Tuesday 31 December 2019

4 Keistimewaan Emas Berbanding Wang Fiat (wang kertas)

1. Emas sentiasa bernilai sepanjang zaman. Makin lama disimpan makin mahal; macam harta karun. 

Wang kertas akan susut nilai, simpan wang lama-lama, satu masa dah tak laku untuk digunakan. 

2. Emas 100 gram jika patah dua menjadi 50gram, masih bernilai dan masih mahal. 

Wang kertas RM100 jika koyak dua, langsung tidak bernilai dan tidak boleh digunakan. 

3. Emas boleh dilebur dan diubah bentuk menjadi barang kemas, goldbar, mahupun dinar. Semuanya bernilai. 

Wang kertas hanyalah kertas, bolehlah digubah menjadi origami. 

4. Emas diiktiraf dan diterima di mana-mana negara di seluruh dunia. Wang kertas pula hanya laku di negara pengeluarnya sahaja. 


Monday 30 December 2019

Tak Percaya Wujudnya Tuhan

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen ini?"
Murid-murid: "Nampak cikgu."
Guru tadika: "Pen ada kan?"
Murid-murid: "Ada cikgu."

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen?"
Murid-murid: "Tak nampak cikgu."
Guru tadika: "Pen ada tak?"
Murid-murid: "Tak ada cikgu."
Guru tadika: "Anak-anak nampak Tuhan tak?"
Murid-murid: "Tak nampak cikgu."
Guru tadika: "Tuhan ada tak?"
Murid-murid: "Tak ada cikgu."

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Burhan lalu dia pun mengangkat tangan...

Burhan: "Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?"
Guru tadika: "Boleh, mari ke depan."
Burhan: "Kawan-kawan nampak cikgu tak?"
Murid-murid: "Nampak."
Burhan: "Cikgu ada kan?"
Murid-murid: "Ada."
Burhan: "Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?"
Murid-murid: "Tak nampak."
Burhan: "Cikgu ada otak tak?"
Murid-murid: "Tak ada."



Sunday 29 December 2019

Teknologi Jepun, Amerika, dan Malaysia

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang 'mengeteh'.


Menteri Jepun: "Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot."

Menteri AS: "Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear."

Menteri Malaysia: "Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami."

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : "Apa korang jumpa?"
Tukang gali: "Tidak ada apa-apa..."
Menteri Malaysia: "Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?"
Tukang gali: "Takde Dato'.."

Menteri Malaysia: (sambil 'menjeling kerek' ke menteri Jepun dan Amerika) "Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!"



Saturday 28 December 2019

Nak ubah negara bukan ubah parti tapi ubah pemimpin, pru lepas orang melayu tersilap.

Memberi muka kepada kaum lain bukan berlaku sehari dua ini sahaja. Ia berlaku semenjak sebelum merdeka lagi dimana ia dimulai dengan memberi hak warganegara kepada mereka.

Sejak tahun 70an lagi kita dikumandangkan dengan lagu anak kecil main api namun pemimpin melayu diwaktu itu langsung tidak berbuat sesuatu malah lebih berkompromi dan mengorbankan sedikit demi sedikit hak kita.

Skarang sudah sampai ke kemuncaknya... 

Kita diam kita kena, kita bising pun tetap kita juga yang kena...

Ini kerana adanya pemimpin melayu yang tidak berhati melayu dan berjiwa islam.

Orang melayu lemah bukan kerana tidak bersatu tetapi kerana sudah tiada iman...

Kalau iman kuat tak mungkin pemimpin melayu sendiri yang menggadaikan maruah melayu...

Hari ini kalau nak jadi pemimpin perlu ada tokeh cina di belakang...

Kalau harap tokeh melayu jawabnya tokeh tu pulak nak masuk politik juga nak jadi pemimpin...

Terlalu lama makan dedak tokeh cina membuatkan semua pemimpin melayu PH menjadi tikus bila maruah bangsa direnggut oleh kaum lain...

Mereka sudah terlalu lama termakan budi semasa menjadi pembangkang dahulu. Dan apa saja tindakan Dap akan dihalalkan walaupun mereka menjadi ahli parlimen adalah kerana undi orang melayu.

Tanpa tokeh mereka nak bertandingpun tak mampu nak bayar wang pertaruhan.

Parti Amanah sebuah parti baru tidak mungkin mampu nak menaja calon calon yang bertanding sekiranya tiada yang menaja.

Sudah pasti setelah menang mereka akan pertahankan penaja ini habis habisan waima maruah bangsa dan agama perlu dikorbankan.

Friday 27 December 2019

Mampukah Parti Bersatu Menganjurkan sebuah Pemilihan yang Adil?

Pemilihan parti bersatu sudah pasti mendapat perhatian kerana semua pihak mahu melihat bagaimana mereka menguruskan parti.

Sekiranya parti kecil pun mereka tidak mampu uruskan maka sudah pasti mereka tidak mampu untuk menguruskan negara.

Suhu parti bersatu sudah mula panas apabila semakin dekat dengan tarikh pemilihannya awal tahun hadapan.

Ini adalah pemilihan yang pertama selepas beberapa kali berjaya menunda pertandingan untuk mengekalkan kuasa tanpa pemilihan.

Beberapa gerak kerja bagi membersihkan dan menghalalkan beberapa perkara perlu dilakukan agar mereka yang berkuasa boleh terus mengekalkan kuasa.

Ada diantara calon yang berkeinginan bertanding didalam pemilihan parti bersatu rupa rupanya tidak tahu langsung berkenaan sistem mengundi yang akan dijalankan.

Tergagap gagap mereka bila ditanya bagaimana proses undi akan dijalankan.

Nampaknya parti bersatu masih belum memaklumkan kaedah yang akan diguna pakai oleh mereka dalam pemilihan tahun hadapan.

Malah bilangan cawangan yang berada didalam setiap bahagian juga belum dimuktamadkan.

Segala galanya kelihatan cuba dirahsiakan.

Di perak ahli ahli bersatu sendiri ada yang tidak tahu mereka berada di bahagian mana.

Malah mereka juga beranggapan parti bersatu cuma merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang di monopoli dikalangan orang orang sekeliling menteri besar sahaja.

Nampaknya kritikan Tun terhadap parti umno dahulu kini berbalik kepada parti bersatu sendiri.

Ada yang beranggapan sekiranya Allahyarham Sanusi masih hidup mungkin pengurusan parti mampu berjalan dengan lancar.

Ini kerana Tun bukanlah tahu segala galanya berkenaan pengurusan parti.

Malah umno sendiri pernah diharamkan gara gara pengurusan yang lemah semasa beliau menjadi presiden.

Tanpa kuasa perdana menteri, parti bersatu berada didalam risiko besar untuk diharamkan kerana boleh dikatakan kewujudan parti tersebut hanyalah diatas kertas semata mata.

Pemimpin pemimpin didalam bersatu cukup takut sekiranya peralihan kuasa berlaku tahun hadapan.

