Thursday 25 February 2021

Ketakutan Yang MemBabi Buta

Nabi SAW memberi petunjuk tentang fitnah ini agar kita ikuti bila berdepan dengannya. Baginda berkata, “Apabila hampir hari Kiamat akan muncul banyak fitnah ibarat malam gelap gelita.” Baginda menambah, “Orang yang duduk ketika itu lebih baik dari orang berdiri, orang berdiri ketika itu lebih baik dari yang berjalan, orang yang berjalan ketika itu lebih baik dari yang berlari. Patahkanlah panah-panah kalian, putuskanlah tali pemanah dan pukullah pedang kalian ke batu. Jika seorang kalian dimasuki (ingin dibunuh), jadilah seperti yang terbaik di antara dua anak Adam (Habil yang dibunuh saudaranya).’” (Sahih HR Ahmad)

Buatlah semahunya oleh pengikut dajjal sekalipun namun keyakinan kita ialah dajjal akan mati di tangan nabi Isa as. Maka persediaan kita ialah untuk mengikut Nabi Isa dan bukan menjadi takut dengan dajjal.

Diakhir zaman ini kita perlu ada stand samada menjadi pengikut dajjal atau menjadi pengikut Nabi Isa nanti.

Tiada jalan playsafe di akhir zaman ini. Lagi banyak perkara yang kita tahu maka sepatutnya semakin tunduk kita kepada kekuasaan Allah swt.

Jerit pekik, maki hamun tidak akan mampu mengalahkan dajjal tetapi sebaliknya ketakwaan kita kepada Allah swt sahajalah menjadi pendinding daripada serangan ejen ejen dajjal.

Kadang2 ketakutan kepada dajjal melebihi keyakinan kita kepada Allah swt.

Allah hantar dajjal dan akan menurunkan juga Nabi Isa untuk membunuhnya.

Dajjal tidak kebal...

Malah Allah akan menghantar Al Mahdi sebelum itu untuk mengalahkan pemimpin zalim yang kuffar.

Maka teruskan menambah amal ibadah kita yang telah kita culas sebelum ini.

Makin dekat kemunculan dajjal maka seharusnya semakin bertambah amalan kita...

Soalan bocor kita dah dapat seribu tahun dahulu. Skrip pun kita dah tahu. Cuma pengarah dan pelakonnya sahaja yang berubah ubah mengikut zaman.

Apa yang disuruh ialah genggam kuat kuat dengan geraham alquran dan sunnah.

Zaman skang ni ialah zaman nafsi nafsi maka jaga lah diri masing masing.

Sabda Nabi, “Bergegaslah melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita.” (HR Muslim)

Wednesday 24 February 2021

Tips Buat Melayu

Dalam diri orang melayu ni terdapat terlalu banyak suis... Klau tekan suis jahat, dia akan jadi sejahat jahat manusia hingga sanggup bunuh anak yang tak berdosa dalam lubang jamban. Kalau tekan suis baik, dia punyer baik sampai mengaku dialah nabi...

Tapi kalau jadi litar pintas pada suis tak pasal pasal dia jadi kerajaan langit...

Sebaik baiknya kita bersederhana... Kalau kita ada pendapat yang berselisihan dengan pendapat orang lain maka kita simpan je dalam hati tak perlu bertegang urat sampai nak bergaduh.

Diakhir zaman ni susah nak membezakan yang benar dan yang salah kerana fitnah itu ibarat seekor semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam yang gelap.

Cuma tips yang perlu kita ingat ialah dajjal akan membuat perkara yang terbalik dengan kehendak agama.

Kalau dajjal kata benda tu baik maka sebenarnya ia adalah buruk.

Dan tips yang kedua ialah Islam bermula datangnya secara asing dan berakhir dengan cara asing juga maka beruntunglah orang yang dipandang asing.

Manakala tips yang ketiga ialah orang orang beriman ini sedikit jumlahnya maka letakkanlah diri kita dikalangan orang yang sedikit.

Jom kita hentikan sengketa sesama sendiri dan bersantai santai saja dalam perhubungan sesama insan.

