Friday 31 January 2014

Najib: "Sekiranya kamu kacau aku, aku akan bersekongkol dengan musuhkuat kamu...."

Najib menjadi Perdana Menteri yang paling tidak dihormati rakyat didalam sejarah negara. Disamping dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia kerana kegagalan beliau mengawal kenaikan harga barang, Najib juga dilihat ditolak oleh majoriti ahli ahli partinya sendiri. Yang kelihatan masih bersabar dengan ketidakupayaan Najib dalam memimpin megara hanyalah terdiri daripada pemimpin pemimpin umno diperingkat negeri dan bahagian. 

Najib dilihat terpaksa menggunakan peruntukan yang agak banyak dalam membaik pulih namanya yang kini semakin menanah. Beberapa blogger upahan terpaksa dibayar untuk memuji muji kehebatannya malah blogger blogger ini juga diarahkan untuk memuji muji Rosmah sebagai "wanita pertama" yang banyak berjasa kepada negara.

Isu isu Najib dan keluarganya seolah olah tidak dapat ditutup lagi. Satu persatu Najib dimalukan. Ada juga yang mengatakan isu isu panas ini dibuka oleh orang orang umno sendiri yang telah ditaja oleh seseorang.

Nama yang disebut sebut sebagai tangan ghaib dibelakang semua itu adalah Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri telah menafikan berkali kali didalam media dan blog nya sendiri akan keterlibatannya dalam cubaan untuk menyingkirkan Najib dipersada kepimpinan.

Sebilangan ahli ahli umno nampaknya menyokong penuh untuk menyingkirkan Najib dengan membantu secara sukarela mengongsi artikel dan statement statement  panas Dr Mahathir menegur Najib.

Hampir kelihatan Najib tidak mampu untuk bernafas dalam menghadapi kemelut dalam umno ini. Namun begitu Najib dilihat menggunakan "talian hayat" apabila secara tiba tiba mengumumkan untuk mempertimbangkan berbaik baik dengan Anwar dengan menggunakan jambatan yang tersedia ada diantara Zahid Hamidi dan Anwar.

Buat seketika penyokong penyokong ultra Mahathir dilihat tergamam seketika. Ini mungkin salah satu signal yang dihantar oleh Najib kepada Mahathir. Mungkin maksud signal itu ialah... "Sekiranya kamu kacau aku, aku akan bersekongkol dengan musuh kuat kamu...."

Thursday 30 January 2014

ISMA: Najib Mengecewakan

BANGI, 30 Jan – Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah sangat mendukacitakan.
“Jawapan Najib sangat mengecewakan kerana gagal memberi perhatian kepada rakyat Islam yang majoriti.
“Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau,” demikian tegas Naib Presiden II ISMA, Encik Abdul Rahman Mat Dali.
Datuk Seri Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.
Kata Najib,  beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum. 
Justeru ujar Encik Rahman, ini sekali lagi membuktikan Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini. 
Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan.

Dengan Menjadi MB, Anwar Mampu Menyaingi Najib

Jika keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dilihat menutup pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan  menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya.

Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalist nya dalam PAS.Jika tidak masakan mereka bersama dalam sidang akhbar  Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ADUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai  PM masa depan.

Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi  di peringkat  negeri adalah lebih berprestij,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada pilihanraya akan datang.

Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM.

Masalah pengundi Kajang kecewa kerana  ADUN  mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN.

Masyarakat Cina  menghormati Anwar kerana  berani mengambil risiko  dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri  akan memberontak.

Orang Pas  telah  dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya  menjadi YB dengan sedikit sebanyak   kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban.

Soal Pas mengutamakan kepentingan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN.

Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah  dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi   dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan  integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan  dan juga oleh orang orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar.

Kehebohan dan tentangan  terhadap  Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi  tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak.

Wednesday 29 January 2014

Gempar!!! Sinaran Cosmos Akan Memasuki Bumi

Malam ni pd pkl 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dr marikh. Sila matikan telefon pd waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya. 

Sebarkan Dari P5 ATB 2 -maklumat di terima dari ESSCOM menyatakan tsunami kemungkinan akan melanda pantai timur sabah dalam masa 36 jam. Mereka terima dari Jabatan Kajicuaca Sabah. Maklumat lengkap akan menyusul. 

D Tv3 tadi disiarkan esok diramalkan ribut d Sabah dan Labuan. Brunei juga. Pahang diberi amaran banjir besar lagi kali kedua. TERKINI!!Jepun telah memberi amaranTsunami 6-7 S.R dalam masa 36 jam dan semua diarah berjaga-jaga.