Mereka sedar PKR sama sekali tidak  akan mengekalkan jawatan mereka di dalam kerajaan selepas ini.

Perbuatan mereka yang sebelum ini menekan dan meminggirkan pemimpin pkr negeri juga mengundang pembalasan sekiranya tidak berkuasa lagi.

Seandainya Anwar sedikit bijak dengan menyantuni orang orang melayu, besar kemungkinan bersatu akan tersapu dengan lebih lancar lagi dari pakatan harapan.

Thursday 26 December 2019

Rakyat memerhati

Kita jangan berasa letih untuk berbuat kebaikan kerana syaitan tak pernah letih berbuat kejahatan... 

Perpaduan adalah satu kebaikan... 

Samada berjaya atau tidak serahkan sahaja kepada Allah swt. Rakyat memerhatikan gerak geri anda. Sekiranya anda benar benar telah insaf dan berubah maka next pru undian rakyat akan menjadi milik anda...

Rakyat pernah memberi peluang kepada anda suatu masa dahulu tetapi anda khianati, rakyat juga telah memberi peluang kepada pakatan harapan, juga rakyat telah di khianati maka tidak salah untuk bertukar kepada yang lain.

Rakyat sentiasa berlapang dada dan memberi peluang kepada mana mana parti yang berjuang untuk agama dan bangsa...

Wednesday 25 December 2019

Kerajaan Akhir Zaman

Bila pemimpin berebut jawatan dan kuasa, mulalah mereka mengheret rakyat untuk menyokong mereka dan menjadikan rakyat sebagai benteng hadapan untuk disyahidkan.

Mujurlah mereka tiada ilmu bercakap dengan haiwan dan jin, kalau tidak teruk juga kita nak berhadapan dengan haiwan dan jin.

Pemimpin Bersatu sedang giat berkempen untuk menonjolkan diri mereka sebagai calon dalam pemilihan tahun hadapan.

Calon yang berjawatan menteri akan bertukar tukar sokongan sesama mereka sambil menjanjikan projek dengan kuasa yang mereka ada.

Pegawai pegawai mereka sedang meronda satu malaysia menjanjikan perbagai projek kepada ketua ketua bahagian.

Ada juga yang mengambil jalan shortcut berhubung dengan menteri besar sahaja.

Ini satu tindakan yang lebih bijak dan menjimatkan wang ringgit.

Daripada bagi duit pada ahli ahli adalah lebih baik bagi projek kepada menteri besar melalui proksi mereka.

Dulu kita dihebohkan dengan politik wang didalam umno apabila berlakunya pemilihan parti.

Perkara ini dapat dihapuskan dalam Bersatu dengan mewujudkan politik projek sesama calon yang berjawatan didalam kerajaan.

Bila kita kata ph tak melakukan apa apa perubahan, mereka pertahankan hujah dengan perbagai bukti bahawa kerajaan ada berbuat sesuatu untuk rakyat.

Tapi apa yang mereka buat sama juga pernah dilakukan oleh kerajaan BN dulu.

Rakyat sebenarnya masih tidak nampak perubahan. Apa yang rakyat nampak cuma perkara pelik...

Macam macam benda pelik yang dilakukan oleh kerajaan yang tidak layak pun untuk dikategorikan sebagai satu perubahan positif untuk negara mahupun untuk kebaikan rakyat.

Bagi mereka, menjatuhkan najib dan menghalang anwar menjadi PM adalah satu jasa yang teramat besar untuk negara yang melayakkan mereka menyamun dan menyalahguna kuasa.

Tak tau la daripada mana mereka belajar fahaman begini...

Nak kata mereka mengguna mazhab yang empat, takde pula dinyatakan begitu didalam kitab kitab besar ulamak tersebut.

Nak kata mereka pakai tareqat, takde pula mereka kuat berzikir...

Mungkin ilmu makrifat mereka sudah sampai ke tahap yang terlalu tinggi agaknya hinggakan gerak langkah mereka menyamai kehendak dajjal tapi niat mereka baik.

Cara mereka untuk mematahkan kritikan rakyat terhadap mereka ialah dengan melemparkan tuduhan bahawa pengkritik adalah penyokong kuat kepada salah laku najib dan kerajaan lama.

Mungkin juga itu sahaja alasan yang mampu mereka berselindung disebalik kerakusan dan kesyaitanan yang sedang mereka lakukan.

Mereka sebenarnya sudah tidak mampu untuk membuktikan mereka baik, cara mereka berhujah hanyalah dengan menunjukkan kejahatan pihak lain bagi menyelindungi kejahatan mereka.

Tuesday 24 December 2019

Apabila yang pandai menjadi memandai mandai

Apa yang tidak ada kepada parti pembangkang ialah mereka tiada skil untuk memujuk.

Strategi yang mereka lakukan hanyalah untuk menegakkan benang yang basah.

Sepatutnya mereka sudah faham apa kehendak rakyat amnya dan apa kehendak orang melayu khasnya.

Tapi mereka masih lagi duduk di kerusi mereka sambil mengenang ngenangkan nostalgia lama semasa mereka memegang kuasa.

Selepas terkenang mereka akan meratap dan menyumpah nyumpah orang yang telah merentap kenikmatan mereka dulu.

Apa yang mereka lakukan hari ini bukanlah atas dasar keinsafan tetapi sebenarnya mereka melepaskan geram kerana telah dikalahkan.

Sepatutnya mereka bangkit dari kerusi dan mula menjelajah mencari dan memujuk orang melayu untuk menyokong mereka kembali dan bukannya bertelagah dengan rakyat sambil menegakkan benang basah.

Mereka harus sedar mereka kalah kerana mereka telah mengabaikan rakyat.

Malah mereka terlalu bongkak semasa memegang kuasa dahulu.
Belajar lah kaedah politik memujuk. 

Berapa lama nak menyombongkan diri...?

Orang melayu ni hatinya lembut. Hati mereka seperti kerak nasi. Selalu berjumpa mereka, akan membuatkan menjadi mesra.

Itu yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang. Tapi malangnya pembangang menggunakan strategi serangan.

Menyerang membuatkan mereka akan pancit semasa hari pertarungan nanti. Menyerang juga membuatkan rakyat semakin jauh.

Mereka ingat mereka masih berkuasa..?

Mereka harus ingat, diwaktu mereka berkuasa pun rakyat masih berani melawan, inikan pula diwaktu tiada kuasa.

Ubah lah strategi dan jadilah orang orang baik... Sampai bila nak pakai strategi lama yang telah membuatkan mereka tercampak ke bawah.

Sebenarnya PH menang kerana nasib. Nasib mereka agak baik kerana umno diwaktu itu mempunyai pemimpin yang culas.

Itu yang harus umno faham. 

Sekiranya pemimpin umno diwaktu itu tidak culas maka mustahil sama sekali umno boleh ditumbangkan.

Untuk menaikkan umno maka umno perlu mempunyai jeneral yang bersih dan mampu meyakinkan rakyat.

