Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Akhirnya Kesetiaan Muhyidin Membuahkan Hasil

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui jatuh bangun dalam kerjaya politiknya khususnya selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), tiga tahun lalu. Muhyiddin, 73, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi selepas memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Kerjaya politik Muhyiddin mula diuji apabila Ahli Parlimen Pagoh itu digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebelum kedudukannya diganti oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 2015. Tindakan Najib itu dibuat selepas Muhyiddin menegur Ahli Parlimen Pekan itu berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Selepas pendirian Muhyiddin dalam parti

Kemelut Yang Memeningkan Satu Negara

KEMELUT politik yang bermula dari 'Langkah Sheraton' sudah masuk hari ketujuh. Watak-watak Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir sendiri, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Sahfie Apdal, Abdul Hadi Awang dan rsmai lagi bercampur-campur lakonan masing-masing. Sekejap baik sekejap jahat, sekejap begitu dan sekejap begini. Hari semalam sokong orang itu, hari ini sokong orang ini, esok belum tentu dan lusa tidak pasti. Begitulah keadaan tergesa-gesa atas alasan kesuntukan masa. Kerana Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan pada bila-bila masa. Begitulah buruknya suasana politik Malaysia sekarang yang menyaksikan hampir semua ahli politik tidak boleh dipercayai. Mereka semua jelas opportunis yang tidak bertanggungjawab.

SIDANG KHAS PARLIMEN TENTUKAN PERDANA MENTERI

SIDANG KHAS PARLIMEN TENTUKAN PERDANA MENTERI Tun Dr Mahathir selepas menghadap YDP Agong hari ini mengumumkan Sidang Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac, 2020 untuk memilih Perdana Menteri ke-8. Sidang khas parlimen tersebut, perlu dibuat, ekoran hasil temuduga YDP Agong untuk 221 ahli parlimen, mendapati tiada calon yang mendapat majoriti mudah. Majoriti mudah yang diperlukan adalah 112 ahli parlimen daripada 222. Ada 6 hari lagi, bagi pelobi-pelobi untuk memastikan calon pilihan mereka bakal dipilih PM8. Dalam satu perkembangan, besar kemungkinan Bersatu menamakan Presiden parti itu, Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon PM8. Jika sidang khas tersebut gagal memilih calon PM8 dengan sokongan majoriti, maka Perdana Menteri sementara akan membubarkan Dewan Rakyat atas perkenan YDP Agong. Sebelum sidang parlimen khas tersebut Dato Seri Anwar yang dinamakan oleh Pakatan Harapan secara enblok disokong 92 ahli parlimen, jika mendapat sokongan parti Warisan, maka diatas kertas beli

TERKINI: MUNGKIN BUBAR PARLIMEN

TERKINI: AGONG MUNGKIN BUBAR PARLIMEN ISTANA NEGARA: 26 Feb. (The Capital Post) – Buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, ini mungkin kali pertama tiada satu Parti Politk di Malaya mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini kerana wakil rakyat yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah menyatakan sokongan mereka untuk mengangkat Presiden Parti tersebut sebagai Perdana Menteri ke-8. Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Parti PKR yang berkongsi kepada pihak media selepas perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong. Manakala sumber daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengatakan Ahli Parlimen yang mewakili parti tersebut telah menyatakan sokongan mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohammad. Tambahan, Datuk Seri Azmin Ali dan wakil rakyatnya juga melontarkan sokongan mereka kepada Tun Dr, Mahathir. Ini juga termasuk daripada undi daripada GPS dan Warisan. Parti DAP dan Parti Amanah Negara

Berita terkini: PH kekal sebagai Kerajaan dengan Anwar sebagai PM

BERITA TERKINI: Kesahihan yg di terima sebentar tadi:- 1. Tun M tetap dgn pendiriannya untuk melepaskan jawatan sbg PM. Namun, beliau kekal bersama-sama PH. 2. PH mempunyai cukup majoriti untuk meneruskan pentadbiran Negara dengan tambahan sokongan dari Sabah dan Sarawak. 3. DS Anwar akan di lantik sebagai PM yg ke-8 manakala DS Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan PM.  4. Struktur baru Menteri Kabinet akan menggabungkan parti2 komponen PH (PKR, AMANAH dan DAP) bersama-sama dengan GPS dan Warisan.