Monday 22 February 2021

Vaksin: Selamat Maju Jaya Buat Anda

Sebenarnya baik covid mahu pun memandu laju di jalanraya, kedua2 nya membawa risiko kepada diri sendiri dan kepada manusia yang lain.

Maka berhati hatilah dijalanraya...

Kita ni tak tau lagi vaksin tu samada kebal atau tidak dari covid.

Kita masih lagi mendengar2 cerita orang. Perbagai cerita yang dimuatkan ke dalam media. Ada yang kata ok dan ada yang kata tak ok.

Malah yang kata ok itu pun masih belum mengambil vaksin. Mereka sendiripun hanya mendengar cerita dari media.

Maka untuk betul2 pasti maka kita tunggu saja sukarelawan vaksin kena secucuk dua vaksin tu terlebih dahulu.

Kalau dorang selamat dan covid bertempiaran lari dari dorang maka boleh lah yang lain2 pun mengambilnya juga.

Nak bergaduh sesama sendiri pasal benda yang belum pasti pun tak guna juga...

Yang puak ni tuduh yang ni anti konspirasi, yang puak ni pulak tuduh yang ni anti dajjal...

Macam2 hal melayu ni... Dari buang masa bergaduh dalam fb baik pegi tambah amal ibadat sebab tanpa dajjal pun kita tetap akan mati.

Kita beribadat bukan sebab takut dajjal tapi sebab takut kepada pencipta dajjal yakni Allah swt...

Tak usah pening2 sangat pasal vaksin ni sampai nak bergaduh sesama sendiri...

Sebenarnya tak perlu gaduh2 sangat pasal vaksin ni. Yang nak ambil vaksin teruskan niat tu. Yang tak berani nak ambil vaksin tunggu saja kawan kawan yang lain ambil dulu. Kalau mereka sihat wal afiat dan kebal drp covid maka boleh lah ambil selepas itu.

Tapi kalau mereka yang dah ambil vaksin masih lagi menghadapi risiko serangan covid maka janganlah diambil vaksin tersebut.

Tak perlu gaduh gaduh...

Kita tunggu dan lihat je... Yang sanggup ambil vaksin dipermulaan adalah pejuang negara.

Mereka perlu dipuji diatas keberanian mereka kerana sanggup mengambilnya terlebih dahulu diwaktu ramai yang kurang pasti..

Yang takut nak ambil skang lebih baik diam2 dulu.. Tunggu dan lihat...

Kita ni memang banyak perasaan takutnya. Maklumlah kita ni manusia biasa. Ada yang takut covid, ada yang takut vaksin, ada yang takut bini, ada yang takut polis, ada yang takut ular, ada yang takut katak, ada yang takut mati...

Macam2 takut kita ada... Maka apabila ada orang berani akan salah satu perkara diatas maka perlu dipuji kerana ianya adalah luar biasa...

Ada satu sikap yang kurang baik pada diri kita yang perlu dibuang jauh jauh...

Jangan pula kita mendoakan mereka yang telah mengambil vaksin itu mendapat kesan buruk selepas pengambilan vaksin tersebut.

Kita perlu doakan mereka selamat dan vaksin itu berkesan kepada pendamic ini.

Ini adalah kerana kejayaan itu membolehkan kita selamat dari covid juga.

Sikap suka padankan muka orang harus dibuang jauh2...

Sekiranya rakyat didalam negara ini bijak dan tidak panik serta saling sayang menyayangi maka negara ini akan selamat, walaupun bapak kepada konspirasi sekalipun yang menyerang...

Tetapi sekiranya masih lagi mahu berbalah sesama sendiri tak kira masa dari atas sampai kebawah, maka tak perlu satu konspirasi yang luar biasa pun untuk menghuru harakan negara ini.

Saya mengambil pendekatan yang lebih bersederhana dalam membuat keputusan. Ini kerana keputusan yang tergesa gesa biasanya berakhir dengan risiko.

Namun begitu sebarang perkara baru perlu dicuba terlebih dahulu. Memandangkan saya didalam golongan yang agak penakut untuk mencuba perkara baru maka saya amat berterimakasih dan menyanjung tinggi kepada mereka yang secara sukarela sudi mengambil vaksin tersebut.

