Untuk jadi bijak tak perlu kepandaian. Dah terkena banyak kali dia jadi oto-bijak. Seperti yang pernah saya katakan dulu apabila seseorang ahli politik terus menerus buat salah itu bukan bermakna dia bodoh. Dia sebenarnya sangat bijak, cuma dia sangat jahat.
Firaun ataupun Namrud tidak akan berani mengaku dirinya tuhan seandainya orang sekeliling dan penyokongnya tidak mahu percaya dan menolak.
Andaikata orang sekelilingnya mentertawakan pasti mereka pun malu untuk mengaku sebagai tuhan.
Boleh jadi gila juga duduk sengsorang apabila semua orang keliling tidak mahu percaya dia adalah tuhan.
Pemimpin menjadi rosak kerana orang sekeliling dan kerana majoriti yang menyokong.
Sejak zaman berzaman hanya golongan sedikit yang beriman dan golongan majoriti kebiasaannya adalah penyokong kepada kezaliman.
No comments:
Post a Comment