Tun masih sayangkan Dap dan Anwar

Senyuman pemimpin BN dan PAS pada Ahad lepas, di Sheraton Hotel di Petaling Jaya malam ini digantikan dengan riak muka yang serius di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, yang menjadi tempat mereka mengumumkan menarik semula sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Pendirian terbaru itu hadir selepas pada Ahad lalu, BN dan PAS dilihat semakin hampir mengambil alih Putrajaya melalui usaha penjajaran semula kuasa yang menyaksikan Bersatu dan 11 ahli parlimen dari PKR meninggalkan PH. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, pada sidang media petang ini, mengaku bahawa gabungan "Perikatan Nasional" direncana dibentuk untuk menggantikan kerajaan PH. "Pada peringkat awal, kami bersetuju secara dasar untuk bergabung dengan blok pembangkang. "Kami dapat lebih 130 kerusi dan dalam proses kahir untuk meterai satu pakatan yang sebelum ini dikatakan sebagai Pakatan Nasional - tapi sebenarnya dengan nama baru Perikatan Nasional," katanya. Belia

Yang Dipertuan Agong Sudah Perkenan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberikan perkenan dengan pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang diusulkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menurut sumber. Tun Mahathir yang telah mempersembahkan cadangan penubuhan kerajaan baharu dengan kemasukan Parti UMNO, PAS, Warisan dan GPS manakala Parti DAP, PKR dan PAN digugurkan daripada Gabungan Pakatan Harapan. Menteri Ekonomi Malaysia yang juga YB Datuk Seri Azmin Ali, dijangka akan keluar parti PKR bersama Wakil Rakyat mereka dan akan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan Kerajaan baharu seterusnya kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Menurut sumber, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memohon pemimpin – pemimpin parti pembangkang yang menyokong Tun Dr Mahathir untuk hadir menyatakan sendiri kesediaan parti – parti tersebut untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir. Tu

Kemenangan Dap?

Membaca kenyataan 28 perenggan Peguam Negara seolah-olah membaca hujahan Peguam-peguam Bela kepada 12 tertuduh di mahkamah untuk membebaskan mereka. Begitupun, selain daripada implikasinya ke atas nasib 12 tertuduh tersebut, keputusan mengejut Peguam Negara ini, pada hemat saya, memberi implikasi besar kepada: (1) Wibawa Jabatan Peguam Negara: Tertuduh ditangkap pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah pada 29 Oktober 2019. Kertas pertuduhan dirangka, dan pendakwaan dibuat, oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.  Jika pertuduhan tidak kuat, mengapa pendakwaan masih dimulakan?  Jika ada kesilapan, mengapa hanya setelah 4 bulan, iaitu 21 Februari 2020, baru kesilapan ini disedari dan mengapa kenyataan Peguam Negara langsung tidak mengandungi sebarang permohonan maaf atas kesilapan ini? (2) Wibawa Polis Di-Raja Malaysia: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hami

Perahlah Keringat Marhaen Selagi Mahu

Perbagai reaksi dari kawan kawan politik berkenaan mesyuarat majlis presiden pada malam ini. Mesyuarat malam ini menentukan tarikh pengunduran Tun dan penyerahan kuasa kepada Anwar. Apa saja keputusannya akan memberi impak besar kepada politik tanahair. Ini kerana Anwar terkenal sebagai susuk yang mahukan hak samarata kepada seluruh rakyat malaysia. Namun begitu yang sebenarnya malaysia sudah lama mengamalkan liberalisasi, cuma sahaja umat melayu tidak sedar sahaja lagi. Sejak merdeka lagi orang melayu sudah diletakkan didalam kelas ketiga walaupun pemimpin nombor 1 adalah berbangsa melayu. Sebenarnya segalanya sudah terlambat buat orang melayu untuk mendapatkan semula apa yang telah kehilangan. Ini adalah kerana pemimpin melayu sendiri sudah berfikiran liberal dan pengikut mereka juga terlalu ramai yang mahukan liberalisasi ini diteruskan. Orang melayu hanya akan insaf apabila semua orang melayu hidup susah. Hari ini masih ramai orang melayu hidu

DATUK SERI ANWAR: “HARAPAN TERAKHIR” UNTUK SIAPA?