ACEH pukul 5 pagi tadi mendengar suara anjing lagi mengaum sperti suara raksasa utk yg kedua kalinya dari bawah dasar laut Samudra Pasifik . 

Menurut para ulama, itu suara Dajjal yg berusaha naik ke dunia. 

Oleh krn itu kita diperintahkan : Sentiasa tidak berhenti mngumandangkan azan dan mendirikn solat. 

MESIR DILANDA SALJI , RIBUAN IKAN TERDAMPAR DI LAHAD DATU dan yang terbaru IKAN LUMBA-LUMBA , KETAM , DAN SEGALA JENIS HAIWAN LAUT LARI KE DARAT DI PELANTAR PERAIRAN TERENGGANU SEHINGGAKAN PEKERJA PELANTAR MELAUNGKAN AZAN ! Dan sekarang ni dikatakan PERALIHAN KUTUB sedang berlaku dan UMAT ISLAM perlu update BEARING KIBLAT masing-masing . 

Hanya Allah sahaja yg maha mengetahui . Jika ada perubahan kutub makna nya matahari akan berubah arah dan terbit dari sebelah barat . Siapa yg membaca ini, tlng sebarkan. 

Sila hantar kepada rakan anda agar dismpikan berita ini. Jgn dipermainkan, Lillahi Ta'ala . Demi Allah ini amanahmu. Kiriman dri kawan saya semoga menjadi peringatan. 

Wallahua’lam....

Dipetik dari fb

Pas ni Apa? Parti TupperWare?

Anwar Buat PAS Macam Parti TupperWare !! PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat. “Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

GEMPAR!!! China Hantar Armada Perang Ke Malaysia

BEIJING : Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia.

Pegawai dan tentera yang bertugas diatas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak diatas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing. 



Kumpulan armada perang yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.

Kawasan Pertikaian Antara Kuala Lumpur & Beijing

Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut Cina Selatan.

Pada Mac yang lalu, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.

- Sumber Military Malaysia FB

Tuesday 28 January 2014

China Press: UMNO biadap!!!

Akhbar China Press

Perkara: Tidak mungkin BN dapat tawan kembali Pulau Pinang?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 26 Januari 2014 (Ahad)

Tajuk:

Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penulis: Jiang Hu

Walaupun waktu PRU akan datang masih jauh lagi, maklumat dari rakyat jelata terutama sekali di negeri Pulau Pinang, mereka bertanggapan jika BN mahu rampas kembali kerajaan Pulau Pinang umpama perpatah Cina pokok jejulang boleh berbunga yang memberi maksud tidak mungkin berlaku.

Kenapa diumpama begitu? Lebih jelas lagi bahawa sikap UMNO Pulau Pinang berlaku kasar dan ganas, sering timbulkan isu isu fanatik yang tidak menghiraukan perasaan kaum lain, yang pertama mereka adakan kempen tunjuk perasaan kerana isu sayur kangkung perdana menteri, hari ini pula melarang jual daging babi secara terbuka.

UMNO dengan terang dan jelas minta masyarakat berbilang kaum menghormati perasaan orang orang Muslim, seballiknya UMNO sendiri tidak hiraukan sensitiviti kaum lain, jawapannya dengan mudah telah terungkai.

Kembali kepada isu, UMNO Pulau Pinang anggap perbuatan mereka itu akan mendapat sokongan orang orang Melayu dan orang orang Muslim, pastinya UMNO telah membuat kesilapan besar. Penulis ada ramai rakan rakan Muslim, penulis tanya pada mereka apa pandangan mereka terhadap tindakan UMNO Pulau Pinang, mereka kata ini semata mata taktik dalam politik, mereka tidak akan hiraukan UMNO, apa yang mereka lebih prihatin ialah isu demokrasi, contohnya bagaimana pihak kerajaan mampu selesaikan isu kenaikan harga barang yang mengundang tekanan hidup rakyat, serta kebocoran kebocoran rasuah yang menghabiskan wang simpanan negara, perkara perkara seperti ini yang mereka lebih mendapat perihatin, jika ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah ini, mereka akan sokong orang orang itu.

