Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Pattern politik yang sama

Dalam dunia cyber ini apabila terlalu mempertahankan diri akan membuatkan diri kelihatan lebih bersalah. Lagi kuat berbunyi makin kuat kelihatan  bersalah.  Begitulah kesannya pada BN pada pru yang lepas. Manakala PKR pula menjadi kuat apabila kelibat Anwar tidak kelihatan kerana sentimen simpati kepada anwar boleh dijadikan sebagai produk pilihanraya. Sebaik sahaja Anwar bebas agak sukar untuk PKR mengetengahkan produk yang boleh memikat hati rakyat terutama pengundi melayu. Maka fikir fikirkan lah satu produk yang boleh memikat hati pengundi melayu. Tips... Pasang lagu raya yang mendayu dayu boleh membuatkan air mata orang melayu menitis. Orang melayu ni berjiwa sentimental manakala PKR pula lahir dijalanraya yang berhati batu... Walau apa lagu pun yang mahu diperdengarkan, perlu diingatkan bakal calon yang mahu diketengah memainkan peranan penting. Calon parachut yang semata mata mengharapkan populariti parti dan ketua parti hanya menjadi satu beban sahaja kepada parti. Bagi parti p

Tepat sungguh ciri ciri kerajaan hari ini

Fenomena akhir zaman banyak sekali disebut dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menjelaskan banyaknya cabaran terhadap keimanan kita yang melalui kehidupan semakin jauh daripada Rasulullah SAW. Antara yang paling kerap ditemukan kebelakangan ini adalah kemunculan golongan Ruwaibidhah. Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)