DATUK SERI ANWAR: “HARAPAN TERAKHIR” UNTUK SIAPA? Oleh : Dr. Kamarul Yusoff Menonton program syarahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "The Construct Of A Nation: As I See It" di HELP University hari ini, jelas terpancar keyakinan (confidence, kalaupun tidak overconfidence) dan kegembiraan (excitement, kalaupun tidak overexcitement) pada wajah beliau menjelang berlangsungnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok, Jumaat, 21 Februari 2020. Keyakinan dan kegembiraan ini juga tergambar di dalam kenyataan Datuk Seri Anwar kepada media selepas berlangsungnya program syarahan ini di mana beliau menyebut isu peralihan kuasa akan dapat diselesaikan dalam masa setengah jam sahaja dalam mesyuarat esok dan beliau menyerahkan kepada mesyuarat sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad akan dimasukkan ke dalam kabinet beliau. Turut menyumbang kepada keyakinan dan kegembiraan ini adalah lambungan teramat tinggi yang diberikan oleh pengerusi majlis, Tan Sri Dr Lim Ewe Jin,

AMALAN DALAM MENGHADAPI /MENYELAMATKAN DIRI DARI FITNAH DAJJAL

Kita telah berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah.  Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita, terutamanya fitnah dajjal. Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal : 1- Membaca, menghafal, serta memahami makna sepuluh ayat awal surah Al-Kahfi. “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah Al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal”. 2- Membaca doa di bawah ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam seperti mana yang disebut di dalam hadith. اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ Maksudnya:  “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jaha

Ekonomi China Diambang Kehancuran

Ekonomi China Diambang Kehancuran Akibat Virus Corona, Kota Shanghai Kosong Melompong [Video – Shanghai streets filmed empty as city on lockdown over coronavirus]   https://youtu.be/lcmVlZeqsfo Shanghai adalah kota terbesar Republik Rakyat China (RRC) dan terletak di tepi delta Changjiang. Perkembangan kota ini dalam beberapa dekade terakhir telah membuatnya menjadi pusat ekonomi, perdagangan, finansial dan komunikasi terpenting Tiongkok. Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan tersibuk di dunia, bersama dengan Singapura dan Rotterdam. Shanghai berjarak 838 km dari kota Wuhan tempat asal virus corona yang hingga Senin (3/2/2020) telah menewaskan setidaknya 361 orang, menurut Komisi Kesehatan Nasional Cina. Dengan jumlah total yang terinfeksi virus corona di Cina menjadi 17.205 orang. Sebuah video yang diposting media ternama Jerman RUPTLY memperlihatkan Jalan-jalan Shanghai kosong sebagai kota yang dikunci karena coronavirus. Rekaman seluler yang

Anwar Semakin Terdesak

KUALA LUMPUR – Ahli parlimen dari UMNO, PAS, Bersatu dan sebahagian ahli parlimen PKR yang pro Timbalan Presiden PKR Dato’ Sri Azmin Ali telah dipanggil untuk menandatangani deklarasi, untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang, lapor Sarawak Report. Ia adalah secara langsung menentang konsensus Pakatan Harapan (PH) yang bercadang untuk memindahkan kuasa Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Dakwa Sarawak Report, sekiranya jumlah yang mencukupi diperoleh, deklarasi itu akan berarak ke istana untuk mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Agong bagi mengekalkan Mahathir dan menghalang Anwar untuk menjadi perdana menteri. PAS terdahulu mengakui menyokong penuh pentadbiran Mahathir dan akan membuat undi percaya terhadap Pengerusi Bersatu itu di parlimen. Khabar angin juga mendakwa PAS bekerjasama dengan sekurang-kurangnya sekumpulan besar UMNO, untuk menghalang Anwar dan parti sekutu yang lain dalam PH iaitu PA

Kesian Lokman

KUALA LUMPUR: Datuk Lokman Noor Adam bukan dipecat dari jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tetapi dibuang daripada menjadi ahli parti Melayu itu. Itu penjelasan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang sekali gus menyebabkan Lokman hilang kelayakan sebagai ahli MKT. Menurut Annuar, dalam banyak hal, Lokman didakwa tidak bercakap benar selain tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama terutama yang melibatkan kedudukan dan bidang kuasa Presiden dan Ahli MKT yang dilantik. Memetik laporan UMNO Online, Annuar berkata, pemecatan Lokman juga dibuat oleh MKT selepas dicadang dan diluluskan oleh Biro Politik. “Dia juga cuba mencipta persepsi konon Presiden telah menyalahi kuasa, selain melaga-lagakan Datuk Seri Najib Razak dengan kepimpinan tertinggi UMNO. “Datuk Seri Najib Razak telah beberapa kali mengatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri semula, justeru Lokman berbohong dan cuba mengeliru dan memberi harapan pals

