Sunday, 16 May 2021

Kita Sedang Mencukur Agama

Sabda Nabi saw:, "Sukakah aku memberitahu kamu satu perkara yang lebih afdal daripada solah, puasa, sedekah dan ibadat ibadat lain?" Para sahabat r.a. berkata, "Bahkan". Baginda Rasulullah saw bersabda, Hubungan baik sesama kamu adalah perkara yang paling afdal dan pergaduhan sesama sendiri adalah perkara yang mencukur agama." 

Yakni sebagaimana pisau cukur mencukur rambut di kepala dengan sekali lalu, demikian juga pergaduhan sesama sendiri menghapuskan agama. 

Tidak perlulah disebutkan tentang ahli dunia yang lalai terhadap agama, sedangkan ramai antara mereka yang berwirid panjang panjang dan mendakwa sebagai ahli agama pun setiap masa terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri.

Rujukan: Fadilat ramadhan oleh Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Rah.
Terjemahan Lujnah terjemahan Madrasah Miftahul 'Ulum Seri Petaling
mukasurat 65

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.