Friday 30 June 2017

Pesanan Abu Bakar

    Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
                        Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
                        Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Thursday 29 June 2017

Rayuan Tun Mahathir

BAGAIMANA NAJIB HENDAK MENANG

1. Ini merupakan penulisan ke-3 berkenaan tajuk di atas. Apa yang akan Najib lakukan atau mungkin lakukan untuk menang Pilihanraya ke-14 boleh memuat senaskhah buku. Saya hanya senaraikan beberapa tindakan yang telah dia lakukan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan apa yang dilakukan semasa pilihanraya kecil dan juga lain-lain yang dilakukan untuk menyekat bangkangan terhadapnya.

2. Negara masih ingat demonstrasi Bersih 5. Dia menyatakan yang dia tidak akan sekat. Tetapi kita semua tahu apa yang dia bermati-mati lakukan untuk menghalang demonstrasi itu daripada diteruskan sama sekali atau untuk mengurangkan skalanya.

3. Kesemua tempat yang dicadangkan oleh Bersih tidak diluluskan pihak polis. Beberapa jalan juga di klasifikasikan sebagai tidak sesuai. Demonstrasi tidak boleh ada apa-apa unsur keganasan. Tidak boleh ada apa-apa sampah dibuang oleh para peserta demonstrasi. Baju kuning menjadi pakaian jenayah.

4. Bersih telah patuhi hampir kesemua sekatan ini. Tidak seperti demonstrasi jalanan di negara-negara lain, pesertanya tidak memenuhi jalan-jalan tetapi hanya di kaki lima. Mereka mematuhi kesemua arahan polis. Malahan ada pasukan untuk mengutip sampah. Peserta juga elak daripada membuang sampah di jalan. Tidak ada keganasan, walaupun apabila bertembung dengan penyokong Kerajaan berbaju merah. Dunia tidak pernah menyaksi demonstrasi yang begitu tertib dan aman. Tidak ada gas pemedih mata, tiada pembakaran tayar, tiada kenderaan yang diterbalikkan.

5. Walaupun penganjur telah memberikan ketetapan untuk patuhi kesemua syarat-syarat, beberapa hari sebelum demonstrasi, Maria Chin Abdullah, pemimpin utama bersama sembilan lagi pemimpin yang lain ditangkap. Maria dihumban ke dalam bilik yang sejuk dan gelap. Ini merupakan satu penyeksaan. Demonstrasi tetap berjalan tanpa ramai daripada pemimpin mereka.

6. Beberapa hari selepas demonstrasi berakhir barulah Maria dan yang lain-lain dibebaskan. Ianya juga kerana ramai yang melakukan protes secara senyap di Dataran Merdeka setiap malam.

7. Inilah salah satu cara Najib untuk menakutkan pembangkang.

8. Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa Pilihanraya Umum ke-14.

9. Terdapat beberapa tanda-tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-kacirkan parti. Memang tindakan akan sebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan rasa takut untuk undi pembangkang. Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan.

10. Undi untuk pembangkang akan merosot. Dan semasa ketiadaan pemimpin, Najib boleh rasuah rakyat dan pekerja parti sesungguh hatinya. Mereka akan lakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.

11. Pekerja pilihanraya dan juga pegawai mungkin akan menyalah arahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali. Undi pos akan di “hijack” dan dipindahkan bagi menaikkan jumlah undi di kawasan calon-calon penting BN.

12. Secara dasar Malaysia bukan lagi sebuah demokrasi. Kita kini di klasifikasikan sebagai sebuah kleptokrasi, sebuah negara yang dipimpin pencuri. Tahap penipuan dalam Pilihanraya akan menjadikan ianya tidak bererti sama sekali. Ianya memalukan.

13. Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “Police State”. Tidak ada peraturan undang-undang. Samada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya. Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan. Mereka akan menganggu-gugat orang, memanggil untuk disoal-siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ianya dilakukan dengan persetujuan KPN.

14. Semua ini akan berlaku lagi semasa pilihanraya diadakan. Tetapi Najib juga boleh untuk tidak adakan pilihanraya. Ianya di bawah bidang kuasa dia untuk berbuat sedemikian. Undang-undang tidak akan menghalangnya. Hanya dengan mengisytiharkan darurat, walaupun hakikatnya tidak pun timbul situasi sebegitu dia boleh gantung perlembagaan.