Tugas umno sekarang bukanlah melalak lalak ke hulu ke hilir tetapi sebaliknya perlu pantas berbincang sesama warlord untuk mengangkat jeneral yang mampu mendapat kepercayaan rakyat.

Tapi malangnya warlord sesama warlord pula yang perasan mereka lebih hebat dari yang lain dan saling berebut.

Sudah sudah lah berebut. Tak habis habis lagi ke nak bergaduh sesama sendiri.

Hampir kesemua parti melayu bergaduh sesama sendiri kerana jawatan.

Memilih pemimpin parti di era pembangkang ini perlu lebih ketat. Ia bukan lagi seperti dahulu main tangkap muat.

Pemimpin yang diangkat selepas ini akan lebih mencabar tanggungjawab mereka kerana mereka perlu berhadapan dengan isu antarabangsa.

Sekiranya mereka memilih pemimpin lembik dan mata duitan maka tak kemana juga hala tuju negara ini.

Apa yang telah berlaku maka ia sudah pasti adalah suatu takdir.

Manakala apa yang bakal terjadi kita belum tahu lagi apakah takdirnya dan kita masih berpeluang untuk memilih takdir kita sendiri.

Maka berubah dari takdir buruk kepada takdir yang baik adalah satu pilihan buat kita.

Ia sebagaimana yang pernah berlaku di zaman saidina umar yang mana beliau membatalkan niatnya untuk memasuki perkampungan yang sedang mengalami wabak penyakit dan pergi ke perkampungan lain.

Untuk itu pada pru akan datang rakyat amat mengharapkan agar umno dapat menjadi takdir yang baik buat mereka.

Maka untuk itu umno perlu mengubah diri mereka agar menjadi baik terlebih dahulu.

Sekelentit lagi sewajarnya parti parti yang bertelagah ini janganlah mengheret rakyat apabila mereka bergaduh.

Bergaduh dan bertumbuklah sesama sendiri terlebih dahulu dan tugas rakyat hanyalah disaat saat akhir sewaktu pilihanraya nanti.

Awal awal lagi dah mengheret rakyat ini menampakkan mereka sebenarnya bacul untuk berada di barisan depan.

Bila rakyat ramai yang mati mereka diam diam menyembunyikan diri seperti orang tidak bersalah.

Negara amat memerlukan para bijak pandai tapi malangnya hari ini negara kita telah dilimpahi dengan terlalu ramai orang yang memandai mandai.

Monday 23 December 2019

Persiapan Serba sedikit Ilmu Emas akhir zaman

Bagi penyimpan emas, adalah amat penting untuk kenal jenis-jenis emas kerana lain emas lain kualiti dan harganya. Jangan main beli sahaja asal nampak murah

Anda suka emas? Emas putih atau emas kuning? Bagaimana nak bezakan kualiti emas tersebut? Sebagai pengenalan, ini info tentang emas putih dan platinum.

Emas putih atau emas platinum ada dua kualiti atau mutu, 750 dan 375 (atau nama lainnya suasa). Sebab itu harga dia bila nak jual balik murah sebab ikut mutu emas dia, lebih baik beli emas 916 jika kita mencari emas perhiasan.

Emas putih (750 atau 375) tidak boleh bercampur dengan emas 916 kerana mutu emas dia, jadi tidak ada susut nilai jika terdapat saduran chrome di atas emas (dalam bahasa mudah hanya diwarnakan sahaja).

Paling penting bila nak beli emas sebenarnya kita kena tahu ketulenan emas tersebut, 916 (22k), 835 (20k), 750 (18k) dan 375 (9k).

Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis emas yang popular di Malaysia.

Emas yang paling popular untuk dijadikan sebagai emas perhiasan ialah emas 916 atau nama lainnya emas 22K. Kalau untuk pelaburan emas simpanan seperti jongkong dan dinar emas, lebih sesuai beli emas berkualiti seperti emas 999 atau juga dikenali sebagai emas 24K di mana ia lebih bersesuaian untuk mendapat pulangan lebih tinggi.

Apa itu K? K (KARAT) ialah mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.

( 24K / 24K ) x 100 = 99.9 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %

Ok agak-agak kenapa emas ini berbeza dan pelbagai jenisnya?

Sebenarnya perbezaan jenis emas ini bergantung kepada kualiti emas iaitu kandungan emas. Adakah kandungan emas tu tulen 100% tanpa campuran ataupun kandungan emas bercampur dengan bahan-bahan lain.

Kenapa emas perlu dicampur dengan bahan lain? Supaya barang kemas jadi lebih kuat dan kukuh, syarikat juga boleh jual lebih tinggi bila mereka masukkan caj upah.

Sifat asas emas tulen ialah lembut, jadi emas ini akan dicampur bahan lain seperti tembaga, besi, aluminium dan sebagainya untuk mengukuhkan lagi bentuknya supaya lebih tahan lasak.

Sekiranya nak letakkan batu permata, mengukir bentuk emas ia memang memerlukan bahan lain untuk kukuhkan bentuk dan kualiti emas perhiasan.


Mari kita jelajahi pelbagai lagi jenis-jenis emas dan kualiti emas;

EMAS 999
Kalau emas 999 ianya adalah emas tulen maknanya emas ni tanpa campuran kandungan lain.
99.9% adalah pure emas
Dikenali sebagai emas 24K (emas 24 karat).
Kalau orang tua suka panggil emas 10.
Kebanyakkan dalam bentuk emas jongkong (gold bar)
Harga lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain
Kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan

EMAS 916
Mempunyai kandungan emas 91.6%
Mempunyai 8.4% adalah dari campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
Dikenali juga sebagai emas 22K
Paling popular dikalangan peminat emas di Malaysia

EMAS 950
Mempunyai kandungan emas 95.0%
Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya.
Dikenali emas 23 karat atau 23K

EMAS 850
Mempunyai kandungan 83.5% emas
Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
Amat popular dikalangan peminat emas di Kelantan

EMAS 750
Mempunyai kandungan 75.0% emas
Mempunyai 25% ialah campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
Dikenali juga sebagai paun atau emas 18 karat (18K).
Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu emas rendah
Paling penting bila nak beli emas kena tahu ketulenan emas tersebut.., 916 (22k), 835 (20k),750 (18k), 375 (9k)..

Ini pula kami kongsikan pendapat penyimpan tentang jenis-jenis emas ini:

Warna apa pun tak kisah sebenarnya, tak menjadi masalah, kuning ke, putih ke, merah ke hitam ke.., yang penting ketulenan emas itu.

Kalau siapa-siapa beli emas ada chrome putih dalam masa 3 tahun saja bertahan lepas tu chorme itu akan hilang dan terus jadi kuning, harga sama je. tak ada beza pun.

Sekarang ni, ramai yang ingat asalkan kuning aje emas 916, itu tak semestinya ya..

Sedikit ilmu tentang Emas putih atau Chrome.

