Tahukah anda, ramai yang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama?
Mengikut definasi Dewan Bahasa dan Pustaka, rama-rama adalah serangga bersayap empat yang aktif di waktu malam serta tertarik kepada cahaya. Warna kepaknya agak gelap/pudar dan badannya lebih gemuk. Kupu-kupu pula adalah serangga bersayap empat dan mempunyai sepasang sesungut. Kepaknya berwarna-warni, terang dan menarik dan berbadan kurus.
Kalau selama ini anda memang memahami bahawa butterfly adalah yang cantik sementara moth adalah yang pudar, maka pemahaman anda betul. Cuma apabila ia diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, disebabkan oleh faktor yang tak diketahui, butterfly telah tertukar kepada rama-rama dan moth tertukar kepada kupu-kupu!
Kalau anda pernah dengar peribahasa “kupu-kupu malam”, selama ini mungkin ia tak masuk akal kerana memanglah kupu-kupu terbang waktu malam. Kenapa nak diulang sifat tersebut sebagai kupu-kupu malam?
Tapi pada hakikatnya, kupu-kupu adalah serangga cantik yang aktif di waktu siang. Dan apabila kupu-kupu itu terbang pada waktu malam, ia diandaikan sebagai wanita yang cantik dan berhias yang keluar mencari makan di waktu malam (ah korang semua dah besar, kan? Pandai2lah tafsir!).
#inisainsbeb #cisplatin #azarimy
Rujukan:
Maksud rama-rama: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rama-rama
Maksud kupu-kupu: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kupu-kupu
Castro, J (2013) What’s the Difference Between a Moth and a Butterfly? Live Science, https://www.livescience.com/34472-difference-between-moth-butterfly.html
No comments:
Post a Comment