Sebenarnya kalau letak perdana menteri dari langit sekalipun orang melayu takkan berhenti bertelagah.
Ada saja idea orang melayu nak berkelahi. Mereka sukar untuk berbaik baik kerana mereka bukanlah begitu baik.
Maki hamun dan rasa tidak puas hati sudah menjadi makanan dan zikir harian mereka.
Dan itulah fungsi demokrasi dicipta sebenarnya dan ia berjaya menghanyutkan orang melayu didalam perpecahan.
Dizaman melayu feudal perpecahan diantara rakyat tidak begitu terasa kerana rebutan kuasa hanya berlaku didalam kelambu diraja sahaja.
Satu orang raja mangkat maka berlakulah pergaduhan diantara waris waris takhta yang disokong kuat oleh pembesar2 istana puak masing masing.
Rakyat tidak diheret didalam kancah perebutan kuasa tersebut.
Dizaman demokrasi ini agak berbeza kerana pertelagahan antara pemimpin akan mengheret rakyat secara langsung.
Rakyat menjadi alat para pemimpin untuk diadukan di padang tembak.
Setiap hari hiruk pikuk rakyat bertelagah sambil diperhatikan dengan gelak ketawa oleh pemimpin masing masing.
Ketaksuban kepada tokoh sudah melebihi ketaksuban kepada agama.
Orang melayu boleh bersabar sekiranya agamanya di caci tapi pantang bagi mereka apabila tokoh mereka dicaci.
Dalam hal agama mereka mampu mencari perbagai ayat alquran dan hadis agar tidak taksub kepada agama atas alasan kena bersederhana tapi untuk menyokong tokoh masing masing mereka mengabaikan apa yang terdapat didalam alquran.
Bagi mereka hanya tokoh mereka selayaknya menjadi pilihan tuhan untuk menjadi pemimpin manakala tokoh lain bukanlah kuasa tuhan untuk mengangkatnya.
Ini mengingatkan kita kepada peristiwa sewaktu nabi mula berdakwah dahulu dimana orang quraisy menolak nabi atas alasan kaum mereka lebih mulia daripada nabi dan lebih layak untuk menjadi nabi.
Di akhir zaman ini semua orang politik adalah hebat hebat belaka.
Maka biarkanlah mereka yang bertelagah sesama sendiri tanpa campur tangan dari rakyat.
Rakyat sewajarnya tunggu dan lihat sahaja dan apabila sampai waktu untuk mengundi buatlah pilihan yang terbaik.
Bergaduh sesama sendiri sedari awal bukanlah satu perbuatan yang bijak kerana menang atau kalah berhujah tidak menjadikan kita menteri pun.
Sekiranya kita orang parti maka kaedah memujuk adalah lebih bijaksana daripada mengajak orang bergaduh kerana akhirnya setiap parti memerlukan sokongan majoriti rakyat juga.
Kita harus bercakap atas dasar logik dan bukan atas dasar ketaksuban kepada tokoh.
Ini adalah kerana bercakap semasa taksub sebenarnya kita sedang menipu orang ramai agar menyokong tokoh yang kita taksubkan.
Diwaktu mualaf cina begitu sebok berdakwah dan mengajak manusia mendekati Islam, orang melayu pula bertelagah sesama sendiri dan menjauhkan manusia daripada agama.
Bila samada si apak merenyam atau meroyan lagi..!!
ReplyDeleteCukup cukup lah bulan puasa banyak zikir 'subaha nalllah walhamdulillah wala illah ha illlallah". Bukan zikir 'tebuk muka tikam belakang'
Edar audio pulak dah, selepas ada macam-macam fitnah kepada Muhyiddin keluar. Nampak selagi pengarah tu belum mati cerita politik fitnah takkan tamat.
Edar Rakaman Suara Muhyiddin, semuanya tidak menjadi keutamaan. Hakikatnya PH jatuh kerana Mahathir
Kata Atok, rupanya ada Melayu Bacul begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.
Bacul pulak dahhh...!! Alahaiii meh tepok dahi yeopp ooii ..!! Atok sapa la ni !? Ohhh atok kauu..!
Atok kata Melayu hancur apabila membenarkan penyangak jadi pemimpin kerana pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan menghancurkan orang Melayu.
Buktikan dulu penyangak di mahkamah wahai Atok Kepala Perompak..!! Elok heret mangkok antik ini ke mahkamah dalam kes 1MDB.. Kalau terbukti salah rakyat tak akan guling guling atas jalanraya pun.
“Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia. Betul ke Harimau Asia..!?
“Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri. Kepada Atok mudah lupa 'Sumpah laknat si pencuri juga salah satu hal yang akhirnya Kedah dan PH jatuh kelepap ke tanah'.
66 hari selepas Najib angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib. Tetapi saya@Najib tidak boleh buat kesimpulan itu.
“Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku
20 Disember tahun lepas, Najib mengangkat sumpah laknat bagi menafikan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu
Kalau atok fikir audio itu boleh mengubah baik atok, buat video liwat Muhyddin atau skandal yang boleh ganti macam kes liwat Anwar. Semua ini jenis "sembang kari" ni rakyat dah muak.. orang meluat menyampah..!! Dah keluar Kahak hijau tahap 'kemeluatan'nya.
Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam sudah lebur sama sekali bukan sekali tapi dua kali.
Bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di Kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH. Kan betul kenkawan boboi yang tikam boboi dari belakang.
Jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka Apak nya akan buat perangai lagi. Nabi ade pesan 'Sejahat jahat manusia ialah yang panjang umur tapi buruk perangainya'
Itu je yang sebenarnya, kenapa apak nya meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan.
Rakyat dah meluat menyampah tak tahu nak jelmakan rasa meluat ini. Rasanya elok kasi Tepokkk satu kali sambil makan pop corn jelmakan tahap 'kemenyampahan' itu.
Tambah Najib lagi dalam sumpah laknat yang dibuatnya ketika itu, beliau meminta Allah “menjahanamkan” dirinya di dunia dan akhirat sekiranya berbohong.
Bahkan beliau juga meminta pihak-pihak yang memfitnahnya turut dilaknat oleh Allah selagi mereka tidak meminta maaf. Ayat itu berat hendak sebut, tetapi saya sebut juga. Sebab saya hendak tegakkan kebenaran, sebab saya tidak ada cara lain. Terlalu banyak sangat fitnah.
“Itu senjata terakhir saya dan Allah akan tunjukkan siapa yang benar,” katanya.
Rakyat dah tak nak ambil tahu lagi pasal-pasal politik sekarang terutama POLITIK PH yang hancing lokos kena kencing...bagi rakyat kemelut politik negara dah berakhir..
Sekarang rakyat nak fikir bagaimana mulakan kehidupan baru selepas covid..nanti dekat-dekat nak pru-15 baru nak ambil tahu pasal politik. Sekarang politik-politik letak tepi dululah.
Sembang kari 'bacul sana bacul sini' dah tak jalan lagi. Bawak dia jadi saksi kes 1MDB samada dia bacul atau tidak nak datang mahkamah..!? Haahh Tungguuu
Udah udah lah tu..