Bagi saya anda adalah pejuang yang berani... Malah saya mendoakan anda selamat dan moga vaksin itu berkesan demi rakyat didalam negara ini untuk masa akan datang.

Kadang2 terfikir juga... Andainya satu pasukan musuh sedang menyerang negara ini adakah rakyat didalam negara ini akan bangkit mempertahankan negara ini ataupun terjerit jerit menyalahkan parti2 politik dan kerajaan...?🤔🤔🤔



Saturday 20 February 2021

Vaksin: Apa sebab nak bergaduh?

Isu vaksin telah menjadi satu fenomena didalam negara kita kini. Boleh dikatakan rakyat terpecah kepada 3 golongan dalam isu pengambilan vaksin ini yakni:

1. Golongan pentaksub vaksin
2. Golongan anti vaksin
3. Golongan tunggu dan lihat

Cuma satu nasihat dari kami (yakni golongan tunggu dan lihat) ialah kami menyarankan golongan pentaksub dan anti ini tak perlulah nak bergaduh di dalam media berkenaan pegangan masing masing.

Adalah lebih baik mereka pertahankan pegangan mereka sambil menutup mulut dan tidak saling hina menghina sesama sendiri.

Apa sahaja hujah kedua golongan ini adalah sama sama benar dan tidak perlu sampai bertegang urat.

Bagi kami golongan tunggu dan lihat ini amat bersyukur dan berterima kasih sekiranya benar golongan pentaksub ini sanggup mengambil vaksin tersebut secara sukarela dan hasilnya kita dapat menentukan sejauh mana selamatnya vaksin tersebut kepada manusia.

Sekiranya tiada bahan ujikaji mungkin sukar juga untuk kita ketahui sejauh mana berkesannya vaksin tersebut.

Sewajarnya golongan anti vaksin lebih baik diam dan tunggu sahaja hasilnya nanti. Menjerit jerit dan memaki hamun pentaksub vaksin bukanlah cara untuk mengetahui kesan vaksin tersebut.

Manakala pentaksub vaksin pula janganlah begitu bongkak dengan memperlecehkan golongan anti vaksin seolah olah mereka begitu yakin vaksin tersebut sudah terlalu selamat.

Apa yang dikhuatirkan oleh golongan anti vaksin ini ada juga asasnya.

Dalam keadaan kita tidak tahu kesan sebenar atas pengambilan vaksin ini adalah lebih baik jangan bergaduh sesama sendiri.

Kita hanya perlu berterimakasih kepada golongan pentaksub vaksin yang sudi menjadi tikus makmal dan sekiranya berkesan maka bolehlah beramai ramai kita mengambilnya tanpa perlu kerisauan lagi.

Sementara vaksin ini masih percuma lagi maka kita amat galakkan para pentaksub ini mengambilnya secepat mungkin manakala para anti vaksin pula perlu menutup mulut.

Friday 19 February 2021

Strategi Dakwah Yang Diabaikan

Berdakwah ni seperti berniaga juga yang mana ia mempunyai produk dan produk itu perlu sampai ke tangan pengguna.

Dalam versi perniagaan antara kaedah yang perlu digunakan ialah promosi. Promosi digunakan untuk memperkenalkan produk kita kepada umum agar masyarakat merasai kewujuan produk itu.

Setelah kerja kerja promosi dijalankan maka satu kerja terakhir yang paling penting ialah close-deal. Dan inilah tugas yang paling sukar kerana untuk meyakinkan pembeli, jurujual perlu mempunyai mempunyai daya tarikan yang hebat.

Namun demikian ada beberapa cara yang boleh digunapakai dalam misi close-deal ini yakni membahagikan kebolehan beberapa jurujual mengikut target market.

Seandainya market dikalangan orang berada maka jurujual yang fasih berbahasa inggeris dan agak bergaya perlu dihantar kerana orang orang berada lebih yakin kepada keterampilan penjual yang sebegini disamping kemahiran jurujual dalam bercakap.