Ada yang pergi kedai emas, tunjuk gelang, ada chrome putih. Tauke kedai cakap ini tak laku, kita ambil murah-murah je, kalau jual tempat lain, orang tak ambil dah.

Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama juga harganya. Melainkan kalau ada batu/ permata baru asingkan. Timbang emas sahaja. Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome. Bukan emas putih. Chrome adalah saduran cat ke atas emas.

Semoga bermanfaat!

Sunday 22 December 2019

Mengembek dan Mengaum dalam Demokrasi

Ada yang beranggapan apabila kita mengkritik kerajaan itu bermakna kita adalah pro pembangkang.

Manakala sekiranya kita mengkritik pembangkang ia bermakna kita adalah pro kerajaan.

Mereka meletakkan rakyat malaysia dalam keadaan hanya 2 pilihan sahaja.

Seolah olah dalam negara ini hanya ada 2 pilihan samada hidup atau mati.

Nampaknya sistem penjajah ini benar benar telah menjajah minda mereka.

Mereka tidak lagi berpandu kepada kebenaran dalam melakukan sokongan dan tindakan.

Bagi mereka apabila sudah masuk dalam satu kandang maka perlulah mengembek atau mengaum mengikut ketua kandang tersebut.

Mereka menjadi seperti binatang dimana masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau mengaum.

Saturday 21 December 2019

10 Kesilapan Dalam Pelaburan Emas

Kesilapan #1: 
Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

Kesilapan #2: 
Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: 
Membeli barang kemas. Barang kemas PERHIASAN biasa bukanlah emas pelaburan. 
(1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan 
(2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. 
(3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.

Kesilapan #4: 
Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.

Kesilapan #6: 
Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: 
Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: 
Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; 
(1) Harga emas turun banyak, 
(2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. 

Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: 
Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

Kesilapan #10: 
Menjual emas ditempat yang salah. Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.

Semoga bermenafaat👍👍👍

Friday 20 December 2019

CANDRADIMUKA

Semoga umat melayu mampu menjadi "Candradimuka" yakni dapat diandalkan dan diharapkan menjadi orang yang memiliki makna dan arti bagi bangsa dan negara, serta memberikan pengaruh yang positif bagi lingkungan sekitarnya. 

Diharap, bangsa melayu dapat memberikan sumbangan untuk kemajuan bangsa melayu itu sendiri. 

Berikanlah seluruh tenaga dan fikiranmu untuk kemajuan  bangsa dan negara ini, tanpa mengutamakan pemikiran apa yang pemimpin pemimpin melayu tohmahkan kepada dirimu.

Ada yang beranggapan apabila kita mengkritik kerajaan itu bermakna kita adalah pro pembangkang.

Manakala sekiranya kita mengkritik pembangkang ia bermakna kita adalah pro kerajaan.

Mereka meletakkan rakyat malaysia dalam keadaan hanya 2 pilihan sahaja.

Seolah olah dalam negara ini hanya ada 2 pilihan samada hidup atau mati.

Nampaknya sistem penjajah ini benar benar telah menjajah minda mereka.

Mereka tidak lagi berpandu kepada kebenaran dalam melakukan sokongan dan tindakan.

Bagi mereka apabila sudah masuk dalam satu kandang maka perlulah mengembek atau mengaum mengikut ketua kandang tersebut.

Mereka menjadi seperti binatang dimana masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau mengaum.

Thursday 19 December 2019

Kisah Hantu Yang Menyayat Hati

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."

🤭🤭🤭

Wednesday 18 December 2019

Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah



Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. 

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. 
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana riaksi tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!! 

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. 

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) 

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. 

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini. 

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. 

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara: 

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. 
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga bermanfa'at.

Tuesday 17 December 2019

Tiada Yang Gembira Tun mahu terus menjadi PM?

Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020.

Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa.

Lebih daripada itu, pemimpin pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi parti itu juga tidak ada yang tampil menyokong pengumuman tersebut.

Kebiasaannya, sebarang perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, lebih lebih lagi berkaitan perlanjutan jawatan, mudah saja mendapat sokongan, terutama daripada golongan pengampu, pembodek dan penjilatnya.

Ikut logiknya, inilah masa paling sesuai untuk mereka membodek dan mengampu Perdana Menteri serta selepas itu bolehlah menuntut apa-apa yang perlu seperti kontrak, jawatan, kedudukan dan sebagainya.

Tetapi, mengapa tidak ada yang melakukannya kali ini?

Monday 16 December 2019

Sudah turun temurun orang melayu begitu

Seandainya kerajaan dahulu mampu menjaga rakyat dengan baik maka tidak ada mana mana pihak pun mampu untuk mengalahkan mereka...

Dan lebih menarik lagi pemimpin di dalam PPBM pula sedang mengambil mana yang sempat dan itulah sebabnya mereka kelihatan seperti begitu rakus.

Ada yang mengatakan tugas kerajaan bukanlah menjanjikan kekayaan kepada rakyat. Sekiranya mahu kekayaan perlu berusaha dan rajin bekerja.

Sebenarnya kaya adalah perkara subjektif.

Ada yang kaya tanpa perlu berusaha, ada yang kaya dengan cara menipu, ada juga yang kaya kerana mereka ada kuasa.

Apa sebenarnya yang rakyat mahukan bukanlah kerajaan menjadikan mereka kaya tetapi apa yang rakyat mahukan ialah kerajaan jangan menghalang mereka untuk menjadi kaya.

Halangan yang berupa undang undang berat sebelah kepada rakyat yang berusaha untuk menjadi kaya adalah satu bentuk sabotaj.

Kadangkala apabila menteri bercakap cubalah jangan mengikut nada keangkuhan kerajaan yang lama.

Memang benar kerajaan sudah menyediakan infra seperti jalan raya, lampu jalan dan semuanya boleh dikongsikan bersama oleh setiap rakyat di negara ini malah pendatang asing juga menikmati kemudahan yang sama seperti kita.

Malah pendatang pendatang ini sudah mempunyai komuniti mereka sendiri dimana mereka berniaga sesama mereka.

Kehadiran mereka didalam negara ini tidak memberikan kesan positif kepada perniagaan rakyat tempatan.

Membiarkan pendatang asing berniaga sesuka hati mereka merupakan satu pengkhianatan kepada negara.

Keseluruhan pendatang asing ini sudah pasti mengirimkan berjuta ringgit setiap bulan ke negara asal mereka.

Wang kita tidak dapat berpusing di dalam negara untuk menjana ekonomi.

Ia merupakan satu kerugian kepada negara.

Kesilapan pemimpin pasca kemerdekaan ialah membenarkan pendatang asing diwaktu itu menjadi warga negara. Dan kesilapan kedua pula ialah membenarkan warganegara baru itu untuk mengundi memilih pemimpin negara.

Kita kurang pasti samada tindakan itu kerana kejahilan atau kerana syarat untuk merdeka.

Sekiranya itu merupakan syarat maka ia membuktikan pemimpin kita adalah lemah walaupun orang melayu kuat menyokongnya.

