𝙕𝘼𝙈𝘼𝙉 𝙃𝙐𝙍𝙐 𝙃𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙐𝙅𝙄 𝙆𝙀𝙄𝙈𝘼𝙉𝘼𝙉 Syair yang telah ditulis oleh Almarhum Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Said Ahmad Khan r.h.. Al-Madani Rahimahullah Ta'ala 30 tahun yang lepas. Beliau seorang Ulama besar Madinah. "Kamu tidak akan nampak lagi kesetian dan kejujuran , zaman yang begitu pelik akan datang tidak lama lagi...Peliharalah Iman dan Agama kamu, satu zaman yang sangat pelik sedang datang tidak lama lagi... Zaman yang memelihara agama telah menjadi lebih susah daripada memelihara nyawa.. "Mungkin zaman yang dimaksudkan itu adalah zaman sekarang... Zaman yang sangat pelik.. Masjid² ditutup.. Orang tidak lagi memenuhi saf² masjid.. Orang sudah lupa solat Jumaat. Masing-masing merasa ragu dan bertanya... Adakah hari ini ada Solat Jumaat?? Adakah hari ini masjid dibuka?? Lama kelamaan orang pun meninggalkan solat Jumaat. Lama kelamaan orang pun tinggalkan masjid dan surau. Pasar² dipenuhi.. Shopping Mall dipenuhi.. Pusat riadah dipenuhi..