Di Ambang Battle of the Throne

Nampaknya masing-masing pihak dah bersiap sedia. Dah ada kiraan berapa ahli Parlimen yang akan sokong Tun Perdana Menteri dan yang sokong kem Tuk Seri Anwar.  Khabarnya dua kem itu ialah Pakatan Nasional yang sokong Tun Perdana Menteri dan Pakatan Harapan yang sokong Tuk Seri Anwar. Bukan rahsia lagi bahawa kerja melobi ahli-ahli Parlimen dah lama berjalan. Tuk Seri Hishammuddin Hussein bekerja di belakang tabir untuk dapatkan sokongan orang UMNO.  Pas pula memang tak mahu ada undi tak percaya atau perubahan pimpinan sebelum pilihan raya umum akan datang. Sehari dua dulu khabarnya kem yang sokong Tun Perdana Menteri ada 121 orang dan yang sokong Tuk Seri Anwar 101 orang.  Khabarnya semua 42 ahli Parlimen DAP sokong Tuk Seri Anwar. Mereka tahu Tun Perdana Menteri tak selesa dengan DAP dalam pakatan sekarang. Macam jadi liabliti saja. Parti Gabungan Sarawak (GPS) mulanya hampir sepakat sokong Tun Perdana Menteri tapi dalam mesyuarat majlis tertingginya pada mala

4 Sebab kenapa Zahid mahu bersama Mahathir

Bahawa dalam mesyuarat itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah menyatakan (4)empat sebab utama kenapa beliau secara peribadi mahu UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir atau PPBM. 1. Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak ketinggalan. 2. Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, kita tak boleh selesaikan masalah Bossku. 3. Sekarang kuasa ditangan Tun Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO. Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS. Zahid kata, PAS dah belah Tun Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama sahaja. 4. Zahid kata, beliau boleh guna kuasa Veto untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

BETUL KE GUNA ECOSTAR NI BOLEH JIMAT MINYAK???

"ADA TANYA BETUL KE GUNA ECOSTAR NI BOLEH JIMAT MINYAK??? " MCAM X PERCAYA JE.. 🤔 Jom dgr sharing saya, sebab lepas anda dengar ni... Anda mesti nak cuba, SEBAB X CUBA X TAW, & X CUBA MACAM MANA NAK TAW JIMAT @ TAK😉 .  ECOSTAR ini pertama sekali dia akan buat kerja di enjin... Jadi, untuk pertama kali guna @ kereta lebih dr 5 tahun .. Jgn teros mengharapkan penjimatan, bg dia masa nak cuci enjin kereta kita dulu.. Bila enjin you tiptop, sure akan berlaku penjimatan disitu... Ikot kepada jenis kenderaan, kapasiti kenderaan..  Wajib isi di ENJIN & TANGKI MINYAK.. UNTUK PERTAMA KALI GUNA..  .  sebaiknya guna 1 BOTOL ECOSTAR dulu PADA ENJIN, then baru tukar minyak hitam.. Sebab kita nak dia flushing semua carbon2 yg lekat di kepala piston enjin... Then, isi lagi 1 BOTOL ECOSTAR di enjin selepas kita dh flushing semua... Then, kita tgok hasil untuk seterusnya bila nak tukar minyak hitam... Memang superb... Testimoni diri sendri...  . 😉 Untuk enjin hanya guna bila pertam

Demokrasi Pencetus Pertelingkahan

Nak berjaya ni keperitannya banyak... Pengorbanan perlu banyak diberi untuk mengejar benda yang kita tak pernah dapat, maka perlulah buat benda yang kita tak pernah buat... Tanpa pengorbanan kita takkan berada pada level yang lain... Kepada para calon calon yang bertanding saya ucapkan selamat majujaya... Kebiasaan yang orang buat apabila mendapat cabaran ialah mereka kembali ke asal. Maka mereka tidak dapat mengecapi kejayaan berbanding mereka yang terus menghadapi cabaran... Jangan putus asa... Teruskan perjuangan.. Parti cuma alat... Hala tuju adalah menyelamatkan negara ini... Perosak negara cumalah satu nama... Nama boleh bertukar tukar namun perjuangan kepada kebenaran tidak mungkin bertukar kulit walau bertukar baju... Selamat berjuang... Dari segi kualiti iman chinese muslim lebih baik daripada melayu... Mereka lebih ikhlas dan bersungguh sungguh dalam menyebarkan akidah Islam... Berbanding dengan melayu yang tak habis habis deng