Apabila melihat peribahasa melayu lama barulah saya tersedar bahawa perangai buruk sudah lama wujud didalam diri orang melayu sejak zaman berzaman hingga terlahirnya kata kata kiasan yang berupakan sindiran.

Biasanya apabila orang menyindir itu bermakna mereka sudah tidak mampu lagi untuk berbuat apa apa melainkan melepaskan geram dengan menyindir.

Contohnya...

Haruan makan anak

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum

Harapkan pegar, pegar makan padi

Melepaskan batok di tangga

Menang sorak kampung tergadai

Marahkan nyamuk kelambu dibakar

Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan

Pukimak, haramjadah, babi pula tidak digunakan walaupun orang tua tua dulu begitu marah kepada pemimpin mereka.

Kemarahan mereka masih lagi terkawal....

Sunday 15 December 2019

Mengambil kesempatan atas kesempitan

Apakah tujuan kita memilih kerajaan?

Kita memilih kerajaan dengan harapan kerajaan menjadi pelindung kita, kita memilih mereka dari sebuah parti yang kita yakin mampu berfikir serta membuka ruang ekonomi agar kita boleh mendapat peluang untuk mencari rezki dan keselamatan kita terjamin dari paksi kejahatan.

Kita bukan memilih kerajaan hanya untuk memberi mereka kebenaran untuk membuli kita dengan ketidakadilan pegawai pegawai kerajaan atau mengadakan peraturan yang menyusahkan hidup kita.

Apabila beberapa pihak di dalam kerajaan bertindak hingga menghasilkan ketegangan kaum dan agama, maka sudah pasti beberapa pihak di pihak rakyat akan bersuara mengusulkan ketidakpuasan hati.

Apabila pihak rakyat mengusulkan ketidakpuasan hati melalui media sosial maka pihak yang menyokong kerajaan pula menuduh pihak rakyat cuba menimbulkan ketegangan.

Agak pelik suasana seperti ini dimana punca yang bertindak menegangkan keadaan tidak dipersalahkan tetapi yang mempertahankan diri pula yang dijatuhkan hukuman.

Ia seperti nasib yang tertimpa ke atas rakyat palestin dimana yang merampas negara palestin bebas bertindak manakala rakyat palestin dipersalahkan kerana mempertahankan tanahair mereka.

Formula ini seolah olah sedang berjalan di seluruh dunia.

Pada tahun 80an dahulu kita gemar melihat perlawanan wrestling di kaca tv.

Ia agak menarik kerana terdapat perbagai drama di dalam perlawanan tersebut.

Ia dimulakan dengan penggusti yang membawa karaktor jahat bercakap dengan sombong dan mencabar penggusti baik.

Penggusti baik seolah olah dibuli dan dibelasah dengan teruk. Malah pengadil perlawanan juga dilihat begitu berat sebelah dalam mengadili perlawanan.

Penggusti jahat juga kerap menggunakan tipu helah untuk memenangi perlawanan.

Penonton pula begitu kuat bersorak setiap kali penggusti baik bangkit untuk melawan.

Kadangkala penggusti baik menang dan kadangkala kalah kerana penipuan.

Begitulah yang berlaku didalam negara kita hari ini.

Kita terlalu kerap bersorak tetapi sorakan kita tenggelam sebaik sahaja perlawanan tamat.

Sorakan akan dilakukan pada perlawanan seterusnya.

Itulah yang berlaku berkali kali sedangkan penggusti jahat, pengadil yang berat sebelah dan penggusti baik yang lemah akan masuk semula ke gelanggang untuk mendapatkan sorakan kita.

Apa yang boleh kita rumuskan berkenaan kemenangan PH dahulu adalah...

Mengambil KESEMPATAN diatas KESEMPITAN rakyat semata mata...



Saturday 14 December 2019

Peguam Negara Yang Perkauman

Terbaru, Tommy Thomas enggan membuat rayuan berhubung pelepasan suspek LTTE di bawah SOSMA. Suspek-suspek tersebut sepatutnya ditahan berdasarkan undang-undang pencegahan.

Sebagaimana yang berlaku dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib dalam kemelut kuil haram Seafield, sikap yang ditunjukkan Tommy Thomas amat berat sebelah.

Kesalahan yang dilakukan oleh kaum-kaum tertentu dilepaskan dan dibebaskan dengan sewenang-wenangnya seolah olah Tommy Thomas cuba berselindung di sebalik undang-undang.

Secara jelas, Tommy Thomas telah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng kuasanya dalam banyak kes, termasuklah kes terbaru membabitkan suspek LTTE.

Seharusnya Peguam Negara mengutamakan keselamatan negara dan melaksanakan undang-undang, bukannya mengutamakan kaum dan agenda tertentu seperti membebaskan suspek termasuklah pembebasan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

Friday 13 December 2019

Anwar Merancang, Tun Mahathir juga merancang namun Rancangan Allah sebaik baik rancangan

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan melalui media antarabangsa tentang keputusannya mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020 adalah jelas menidakkan kenyataan Anwar yang mahu mengadakan tidak lama lagi perjumpaan Majlis Presiden PH bagi membincangan perlantikan beliau sebagai PM8 pada mei 2020.

Dijangka dap akan menggunakan negara china manakala anwar akan menggunakan US untuk memberi tekanan kepada Tun untuk melepaskan jawatan.

Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan erdogan dijangka akan menggunakan hubungan tersebut untuk mempengaruhi Russia untuk meminggirkan Tun.

Politik malaysia bukan bertaraf biasyer biasyer apabila Tun menjadi perdana menteri. 

Untuk menjatuhkan Tun, pihak lawan perlu mengerah setiap tenaga dan fikiran dengan menyeret negara luar yang berkuasa besar untuk campur tangan.

Sudah pasti akan berlaku rundingan dan serba sedikit gadai menggadai untuk memastikan Tun dijatuhkan.

Thursday 12 December 2019

Tegang Anwar dan Azmin tak mungkin kendur

Didalam pkr berlaku satu sindrom dimana kesemua penyokong penyokong anwar mengungkit ungkit jasa mereka.

Masing masing claim merekalah yang banyak jasa kepada anwar.

Malah mereka juga mengungkit pernah dipenjarakan demi anwar.

Namun begitu pengorbanan mereka adalah sia sia selagi tidak berbaik baik dengan keluarga Anwar.

Keluarga amat penting bagi Anwar. Anwar adalah seorang suami dan bapa yang penyayang.

Berkonfron dengan keluarganya beerti berkonfron dengannya.

Namun begitu pkr hampir lupa (walaupun sentiasa menyebut atas nama rakyat) bahawa sokongan rakyatlah yang membuatkan kesemua mereka berada dipersada kuasa.

Tanpa rakyat nasib mereka akan menjadi parti serpihan seperti semangat46, gerakan, hamim, berjasa dan Ppp.

Rakyat juga sudah mula nampak bahawa Anwar adalah seorang fighter yang hebat namun beliau bukanlah seorang pengurus dan pentadbir yang baik.