Bagi market orang kebanyakan biasanya jurujual tidak begitu terikat sangat untuk nampak begitu mewah. Cukup sekadar kemas dan petah berkata kata bagi mendekati target mereka.

Disamping menjual ada satu lagi resepi yang perlu dilakukan oleh jurujual yakni jurujual tidak boleh sama sekali saling menjatuhkan sesama jurujual.

Mereka perlu tumpukan kepada menjual dan memuji produk sahaja. Sebarang kata kata yang berniat untuk menjatuhkan rakan rakan yang lain sebenarnya secara tidak langsung akan membuatkan pengguna semakin jauh dari produk.

Begitulah juga dengan kerja dakwah dimana sekiranya para pendakwah terlalu sebok mengeji pendakwah yang lain maka masyarakat akan semakin jauh dari agama.

Pendakwah sepatutnya menumpukan kepada market yang lebih luas. Masih terlampau ramai lagi orang yang masih belum memeluk Islam maka janganlah yang sudah Islam ini pula mahu dipecah belahkan.

Wednesday 17 February 2021

Penuaan bermula dari kaki ke atas, KEKALKAN KAKI ANDA KUAT !!

▪️Semasa kita sudah tua, kaki kita mesti sentiasa kuat.

▪️Semasa kita bertambah tua, kita tidak perlu takut rambut kita menjadi putih, (atau) kulit kendur (atau) keriput.

▪️Di antara tanda-tanda umur panjang, seperti yang diringkaskan oleh Majalah AS "Pencegahan", otot kaki yang kuat disenaraikan di bahagian atas, sebagai anggota yang paling penting.

▪️Jika anda tidak menggerakkan kaki anda selama dua minggu, kekuatan kaki anda akan menurun 10 tahun.

▪️Sebuah kajian dari University of Copenhagen di Denmark mendapati bahawa tua dan muda, kalau tidak aktif, selama 2 minggu kekuatan otot kaki dapat melemah sepertiga yang bersamaan dengan penuaan 20-30 tahun.

▪️Saat otot kaki kita lemah, akan memerlukan masa yang lama untuk pulih, walaupun kita melakukan pemulihan dan senaman, kemudiannya.

▪️ Oleh itu, senaman berkala seperti berjalan kaki, sangat penting.

▪️Berat / beban seluruh badan kekal dan bersandar pada kaki.

▪️Kaki adalah sejenis tiang, menanggung berat badan manusia.

▪️ Menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot, berada di kedua kaki.

▪️ Sendi dan tulang badan manusia yang terbesar dan terkuat juga terdapat di kaki.

▪️ "Tulang yang kuat, otot yang kuat, dan sendi yang lentur membentuk" Segitiga Besi "yang membawa beban yang paling penting pada tubuh manusia."

▪️70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga dalam kehidupan seseorang dilakukan oleh kedua kaki.

▪️Hanya ketika kaki sihat maka arus darah mengalir dengan lancar, sehingga orang yang mempunyai otot kaki yang kuat pasti akan mempunyai hati yang kuat.

▪️Selain itu, kalsium Bone Fertilizer yang disebut akan cepat atau lambat hilang dengan berlalunya masa, menjadikan orang tua lebih mudahnpatah tulang.

▪️Tahukah anda bahawa 15% pesakit tua akan mati dalam setahun patah tulang paha.

▪️Menjaga kaki, tidak pernah terlambat, walaupun setelah usia lebih 60 tahun.

▪️ Walaupun kita / kaki kita akan beransur-ansur tua dengan usia, senaman kaki adalah tugas sepanjang hayat.

▪️Hanya dengan menguatkan kaki, seseorang dapat melambatkan proses penuaan lebih lanjut.

▪️Silakan berjalan kaki sekurang-kurangnya 30-40 minit setiap hari untuk memastikan kaki anda cukup bersenam dan memastikan otot kaki anda tetap sihat.

Anda mungkin ingin berkongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang sudah tua.