15. Dan dia akan dapat sokongan tidak belah-bahagi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka ini semua tahu yang pemimpin mereka ini menyalahguna kuasa. Mereka sedar akan siasatan dan tuduhan terhadap Najib oleh beberapa badan siasatan negara asing. Mereka tahu tentang laporan jenayah oleh Department of Justice Amerika Syarikat, penahanan individu dan penutupan bank-bank di Singapura yang terpalit dengan skandal 1MDB. Mereka tahu tentang kegiatan rasuah berleluasa melibatkan duit curi yang dilakukan Najib bermula sebaik sahaja ianya menjawat jawatan. Dia telah menghancurkan UMNO dan negara.

16. Said Keruak, Annuar Musa, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Mustapa Mohamad, pemimpin-pemimpin MCA dan MIC dan kesemua Menteri Kabinet sedikit pun tidak ambil kisah. Mereka tidak kisah apa yang akan jadi kepada negara ini, kepada rakyat dan kepada reputasi Kerajaan yang baik yang telah dibina pemimpin-pemimpin terdahulu.

17. Apa yang mereka kisah hanyalah kedudukan mereka, kemudahan yang mereka dapat serta kemungkinan besar dedak yang diperolehi. Biarlah negara ini hancur. Biarkan ianya dipanggil kleptokrasi. Biarkan ianya tersenarai sebagai diantara 10 negara paling korup di dunia. Mereka tidak kisah. Tidak mungkin mereka tidak tahu. Tetapi mereka tidak kisah.

18. Rakyat boleh menderita. Itu bukan masalah Bapak-bapak Menteri. Dipimpin pencuri tidak mengapa.

19. Asalkan mereka sendiri dapat meraih untung untuk diri mereka sendiri tidak mengapa, apa yang nak dikisahkan tentang perkara lain.

20. Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di Pilihanraya Umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.

21. Rakyat Malaysia!

22. Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.

23. Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya.

Tun Mahathir Mohamad

Monday 19 June 2017

Bicara Rakyat: Aku Mesti Jumpa Kiah Hari Ni Juga

Leman dapat tawaran kerja di Ipoh. Punya la Leman seronok, dah bertahun Leman menganggur. Maklum la di kampong tempat leman ni mana la ada pekerjaan yang memerlukan SPM. kerja kerja kampong seperti mengail, berkebun dan lain kerja kampong semuanya tak perlukan kelulusan seperti leman. Malah kelayakan untuk kerja di kilang getah di pinggir kampong tu pun tak perlu tahu membaca dan menulis pun.



Huh... bisik hati leman apabila memandang budak budak kilang yang keluar dari kilang bila mereka lalu didepan warong pak akob tempat leman mengeteh. Kenapa la mereka kerja kilang bergaji murah ni? Takder masa depan... rungut leman lagi.

Aku mesti jumpa Kiah hari ni jugak, kata leman pada dirinya sendiri. Kiah ialah anak dara Pak Akob tokay warong tempat leman suka bergayut petang petang. Anak muda di kampong ni semuanya tergila gilakan Kiah. Warong Pak Akob ni penuhpun sebab mereka nak mengorat Kiah. Kiah seorang gadis yang cantik, malah yang paling cantik di Kampong Dusun. Kalau tengokkan muka Pak Akob memang takder siapa pun sangka yang Pak Akob ni ada anak perempuan secantik Kiah. Pak Akob kulitnya hitam legam dan bermuka bengis. Ramai yang kata kalau tengok muka pak Akob memang takder siapapun tergamak nak minum di warong tu.

Tapi disebabkan Kiah maka ramai lah anak muda kampong dan orang orang tua yang nak menggatal menaruh harapan kepada Kiah. Tok Sidang Husin pun tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba. Pak Akob sebenarnya tahu semua tu tapi disebabkan mereka datang dan minum bergelas gelas Kopi Janda maka Pak Akob buat bodoh je. Lantak le demer nak ngorat, asalkan demer berhabis duit di warong aku ni... kekkekkek... mengekek Pak Akob gelak dalam hati.

