Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Siapa Qarin? Awasi Diri Anda Dari Qarin....

Siapakah Qarin? Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun malam. Qarin ini akan mengajak kita melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia maka ianya digelar Qarin atau Jin pendamping manusia. Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin qarin. Rasulullah SAW ada bersabda : مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ ال

Kerana facebook, curang dengan suami

Sudah tiga tahun saya berkahwin. Walaupun suami sentiasa sibuk dengan urusannya di pejabat namun kami bahagia sepanjang masa. Disebabkan kurangnya masa bersama saya, ditambah pula masih belum dikurniakan zuriat, suami membelikan sebuah komputer riba jenama Toshiba dan telefon bimbit Samsung untuk saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah. Bila dihadiahkan dengan dua gajet tersebut, saya memang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mana taknya, sebagai wanita kampung, saya tidak didedahkan dengan semua koleksi hebat sebegini. Bila sudah mahir, saya kerap mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia Islam. Aplikasi facebook, whatsapp dan macam-macam lagi sudah berjaya dikuasai. Ramai kenalan baru di facebook dan kami sering  berbual di alam maya hampir setiap hari. Suatu hari, saya berkenalan dengan seorang pemuda di facebook, namanya Farid. Kami berchating tanpa mengira masa dan paling best, kami bertukar gambar dan saya bagaikan terpukau dengan keka

YANG MEMBUAT ALLAH SENANG

1. Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang ? Apakah SOLAT? ALLAH : Solatmu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar. 2. Nabi Musa ZIKIR ? Allah: Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang. 3. Nabi Musa: PUASA ? ALLAH : Puasa Mu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri. 4. Nabi Musa : Lalu apa ibadahku (manusia) yang membuat hatiMu senang Ya Allah ? ALLAH : SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK kamu. Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU HADIR di sampingnya. Dan AKU akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali Ganda (Al-Baqarah 261-262) Sekarang, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu,maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah. Tapi, bila kamu berbuat baik

Nikmatnya Rasuah

Kakitangan kerajaan pun seperti sekolah berasrama juga yakni meninggalkan legasi senior kepada junior... Di sekolah berasrama, senior akan mengajar juniornya bagaimana untuk panjat pagar sekolah dan kaedah mendera yang menceriakan para senior... Manakala penjawat awam pula, si senior akan meninggalkan legasi bagaimana mahu mengambil rasuah tanpa mengecilkan hati bos... Kadangkala kita pun boleh jadi keliru dan terdiam bila berhujah dengan pemakan rasuah ni. Hujah mereka nampak begitu cerdik tetapi sedikit jahat. Alasan mereka, "kalau aku tak ambil pun orang lain tetap akan ambil. Kalau kau duduk tempat aku pun kau akan ambil..." Kita pulak disalahkannya... Hujahannya lagi, diantara sebab terima rasuah sebab kalau tak ambil rasuah mereka akan dipulaukan oleh rakan sekerja, bos akan memberi tekanan, duit gaji tak cukup untuk menampung kos sara hidup ( salah kerajaan kerana tak kawal harga barang) dan bla bla bla bla.... Satu pun takde alasan

Antara Calon, Parti Dan Pilihanraya

Disamping umat Islam yang berasa tidak selesa dengan kelunakan kerajaan terhadap musuh Islam yang sengaja membuat provokasi terhadap umat Islam, terdapat juga bekas bekas menteri (yang sedang/akan  dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah dan tidak membayar cukai), dilihat bersungguh sungguh mahu menukar kerajaan dengan apa cara sekalipun dengan tujuan untuk terlepas dari hukuman. Rasanya lebih baik dipercepatkan pendakwaan dan selepas selesai kes mahkamah barulah  Parlimen dibubarkan. Jika tidak, rakyat seolah olah tidak diberi pilihan untuk mengundi calon yang baik kerana kedua dua belah pihak pun lebih kurang sama saja halatuju mereka. Ini kerana dipihak kerajaan sendiri terdapat ahli politik yang bukan Islam yang begitu memusuhi Islam dan dilihat mahu Perdana Menteri mengikut telunjuk mereka. Manakaka ahli politik yang beragama Islam pula seolah olah menjadi benteng kepada musuh musuh Islam. Maka saya merasakan ada juga baiknya sewaktu pilihanraya nanti ah