Tuesday, 14 February 2023

Bajet bagus



Hotel bajet 

Dia bukan hotel tapi dia bajet macam dia hotel. 


Rumah tumpangan

Nama macam boleh tumpang tapi kena bayar


Orang baik masih ada di malaysia ni cuma susah nak jumpa sebab mereka tak promosi diri. Yang promosi diri ialah mereka yang bajet macam mereka baik. Jenis ni banyak kita jumpa di tiktok dan facebook.


Yang jenis tumpang glamor orang baik pun kita boleh jumpa dalam tu. Orang lain yang buat baik tapi dia yang paling menyebok viralkan.


Spesis bajet dan tumpang ni kita tak boleh nak jadikan sandaran kalau mereka menjadi jurukempen untuk menjual produk atau jurukempen pada pilihanraya.


Spesis ni cuma mencari populariti dan populariti itu menghasilkan pendapatan untuk mereka.


Dunia hari ini kita perlu lebih berhati hati kerana ramai yang suka meraih keuntungan dengan tumpang nama agama. Mereka nak jual makanan tapi mereka selitkan dengan nama yang berkaitan dengan nabi seolah olah mengambil makanan itu sudah menjadi sunnah dan dapat pahala.


Contohnya nak jual jintan hitam tapi mereka letak nama habatusauda. Tak pasal pasal orang melayu mengerumun produk itu.


Istilah istilah nama arab dan agama kini sudah menjadi satu strategi untuk ahli perniagaan dan ahli politik untuk meraih keuntungan.


Maka benarlah kata kata nabi bahawa akhir zaman islam hanya terletak pada nama saja.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...