Tiba tiba Kiah menegur Leman. Nak minum apa bang? Tersentak leman dari lamunannya. Tergagap leman menjawab. Kkkkopi... Kiah. Kopi Kiah ke atau Kopi janda? tanya Kiah sambil tersenyum. Perhhhhhhh...... Bisa saja jantung Leman meletup bila melihat Kiah tersenyum gatal begitu.....

Kiah.... Leman memanggil Kiah dengan suara lembut. Kali ni Kiah pula terduduk bila mendengar suara yang begitu lembut dan romantis. Terkejut pelanggan pelanggan lain bila tengok Kiah terguling guling jatuh. Apa halnya tu.... jerit Pak Akob dari belakang kedai. takder apa ayah... Kiah terjatuh, jerit Kiah pada ayahnya yang berada di dapur.

Ya Man, baru Kiah dapat membalas panggilan Leman bila hatinya sudah tenang sedikit. Siapa yang tak kenal Leman. Leman ialah anak Tok Sidang Husin orang paling kaya di kampong Dusun ni. Malah leman juga adalah anak muda kampong yang paling hensem di Kampong ini. Semua anak gadis kampong tergila gilakan leman. Malah kak limah jadi gilapun disebabkan oleh Tok sidang husin menolak cintanya. kalau bapaknya hensem, apatah lagi anaknya yang bernama leman ni....

Kiah... . sekali lagi dengan suara yang begitu romantis leman memanggil Kiah. Abang akan ke Ipoh esok untuk mula bekerja disana. Abang harap Kiah izinkan ya? Kiah tertunduk dan setitik demi setitik airmatanya gugur ke tanah. Sambil mengangkat kepalanya dan terus merenung ke arah leman, Kiah terus berkata, Abang jangan lupakan Kiah ya kalau sampai di sana nanti.

Tak Kiah, tak... abang takkan lupakan Kiah buat selama lamanya. Apa yang Kiah nak pesan kalau abang balik ke kampong nanti. insyaallah sebulan sekali abang balik la kampong untuk jumpa dengan Kiah.

Kiah takder nak pesan apa apa pada abang, cuma Kiah nak pesan satu je pada abang.

Apa dia Kiah...kata leman. Dalam hati Leman, Leman begitu pasti Kiah akan menyuruhnya meminang secepat mungkin.... yahoooooo..... jerit leman dalam hati.

Cakap la Kiah desak Leman.

Abang.... kata Kiah lagi.... Kiah cuma nak pesan janganlah abang lupa diri walaupun abang dah bekerja di Ipoh. Nanti tolonglah balik ke kampong bila waktu pilihanraya nanti. Pilihanraya mungkin tak lama je lagi. Bila abang balik tolonglah undi PAKATAN HARAPAN

Sunday 18 June 2017

Persamaan Firaun dan Najib


 
Sebagaimana halnya Nabi Musa a.s., demikian juga negara kita mempunyai Fir’aun, Haman dan Qarunnya sendiri. Nama-nama itu masing-masing dapat melambangkan sifat kekuasaan (Fir’aun);  pejabat keagamaan (Haman), dan kekayaan harta atau orang-orang kaya/konglomerat (Qarun), seperti halnya Haman itu kepala pejabat keagamaan kerajaan Fir'aun, dan Qarun itu seorang yang kaya raya di antara kaum bangsawan Fir’aun. (Keduanya menjadi penopang utama kekuasaan Fir'aun dibantu dengan ahli-ahli sihir (media) yang membentuk pengaruh didalam masyarakat.)
Kekuasaan politik tanpa batas, golongan pejabat keagamaan yang berwatak suka menjilat, dan nafsu kapitalisme yang tidak terkendalikan, merupakan tiga keburukan yang senantiasa menghambat dan menghentikan pertumbuhan politik, ekonomi, akhlak, dan ruhani suatu bangsa, dan tentunya terhadap musuh-musuh manusia itulah para Pembaharu Suci --  yakni para Rasul Allah -- telah melancarkan perang sengit di sepanjang zaman (QS,7:35-37).
Haman itu gelar pendeta agung dewa Amon; “ham” di dalam bahasa Mesir berarti  “pendeta agung”. Dewa Amon menguasai semua dewa Mesir lainnya. Haman adalah kepala khazanah  dan juga yang mengepalai askar-askar dan semua ahli pertukangan di Thebes. Namanya adalah Nubunnef, dan ia pendeta agung di bawah Rameses II dan putranya yang bernama Merenptah.
Oleh kerana ia menjadi kepala organisasi kependetaan yang sangat kaya, merangkumi semua pendeta di seluruh negeri, kekuasaannya dan wibawanya telah meningkat sedemikian rupa, sehingga ia menguasai kuasa politik yang sangat berpengaruh, dan bahkan mempunyai suatu pasukan tentera peribadi (“A story of Egypt” oleh James Henry Breasted, Ph.D).
Qarun adalah seorang orang kaya raya. Ia dihargai sekali oleh Fir’aun dan dilantik sebagai bendaharanya. Ia berfungsi mengawasi tambang-tambang emas milik Fir’aun dan ia juga seorang pakar dalam teknik pengutipan emas dari tambang-tambang.
Bahagian selatan Mesir, wilayah Qaru, terkenal dengan tambang-tambang emasnya. Karena akhiran “an” atau “on” berarti “tiang,” atau “cahaya,” maka kata majemuknya “Qur-on” berarti “tiang Qaru” dan merupakan gelar menteri pertambangan.
Konon ia seorang dari Bani Israil dan beriman kepada Nabi Musa a.s., tetapi untuk mengambil hati Fir’aun ia telah menganiaya bangsanya sendiri dan berlaku sombong terhadap mereka, sebagai akibatnya azab Allah Swt. menimpa dirinya dan ia binasa yakni ia dan tempat tinggalnya serta seluruh harta kekayaan yang sangat dibanggakannya ditelan bumi (QS.28:77-83), firman-Nya:

اِنَّ قَارُوۡنَ کَانَ مِنۡ قَوۡمِ  مُوۡسٰی فَبَغٰی عَلَیۡہِمۡ ۪ وَ اٰتَیۡنٰہُ مِنَ الۡکُنُوۡزِ مَاۤ  اِنَّ مَفَاتِحَہٗ  لَتَنُوۡٓاُ بِالۡعُصۡبَۃِ  اُولِی الۡقُوَّۃِ ٭ اِذۡ  قَالَ  لَہٗ  قَوۡمُہٗ  لَا تَفۡرَحۡ  اِنَّ اللّٰہَ  لَا یُحِبُّ الۡفَرِحِیۡنَ ﴿۷۶﴾  وَ ابۡتَغِ  فِیۡمَاۤ  اٰتٰىکَ اللّٰہُ  الدَّارَ الۡاٰخِرَۃَ  وَ لَا تَنۡسَ نَصِیۡبَکَ مِنَ الدُّنۡیَا وَ اَحۡسِنۡ کَمَاۤ  اَحۡسَنَ اللّٰہُ  اِلَیۡکَ وَ لَا تَبۡغِ الۡفَسَادَ فِی الۡاَرۡضِ ؕ اِنَّ اللّٰہَ  لَا یُحِبُّ الۡمُفۡسِدِیۡنَ ﴿﴾  قَالَ  اِنَّمَاۤ   اُوۡتِیۡتُہٗ  عَلٰی  عِلۡمٍ عِنۡدِیۡ ؕ اَوَ لَمۡ یَعۡلَمۡ اَنَّ اللّٰہَ  قَدۡ اَہۡلَکَ مِنۡ قَبۡلِہٖ مِنَ الۡقُرُوۡنِ مَنۡ ہُوَ اَشَدُّ مِنۡہُ  قُوَّۃً وَّ اَکۡثَرُ جَمۡعًا ؕ وَ لَا یُسۡـَٔلُ عَنۡ ذُنُوۡبِہِمُ  الۡمُجۡرِمُوۡنَ
Sesungguhnya Qarun  adalah termasuk kaum Musa tetapi ia berlaku aniaya terhadap mereka. Dan Kami telah memberinya khazanah-khazanah (kekayaan) yang kunci-kuncinya sangat susah diangkat oleh sejumlah orang-orang kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya, “Janganlah engkau terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.” Ia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya ini telah diberikan-Nya kepadaku karena ilmu yang ada padaku.” Tidakkah ia mengetahui bahwa sungguh  Allah telah membinasakan banyak generasi sebelumnya yang lebih besar kekuasaannya daripada dia dan lebih banyak harta kekayaannya? Dan orang-orang yang berdosa tidak perlu ditanyakan mengenai dosa-dosa mereka. (Al-Qashash [28]:77-78). 
Mafatih (kunci-kunci) adalah jamak dari dua kata maftah dan miftah, yang pertama berarti timbunan; khazanah; dan kata yang kedua berarti anak kunci (Lexicon Lane).
Kalimat وَ لَا یُسۡـَٔلُ عَنۡ ذُنُوۡبِہِمُ  الۡمُجۡرِمُوۡنَ -- “Dan orang-orang yang berdosa tidak akan ditanyakan mengenai dosa-dosa mereka”, bahawa kesalahan kaum kafir akan begitu nyata sehingga pengusutan lebih lanjut akan dianggap tidak perlu untuk membuktikannya; atau artinya ialah orang-orang yang bersalah tidak akan diberi peluang membela diri, karena dosa-dosa dan keburukan-keburukan mereka telah begitu nyata sekali.
Upaya Membangun “Langit Baru dan Bumi Baru” Melalui  Pengutusan “Khalifah Allah”
Pendek kata, ketiga golongan orang-orang duniawi yang bekerjasama mengekalkan dominasi kemapanan mereka –yang dilambangkan oleh “Fir’aun, Haman, dan Qarun” – tersebut meyakini bahwa kemunculan para Rasul Allah akan sangat membahayakan kemapaman duniawi mereka.
Itulah sebabnya di setiap zaman kenabian ketiga kekuatan tersebut bergabung untuk menghancurkan misi  suci para Rasul Allah atau Khalifah Allah yang diberi amanat oleh Allah Swt. untuk menciptakan “bumi baru dan langit baru” (QS.14:49-53) guna akan menggantikan “langit lama dan bumi lama” yang mereka  pertahankan karena telah terjadi kerusakan di seluruh kawasan “daratan dan lautan” (QS.30:42).

