Tuesday 29 December 2020

TASAWUF TIDAK AJAR... TASAWUF AJAR...

Tasawuf tidak mengajarmu sembahyang. Tetapi tasawuf mengajarmu khusyuk dalam sembahyang. 

Tasawuf tidak mengajarmu cara membasuh muka ketika berwuduk. Tetapi tasawuf mengajarmu cara membasuh hati daripada sombong, bangga diri, riyak, munafik, ujub, tipu daya dan hasad dengki.

Tasawuf tidak mengajarmu kekecewaan. Tetapi tasawuf mengajarmu harapan. 
Tasawuf tidak mengajarmu supaya mengkafirkan orang lain, menyebabkan orang lain lari daripada agama ini dan menghina orang lain. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya menghormati orang lain dan sentiasa berfikir. 

Tasawuf tidak mengajarmu untuk mencaci dan membalas dendam. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya belas kasihan, menyayangi dan berhikmah. 

Tasawuf tidak mengajarmu untuk berkeras dan melampau. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya berlemah lembut dan mesra. 
Tasawuf tidak mengajarmu dengki dan dendam. Tetapi tasawuf mengajarmu ehsan, menahan marah dan damai. 

Tasawuf tidak mengajarmu supaya menyekat orang lain, memutuskan hubungan dan berkeras hati. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya menyambung tali hubungan, cinta dan setia. 

Tasawuf tidak mengajarmu untuk memanjangkan janggut dan menyingkatkan kain. Tetapi tasawuf mengajarmu untuk memanjangkan kehadiran hati dalam zikir dan memendekkan pemikiran dan angan-angan daripada selain Allah. 

Tasawuf mengajarmu supaya menjaga niat dan matlamat dalam setiap ucapan dan perbuatan yang kamu lahirkan pada setiap masa dan ketika. 

Tasawuf dizalimi oleh golongan yang hanya menumpukan ibadah secara zahir. Padahal batin mereka lompong, kosong dan sunyi. 

Tasawuf itu rasa kemanisan buah ibadah. Sesiapa yang rasa, dia akan tahu. Sesiapa yang tahu, dia akan terus mencedok. 

Tasawuf itu fiqah batin yang menghadap fiqah zahir. 

Tasawuf itu fiqah amalan hati yang menghadap fiqah amalan anggota badan.

Kredit Tok Guru Nik Aziz

Tuesday 22 December 2020

Kita Sudah Tiada Masa

" Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah; Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)" . (QS al-An’am [6]: 158).

Dalam surat al-An’am ayat 158 disebutkan " tanda-tanda atau ayat Tuhanmu" , yang dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat, dalam hal ini adalah munculnya Dajjal.

Sebab, disebutkan dalam sebuah hadits, bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda: " Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, dabbah, dan terbitnya matahari dari arah barat" .


Tuesday 15 December 2020

Belanjawan Lulus: Anwar semakin terpinggir

LULUS.

Belanjawan negara diluluskan setelah melalui bacaan kali ketiga Hari ini.
(111)  vs  (108)
(27) Kementerian telah pun lulus melalui bacaan kali kedua secara berasingan sblmnya.

KuLi adalah satu2nya MP dari BN yg menolak RUU perbekalan belanjawan utk thn 2021. 

Wallahua'lam.

Wednesday 9 December 2020

Prinsip Pas Jelas

Sebab itu siapa pun tak payah sibuk nak beritahu PAS siapa jahat dan siapa baik. Kononnya nak ingatkan PAS supaya selamat dari terpalit dosa dengan orang itu dan orang ini. Tak payah nak hasut PAS supaya tinggalkan Umno demi PN atau tinggalkan BERSATU demi MN. Sebenarnya semua ‘nasihat’ itu tujuannya hanya satu iaitu demi PH dan DAP, kami dah masak dengan politik pecah dan perintah.

Bagi PAS siapa pun pernah berdosa dan pernah silap. Kalau nak bersahabat hanya dengan orang yang tak pernah berdosa dan bersalah, nescaya kita tidak akan punya seorang kawan pun di dunia ini selain Rasul dan Nabi. PAS juga pernah berdosa dan bersalah. Berapa kali kita jatuh itu tidak penting, tapi yang pentingnya ialah berapa kali kita bangun setiap kali kita terjatuh. Oleh kerana prinsip PAS ialah menyatukan, maka PAS akan menjalinkan hubungan dengan siapa sahaja yang inginkan Islam dan perdamaian.

