Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Ucapan Tun Mahathir dalam bahasa Malayu di PBB

BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. (Bahasa Melayu) Puan Presiden, 1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. 2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini. 3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72. 4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia. 5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi Annan, Se

HIKAYAT RATAPI NASIB LANUN DAN BINI

DILEMA MELAYU SIRI 816 HIKAYAT RATAPI NASIB  LANUN DAN BINI Bukan kisah Antah Berantah berhimpun segala bomoh, pawang dan sami, masing-masing hairan bin takjub. Apa gerangan dipanggil cepat, yg bertapa bercawat terkejut, bomoh buaya terkentut, sami hilang selera capatinya. Mungkin ada dedak ditambah membayar segala makanan jin, syaitan, iblis dan puaka yang menjadi pengiring sang setia, pemurah hati, duit berlaksa. Muka masykhol menerima tetamu. Muram temuram bala menimpa. Dalam kilat ada kilau  para bomoh dan sami sudah tau. Wajah pucat tanpa silau. Botox  habis , kulit kerdot. Aura megah hilang sudah. Wahai dukun, sami yang hebat. Seru segala jin, iblis dan puaka, bantu kami dalam derita. Tempat ditempah dalam neraka. Malik Zabaniah menolak  rasuah, Hati kami gundah dan susah. Sg Buloh dan Kajang sudah ditempah. Mas berlian beg  jenama hilang harapan menyamun bersama. Mati reput tak bernama. Panggil segala jin, iblis, puaka bantu ana. Pengkeras tanpa GST untuk kalian semua. Kaw

Tun vs Anwar

Umno sedang mencuba untuk meniup api dalam sekam agar berlaku pergolakan diantara penyokong Tun dengan penyokong Anwar dengan meletakkan persepsi akan berlakunya kerjasama antara Anwar dan Zahid untuk wujudkan kerajaan campuran. Bukti yang cuba ditonjolkan oleh umno ialah dengan sengaja tidak mahu meletakkan calon di PRK Port Dickson dan sebelum itu beberapa pemimpin umno terjerit terlolong mahu membantu Anwar berkempen di sana. Agak membingungkan juga apabila setiap kali Tun di temuramah oleh wartawan dalam dan luar negara pasti "soalan wajib" yang ditanya ialah adakah Anwar akan menjadi pengganti beliau? Begitu juga apabila Anwar berjumpa wartawan soalan yang ditanya apakah hubungannya masih baik dengan Tun? Dengan suhu yang agak meningkat diantara penyokong Tun dan penyokong Anwar didalam alam maya juga menyumbang kepada suasana politik yang menjadi semakin panas. Penyokong Tun dilihat terus mengungkit ungkit kes lama Anwar yang membuatkan penyokong Anwar menjadi bena

Kedua dua Anwar dan Tun Hanyalah PM sementara

Dunia pada hari ini ugama adalah hak ulamak, ulamak adalah hak parti dan parti adalah hak pentaksub. Bangsa adalah hak pemimpin, pemimpin adalah hak parti dan parti adalah hak pentaksub. Tidak boleh ditegur atau dikritik. Taraf mereka lebih maksum dari nabi malah lebih dianggap sebagai pemberi rezki. Kadang kadang dalam faktor memilih satu satu pemimpin itu bukan terhad kepada kelayakan semata mata tetapi berdasarkan kepada keperluan. Ini kerana yang layak adalah ramai tetapi siapakah yang lebih diperlukan. Sebenarnya sewaktu nama Tun dipersetujui untuk dicalonkan sebagai perdana menteri ia adalah kerana keperluan diwaktu itu dan bukannya semata mata kelayakan pernah menjadi perdana menteri 22 tahun sahaja. Antara sebab kenapa Tun dinamakan oleh beberapa pemimpin parti parti didalam pakatan harapan adalah kerana Tun sudah berusia lanjut dan boleh dijadikan sebagai PM sementara sahaja sehingga Anwar dibebaskan. Sebenarnya pada waktu itu, letak nama nama la

Apakah Kesudahan Episod Politik Tun Mahathir?

Ramai yang menyambut ulang tahun api reformasi yang dipercikkan pada tahun 1998. Tetapi ramai yang lupa kepada kebakaran yang mula merebak pada tahun 2008 dimana sebaik sahaja pak lah gagal mendapat majoriti 2/3 di dalam parlimen. Ulangtahun 10 tahun kebangkitan rakyat ini perlu juga diingati dimana diwaktu itu Tun mula bangkit menyingkirkan regim tingkat 4. Dalam diam tak diam kita telah berjuang selama 10 tahun bersama Tun yang mengakibatkan 2 Perdana Menteri Malaysia tersingkir. Adakah Tun akan mengekalkan rekod yang disandang oleh Pak Lah dimana Pak Lah adalah satu satunya Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri? Nampaknya begitulah sejarah tercipta kerana Wan Azizah terpaksa turun takhta sebaik sahaja Anwar menjadi perdana menteri. Diantara kehebatan Tun bukan sahaja mampu berfikir dengan cerdas tetapi yang lebih utama ialah mempunyai satu jentera pemusnah didalam politik. Jentera sebegini amat sukar dibina melainkan orang yang berkepakaran tinggi saha

PKR dan PPBM: Siapakah Paling Berpengaruh?

