Sunday, 12 January 2014

Perkasa Gagal Menjadi Wira

Ketua Wira perkasa malaysia mula mengorak langkah baru apabila berani mengeluarkan statement menghentam anak kesayangan Tun Mahathir secara terbuka. Sebelum ini perkasa juga dilihat cuba keluar dari cengkaman Tun Mahathir apabila menjemput Tengku Razaleigh Hamzah untuk merasmikan mesyuarat tahunan mereka pada akhir tahun lepas. Umum mengetahui bahawa hubungan Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak pernah baik.


Adakah perkasa sebenarnya sudah mendapat alamat bahawa pertubuhan mereka sudah semakin terpinggir dari mata masyarakat. Dan perkasa cuba untuk mendapat perhatian masyarakat dengan beralih tektik iaitu mula menghentam kerajaan. Tanpa sokongan masyarakat perkasa tidak lebih daripada sebuah pertubuhan bayangan.

Perdana Menteri pula hanya akan menghormati pertubuhan yang mampu menarik sokongan masyarakat. Buat masa ini perkasa tidak berjaya untuk menakutkan kerajaan Barisan Nasional. Malah gembar gembur yang mengatakan perkasa mempunyai ratusan ribu keahlian tidak pernah terbukti. Ia hanya merupakan cakap cakap kosong untuk menakut nakutkan Najib supaya najib memberi sesuatu imbuhan.

No comments:

Post a comment