USTAZ MOKHTAR SENIK 
Ahli Jawatankuasa Kerja 

Tuesday 8 December 2020

Tak selesai lagi ke hal MB Perak?

SENTIASA BERISTIGHFAR DAN TAUBAT KUNCI REZEKINYA, DIPERMUDAHKAN URUSANNYA DAN PENJAGA KEKUATANNYA, GENGGAM SUNNAH 

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud,
"Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka ALLAH akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." [Hadis Riwayat Abu Dawud]

"Dan ALLAH tidak akan mengazab mereka selama mereka beristighfar." (QS Al Anfal: 33)

SUNGGUH BERUNTUNG SESEORANG YANG MENDAPATI PADA CACATAN AMALNYA ISTIGHFAR YANG BANYAK |
Ustadz DR Firanda Andirja, MA

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam

طُوْبَى ِلمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيْفَتِهِ اسْتِغْفَارًا كَثِيْرًا.

"Sungguh beruntung seseorang yang mendapati pada catatan amalnya istighfar yang banyak". 
(HR Ibnu Maajah no 3818, dan dishahihkan oleh syaikh Al-Albani rahimahullah)

Yok perbanyakkan istighfar sahabatku yang baik.

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، 
خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، 
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، 
وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah, engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmatMu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah dosaku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadaNya

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya'.

‎رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.

  َربَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا 
وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ
 “YA ALLAH ,TUHAN KAMI, KAMI TELAH MENGANIAYA DIRI KAMI SENDIRI, DAN JIKA ENGKAU TIDAK MENGAMPUNI KAMI DAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMI, NISCAYA PASTILAH KAMI TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI).

Allah berfirman,

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ

(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur. 
(QS Ali Imron : 17)

 
Moga bermanfaat dan dimanfaatkan bersama insya Allah.

Barakallahu feekum wa Jazzakumullahu khairan

Monday 7 December 2020

Tafsir Surah Ar Rum, ayat 30-32

30:30-32 Tafsir Surah Ar Rum, ayat 30-32

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (٣٠) مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَلا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (٣١) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (٣٢)

Pada ayat-ayat sebelumnya, Allah s.w.t. telah menerangkan tentang kesesatan syirik. Pada ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan untuk mengikhlaskan ibadah kepada Allah dan keranaNya dalam semua keadaan, dan memerintahkan untuk menegakkan agamaNya.

"30. Maka tegakkan wajahmu bagi agama yang lurus;" 

Maka hadapkanlah wajah, hati, niat dan badanmu dengan lurus kepada Allah. Berpalinglah dari selainNya. Allah sebut “wajah” secara khusus, kerana dengan menghadapnya wajah, maka yang lain ikut juga menghadap.

Luruskanlah wajahmu menghadap kepada agama yang telah disyariatkan oleh Allah bagimu, iaitu agama yang hanif, agama Ibrahim, yang telah ditunjukkan oleh Allah kepadamu dan disempurnakanNya bagimu dengan sangat sempurna.

Di dalam agama Allah terdapat Islam, iman dan ihsan. Iaitu dengan mengarahkan hati, niat dan badan kita untuk menegakkan syari’at Islam yang kelihatan, seperti solat, zakat, puasa, haji, dan sebagainya.

Begitu juga untuk menegakkan syari’at Islam yang tersembunyi, seperti cinta, takut, berharap, kembali dan berbuat ihsan dalam mengerjakan semua syariat yang tampak itu dan yang tersembunyi, iaitu dengan beribadah kepada Allah seakan-akan melihatNya, dan jika tidak merasakan begitu, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

Kamu adalah orang yang tetap berada pada fitrahmu yang suci yang telah dibekalkan oleh Allah kepada semua makhlukNya. Kerana sesungguhnya Allah telah membekalkan kepada semua makhlukNya pengetahuan tentang keesaanNya, dan bahawa tidak ada Tuhan selain Dia.

"fitrah Allah yang Dia menciptakan manusia atasnya." 

Allah s.w.t. menciptakan semua manusia dalam keadaan hanif, iaitu cenderung kepada perkara yang hak dan benci kepada perkara yang batil. Dia membekali fitrah Islam kepada makhlukNya. Dia tanamkan semua hukum-hukum syariat yang kelihatan maupun tersembunyi dalam hati semua makhluk.

