"Wahai rakyatku, bukankah aku yang berjasa membangunkan Mesir. Dan mengalirnya air sungai di bawah pentadbiranku. Apakah kamu tidak menyaksikannya? Ataupun bukankah aku yang lebih baik berbanding si dia ini (Musa), yang kata-katanya pun hampir tidak difahami" - al-Zukhruf 51-52.
• Firaun bukan sekadar berjanji, bahkan dia mengemukakan bukti pencapaiannya memajukan Mesir.
• Firaun cukup berbangga dengan sungai-sungai yang ketika itu berfungsi sebagai lebuhraya menghubungkan antara bandar ke bandar.
• Firaun menjadikan isu pembangunan sebagai modal menentang Nabi Musa.
• Sedangkan Nabi Musa menentang Firaun bukan kerana tidak puas hati dengan taraf pembangunan Mesir. Malah Nabi Musa pernah menikmati bantuan penuh Firaun ketika membesar di bawah bumbung istana Firaun.
• Perjuangan Nabi Musa jelas, lawan Firaun kerana Firaun menolak dan mengganggu Islam. Dari kedegilan itu menyemarakkan pelbagai jenis kezaliman.
Persoalannya jika kita hidup di zaman Firaun, apakah kita akan bersama menyokong Nabi Musa atau berpihak kepada Firaun? Perlu diingat, Firaun seorang pemerintah yang berjaya dari sudut pembangunan material, tetapi menolak Islam.
No comments:
Post a Comment