Pada awalnya, kerajaan Pakatan Harapan (Tun Mahathir) menguruskan pendemic tersebut secara sambil lewa dan mengakibatkan penyakit covid19 merebak secara berleluasa semasa era kerajaan tebuk atap dibawah pimpinan Muhyidin yasin.
Kerajaan Muhyidin yakni kerajaan Perikatan Nasional pula dilihat terlalu panik dan tanpa berfikir waras telah membuat keputusan untuk mengurung rakyat berkali kali dan memaksa seluruh rakyat mengambil vaksin yang dilihat gagal memberi kesan kepada pendemic daripada merebak.
Setelah Muhyidin dijatuhkan didalam rampasan kuasa oleh Ismail Sabri, kerajaan sekali lagi bertindak sambil lewa dengan membuka beberapa sektor yang berkepentingan kepada kroni mereka dan krisis politik juga semakin berleluasa sehinggakan kerajaan dilihat lost control dalam pentadbiran.
Kerajaan ini terlalu menumpukan kepada perebutan kuasa sesama sendiri dan perbagai rasuah politik diberi untuk mengekalkan kuasa.
Pentadbiran Ismail Sabri dilihat sebagai yang paling lemah dan paling teruk sejak negara ini merdeka.
Sebenarnya Umno masih belum mahu berubah. Mereka tidak akan pernah serik diatas kegagalan yang lampau. Mereka tahu bahawa mereka kebal dari sebarang undang undang dunia.
Sekiranya mereka didakwa mereka akan menyerang balas dengan membongkarkan salah laku pihak lawan pula. Kedua dua pihak dilihat seperti sudah membuat satu perjanjian rahsia dimana salah laku mereka tidak akan dikenakan hukuman.
Pembongkaran salah laku hanya untuk ugutan sahaja dan tidak dihukum.
Ada yang mengatakan bahawa rakyat perlu keluar mengundi untuk memilih pemimpin kerana dengan kuasa rakyat maka negara ini akan selamat dari parti politik yang rakus.
Benarkah begitu?
Rakyat sebenarnya tertipu oleh orang orang politik. Orang politik hanya mahukan kuasa dan kuasa untuk mengaut kekayaan.
Kita harus insaf bahawa kesemua parti politik dihuni oleh orang orang jahat. Orang jahat bercakaran sesama sendiri untuk kuasa dan kuasa yang diperolehi adalah untuk menindas orang miskin.
Parti politik yang menggunakan bendera Islampun sebenarnya tewas apabila melihat 3 Ta yakni Takhta, Harta dan Wanita.
Ada pepatah melayu baru mengatakan apabila majoriti rakyat didalam negara itu terdiri daripada orang jahat maka akan menanglah orang jahat untuk menguasai negara.
Kita perlu akui bahawa majoriti rakyat negara ini adalah jahat. Orang jahat akan menyokong orang jahat. Makin ramai orang jahat maka makin kuatlah parti mereka.
Dan lebih menakutkan kesemua parti parti politik ini dikuasai oleh orang orang jahat maka memilih mana mana parti pun adalah sama sahaja kerana rakyat tetap diurus oleh orang jahat.
Walau nama parti berbeza namun sifat mereka adalah sama.
Maka apakah yang rakyat perlu buat?
Rakyat perlu kembali kepada Quran dan Sunnah. Jadilah manusia beriman kerana walaupun ditindas di dunia tetapi kita pasti akan bahagia di akhirat.
Akhirat adalah kehidupan sebenar kita buat selama lamanya. Kita mahu kembali ke syurga dimana ia adalah kampung kita dimana Nabi Adam dan Hawa yakni moyang kita adalah berasal dari syurga.
Dirikan solat dan bersabar diatas setiap musibah. Setiap musibah akan mencuci dosa kita. Di akhir zaman banyakkan diam dan elakkan dari berkata kata perkara yang tidak perlu.
Basahi lidah kita dengan zikrullah dan istighfar, ia lebih baik daripada berkata kata kesat, mengumpat dan memaki hamun sepertimana yang dilakukan oleh penyokong penyokong parti politik.
Mereka sudah jauh hanyut didalam dunia politik yang menghalalkan perbagai cara yang haram. Menasihati mereka akan mengundang padah kepada rakyat. Mereka pendendam, bongkak dan jahat.
Jauhkan diri dari orang orang politik. Mereka umpama dajjal kecil yang boleh menyusahkan sekiranya tidak disokong. Maka lebih selamat sekiranya orang orang politik tidak mengenali kita.
No comments:
Post a Comment