𝙕𝘼𝙈𝘼𝙉 𝙃𝙐𝙍𝙐 𝙃𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙐𝙅𝙄 𝙆𝙀𝙄𝙈𝘼𝙉𝘼𝙉
Syair yang telah ditulis oleh Almarhum Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Said Ahmad Khan r.h..
Al-Madani Rahimahullah Ta'ala 30 tahun yang lepas.
Beliau seorang Ulama besar Madinah.
"Kamu tidak akan nampak lagi kesetian dan kejujuran , zaman yang begitu pelik akan datang tidak lama lagi...Peliharalah Iman dan Agama kamu, satu zaman yang sangat pelik sedang datang tidak lama lagi...
Zaman yang memelihara agama telah menjadi lebih susah daripada memelihara nyawa.. "Mungkin zaman yang dimaksudkan itu adalah zaman sekarang...
Zaman yang sangat pelik.. Masjid² ditutup.. Orang tidak lagi memenuhi saf² masjid.. Orang sudah lupa solat Jumaat.
Masing-masing merasa ragu dan bertanya...
Adakah hari ini ada Solat Jumaat??
Adakah hari ini masjid dibuka??
Lama kelamaan orang pun meninggalkan solat Jumaat.
Lama kelamaan orang pun tinggalkan masjid dan surau.
Pasar² dipenuhi..
Shopping Mall dipenuhi..
Pusat riadah dipenuhi...
Semua tempat dipenuhi melainkan masjid yang menjadi sunyi sepi..
Jagalah (Agama dan perintah²) Allah, Nescaya Dia akan menjagamu.
Jagalah (Agama dan perintah²) Allah, Nescaya kau dapati Dia di hadapanmu (yakni Allah Akan Membantumu).
Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Gunakanlah akal yang Allah kurniakan kepada kita.
Ramai orang tidak peduli.
Ramai orang tidak endahkan.
Ramai orang yang tidak mahu berfikir.
Semuanya sibuk dengan Urusan dunia.
Semuanya sibuk memikirkan diri sendiri.
Tiada lagi yang memikirkan masalah ummah.
Tiada lagi yang berfikir cara untuk menyedarkan ummat Rasulullah S.A.W. 😪
Tiada lagi yang memperingatkan soal fitnah Dajjal.
Para agamawan sibuk mendampingi penguasa.
Para agamawan sibuk mencari popularity
Para Agamawan sibuk berbalah dan berdebat.
Para Agamawan sibuk mengejar kehidupan mewah dan kesenangan dunia.
Mereka tidak lagi endahkan ummah.
Mereka tidak lagi risau dengan apa yang terjadi...
Mereka bermusyawarah dan mengeluarkan fatwa mengikut kehendak penguasa.
Mereka mencari dalil untuk membenarkan yang haram.
Mereka meyakinkan orang ramai agar ikut terjun ke lembah kemurkaan Allah.
Mereka meyakinkan orang ramai agar percaya kepada yahudi nasrani.
Mereka meyakinkan bahawa penjarakkan saf itu dibenarkan agama.
Kita marah orang kafir yang meruntuhkan masjid....
Tapi kita tidak marah kepada diri kita yang mengosongkan masjid.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat memenuhi masjid ketika berlakunya musibah tapi kita hari ini menjauhi masjid...
Inilah dia zaman yang pelik.
Zaman yang membuat ummat islam meninggalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Zaman yang telah dinyatakan Rasulullah S.A.W sebagai zaman yang ummatnya seperti buih dilautan.
Zaman yang sukar berpegang kepada sunnah.
Orang ramai mula terjun ke lubang biawak mengikut ulama yang menyesatkan...
[By : Hadrat Maulana Sayyid Ahmad Khan r.h]
No comments:
Post a Comment