Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Hebatnya Ayatul Qursi

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran.  Rasulullah SAW  menyuruh kita mengamalkan  membaca surah Kursi.  Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antara syafaat dan manfaat yang didapati: 1. – Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T. 2. – Mengikut keterangan dari kitab  Asraarul Mufidah , sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan iz

Kepentingan Adab Dalam Menuntut Ilmu

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre Alhamdulillah, dengan taufiq Allah selesai pembacaan kitab Ta’limul Muta’allim semalam di Shoubra. Moga sama-sama yang mengajar dan yang belajar dapat faedah. Pada permulaan kitab ini, Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis: “Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….” Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab-adab atau jalan-jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan-rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar

Malapetaka Apakah Datangnya Ini

Malapetaka apakah datangnya ini Negara kalut riuh sekali Hanya berebut satu kerusi Kecohnya sampai keluar negeri Malapetaka apakah berulang kini Berebut kuasa tak hirau lagi Habis di heret anak dan bini Dipaksa keluar pergi mengundi Malapetaka apakah yang mahu datang Rakyat dan pemimpin asyik bergendang Pantang berjumpa pasti meradang Habis diungkit tak boleh dilarang Malapetaka apakah ini semua Hilang pertimbangan rakyat malaysia Setiap pemimpin dianggap durjana Pemberian pula dihina hina Malapetaka apakah sedang menanti Seluruh rakyat taksub berparti Caci nista tak lekang di FB Sudah menjadi makanan hati Malapetaka apakah yang mahu dicari Dulu raja kini menteri Sejarah mula berulang kembali Adakah tergadai negara lagi Malapetaka apakah yang di seru Pelusuk negara datang menjeru Berkempen berfitnah bertalu talu Kerana kuasa yang mahu diburu Malapetaka apakah kini menjengah Sanggup mengheret rakyat yang susah S

Bumi pun Tak Terima Ariel Sharon

TEL AVIV- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari. Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel. Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan. ” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”  Itulah antara baris ayat Ariel Sharon. Rujukan klik sini Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Barat Menciplak Ilmu Islam

Konsep logaritma yang telah dicetuskan oleh Abu’l-Hassan Ali bin Ahmad al-Nasawi menerusi hasil karyanya dalam bahasa Parsi yang kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-muqni’ fi’l hisab al-Hind. Ibnu Yunus al-Safadi telah menukar proses pendaraban kepada proses penambahan menerusi rumus trigonometri seperti berikut:  Ibnu Yunus dikatakan mendapat ilham idea itu daripada Ibnu al-Fath al-Harani pada kurun ke 10. Ibnu Hamzah memberikan ungkapan log(xy) = log x + log y yakni berpadanan dengan log (32) = log (4.8) = 2 + 3 = log 4 + log 8. Umat Islam pada kurun ke 9 dan kurun ke 10 telah berdebat dengan hangat tentang trigonometri, sedangkan John Napier menggunakan hubungan trigonometri untuk pentakrifan konsep logaritma pada kurun ke 17 seperti yang telah dilakukan oleh Ibnu Yunus sebelumnya. Ini adalah konsep yang ditemukan pada permulaan logaritma Eropah. Henry Briggs (kurun ke 17) kemudiannya memperincikan konsep logaritma dalam buku yang ditulisnya iaitu A

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN:Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari). Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju