Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

FIRAUN YANG KOMPITEN TAPI KUFUR

"Wahai rakyatku, bukankah aku yang berjasa membangunkan Mesir. Dan mengalirnya air sungai di bawah pentadbiranku. Apakah kamu tidak menyaksikannya? Ataupun bukankah aku yang lebih baik berbanding si dia ini (Musa), yang kata-katanya pun hampir tidak difahami" - al-Zukhruf 51-52. • Firaun bukan sekadar berjanji, bahkan dia mengemukakan bukti pencapaiannya memajukan Mesir. • Firaun cukup berbangga dengan sungai-sungai yang ketika itu berfungsi sebagai lebuhraya menghubungkan antara bandar ke bandar. • Firaun menjadikan isu pembangunan sebagai modal menentang Nabi Musa. • Sedangkan Nabi Musa menentang Firaun bukan kerana tidak puas hati dengan taraf pembangunan Mesir. Malah Nabi Musa pernah menikmati bantuan penuh Firaun ketika membesar di bawah bumbung istana Firaun. • Perjuangan Nabi Musa jelas, lawan Firaun kerana Firaun menolak dan mengganggu Islam. Dari kedegilan itu menyemarakkan pelbagai jenis kezaliman. Persoalannya jika kita hidup di zaman Firaun, apakah

Anak Penerbit Filem Anti Islam Memeluk Islam

Sebelumnya, ayah lelaki ini dikenali sebagai seorang penerbit filem anti-Islam, "Fitna" memeluk Islam tahun lalu. Kini beliau pula mendapat hidayah mengikuti jejak langkah ayahnya baru-baru ini. The Khaleej Times  melaporkan pada Isnin (21 April) bahawa Iskandar Van Doorn telah bersyahadah bersama 37 orang lainnya di  Dubai International Peace Convention . “Saya melihat ayah saya menjadi lebih bahagia setelah kembali kepada Islam,” ujar Iskandar Van Doorn. Ketika itulah beliau menyedari ada sesuatu yang baik dalam agama ini. “Dan itulah yang menyebabkan saya mengubah persepsi saya terhadap Islam.” Menurutnya, setelah ayahnya memeluk Islam, beliau mula mencari pengetahuan tentang Islam dengan mempelajari al-Quran serta mendengar ceramah mengenai Islam. “Seorang sahabat, Younis yang juga seorang Muslim turut membantu mengajar saya agama Islam,” ujar beliau yang kini berusia 22 tahun. Sebelumnya, Arnoud Van Dorn (ayahnya) adalah seorang bekas pemimpin sayap kana

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA

Assalamualaikum Disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita.  Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak.  Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh. Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini: 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x 2. Selawat Keatas Nabi 3x 3. Surah Al-Fatihah 1x 4. Ayat Kursi 3x 5. Zikir Lailahaillallah 100 x. sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan i

Tanda2 Kiamat: Sebahagiannya Adalah Najib

1. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang memperlakukan mereka adalah putra-putri raja, putera-puteri Persia dan Romawi, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya) . “- Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar ra 2. Orang Yang Baik Berkurang Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak Dari Aisyah ra berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi penyebab kemarahan (bagi orang tuanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik “; – (Riwayat Thabrani). 3. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi r

9 Mimpi Nabi

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..” 1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah m

BAHTERA NABI NUH A.S DITEMUI DI TURKI

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu. Ada sesetengah pe

Sejarah Yahudi

DI Zaman Pra Islam iaitu di Semenanjung Arab dikatakan terdapat lebih 20 kabilah yang terdiri daripada puak-puak Yahudi. Ini menjadikan terdapat sejumlah besar penduduk di semenanjung itu terdiri daripada kaum Yahudi selain daripada bangsa-bangsa Arab yang lain. Tetapi adakah puak-puak Yahudi ini merupakan penduduk asal Tanah Arab dan membentuk negara bangsa Yahudi mereka di situ? Pastinya mereka sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, Yahudi merupakan kaum yang terpaksa migrasi dari satu tempat ke suatu tempat yang lain, mencari bumi mana yang sudi menerima mereka. Jika kita menyingkap sejarah asal usul kaum ini, mereka juga dikenali juga sebagai Bani Israel bermaksud bangsa yang berketurunan Israel. Fakta mengenai Israel yang mesti kita ketahui bahawa Israel berasal dari perkataan Ibrani yang bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'. Iaitu satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakob a.s, iaitu nabi kesepuluh lahir selepas Nabi Adam a.s. Nabi Yaakob dikatakan se