda pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau: “Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.” (HR Muslim) Berdasarkan hadith-hadith di atas, para ilmuan Islam melarang daripada membuat binaan di atas kubur. Jika hendak menandakan itu adalah kawasan perkuburan, sebahagian ulama membolehkan meninggikan timbunan tanah sekadar satu jengkal. Ada yang membolehkan binaan sekadar untuk menahan tanah dari dihakis oleh air. Namun jika yang dibuat adalah satu binaan yang berlebih-lebihan, maka ia dilarang. Ima

Kassim Ahmad Sahabat Mahathir Adalah Idealis Sesat

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Kassim Ahmad merupakan seorang idealis yang sesat dan mempunyai pemikiran kolot. “Mempertikaikan hadis boleh memusnahkan ajaran Islam keseluruhannya, bagaimana dia boleh dianggap sebagai idealis? Sesat dan kolot. Tak perlu disanjung,” katanya kepada ISMAweb.net. Beliau berkata demikian mengulas penganjuran Seminar Pemikiran Pak Kassim: Satu Penilaian di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada hari Sabtu lalu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merasmikan seminar itu berkata, Kassim Ahmad merupakan seorang idealis dan pemikir yang berusaha mewujudkan masyarakat yang lebih baik, lapor akhbar Utusan Malaysia semalam. Dalam pada itu, lapor akhbar itu juga, tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Kassim Ahmad merupakan seorang yang berani melawan arus perdana tanpa mengira risiko kepada diri sendiri. “Pemberontakan Kassim terhadap pemikiran konvensional sebahagian besar um

Jangan Bertelingkah Mengenai Rakaat Solat Terawih

Maksud Tarawih dari bahasa ialah berasal dari perkataan tarwihah yang bermaksud satu kali istirehat. Solat Tarawih pada istilah ialah solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula. Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan Solat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat Sunat Tarawih. Kelebihan yang paling besar dikurniakan Allah swt kepada orang yang mengerjakan solat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada

Suami Minta Cerai Tak Tahan Layan Seks Isteri

Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit. Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012.  Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.  “Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit. Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah. Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.  “Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.  Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia

Saintis Jepun Buktikan Air Zam Zam Menakjubkan

KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain. Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah. Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah. Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan. Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York. Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsu

40 Perkara Yang Perlu Amalkan

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya. --------------------------- 02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan. --------------------------- 03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur. --------------------------- 04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri. --------------------------- 05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda. --------------------------- 06. Jangan mematah-matahkan jari anda. --------------------------- 07. Periksa kasut anda sebelum memakainya. --------------------------- 08. Jangan mendongak ketika sedang solat. --------------------------- 09. Jangan meludah didalam tandas. --------------------------- 10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang. --------------------------- 11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain --------------------------- 12. Jangan memecahkan benda yang