UMNO Pulau Pinang biadab

Lebih lebih lagi UMNO Pulau Pinang pandai tunjuk biadab, sedangkan kepimpinan UMNO Pusat biarkan sahaja ia berlaku, ini menunjukkan UMNO Pusat berdiam diri membenarkan ia berlaku, pada masa yang sama apabila UMNO memonopoli BN, ahli ahli komponen BN yang lain menjadi lemah, terutama sekali MCA dan Gerakan, yang semakin mempercepatkan lagi masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada mereka.

Dengan itu tidak semestinya orang Melayu dan orang Muslim sokong UMNO, sedangkan orang Cina sendiri sangat bencikan MCA dan Gerakan kerana ikut telunjuk UMNO, orang orang Cina sendiri tidak sokong parti Cina, amat susah untuk BN rampas kembali negeri Pulau Pinang.

Note: nama saintifik Pokok jejulang: Aconitum carmichaeli Debx

Terjemahan:
Rohana Chin Abdullah


Monday 27 January 2014

Sekali Lagi Ketua Wira Perkasa Menempelak Najib

Pada tahun lepas ketua wira perkasa secara terbuka meminta najib untuk meletakkan jawatan sehingga beliau di beri amaran keras oleh barisan pimpinan tertinggi perkasa. Dan sekali lagi dengan beraninya ketua wira perkasa menempelak najib atas setiap perkara buruk yang berlaku dalam negara. Mungkinkah pimpinan tertinggi perkasa akan memanggilnya sekali lagi dan diberi katadua? Walaupun perkasa adalah badan NGO yang paling dibenci oleh rakyat namun wira perkasanya dilihat mampu menarik perhatian orang orang melayu dalam perjuangannya. Lihat sahaja tulisan ketua wiranya didalam blog peribadinya semalam.

Apakah kesilapan rakyat mengundi mereka mereka ini dan di amanahkan untuk menjadi kerajaan? Ataupun pemimpin sudah lupa pada AKU JANJI sebelum ini atau hanya sekadar pandai berjanji? Sudah sudahlah rakyat sudah mula benci pada kerajaan yang sedia ada kerana tidak cekap dalam mengurus takbir Negara. Ingatlah jika kami ditipu hanya sekali sahaja.

Klik ucapan penuhnya disini


Sunday 26 January 2014

GEMPAR: Kerajaan Myanmar Bersiap Sedia Menghapuskan Penduduk Islam

Gambar fail bertarikh 19 Jun 2012, menunjukkan seorang penduduk Rohingya Islam, Mohammad Rafique (dua dari kanan), merayu kepada seorang pegawai Pengawal Pantai Bangladesh supaya tidak menghantar keluarganya pulang ke Myanmar di Shahporir Dwip, Teknaf, Bangladesh. - AGENSI
YANGON 23 Jan. - Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.
Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut.
Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.
Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.
Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.
Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.
Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.
Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut agama Buddha.
Pada tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala 140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.
Kerajaan Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di negara ini pada 28 Mac depan. - AGENSI





Saturday 25 January 2014

[AL FATIHAH] Ustaz Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah

KELAB GREENBOC: [AL FATIHAH] Ustaz Harun Taib Kembali Ke Rahmatull...: K etua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 ten...

Friday 24 January 2014

63 Mati Kerana Cuaca Sejuk Di Thailand

- For the past 3 months, 63 person die over cold weather in 27 provinces in Thailand

- Most of those in Chiang Mai 

- The Ministry of Health foresee more deaths due to cold weather in Thailand

- Currently they are working with villages to educate villagers on precautions during cold weather

- Among which, eat well, drink 8 glasses of water, do not stay out, wear adequate clothing and do not consume alcohol

Today Chiang Mai temperature fell to -5'C



Satu Signal Dari UMNo Pahang Supaya Najib Berundur

Kalau bukan pasal Jawatan Dah Lama mereka tinggalkan umno. Sudah terang lagi bersuluh. Kejadian ini berlaku di negeri najib sendiri. 11 ketua pemuda bahagian di pahang tidak mahu ketua pemuda bahagian pekan iaitu bahagian najib sendiri menjadi ketua pemuda negeri Pahang.

Penolakan ini adalah satu signal kepada najib bahawa majoriti pemuda di pahang sudah tidak menghormati najib lagi. Rebutan jawatan didalam umno sudah lama berlaku dan ia lebih berkisar kepada mencari peluang perniagaan apabila menjawat jawatan didalam umno.

Ia juga adalah satu petanda bahawa usia pencen najib untuk menjadi perdana menteri sudah semakin hampir. Ramai kalangan pemerhati politik melihat ini adalah agenda perbuatan musuh politik najib di dalam umno sendiri untuk memalukan najib dan seterusnya mendesak najib untuk berundur.