Seorang pahlawan tidak semestinya mampu mengurus.

Dan seorang pemimpin tidak semestinya mampu berlawan.

Pemimpin diakhir zaman ini hanya pandai mengarah dan bijak bermain kata kata bagi mempengaruhi orang lain untuk mengorbankan diri mereka demi pemimpin.

Pemerhati politik melihat kekuatan Azmin semakin bertambah.  Malah pemimpin Amanah juga dilihat seperti mahu mula condong kepada Azmin seandainya benar benar berlaku perpecahan antara Azmin dan Anwar. 

Sehingga hari ini Azmin dikatakan sudah mula mendapat sokongan sebanyak 33 ahli parlimen didalam PKR. 

Ini membuatkan kem Anwar menjadi panik. 

Disamping kegagalan Anwar untuk menunjukkan surat perjanjian penyerahan jawatan perdana menteri selepas 2 tahun,  Anwar juga dikatakan gagal untuk meletakkan jumlah bilangan kerusi parlimen untuk dipersembahkan kepada Yang dipertuan Agong. 

Kedua dua puak bertelegah memerlukan 112 kerusi parlimen sekiranya berminat untuk menjadi perdana menteri. 

Tun pula hanya bertindak sebagai penentu dan sekaligus menjadi hakim didalam pertelagahan tersebut.

Tun menyatakan akan meletakkan tarikh perletakan jawatan hanya selepas persidangan Apec.

Persidangan apec akan berlangsung pada november tahun 2020.

Dalam tempoh tersebut pastinya penyokong anwar akan menyerang Tun dengan lebih agresif lagi untuk mendesak Tun melepaskan jawatan.

Heboh desas desus di katakan ada 3 orang MP dari Amanah, 3 orang dari parti roket dan 15 orang dari PKR sudah bersetuju untuk menyokong kerajaan pintu belakang...

Dikatakan perdana menteri tidak bertukar cuma Timbalan perdana menteri sahaja yang akan ditukarkan.

Perkara ini disahkan lagi apabila seorang pemimpin sebuah parti tiba tiba membatalkan rancangan untuk ke Turki.

Malah kesemua MP dibawahnya dilarang sama sekali untuk keluar negara bercuti.

Nampaknya tahun ini tak dapat lah MP berseronok bercuti ke luar negara seperti yang lepas lepas.

Wednesday 11 December 2019

Kalau sabit kesalahan, teruk Anwar Kali ini

Mengikut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah mengenai kesalahan “menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa dia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu”.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan ini, pelakunya “hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu”.

Tuesday 10 December 2019

Apakah Nasib Anwar?

Ada 6 bulan lagi sebelum penuh tempoh 2 tahun yang diberikan para penyokong Anwar kepada Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan PM kepadanya.

Enam bulan ini dijangka akan menjadi bulan yang terpanjang dalam hidup Anwar bergelut dengan nafsu impian menjadi PM dilanggar ombak karenah Azmin, ditarik arus oleh tuduhan Rawther serta berdepan dengan runtuhnya keyakinan rakyat terhadap kemampuan beliau untuk mentadbir negara apabila beliau kini kelihatan seakan tidak mampu mentadbir parti sendiri.

Dan tiada yang lebih menakutkan politik Malaysia hari ini daripada kesunyian Tun Mahathir ketika semua ini berlaku.

Gempa bumi politik Malaysia nampaknya tidak dapat dielakkan lagi.

Monday 9 December 2019

Wan Azizah Memangku Jawatan PM?

Bantainya tiba tiba Tun letak jawatan tak tau la apa nasib calon calon PM.

Takkan la wan azizah nak memangku jawatan tu sekejap je...

Alasan yang paling logik ialah: 

untuk mengelakkan pertelingkahan yang bakal timbul maka saya dinasihatkan supaya memangku jawatan ini hingga habis penggal.

Yang paling mengejutkan ialah sekiranya penyelesaian win win situation sebagai solusinya.

Anwar jadi PM, Azmin jadi Timbalan, tapi apa pulak kata geng bersatu.?

Geng amanah dan dap takde masalah kot...

Isu siapa yang paling layak menggantikan Tun sebagai PM masih lagi tergantung.

Senarai calon yang diperbincangkan oleh netizen nampaknya tidak benar benar umpp...

Setiap calon yang didendangkan masing masing dikatakan mempunyai terlampau banyak kekurangan.

Setelah ditapis tapis dan mengikut kepada pengalaman sebagai Timbalan perdana menteri maka hanya 3 nama yang dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai pm.

Anwar
Muhyidin
Wan Azizah

Namun ada juga yang mahukan rakyat yang menentukan bakal pengganti Tun dengan melihat keputusan PRU akan datang.

Ada yang berpendapat hanya umno layak untuk mentadbir negara dengan alasan parti tersebut sudah berpengalaman 60 tahun.

Kalau itu menjadi ukuran maka nampaknya rakyat perlu menunggu 60 tahun lagi untuk melihat PH mendapat pengalaman begitu.

Sebenarnya bukan pengalaman yang menjadi ukuran di saat ini tetapi sebaliknya ialah Amanah, jujur dan ikhlas.

Nampaknya Najib boleh mula tersenyum sekarang...

Anwar kali ini memerlukan bantuannya sekiranya mahu menjatuhkan Tun.

Tun pula tidak boleh membunuh politik kedua dua musuhnya serentak.

Tun perlu membuat pilihan samada perlu bebaskan najib dan jatuhkan anwar ATAU penjarakan najib dan serahkan jawatan kepada anwar.

Ini dibuktikan dengan ikrar zahid semasa persidangan agung umno dimana zahid mengatakan tiada usaha umno untuk berkuasa melalui pintu belakang...

Anwar agak cekap juga kerana menggunakan zahid untuk mematikan langkah Tun untuk mendapatkan sokongan daripada umno.

Sunday 8 December 2019

Azmin Tunjuk Kekuatan

Di hotel tempat PKR ditubuhkan, Azmin dan penyokong nyatakan pendirian mereka.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya malam ini berkumpul di Hotel Rennaisance di Kuala Lumpur, tempat tertubuhnya Parti Keadilan Nasional 20 tahun lalu.

Perkumpulan itu, dengan mengambil kira pemilihan lokasinya, dilihat sebagai isyarat jelas terhadap para pengkritiknya, setelah berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-20 di Melaka tengah hari tadi.

Program itu beberapa jam selepas Azmin dan sejumlah pemimpin yang menyokongnya tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh presiden parti Anwar Ibrahim.

Kira-kira 2,000 hadirin menyertai acara yang dinamakan sebagai Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di hotel tersebut malam ini. Anggaran penganjur meletakkan angka kehadiran mencecah 5,000.

Antara pemimpin yang hadir ialah naib presiden Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Kamaruddin Jaafar dan Amiruddin Shari.