Tuesday 16 February 2021

Mungkin Orang Kaya Kritik Barulah Kerajaan Mahu Percaya

Kemunculan Tun Daim Zainuddin yang tiba-tiba bersuara mengkritik kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin serta-merta menimbulkan pelbagai tafsiran.

Meskipun menyentuh pelbagai perkara, antaranya tentang UMNO dan PH sebagai pembangkang, paling menarik tentunya ialah kritikan beliau yang berterus-terang terhadap kerajaan PN.

Dalam kritikannya, antara lain Tun Daim berkata, kerajaan PN dilihat tidak berfungsi dengan cekap dan “terumbang-ambing” mentadbir negara ketika menghadapi wabak Covid19.

“Masalah ini diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian. 

“Rakyat masih belum nampak walau satu contoh pun usaha sama membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak ini – selain kehadiran anggota tentera di sekatan jalanraya,” katanya dalam temubual dengan sebuah portal berita.

Tun Daim turut menyoal ketiadaan penyelarasan gerak kerja pentadbiran PN dalam menangani Covid19 dengan memberi contoh isu sambungan internet dan pembelajaran murid dari rumah.

“Mengapa kementerian dan agensi komunikasi dan multimedia tidak duduk bersama Kementerian Pendidikan mencari jalan menyelesaikan masalah sambungan internet untuk pelajar yang dipaksa belajar dalam talian?

“Pelajar merasakan mereka diabaikan oleh kerajaaan dan mereka berhak berasa demikian,” katanya.

Menurut Tun Daim lagi, pengumuman Perdana Menteri dan menteri setiap hari tidak menimbulkan keyakinan rakyat yang merasa mereka telah terabai.

“Orang ramai sudah tidak melekat di depan kaca TV untuk mengikuti sidang media setiap petang.

“Tidak siapa yang ambil tahu mengenai SOP yang kerap berubah, mahupun angka jangkitan atau nama kluster yang tidak membantu (keadaan mereka),” tambahnya.

Katanya lagi, segelintir menteri yang tampil bersuara pula hanya menambahkan kekeliruan dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman mereka.

“Rakyat berkata mereka keliru, tidak jelas sehingga SOP yang berubah-ubah membawa erti ‘Semua Orang Pening’,” ujarnya dengan sinis.

Tun Daim turut menegur tentang banyaknya keputusan-keputusan kerajaan PN sebagai

“tidak masuk akal kerana ia dibuat bukan berpandukan sains.”

Beliau merujuk perintah pengecualian kuarantin tiga hari untuk menteri yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berbanding 10 hari untuk rakyat biasa.

“Di mana penjelasan atau sokongan saintifiknya untuk buat keputusan seperti itu?

“Apa yang rakyat nampak ialah ini merupakan penguatkuasaan undang undang dua darjat – lain untuk rakyat dan lain untuk orang berkedudukan tinggi.

“Virus ini tidak kira itu semua – kerana ia tidak mendiskriminasi sama ada seseorang itu menteri atau bukan,” jelasnya.

Tun Daim mengingatkan perlu ada dasar yang betul untuk menangani wabak Covid19 dan ekonomi yang bertambah baik akan menyusul selepas itu.

“Kalau dasar menangani wabak salah, ekonomi akan sengsara dan tidak akan pulih,” tegas bekas Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan era PH itu.

Selain itu, kata beliau, walau kerajaan PN mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbillion ringgit, namun rakyat masih tidak dapat menikmati manfaatnya dan mereka terus ditimpa kesusahan.

Tegasnya, rakyat sudah membuat kesimpulan bahawa kerajaan sama ada tidak ada perancangan atau komunikasinya sangat buruk sehingga ia tidak peduli dan tidak dengar rintihan rakyat .

“Banyak cadangan sudah dibuat oleh pembangkang, ketua industri, pakar kesihatan, NGO malah rakyat biasa – tetapi mereka merungut kerajaan tidak mahu dengar.

Monday 15 February 2021

CARA MEMASTIKAN NAFSU MASIH BAGUS ATAUPUN TIDAK

(Menurut Keterangan Doktor)

*MOHON MAAF*....

Hanya sekadar berkongsi info saja... Mungkin bermanfaat.