Blogger blogger pro KJ dilihat bertali arus menyerang 11 ketua pemuda bahagian di pahang ini. Lihat blog mereka...

http://aktivispendangjr.blogspot.com/2014/01/panas-11-kp-umno-pahang-melampau.html?m=1

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/01/khairykj-baru-jadi-ketua-pemuda-dah-nak.html?m=1

http://daengselili.blogspot.com/2014/01/najibrazak-khairykj-azwanbro-11-pemuda.html?m=1

http://peluru-utara.blogspot.com/2014/01/yb-khairykj-kp-bera-dalang-di-sebalik.html?m=1

http://kedahkekl.blogspot.com/2014/01/hot-ketua-pemuda-bahagian-pahang-hina.html?m=1

http://kulaanniring.blogspot.com/2014/01/baru-jadi-ketua-pemuda-dah-tunjuk.html?m=1


Wednesday 22 January 2014

Najib Bagi Amaran; Lu Olang Jangan Mayin mayin Meh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang tidak berfungsi dengan baik.


Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan.



Sehubungan itu, beliau mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan memainkan peranan dengan menjual produk pada harga lebih murah di pasar-pasar tani bagi meringankan beban rakyat.



“Hari Jumaat ini saya akan pergi ke pasar tani di sini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Fama untuk tengok harga barang,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.



Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.



Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa harga sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan malah ia bergantung dengan prinsip permintaan dan tawaran.



“Harga ikan naik pada musim tengkujuh kerana nelayan tidak boleh ke laut manakala banjir dan perubahan iklim juga menyebabkan harga sayur-sayuran naik.



Kita kena lihat rasionalnya dan sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan,” katanya.



Perdana menteri menjelaskan bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meringgan beban rakyat termasuk pada awal bulan ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan 'Program Jimat Belanja Dapur 2014' yang menyediakan potongan harga lima hingga 20 peratus untuk 22 barang terpilih di pasar tani seluruh negara.



Program jangka pendek bersama Fama itu membabitkan 517 pasar tani yang menjual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran semasa bertujuan mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan harga makanan, terutama ketika musim tengkujuh kini.



Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.- Bernama

Tuesday 21 January 2014

Surat Terbuka Buat Najib Kangkong

Nurul Izzah Anwar

SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.


Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Thailand Akan Isytihar Perintah Darurat

Bangkok Pihak berkuasa Thailand sedang mempertimbangkan secara ‘amat serius’ untuk mengisytiharkan perintah darurat ekoran keganasan yang di ibu negara tatkala penunjuk perasaan terus mengadakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan, kata ketua pihak berkuasa semalam. 

Meskipun jumlah penunjuk perasaan sudah berkurangan, mereka telah berjaya menutup beberapa pejabat kerajaan, sehingga menyebabkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berpindah pejabat tempat kerja dan pergerakan lalu lintas di Bangkok terganggu teruk. 

“Kami bersedia untuk menggunakan perintah darurat. Semua pihak termasuk polis, tentera dan kerajaan sedang mempertimbangkannya secara amat serius tetapi belum mencapai persetujuan,” kata Ketua Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattantabutr selepas pertemuan dengan Yingluck. 

Monday 20 January 2014

Sepatutnya bila diswastakan, ia menjadikan lebih kompetetif

Perjanjian antara kerajaan dan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik. 

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB. “Berlaku tahun 96, kesannya sehingga kini. Sekarang naik lagi. Syarikat IPP untung sehingga RM 4 billion, rakyat harus bayar kos lebih. 

Ini soal dasar dan pentadbiran. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Media Umno boleh padamkan tapi inilah kenyataan ketua TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arope. Dasar sedemikian menjadikan rakyat semakin terhimpit hanya untuk kepentingan pihak tertentu. 

“Sepatutnya bila kita swastakan sepatutnya menjadikan ia sepatutnya lebih kompetetif. Samada ia jadi lebih cekap bila kita bayar harga sama, atau harga lebih murah. “Untung berbilion harga tarif nak naik lagi. Ini perkiraan apa? Ini bermakna kita pelihara syarikat kaya tapi membebankan rakyat di bawah."