"Saya dan Tian Chua di dalam dewan ini pada 1999, Zuraida berada di sini, Sivarasa berada dalam dewan ini. Ramai lagi yang ada dalam dewan ini (pada masa itu).

"Tetapi 20 tahun kemudian, pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat," kata Azmin merujuk kepada ucapan Anwar di kongres semalam.

Dalam ucapan itu, Anwar membangkitkan kisah si Kitol dan Raja Mendeliar dalam sejarah Melaka, yang dilihat sebagai kecaman tidak langsung kepada Azmin.

Kisah itu menyebabkan para penyokong Azmin keluar dewan semalam, dan tidak hadir ke kongres pada hari ini.

Azmin yang menerima sambutan meriah sebaik tiba di dewan hotel itu, menegaskan bahawa PKR ialah milik rakyat.

"PKR bukan diasaskan oleh seorang individu atau satu keluarga, ia diasaskan oleh rakyat," katanya.

Saturday 7 December 2019

Azmin Mula Hilang Sabar

KONGRES PKR

Hadirin yang terus berada di Kongres PKR selepas sejumlah penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali meninggalkan dewan, bersorak agar mereka yang keluar dipecat.

Ia terjadi ketika perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah berucap.

Che Zam dalam ucapannya berkata dia ingin mengusulkan agar anggota parti yang meninggalkan dewan dirujuk kepada lembaga disiplin parti.

"Saya mahu mereka-mereka ini dibawa ke lembaga disiplin," kata Che Zam yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kerana mereka (yang meninggalkan dewan) tidak mematuhi peraturan parti dan tidak mematuhi kepada persefahaman PH," katanya.

Pada ketika itu, hadirin mula berdiri dan bersorak "Pecat, pecat ", sebelum diminta bertenang oleh timbalan pengerusi tetap kongres Othman Karim.

"Silakan duduk, bertenang. Pengerusi tetap juga pengerusi lembaga disiplin, mesej diterima," kata Othman.

Perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah.
Che Zam dalam ucapannya sebelum itu mengecam pihak yang menurutnya berkemungkinan cuba menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim dari menjadi perdana menteri kelapan.

"Jangan ada sekelumit yang menghalang (Anwar jadi perdana menteri). Kita boleh berbeza pendapat, tapi menghalang, melalui pintu apa sekali pun, untuk presiden kita menjadi perdana menteri kelapan.

"...Tiada kompromi tentang itu," katanya.

"Saya sudah puas melihat penghinaan terhadap presiden kita. Enough is enough," katanya lagi yang terus disambut tepukan gemuruh hadirin yang berdiri.

Sehari sebelum kongres PKR bermula, Anwar dan Azmin berjumpa dan dilihat mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Ketika menyampaikan ucapan dasar, kedua-dua mereka juga dilihat menyeru agar penyokong masing-masing berdamai.

Bagaimanapun, sejumlah perwakilan dilihat menghalakan kritikan kepada Azmin ketika mengambil alih pentas perbahasan, yang seterusnya menyebabkan sejumlah hadirin kongres meninggalkan dewan.

Lebih-lebih lagi setelah Azmin menuduh perwakilan keluar dari dewan akibat Presiden PKR, Anwar Ibrahim gagal menunaikan janjinya. 



PKR Bergolak

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit insiden rusuhan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham, dilaporkan mendakwa insiden rusuhan itu adalah ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.

Tanpa mendedahkan mana-mana pihak yang disyaki terbabit, beliau mendakwa, ia diperkuat dengan kehadiran ‘kumpulan baju hitam’ yang dilihat sengaja melakukan sabotaj dan kekecohan.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam reaksinya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.

TATKALA LIBERTARIAN SOSIALISME MENZAHIRKAN DIRI.

Mutakhir ini, negara dilanda pelbagai provokasi-provokasi yang kelihatan ingin mewajarkan perjuangan Komunisme. Aliran sayap kiri tersebut yang dianggap telah mati oleh kebanyakkan orang, hakikatnya telah berevolusi agar bersesuaian dengan perubahan massa.

⚫ Libertarian Sosialisme.

Menurut Marcus Weeks, Libertarian Sosialisme adalah aliran sosialisme yang tidak bersetuju dengan pendekatan revolusi seperti yang diketengahkan oleh Leninisme. Sebaliknya Libertarian Sosialisme memilih untuk berpartisipasi dengan demokrasi serta menerima sebahagian dari praktik kapitalisme untuk meraih kekuasaan politik.

Mereka menolak idea negara sosialis yang memilik negarakan kekayaan secara menyeluruh. Bagi mereka ia akan memunculkan bentuk tekanan yang baharu ke atas rakyat bawahan & menutup peluang golongan pendatang seperti mereka untuk membina kekayaan. 

Sebaliknya apa yang mereka cuba gagaskan adalah, memberi kebebasan kepada golongan pekerja tanpa regulasi dari kerajaan. Pendekatan ini mengakibatkan mereka kelihatan sentiasa menentang kawalan ekonomi oleh kerajaan. 

Sekalipun mereka telah menjadi sebahagian dari parti yang memerintah, kecenderungan aliran kiri dukungan mereka menyebabkan mereka kekal bermentaliti pembangkang. Dengan sikap parti pemerintah seperti itu, sudah pasti akan mengakibatkan ketidakstabilan negara.

⚫ Fabian Society Sebagai Rujukan.

Pendekatan Libertarian Sosialisme banyak diaplikasikan di negara-negara yang anti aliran politik kiri. Mereka terpaksa banyak menyelindungkan agenda-agenda besar gagasan mereka agar dapat meraih sokongan orang ramai.

Antara yang menarik untuk diperhatikan adalah berkenaan Fabian Society yang berkembang awal di UK sejak 1884. Istilah Fabian itu diambil dari nama ketua turus tentera Rom, Quintus Fabius Maximus Verrucosus. 

Nama itu dipilih kerana mengambil taktik Fabius yang cukup berhati-hati, tidak terpancing dengan peluang yang bersifat kebetulan, merangka plan berjangka masa panjang & akan menyerang habis-habisan apabila sudah sampai masa yang dirancang.

Taktik ini dianggap efektif jika gerakan seumpama Libertarian Sosialisme itu ingin menempatkan diri dalam arus perdana politik sebuah negara yang anti sosialis. Tidak seperti Leninisme yang menzahirkan imej komunis mereka, Libertarian Sosialisme lebih bersifat pragmatik dalam berpolitik.

⚫ Tipikal Strategi Libertarian Sosialis.

▪️Menyertai politik demokrasi serta mengangkat tema-tema demokrasi yang secara zahirnya bercanggah dengan dasar komunisme. Hal ini termasuk berpakat dengan parti-parti politik lain untuk dipergunakan buat sementara waktu.

▪️Untuk menggandakan kepercayaan rakyat, mereka menyatakan dukungan kepada idea pasaran terbuka serta pemerdagangan cara kapitalis. Sememangnya tidak dinafikan dari sudut ekonomi yang menguntungkan mereka, mereka perlu mempraktikkan kapitalisme dalam kerangka tertentu.

