Kuala Lumpur: Hasrat seorang janda hartawan berasal dari Brunei untuk bertemu kekasih yang di kenali melalui laman sosial sebaliknya menyebabkan mangsa ditipu kira-kira RM50,000 minggu lalu. Mangsa yang berusia 61 tahun sanggup ‘menderma’ wang kepada kekasihnya itu yang menyamar sebagai lelaki warga British, namun menetap di Malaysia. Mangsa dikatakan sanggup mengambil penerbangan ke negara ini untuk bertemu suspek dikenali dengan nama Harry Ibrahim pada Jumaat lalu selepas berkenalan sejak Jun lalu. Malangnya suspek yang dihubungi mangsa sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seolah-olah mahu mempermainkan mangsa apabila menyedari mangsa tidak membawa tambahan RM30,000 seperti diminta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Mortadza Nazareene berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dari Polis Diraja Brunei (PDB) selain kerjasama diberikan tiga anak mangsa. “Anak mangsa membuat laporan polis selepas i