Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

20 DICEKUP KERANA KELUARKAN SIJIL LAHIR DAN MYKAD SECARA PENIPUAN.

Sindiket yang turut melibatkan Penolong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang itu dipercayai menerima antara RM100,000 hingga RM600,000 daripada warga asing. Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan (MyKad) secara penipuan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata suspek yang ditangkap di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu terdiri daripada 17 warga tempatan, dua warga China dan seorang warga India."Kesemua individu berumur antara 32 sehingga 70 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.  Individu-individu ini meliputi ejen, orang tengah, penganjur dan pemilik kad pengenalan, sijil lahir serta pasport Malaysia 'fraud'," katanya dalam satu kenyataan malam ini.Dalam serbuan tersebut, polis merampas pelbagai jenis barangan termasuk 38 unit telefon bimbit, 34 pasport, lima salinan sijil kelahiran, 58 salinan pasport dan wang tunai. Beliau berkata siasatan mendedahkan modus operan