tag:blogger.com,1999:blog-6287474567840022189.post7659584621321138531..comments2024-03-20T15:22:32.090+08:00Comments on Paria Jalanan: Tanpa Dajjal pun Melayu Sudah BerantakanUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6287474567840022189.post-74781543026603739182020-05-13T10:02:55.624+08:002020-05-13T10:02:55.624+08:00Bila samada si apak merenyam atau meroyan lagi..!!...Bila samada si apak merenyam atau meroyan lagi..!!

Cukup cukup lah bulan puasa banyak zikir 'subaha nalllah walhamdulillah wala illah ha illlallah". Bukan zikir 'tebuk muka tikam belakang'

Edar audio pulak dah, selepas ada macam-macam fitnah kepada Muhyiddin keluar. Nampak selagi pengarah tu belum mati cerita politik fitnah takkan tamat.

Edar Rakaman Suara Muhyiddin, semuanya tidak menjadi keutamaan. Hakikatnya PH jatuh kerana Mahathir

Kata Atok, rupanya ada Melayu Bacul begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

Bacul pulak dahhh...!! Alahaiii meh tepok dahi yeopp ooii ..!! Atok sapa la ni !? Ohhh atok kauu..!

Atok kata Melayu hancur apabila membenarkan penyangak jadi pemimpin kerana pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan menghancurkan orang Melayu.

Buktikan dulu penyangak di mahkamah wahai Atok Kepala Perompak..!! Elok heret mangkok antik ini ke mahkamah dalam kes 1MDB.. Kalau terbukti salah rakyat tak akan guling guling atas jalanraya pun.

“Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia. Betul ke Harimau Asia..!?

“Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri. Kepada Atok mudah lupa 'Sumpah laknat si pencuri juga salah satu hal yang akhirnya Kedah dan PH jatuh kelepap ke tanah'.

66 hari selepas Najib angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib. Tetapi saya@Najib tidak boleh buat kesimpulan itu.

“Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku

20 Disember tahun lepas, Najib mengangkat sumpah laknat bagi menafikan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu

Kalau atok fikir audio itu boleh mengubah baik atok, buat video liwat Muhyddin atau skandal yang boleh ganti macam kes liwat Anwar. Semua ini jenis "sembang kari" ni rakyat dah muak.. orang meluat menyampah..!! Dah keluar Kahak hijau tahap 'kemeluatan'nya.

Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam sudah lebur sama sekali bukan sekali tapi dua kali.

Bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di Kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH. Kan betul kenkawan boboi yang tikam boboi dari belakang.

Jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka Apak nya akan buat perangai lagi. Nabi ade pesan 'Sejahat jahat manusia ialah yang panjang umur tapi buruk perangainya'

Itu je yang sebenarnya, kenapa apak nya meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan.

Rakyat dah meluat menyampah tak tahu nak jelmakan rasa meluat ini. Rasanya elok kasi Tepokkk satu kali sambil makan pop corn jelmakan tahap 'kemenyampahan' itu.

Tambah Najib lagi dalam sumpah laknat yang dibuatnya ketika itu, beliau meminta Allah “menjahanamkan” dirinya di dunia dan akhirat sekiranya berbohong.

Bahkan beliau juga meminta pihak-pihak yang memfitnahnya turut dilaknat oleh Allah selagi mereka tidak meminta maaf. Ayat itu berat hendak sebut, tetapi saya sebut juga. Sebab saya hendak tegakkan kebenaran, sebab saya tidak ada cara lain. Terlalu banyak sangat fitnah.

“Itu senjata terakhir saya dan Allah akan tunjukkan siapa yang benar,” katanya.

Rakyat dah tak nak ambil tahu lagi pasal-pasal politik sekarang terutama POLITIK PH yang hancing lokos kena kencing...bagi rakyat kemelut politik negara dah berakhir..

Sekarang rakyat nak fikir bagaimana mulakan kehidupan baru selepas covid..nanti dekat-dekat nak pru-15 baru nak ambil tahu pasal politik. Sekarang politik-politik letak tepi dululah.

Sembang kari 'bacul sana bacul sini' dah tak jalan lagi. Bawak dia jadi saksi kes 1MDB samada dia bacul atau tidak nak datang mahkamah..!? Haahh Tungguuu

Udah udah lah tu..Anonymousnoreply@blogger.com