Sunday 19 January 2014

Leonardo DiCaprio Ucapkan Terimakasih Pada Anak Rosmah

SHAH ALAM: Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio(gambar) mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.
Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

Ekstremis Buddha Mengamuk Bunuh 12 Orang

ARAKAN (Arrahmah.com) – Ekstrimis Budha mengamuk di sebuah kota terpencil di Myanmar, menyerang anak-anak Muslim dan kaum perempuan dengan pisau dan membunuh lebih dari 12 orang, ujar laporan Times of Malta pada Jum’at (17/1/2014).
Seorang pejabat Myanmar mengatakan situasi tegang di kota itu, namun ia tidak mengakui adanya korban jiwa.
Myanmar, sebuah negara yang didominasi oleh ummat Budha dari total penduduk 60 juta jiwa, telah menjadi saksi kekerasan sektarian selama hampir dua tahun.  Lebih dari 240 orang, sebagian besar Muslim, telah meninggal dunia dan ratusan ribu lainnya harus meninggalkan rumah mereka.
Chris Lewa of Arakan project, sebuah kelompok advokasi yang telah mendokumentasikan pelanggaran terhadap kaum minoritas (Muslim) Rohingya untuk lebih dari satu dekade, mengatakan kekerasan tersebut terjadi pada Selasa (14/1) di negara bagian Rakhine Utara.
Kelompok tersebut mengatakan ketegangan telah terjadi di wilayah itu sejak bulan lalu, ketika  gerakan ekstrimis Budha yang dikenal dengan 969 berkeliling wilayah dan berseru dengan pengeras suara yang mendesak warga Budha untuk mengusir semua Muslim di sana. (haninmazaya/arrahmah.com)

Perodua Alza 2014

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang dibangunkan pada 1999 merupakan sebuah syarikat yang tidak memiliki volum pengeluaran yang besar (buat masa ini).

Daripada memanjangkan kitaran sesebuah produk sehingga melebihi 10 tahun, Perodua cuba untuk menetapkan kitaran hidup sesuatu produknya dalam tempoh lima hingga tujuh tahun di mana ia adalah realistik  untuk output tahunan antara 200,000 kepada 250,000 unit.

Kita dapat melihat bahawa Perodua memilih untuk bekerja lebih keras untuk lebih kompetitif dan memberi fokus pada kualiti untuk memenangi keinginan pelanggan.

Dalam tempoh 50 bulan Alza telah dijual sejak dilancarkan, jualan bulanan purata adalah 3,400 unit dan ia telah MPV terlaris di Malaysia. Presiden Perodua merasakan bahawa walaupun ia adalah ‘MPV’, ia tidak lagi dianggap sebagai hanya untuk keluarga tetapi sebagai ‘gaya hidup’.

“Ia juga dibeli oleh perseorangan, bukan hanya keluarga jadi ia adalah benar-benar kenderaan untuk semua orang ‘” katanya sambil menyuarakan keyakinan bahawa model ini akan terus menjadi antara pilihan yang popular di Malaysia.

Baru-baru ini Perodua melancarkan model Alza 2014 dan lebih menarik harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding generasi sebelumnya.

Sementara menunggu kelulusan akhir oleh pihak berkuasa, penurunan harga adalah di antara 2.1 peratus dan 7.4 peratus  atau di antara RM1, 117 dan RM5, 117 yang bergantung kepada varian.

Penurunan harga model MPV kompak yang sudah empat tahun berada di pasaran negara itu mampu dicapai sepenuhnya melalui usaha Perodua untuk mengurangkan kos daripada segi pembuatan kereta dan juga kos operasi dalamannya sendiri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata terdapat banyak perkara, kedua-dua dalaman dan luaran, dan semua menyumbang dengan pelbagai cara atau yang lain.

“Syarikat dapat mengurangkan kos operasi dengan meningkatkan kecekapan dalam kilang dan meningkatkan produktiviti,” katanya.

Kos pembuatan Alza diturunkan daripada segi pelbagai sektor atas usaha pengedar kenderaan kompak itu sendiri untuk mengurangkan kos. Beberapa komponen telah direka semula.

“Tetapi jangan berfikir bahawa mengurangkan kos bermakna pengurangan dalam kualiti. Kami telah mengekalkan piawaian kualiti yang tinggi dan tidak menggunakan bahan-bahan yang lebih murah atau nipis untuk menjimatkan wang, “tegas seorang jurutera Perodua.

Ini adalah satu perkara biasa bagi syarikat-syarikat Jepun dan jelas, Perodua meneruskan pembelajaran daripada rakan kongsi yang telah membantu ia menjadi satu kejayaan.

