Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Kiblat Malaysia: US atau China?

Politik dunia makin kucar kacir. Malaysia terpaksa memilih satu antara 2 kuasa besar. Bersama Amerika atau bersama China. Amerika sudah membekalkan senjata ke ukraine manakala China sudah mula membekalkan senjata kepada Russia. Melihat gelagat PMx nampaknya Malaysia sedang menghala memberi sokongan kepada Amerika dan ini akan membuatkan China naik angin. China yang sudah membuat persiapan ketenteraan di Laut China Selatan beberapa tahun dahulu pastinya akan memberi sedikit pengajaran kepada Malaysia. Malah jutaan pelancong China yang ghaib tanpa dikesan suatu masa dahulu pasti akan muncul tiba tiba apabila gendang perang di palu. Mana mana pilihan pun negara kita tetap terheret dalam peperangan dan rakyat tetap sengsara. Dan yang paling menakutkan ialah apabila kerajaan memilih satu pihak manakala jutaan pendatang asing pula berpihak kepada pihak yang lain. Ini pastinya negara ini akan menjadi medan pertempuran antara kerajaan dan pendatang asing, dan rakyat menjadi mangsa keadaan kera

Golongan minoriti yang sebenar

Akhir akhir zaman ni memang akan banyak berlaku persengketaan dan perbalahan. Orang yang duduk lebih baik dari berdiri, yang berdiri lebih baik dari berjalan dan yang berjalan lebih baik dari berlari.  Penyelesaian yang lebih bijaksana ialah diam. Menyemai perbalahan dengan membuat provokasi akan menambahkan perbalahan yang lebih besar. Sabar adalah satu perkataan yang mudah diucapkan namun sabar terletak pada hati dan amat sukar untuk dikawal. Hati kita kerap berbolak balik.  Orang beriman adalah umat minoriti yang berada didalam majoriti penduduk yang terdiri dari umat islam yang rosak akhlaknya, orang orang kafir dan orang orang fasik. Maka perbanyakkan berdoa memohon dari Allah swt agar dapat membantu mengawal hati kita yang berbolak balik itu. اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك (Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA) “Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Kita Faham

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (Al-Mulk 67:20) Satu dunia sedang menanti perang dunia ketiga. Kemungkinan peperangan terjadi adalah satu kepastian. Kerajaan sewajarnya membuat persiapan untuk mempertahankan negara dan rakyat pula perlu digalakkan untuk belajar mempertahankan diri. Kita perlu belajar dari kejadian yang lampau dimana apabila empayar melaka diserang oleh portugis kerajaan melaka terpaksa mengambil askar upahan untuk mempertahankan negara. Askar upahan ini akhirnya berpaling tadah dan membuatkan Kerajaan Melaka kalah dan Raja melarikan diri. Malah pada perang dunia kedua juga kita dapati rakyat tidak mempu mempertahankan diri hingga menjadi mangsa perang. Orang british melarikan diri dan tinggallah rakyat bersendirian menghadapi tentera jepun. Para lelaki dibunuh dengan kejam manakala para wanita dirogol dan

Adakah kita juga yakjuj makjuj?

Menurut statistik tahun 2010 jumlah peratusan umat Islam adalah lebih kurang 21% dari jumlah penduduk dunia. Ini bermakna nisbahnya lebih kurang 1:4. Dikabarkan akhir zaman nanti nisbah orang beriman berbanding yakjuj makjuj ialah 1:999. Ia bermaksud 1 orang islam berbanding 999 orang yakjuj makjuj. Ulamak mengatakan yakjuj makjuj itu adalah manusia sama seperti kita dan adalah keturunan nabi noh yakni sama juga seperti kita. Ini berkemungkinan 21% umat islam yang ada sekarang ini majoritinya adalah mungkin golongan yakjuj makjuj juga tanpa kita sedari. Seandainya jumlah penduduk bumi ini adalah 8bilion maka korang pikir lah sendiri berapa ramai umat islam yang beriman sebenarnya dan berapa pula yakjuj makjuj yang bertopengkan Islam. Ataupun mungkin juga umat islam yang 21% itu ramai yang terkorban akibat penyakit atau musibah gempa bumi dan peperangan maka tinggal hanya sedikit umat islam diwaktu itu berbanding yakjuj makjuj. Moga kita bukan termasuk dari golongan yakjuj makjuj.... Aa

Bajet bagus

Hotel bajet  Dia bukan hotel tapi dia bajet macam dia hotel.  Rumah tumpangan Nama macam boleh tumpang tapi kena bayar Orang baik masih ada di malaysia ni cuma susah nak jumpa sebab mereka tak promosi diri. Yang promosi diri ialah mereka yang bajet macam mereka baik. Jenis ni banyak kita jumpa di tiktok dan facebook. Yang jenis tumpang glamor orang baik pun kita boleh jumpa dalam tu. Orang lain yang buat baik tapi dia yang paling menyebok viralkan. Spesis bajet dan tumpang ni kita tak boleh nak jadikan sandaran kalau mereka menjadi jurukempen untuk menjual produk atau jurukempen pada pilihanraya. Spesis ni cuma mencari populariti dan populariti itu menghasilkan pendapatan untuk mereka. Dunia hari ini kita perlu lebih berhati hati kerana ramai yang suka meraih keuntungan dengan tumpang nama agama. Mereka nak jual makanan tapi mereka selitkan dengan nama yang berkaitan dengan nabi seolah olah mengambil makanan itu sudah menjadi sunnah dan dapat pahala. Contohnya nak jual jintan hitam tap

Jangan Gadai Prinsip Agama

Daripada Abu Zar al-Ghifariy RA daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang Baginda riwayatkan daripada Allah SWT bahawa Allah SWT berfirman:   يَا عِبَادِي: إنِّي حَرَّمْت الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْته بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا؛ فَلَا تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ ضَالٌّ إلَّا مَنْ هَدَيْته، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ جَائِعٌ إلَّا مَنْ أَطْعَمْته، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ عَارٍ إلَّا مَنْ كَسَوْته، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا؛ فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ

Pembalasan

 Pernah suatu ketika seorang yang amat berkuasa telah berkata beliau akan menyusahkan hidup rakyat yang tidak mahu mengambil beksin. Begitu cepat masa berlalu dan akhirnya Allah membalikkan niat jahatnya dengan mendapat kesusahan dari partinya sendiri. Hidup orang politik yang tidak berparti agak menyesakkan juga sebagai mana hidup rakyat yang tiada sijil beksin suatu ketika dahulu. Satu persatu Allah makbulkan doa orang orang yang teraniaya. Sekiranya perikatan nasional tidak menzalimi rakyat dengan memaksa rakyat mengambil beksin dahulu mungkin doa yang baik baik dari rakyat akan ditadahkan. Moga ini menjadi satu iktibar kepada pakatan harapan. Ini kerana kerajaan pakatan harapan tertubuh kerana bernasib baik dan ada sedikit sebanyak kebijaksanaan dalam mengawal pihak istana.