*1. DI MULAI DARI PAHA BAHAGIAN BELAKANG.*

Angkat salah satu kakinya, lalu tahan selama 5 minit.

Seterusnya...,
Cuba pegang di bahagian belakang paha. 

Jika terasa masih *Tegang* dan *Keras*.., itu tanda nafsunya masih tinggi.

Jika paha di bahagian belakangnya terasa *Lembik* ketika di pegang dan terasa agak bergetar.., itu tandanya dia sudah *Tidak Mampu*.

*2. BAHAGIAN TELINGA.*

Yang nafsunya tinggi.., ia mempunyai bentuk telinga yang masih *Tegak* ke atas dan sama-sama *Lurus*. 

Kalau telinganya di tekan ke bawah lalu di lepas.., telinganya akan cepat kembali menghadap ke atas.., itu tandanya *Nafsunya Bagus*. 

Jika telinganya di tekan ke bawah lalu di lepas, tapi tidak kembali ke atas.., itu tandanya dia sudah *Tidak Kuat* lagi.

*3. DI LIHAT DARI TINGKAH LAKUNYA*

Bila ia sangat *Agresif*, *Lincah* dan tidak duduk diam.., itu bererti nafsunya masih *Bagus*.

Berbeza halnya dengan yang kurang bagus. Kebanyakannya cuma duduk *Diam* dan *Malas*.

*4. DI LIHAT DARI BULU YANG TUMBUH*

Apabila bulunya *Lebat* maka nafsunya *Sangat Bagus*.

Apabila bulunya mudah *Gugur* atau *Luruh*.., itu menandakan nafsunya sudah mulai berkurangan.

*5. DI LIHAT DARI BELAKANG LEHER.*

Ini adalah salah satu kaedah yang *Paling Mudah* untuk
memastikan nafsunya masih *BAGUS* ataupun *TIDAK*. 

Jika belakang lehernya di tarik atau di ramas dan terasa masih *Tegang*, itu tandanya masih *BAGUS*. 

Berbeda halnya dengan belakang lehernya terasa agak *Kendur* dan juga *Berkerut*.

Demikianlah penjelasan dari;

*Dr. Hilman SpD.*
Doktor Haiwan Yang Pakar Dalam Memilih Baka 
_*KAMBING JANTAN*_ *Terbaik.*

*UNTUK  KAMBING JE TAU..*😁😁😁

Thursday 11 February 2021

Orang Yang Beriman Sebenarnya

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

3. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

4. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

(Al-Anfaal 8: 2-4)

Wednesday 10 February 2021

Realiti Dunia Hari Ini

Apa yang kita pernah belajar dulu pada akhir zaman ini kita perlu buat sesuatu yang berlawanan dengan kehendak dajjal...

Fitnah pertama yang perlu kita rungkaikan ialah adakah mereka itu pengikut dajjal atau tidak?

Sifat sifat dajjal ada dijelaskan dalam ilmu yang pernah kita belajar dan kehendak2 dajjal juga kita dah tahu.

Cuma yang kita belum betul2 pasti ialah adakah kita sebahagian daripada pengikut dajjal?

Dan yang lebih merumitkan ialah kerana kita terpaksa bergantung harap kepada para ustaz2 yang mendapat keuntungan dalam menyampaikan ilmu.

Para ustaz ini pula hanya pandai berceramah semata2 tetapi mereka sendiripun tidak mengamalkan ilmu yang mereka ajar.

Mereka lebih kenal dengan dajjal tetapi kelihatannya mereka menolak gerak kerja  dajjal secara tidak langsung.