Rosmah Dirayu Pulangkan Semula Barang Kemas

Saya ternanti-nanti tindakan Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan barangan kemas bernilai RM128 juta kepada kerajaan Malaysia. Barangan kemas itu bukanlah milik peribadi beliau kerana ianya dibeli dengan menggunakan wang 1MDB. Justeru, saya menyeru Datin Seri Rosmah supaya segera berbuat demikian.

Seterusnya baca disini

http://celahgelegar.blogspot.my/2017/06/doj-1mdbmuhyidin-rayu-rosmah-pulangkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)&m=1

Kenyataan Anwar Mendamaikan Banyak Pihak

KENYATAAN MEDIA

Isu Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri

Pakatan Harapan perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya. Semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan Pengerusi hanya sebagai penyelaras. Segala persiapan/agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti.

Adapun usul Bersatu untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru Pakatan Harapan, dikhuatiri akan merombak kerangka Pakatan Harapan menjadikannya mirip BN. Maka kesediaan semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan.

Dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam satu pasukan mantap menentang UMNO-BN, adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan. Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir. Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan.

Sepertimana yang disepakati Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan, kita menggagaskan pembaharuan dan mengusung idea politk baru. Kita berpaksikan prinsip luhur Perlembagaan termasuk kedudukan Islam, hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, bahasa, dan Raja-Raja Melayu. Kendati begitu, kita menolak asas politik perkauman; disebaliknya komited untuk menegakkan amalan demokrasi dan prinsip keadilan. Keutamaan dasar menjurus kepada kebajikan rakyat dengan menolak kerakusan kuasa dan rasuah. Laungan kita tidak terbatas kepada perubahan pimpinan tetapi sistem lapuk yang diwarisi yang mengizinkan segala pelanggaran hukum dan rasuah oleh pemimpin tanpa kawalan dan tindakan.

Perhatian Pakatan Harapan harus terpancang kepada dasar negara; kebobrokan sistem dan ke arah kemenangan PRU ke-14. Isu pinggiran lainnya, muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan dalam Pakatan Harapan tidak harus diizinkan.

Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calun Perdana Menteri. Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat.

Anwar Ibrahim

17 Jun 2017

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...