Dia telah menetapkan indahnya semua syariat Allah, seperti tauhid, mendirikan solat, berbuat baik, dan sebagainya dalam pandangan manusia dan buruknya selain itu. Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Mereka mempunyai naluri beragama iaitu agama tauhid (Islam). Ini adalah hakikat fitrah.

Maka tidaklah wajar jika ada manusia yang tidak bertauhid. Keluarnya mereka dari fitrah ini dan tidak bertauhid adalah disebabkan pengaruh luar dari persekitarannya yang datang kepada fitrah itu sehingga merosakkannya.

Sesungguhnya mereka didatangi oleh syaitan, lalu syaitan menyesatkan mereka dari agamanya. Sebahagian dari mereka dirasuki oleh agama-agama yang telah rosak, seperti agama Yahudi, Nasrani, serta Majusi.

Syaitan mengharamkan atas mereka apa yang telah Allah halalkan bagi mereka. Syaitan memerintahkan kepada mereka untuk mempersekutukanNya dengan sesuatu yang Dia tidak pernah menurunkan keterangan tentangnya. Maka tetaplah kalian di atas fitrah Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada seorang bayi pun yang dilahirkan melainkan atas dasar fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, atau Nasrani atau Majusi. Sama halnya dengan haiwan ternak yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna, maka apakah kalian melihat adanya kecacatan pada anak haiwan itu?"

"Tidak ada perubahan bagi ciptaan Allah." 

Tidak ada perubahan pada fitrah atau agama Allah. Fitrah orang-orang dahulu ertinya agama orang-orang dahulu. Fitrah dan agama bermaksud Islam. Allah s.w.t. memberikan fitrahNya secara sama rata di antara semua makhlukNya, iaitu fitrah (pembawaan) yang lurus. Setiap orang dilahirkan dengan dibekali fitrah tersebut dalam kadar yang sama.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Semua anak dilahirkan atas dasar fitrah, sehingga lisannya dapat mengutarakan keinginan dirinya. Apabila lisannya telah dapat mengungkapkan kemahuan dirinya, maka adakalanya ia menjadi orang yang bersyukur (Islam), dan adakalanya ia menjadi orang yang pengingkar (kafir)."

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai nasib anak-anak kaum musyrik. Maka Beliau menjawab, "Allah lebih mengetahui apa yang akan dilakukan oleh mereka sejak Dia menciptakan mereka."

Mereka mungkin akan masuk Islam atau sama dengan orang tua mereka yang musyrik. Rasulullah s.a.w. melarang kaum muslim membunuh kanak-kanak kaum musyrik semasa dalam peperangan.

Ayat ini juga bermaksud, janganlah kalian mengubah ciptaan Allah, kerananya kalian menjadikan makhluk atau mengubah manusia dari fitrah yang telah dibekalkan oleh Allah kepada mereka.

"Itu agama yang lurus," 

Itulah agama yang lurus. Berpegang kepada syariat dan fitrah yang utuh merupakan agama yang tegak dan lurus. Iaitu agama yang menyampaikan kepada Allah dan kepada pemberianNya yang istimewa (syurgaNya), kerana barang siapa yang menghadapkan wajahnya dengan lurus kepada agama Islam ini, maka dia telah menempuh jalan yang lurus yang menyampaikan kepada Allah dan syurgaNya.

"akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." 

Kerana itulah maka sebahagian besar manusia tidak mengetahui agama yang lurus. Kalau pun mereka mengetahuinya, mereka tidak mahu menempuhnya. Mereka berpaling darinya dan tidak akan beriman. Jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.

"31. Dengan kembali bertaubat kepadaNya" 

Inabah bermakna kembali kepadaNya. Ini merupakan tafsiran dari menghadapakan wajah dengan lurus kepada agama Islam, kerana maksud kembali adalah kembalinya hati dan pengarahannya kepada hal yang diridhai Allah s.w.t.

Perlaksanaannya adalah membawa badan untuk mengerjakan perbuatan yang diridhai Allah dengan melakukan ibadah yang kelihatan maupun tersembunyi, dan hal itu tidaklah sempurna kecuali dengan meninggalkan maksiat yang kelihatan maupun tersembunyi.

