Friday, 10 February 2023

Jangan Gadai Prinsip Agama

Daripada Abu Zar al-Ghifariy RA daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang Baginda riwayatkan daripada Allah SWT bahawa Allah SWT berfirman:
 

يَا عِبَادِي: إنِّي حَرَّمْت الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْته بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا؛ فَلَا تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ ضَالٌّ إلَّا مَنْ هَدَيْته، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ جَائِعٌ إلَّا مَنْ أَطْعَمْته، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ عَارٍ إلَّا مَنْ كَسَوْته، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا؛ فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ، فَسَأَلُونِي، فَأَعْطَيْت كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَته، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ. يَا عِبَادِي! إنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ، ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إيَّاهَا؛ فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ، وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلَا يَلُومَن إلَّا نَفْسَهُ.

Maksudnya: 

“Wahai hamba-Ku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas  diri-Ku dan Aku telah mengharamkan kezaliman antara kamu, maka janganlah kamu saling melakukan kezaliman. 

Wahai hamba-Ku kamu semua adalah sesat kecuali sesiapa yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu petunjuk. 

Wahai  hamba-Ku,  kamu semua  berada dalam kelaparan kecuali sesiapa yang aku berikan kepadanya makanan, maka mintalah makanan kepada-Ku nescaya  Aku berikan kamu makanan. 

Wahai hamba-Ku, kamu semua adalah telanjang kecuali sesiapa yang aku  berikan kepadanya pakaian, maka  mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya  Aku berikan kamu pakaian.  

Wahai hamba-Ku kamu semua  melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka  mintalah ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni. 

Wahai hamba-Ku sesungguhnya tidak ada mudharat yang dapat kamu lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada manfaat yang dapat kamu beri kepada-Ku. 

Wahai  hamba-Ku seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada  kalangan manusia dan jin berada  dalam keadaan paling bertakwa  dalam  kalangan kamu, nescaya hal tersebut tidak menambah pada kerajaan-Ku sedikitpun. 

Wahai hamba-Ku seandainya seluruh manusia  meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada  kalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling jahat dalam  kalangan  kamu,  nescaya hal  itu  tidak  mengurangi daripada    kerajaan-Ku sedikitpun.  

Wahai  hamba-Ku,  seandainya  seluruh  manusia  meliputi  orang  yang pertama hingga  orang  yang terakhir daripada  kalangan manusia dan jin berdiri di sebuah  bukit  lalu kamu meminta  kepada-Ku, lalu setiap orang  yang  meminta  Aku penuhi,  nescaya hal itu  tidak  mengurangi apa yang  ada  pada-Ku  kecuali bagaikan sebilah  jarum  yang  dicelup  di  dalam  laut. 

Wahai hamba-Ku, sesungguhnya semua perbuatan kamu akan diperhitungkan untuk kamu kemudian diberi balasannya. Siapa yang mendapat  kebaikan  maka hendaklah  dia  memuji  Allah  SWT dan siapa yang mendapat selain daripada itu janganlah dia mencela  kecuali dirinya sendiri". 

[Riwayat Muslim, no. Hadith 2577]

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...