Sunday 7 February 2021

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu
kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah
saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian
tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu
diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di
tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak
atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian
mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika
Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)
lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada
seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di
antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya
agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau
Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku
(maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang
kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan
bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik
untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari
ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul
amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

Saturday 6 February 2021

ZINA DI PINGGIR JALAN

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu, dari Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam, beliau bersabda:

”Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak akan hancur umat ini hingga kaum pria mendatangi kaum wanita, lalu dia menggaulinya di jalan. Orang yang paling baik di antara mereka saat itu berkata, ’Seandainya engkau menutupinya di belakang tembok ini.’” [Diriwayatkan oleh Abu Ya’la. Al Haitsami berkata, ’dan perawinya adalah perawi yang ash-Shahih.” Lihat Maj’mauz Zawaa-id (VII/331)]

Al Qurthubi (beliau adalah seorang ulama fikih madzhab Maliki, meninggal di Iskandaria th 656 H) berkata dalam al Mufhim, mengomentari hadits Anas terdahulu, “Di dalam hadits ini ada sebuah tanda dari tanda-tanda kenabian, karena beliau telah mengabarkan berbagai perkara yang akan terjadi, maka perkara itu pun telah terjadi terutama di masa-masa sekarang ini.” [Fathul Bari (I/179)]

Jika hal ini terjadi pada zaman Imam al Qurthubi, maka sesungguhnya hal ini lebih nampak lagi di zaman kita sekarang ini, karena besarnya dominasi kebodohan dan tersebarnya kerusakan di tengah-tengah manusia.

Baca selengkapnya https://muslimah.or.id/3464-tanda-kiamat-merebaknya-perzinaan.html

📷 @ibnu.al.iskandar x @thequran_path

Friday 5 February 2021

TAHAP RASUAH DI MALAYSIA

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sektor yang kuat rasuah dapat disenaraikan sebagai berikut:

Pegawai polis ( 57%),
Pemungut Hasil ( 48%),
Ahli Majlis Tempatan (48%),
Pejawat Awam (45%),
Penggubal Undang-Undang (41%),
Hakim (33%), dan
Pemimpin agama (31%).

Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?

Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:

1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.

2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.

3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.

4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.

5. Pada tahun 1990, seramai di 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.

6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.

7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.

8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.

9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kola mudang.

10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.

11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.

12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.

Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.

Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!...

Dr. Ismail Abdullah, Teras Jernang, 
24-11-2020

Thursday 4 February 2021

Pesanan Ebit Lew

21 Pesanan bermakna dari beliau.

1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.

2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.

3. Sesiapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.

5. Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah swt akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.

7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.

8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.

9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.

10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya.

Pertama doa mak ayah kita.

Kedua, doa isteri.

Ketiga, doa orang baik2 serta kawan2 kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.

11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.

12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.

13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.

14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.

15. Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.

16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.

17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.

19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.

20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa2. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.

21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting bila Allah sayang.

Pesanan Bermakna Dari Ustaz Haji Ebit Liew

Wednesday 3 February 2021

MB Kelantan Kecewa Tanggungjawab Tidak Dilaksanakan Oleh AJK Masjid

*Ucapan MB Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, dlm sidang DUNnya.*

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan saya kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum saya sebagai seorang makmum dan manusia.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Saya cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid. 

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang. 

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca. 

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Saya cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist saya. Mohon panjangkan cadangan saya ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

*Sila "viralkan" hingga sampai ke AJK Masjid/Surau/Pegawai Majlis Agama Negeri dan kpd Semua yg Beragama ISLAM."*

Tuesday 2 February 2021

Pingat atau Pengat?

Baru baru ini heboh didalam media sosial berkenaan orang orang politik mendapat anugerah pingat dan pangkat Dato. Selain daripada terlampau ramai orang politik diberi pingat dan pangkat, yang menimbulkan tanda tanya adalah, apakah jasa mereka kepada negara?

Dengan penganugerahan ini, ia sebenarnya telah menjatuhkan martabat ketinggian pingat itu sendiri.

Ia umpama terlampau ramai orang gila diberi smartfon jenama Iphone dan ia membuatkan ramai orang waras menjadi malu untuk menggunakan jenama tersebut.

Isu pemberian pingat ini menjadi isu politik kerana ramai orang politik yang menerima dan ramai pula orang politik yang mengata.

Dan kita amat fahami, yang mengata itu tentulah kerana cemburu dan sakit hati.

Manakala bagi rakyat pula pemberian pingat ini membuatkan si pemberi pingat telah meletakkan martabatnya jauh ke bawah.


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...