"dan bertakwalah kepadaNya" 

Takutlah kepadaNya dan sentiasalah kalian merasa diawasi olehNya. Laksanakanlah perintahNya dan jauhilah laranganNya.

"dan dirikanlah solat" 

Solat merupakan ketaatan yang paling besar. Disebutkan solat secara khusus, kerana solat mengajak pelakunya untuk kembali dan bertakwa, ia mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sehingga membantu tercapainya ketakwaan.

Ada tiga perkara yang melestarikan tegaknya agama ini, menyelamatkan dan menjaga keutuhan tegaknya umat ini, iaitu tetap pada fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, solat yang merupakan agama dan taat yang merupakan pemelihara diri dari perbuatan yang diharamkan.

"dan janganlah kalian menjadi termasuk dari orang-orang yang musyrik." 

Janganlah kalian mempersekutukan Allah. Jadilah kalian orang-orang yang mengesakan Allah, ikhlaskan diri hanya kepadaNya dalam beribadah, dan tiada yang kalian kehendaki dalam ibadah itu selain hanya keranaNya. Disebutkan syirik secara khusus, kerana ia merupakan larangan utama, di mana amal apa pun yang baik tidak akan diterima. Di samping itu, syirk bertentangan dengan sikap kembali, di mana rohnya adalah ikhlas.

"32. Dari orang-orang yang memecah belah agama mereka" 

Janganlah kalian menjadi seperti orang-orang musyrik yang telah memecah belah agama mereka, iaitu mengganti dan mengubahnya, serta beriman kepada sebahagiannya dan ingkar kepada sebagian yang lainnya.

Janganlah kalian meninggalkan agama tauhid (Islam) dibelakang punggung kalian dan menganut berbagai kepercayaan menurut hawa nafsu kalian seperti orang-orang Yahudi, Nasrani, Majusi, para penyembah berhala dan para pemeluk agama yang batil lainnya, selain agama Islam.

Di antara mereka ada yang menyembah patung dan berhala, ada yang menyembah api, ada yang menyembah matahari, ada yang menyembah wali dan orang-orang soleh, dan sebagainya.

"dan mereka menjadi beberapa golongan." 

Agama-agama lain sebelum agama kita berselisih pendapat di antara sesamanya menjadi beberapa golongan yang masing-masing berpegang kepada pendapat-pendapat dan prinsip-prinsip yang batil.

Para pengikut golongan tersebut bersikap fanatik kepada golongannya dan membela kebatilan yang ada pada golongan tersebut, serta menentang orang yang berada di luar golongannya dan memeranginya.

"Tiap-tiap golongan dengan apa yang di sisi mereka bangga." 

Masing-masing golongan merasa bangga dengan ilmu yang menyelisihi ilmu para rasul yang ada pada golongan mereka. Setiap golongan menyangka bahawa dirinyalah yang benar, sedangkan selain mereka adalah batil.

Kaum muslim juga berselisih pendapat sesama sendiri menjadi beberapa golongan. Masing-masing bersikap fanatik kepada apa yang ada bersama mereka, hak atau batil, sehingga mereka mirip dengan kaum musyrik dalam perpecahan, padahal agamanya satu, rasul mereka satu, dan Tuhan yang disembah hanya satu.

Kebanyakan masalah-masalah agama (seperti masalah usuluddin) telah terjadi kesepakatan di kalangan para ulama dan para imam, dan persaudaraan seiman pun telah Allah ikat dengan kuat. Namun, semua itu tidak diterima.

Perpecahan di antara kaum muslimin terjadi kerana masalah-masalah yang samar dan masalah furu’ yang terdapat khilaf. Masing-masing menyesatkan yang lain dan sebahagian mereka memisahkan diri dari yang lain. Ini tidak lain kerana godaan syaitan yang ditimpakan kepada kaum muslimin.

Akhirnya semuanya sesat kecuali satu golongan yang selamat iaitu ahli sunnah wal jama'ah. Mereka berpegang teguh kepada Kitabullah dan sunnah RasulNya. Mereka berpegang kepada apa yang biasa diamalkan di abad pertama Islam, iaitu di masa Rasulullah s.a.w., para sahabat, para tabi'in, dan para Imam kaum muslim, sejak zaman dahulu hingga masa sekarang.

Oleh kerana itu, usaha untuk menyatukan mereka yang berpecah belah, menghilangkan pertengkaran yang terjadi yang didasari atas asas yang batil termasuk jihad fii sabilillah dan amal utama yang mendekatkan diri kepada Allah.