Ia tidak sombong untuk membayangkan bahawa dalam tempoh 10 tahun, ia boleh tahu segala-galanya dan tidak lagi perlu mempunyai rakan kongsi. Malah, perkongsian dengan Daihatsu seolah-olah berjalan dengan baik dan pemindahan teknologi telah meluas.

Bagi produk, terdapat beberapa kemasan terperinci yang dilakukan iaitu Perodua menambah panjang 40 milimeter (mm) pada bampar hadapan dan belakang. Struktur ini juga berbeza kerana keperluan untuk memenuhi syarat-syarat ASEAN NCAP.

Alza sebelumnya dipenuhi peraturan-peraturan ECE R94 dan mempunyai struktur yang agak kuat tetapi ujian kemalangan ASEAN NCAP adalah lebih rigid dan untuk lulus Perodua terpaksa melakukan penambahan dan melakukan beberapa kejuruteraan semula di kawasan tertentu.

Perodua yakin Alza akan mendapat4 bintang dalam ujian ASEAN NCAP.

Bunyi bising dan getaran juga dikatakan lebih rendah pada Alza baharu kerana pelbagai langkah diambil termasuk penambahan penebat tambahan di kawasan tertentu.

Casis dan powertrain Alza versi peningkatan ini juga kekal tidak berubah kerana maklum balas kepuasan daripada pelanggan masih pada tahap yang tinggi dari segi prestasi, keselesaan dan pengendalian.

Penambahbaikan yang dilakukan oleh Perodua sebenarnya agak banyak dengan nilai tambah setiap unit sebanyak RM4, 000. Jadi bukan sahaja Perodua meminta wang yang kurang untuk Alza baru tetapi ia juga memberi lebih!

Walaupun terdapat perubahan kosmetik luaran, bahagian kabin menerima banyak peningkatan dengan kawasan penyimpanan meningkat. Tersedia sistem multimedia baru dengan navigasi serta kamera undur dan pada versi Advanced, terdapat juga satu lagi monitor LCD pada bumbung untuk penghuni belakang.

Kini, Perodua juga menawarkan ciri pasif ISOFIX pada kerusi barisan kedua. Sementara bahagian penyandar kerusi barisan ketiga juga boleh dilipat untuk menyediakan ruang simpanan tambahan.  

Perodua juga turut menyediakan filem penebat keselamatan pada varian SE dan Advance sebagai standard. Sebagai tanda khas penghargaan kepada pelanggan Malaysia pakej servis tiga tahun percuma bagi kesemua model Perodua yang didaftarkan pada 2014.

Tempoh jaminan adalah selama 3 tahun atau 100,000 km (yang mana berlaku dahulu), seperti sebelum ini.

Menteri Menteri UMNo Jangan Harap Boleh Mengatasi Samy Vellu

Samy Vellu secara rasminya telah meletakkan jawatan sebagai presiden MIC yang paling lama dipegang iaitu hampir 31 tahun.

Ramai yang merinduinya terutama kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun.

Seperti mana yang Perdana Menteri pernah sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”.

Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu. Selanjutnya untuk baca kata kata keramatnya klik sini

Saturday 18 January 2014

Orang UmNo Tak Payah Baca!!! Kupasan Bijak Mengenai KANGKONG...

  • Najib Tun Razak said he used kangkung to explain supply & demand 
  • I like to eat kangkung 
  • I gave example on the principle of supply and demand which decide the prices of some of the food commodities which are not subject to price controls," he said.
  • the vegetable was only one example of food items used by the public. (Huh ??)
  • "..use existing laws against any trader who charges too high" 
  • he and deputy would go down to the ground to check on prices 

Big mistake Mr PM.  You really are being misled by your advisors and consultants.  Now the people whom you are insulting (ie the members of the public) will associate you with kangkung and quail (kangkung dan puyuh). Just wait and see.


Mr PM the mistake you made was that you accused the people, the rakyat, the citizens, the ordinary man in the street that they were not grateful to you and your gomen when the prices of kangkung went down. Dont believe me? Listen to yourself.


This is what you said : 

Filem Lucah Anak Rosmah Boleh Ditayangkan Di Malaysia?


KUALA LUMPUR 17 JAN: Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem ‘The Wolf Of Wall Street’ dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.



Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Najib Cuba Gunakan Anwar Untuk Hapuskan Musuhnya Dalam Umno?


Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.

Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.

Seterusnya disini

Friday 17 January 2014

Najib Kata Dia Suka Makan Kangkong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

"Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. 

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...