Rakyat telah memberi peluang kepada PH untuk membuktikan kebolehan dan ketelusan mereka pada pru lepas. Peluang ini bukanlah satu perkara mudah buat rakyat untuk mengambil keputusan tersebut kerana rakyat perlu mengorbankan satu perkara untuk mendapatkan satu perkara yang lain. Rakyat mengharapkan agar pengorbanan mereka tidak disia siakan. Perjuangan PKR untuk menaikkan Anwar sebagai PM bukanlah satu isu besar malah ia bukanlah agenda utama rakyat didalam memilih Pakatan Harapan. Bagi rakyat siapa sahaja yang menjadi PM perlulah mendahulukan agenda rakyat dan memulihkan negara ini yang telah mengalami kerosakan yang amat teruk semasa dizaman najib. Rakyat melihat pakatan harapan mengalami satu kejutan budaya sebaik sahaja mendapat kuasa. Terdapat 2 parti yang kelihatannya seperti mahu menjadi supreme power. Didalam kedua parti tersebut terdapat puak penyokong taksub kepada pemimpin masing masing yang kelihatannya mahu memegang kuasa lebih dari yang lain... ini satu

Umno semakin pelik

Tiba tiba beberapa pemimpin umno menyatakan sokongan dan sekaligus mahu turut berkempen untuk Anwar di prk port dickson. Bagi yang memahami seni politik ia bukanlah bermakna mereka telah berpaling tadah daripada umno tetapi sebaliknya ia merupakan satu "gerak saraf" untuk menyuntik keraguan di hati penyokong penyokong pakatan harapan. Pastinya pentaksub Tun mula mensyaki wujudnya hubungan rahsia diantara anwar dan pemimpun pemimpin umno. Apabila hati sudah menaruh syak wasangka maka mulalah berlakunya perbalahan dan akhirnya terjadilah perpecahan di dalam pakatan harapan. Di dalam ilmu politik apabila orang politik bercakap secara terbuka memberi sokongan itu bermakna dia tidak mahu menyokong. Tetapi sebaliknya kata kata sokongan itu merupakan satu jerat untuk memerangkap musuh. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemimpin parti pkr dan ppbm ialah meminta penyokong masing masing mengadakan gencatan senjata daripada menyerang diantara satu sama lain. Menyerang tokoh

Politik atau Politaik???

Titik pertelingkahan didalam pakatan harapan sebenarnya sudah mula dihidu apabila sebaik sahaja Tun menjadi PM, wan azizah sering lewat untuk bersama sama dengan Tun sewaktu mengadakan sidang media. Sebelum itu wan azizah juga kerap lewat datang berceramah sewaktu kempen pilihanraya namun ia boleh dianggap sebagai satu budaya didalam pakatan harapan dimana penceramah terakhir dibenarkan datang lewat untuk berceramah tanpa perlu mendengar ceramah dari rakan rakan seperjuangan parti yang lain. Titik pergolakan seterusnya berlaku apabila rafizi dilihat lantang mengkritik Tun dan anwar pula dilihat mempertahankan tindakan rafizi dan ini membuatkan penyokong penyokong yang taksub kepada Tun beranggapan hentam menghentam sesama parti pakatan harapan secara terbuka adalah dibenarkan oleh pucuk pimpinan pakatan harapan. Dan natijahnya ialah penyokong parti masing masing mula menyerang balas sesama sendiri bagi menunjukkan sokongan kepada tokoh masing masing. Yang menerima kesan b

Adakah PH retak menunggu belah?

Mengikut kronologi penubuhan pakatan harapan, azmin adalah diantara orang yang tidak menyokong pada peringkat awal penubuhan gagasan tersebut dan azmin juga adalah orang yang tidak bersetuju Tun dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. Pada peringkat awal orang yang mahukan Tun menjadi calon PM ialah Hishamudin Rais, Mat Sabu, Rafizi Ramli, Saifudin Abdullah dan akhirnya Lim kit siang dan Anwar Ibrahim sendiri. Seperti biasa Tun menggunakan kaedah smart politiking yakni orang yang lantang menentang akan diletak sebagai menteri dan hasilnya Azmin dan Zuraida dilantik sebagai menteri yang agak kanan. Tektik tersebut dapat mendiamkan seketika kumpulan Azmin dan selepas Anwar menjadi PM maka terpulanglah kepada Anwar pula untuk melantik Rafizi dan kumpulannya menjadi menteri. Kembali kebelakang beberapa bulan sebelum PRU14... Diwaktu itu umno begitu giat melaungkan bahawa menyokong pembangkang adalah bermakna meletakkan Lim kit siang menjadi perdana menteri... Politik negara