Saturday 5 December 2020

REALITI UNDI PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR PERAK

4 Disember 2020.

1.  Yang membawa Usul, ADUN Pengkalan Baru dari Parti UMNO, Dato Manap.

2.  Usul berbunyi, Undi Kepercayaan kpd. Menteri Besar Perak tetapi, sebenarnya *Vote of No Confident.*

3.  Bermakna, Usul ini bertujuan untuk menumbangkan Menteri Besar Perak, yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

4.  Seramai 10 ADUN menyokong Usul ini. Bermakna menyokong masih memberi kepercayaan kpd. Peja sebagai MB Perak.

5.  Daripada 10 ADUN ini, 3 ADUN yang menyokong ialah daripada ADUN PAS kerana Hj. Hadi di Putrajaya 2 hari yang lalu, telah menyatakan sokongan beliau, supaya Peja di kekalkan sebagai MB Perak.

6.  Sesungguhnya the move mengemukakan Usul Percaya ini di DUN Perak membawa pelbagai implikasi politik.

7.  Ianya menunjukkan pepecahan antara BERSATU dengan UMNO.

8.  Ianya menunjukkan PAS kini bersama dengan BERSATU didalam Gabungan PN.

9.  Peja MB Perak perlu letak jawatan.

10.  Menunjukkan UMNO Perak sanggup bekerjasama mengundi bersama-sama dengan DAP dan PKR, bagi menjatuhkan Peja.

*PERSOALANNYA :*

1.  UMNO Perak perlukan sokongan dari 30 ADUN daripada parti-parti politik di Negeri Perak, untuk jadi MB.

2.  UMNO ada 25 ADUN. Perlukan sokongan dari 5 ADUN lagi. Untuk mendapat angka : 30 ADUN menyokong.

3.  Adakah UMNO Perak sanggup menjalinkan kerjasama politik dengan Parti DAP atau PKR, demi jawatan Menteri Besar Perak sekiranya ADUN PAS dan ADUN Bebas tidak menyokong Calon dari kalangan Parti UMNO untuk di persembahkan kpd. Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

*RAKYAT MELIHAT.*
*KITA TUNGGU.*

Friday 4 December 2020

Akhirnya MB Perak Dijatuhkan

Bumi sentiasa berputar dan bertemu dititik yang sama setiap kali cukup satu pusingan.

Setelah bergulat mempertahankan jawatannya sekian lama akhirnya Peja disingkirkan dari kerusi menteri besar oleh dua musuh besarnya yakni Dap dan Umno.

Satu ketika dahulu peja telah membeli dua orang adun umno untuk mengkhianati Barisan Nasional agar dapat menjadi menteri besar.

Dan selepas itu Peja pula mengkhianati Pakatan Harapan untuk kekal sebagai menteri besar dan menyingkirkan rakan rakan pakatan harapan yang lain.

Akhirnya dua musuh peja ini bersatu hati pula untuk menjatuhkan Peja.

Thursday 3 December 2020

Jahil atau Jahat?

Ramai agamawan yang bijak bijak kerana mereka mempunyai ilmu namun tak ramai yang bijaksana...

Kadangkala mereka mengkritik semua pihak hingga tak simpan sedikitpun untuk diri sendiri...

Mereka tidak menjalankan dakwah atas dasar tanggungjawab dan amanah tetapi sebaliknya lebih kepada emosi untuk melepaskan geram kepada pihak yang tidak menyokong pendapat mereka.

Ada baiknya mereka menumpukan kepada mendakwah non-muslim daripada menjadi kayu api membakar emosi sesama umat islam hanya kerana pertahankan pendapat.

Kerja bergaduh sesama sendiri ini hanya terdapat kepada agamawan melayu yang semenjak lahir menjadi Islam.

Ini berbeza dengan para mualaf yang mengerah keringat untuk menyampaikan dakwah kepada lebih ramai non-muslim.

Nak harapkan "agamawan melayu" ini agaknya sampai kiamat la non-muslim takkan berminat dengan islam kerana contoh buruk yakni asyik bergaduh sesama sendiri mengalahkan orang politik pula mereka ini.

Kadangkala kita terfikir sendiri samada agamawan ini tidak faham hukum kerana jahil atau kerana mereka jahat.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...