▪️Dalam tempoh bersabar yang panjang itu, mereka tidak akan bercakap soal sosialisme. Bahkan jika perlu, istilah yang terkait dengan komunisme atau sosialisme dipadamkan dari imej mereka. Buat sementara waktu, mereka bersedia bercakap perkara-perkara yang menuruti kehendak rakyat & parti-parti selain mereka. Sekalipun ia bercanggah dengan dukungan perjuangan mereka sendiri.

▪️Menjadikan taktik Fabius yang bersabar dalam jangka masa panjang untuk menguasai secara keseluruhan sistem negara. Mereka tidak kisah jika dinaikkan orang lain terlebih dahulu, sementara mereka giat mengukuhkan posisi-posisi strategik yang mereka sasarkan.

▪️Membina jaringan ekonomi & menguasai pasaran secara berperingkat. Agenda seperti inilah yang memperlihatkan mereka berbeza dengan sosialis jalur keras yang menolak kapitalisme. Sebaliknya Libertarian Sosialisme mempraktikkan elemen kapitalisme secara pragmatik untuk meraih keuntungan yang menjadi modal bagi pergerakan mereka.

▪️Mewujudkan institusi-institusi pendidikan versi mereka tersendiri yang berasingan dengan sistem negara. Mereka sangat bijak menyedari bahawa untuk mengembangkan pengaruh dalam jangka masa yang panjang adalah
melalui pendidikan.

▪️Seperti yang diungkapkan oleh Fabius, apabila telah benar-benar bersedia maka serangan habis-habisan perlu dilancarkan. Ia sukar disekat kerana ketika itu posisi-posisi strategik dalam sistem negara telah mereka kuasai. Sewaktu itu wajah sebenar mereka akan tersingkap & mengejutkan ramai orang.

⚫ Malaysia.

Apa yang kita perlu fahami, sungguhpun Libertarian Sosialisme itu tidak memilih jalan revolusi untuk mencapai hasrat mereka. Namun, mereka masih lagi berkongsi aspirasi dengan gerakan komunis kerana ia lahir dari rahim yang sama.

Contohnya kini, pembesar-pembesar DAP semakin tidak segan silu mengangkat sejarah komunis dengan naratif yang baik sebagai pejuang negara. Bahkan mula didedahkan dengan bangga betapa mereka mempunyai susur galur kekeluargaan dengan militan komunis.

Parti yang dilihat mendukung politik Libertarian Sosialisme itu mencapai peningkatan sokongan politik, terutamanya setelah pindaan perlembagaan mereka tahun 2006. DAP meminda matlamat pertamanya daripada 'berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak sosialis demokratik di Malaysia', kepada 'berjuang menerusi perlembagaan Parlimen untuk mewujudkan demokrasi sosial di Malaysia'.

Liew Chin Tong dalam tulisannya bertajuk 'Apakah Itu Demokrasi Sosial' menggambarkan betapa perubahan tersebut dapat memulihkan imej DAP dari terus terbeban dengan sentimen anti sosialisme yang memburukkan nama parti itu. Idea tersebut tidak dinafikan efektif, apabila sejak dari tempoh itu banyak parti politik yang berlainan ideologi merasa senang untuk berpakat dengan DAP.

Walaupun istilah sosialisme ditukar kepada demokrasi sosial, ia tetap membawa hala tuju yang sama. Kamus Merriam Webster mendefinisikan demokrasi sosial sebagai sebuah gerakan yang menganjurkan perubahan secara lunak dari kapitalisme kepada sosialisme. Maka pertukaran istilah itu hanyalah solekan & penyamaran untuk mengharmonikan persepsi terhadap ideologi mereka.

⚫ Provokasi-Provokasi Yang Menggemparkan Negara.

Kebelakangan ini kita dapati pelbagai agenda yang kelihatan mahu mewajarkan fahaman sosialisme berlangsung. Tidak kurang siri provokasi yang mengejutkan sensitiviti rakyat Malaysia.

Yang agak menarik untuk dicermati adalah tragedi menukar lambang bintang 14 bucu bendera Malaysia kepada bintang 5 bucu Libertarian Sosialisme. Ini merupakan isyarat yang jelas terkait dengan 'syiar' Libertarian Sosialisme. Mereka gemar memasukkan lambang bintang 5 bucu ke dalam bendera negara yang dianggap telah mereka dikuasai.

Selain abu mayat Chin Peng sebagai pemimpin komunis dibawa pulang untuk 'disemadikan', perhimpunan sekitar 300 orang bekas anggota PKM membuka mata kita betapa semakin beraninya mereka menzahirkan diri.

⚫ Salah Kita.

Jika kita fahami cara Fabius yang mempersiapkan segala kekuatan sebelum membuat serangan habis-habisan, barangkali sekaranglah waktunya mereka menunjukkan wajah sebenar mereka. Keberanian itu muncul setelah mereka membuat perkiraan cengkaman kuasa yang telah mereka miliki dalam sistem negara.

Taktik Libertarian Sosialis yang selama ini sanggup lama bersabar, hakikatnya dijayakan oleh sikap politik bodoh orang kita yang rabun membezakan antara kesempatan dan perangkap. Hanya tahu mengaplikasikan pragmatik namun dengan versi dangkal yang memakan diri & mudah beralah dengan prinsip ideologi yang bertentangan demi kemenangan mudah.

Tragedi yang mencabar patriotisme kita hari ini, sepatutnya menyedarkan semua bahawa realiti politik pasti dilatari oleh dukungan ideologi. Berapa banyak yang berlaku di dalam politik bahawa pihak yang mendakwa sedang menunggangi pihak lain, hakikatnya secara tanpa sedar dia sedang ditunggangi dengan jayanya.

Abdul Mu'izz Muhammad
4 Disember 2019.

Friday 6 December 2019

Tertindasnya Melayu Di Bumi Sendiri

Sekiranya orang melayu ni steady dan jual mahal skit baru lah kedua dua parti yang bertelagah akan membodek dan memberi apa saja kehendak orang melayu.

Dalam perkara ini orang cina agak bijak mengawal situasi.

Mereka hanya akan menyokong parti yang menguntungkan mereka.

Namun mereka juga bernasib baik kerana parti dap agak gentleman dan menunaikan janji mereka.

Ini berbeza dengan parti melayu dimana yang menyokong pula yang ditekan dan ditindas.

Thursday 5 December 2019

Anwar Panik Dan Mula Tunduk Kepada Azmin

Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan secara tiba-tiba bersetuju membenarkan timbalannya, Dato’ Seri Azmin Ali, merasmikakan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 yang dijadualkan berlangsung di Melaka.


Kerelaan Anwar secara tiba-tiba mempertimbangkan semula pemecatan Zakaria dan membenarkan Azmin merasmikan kedua-dua kongres sayap pemuda dan juga wanita dipercayai berpunca dari dakwaaan “liwat” terbaru terhadap beliau (Anwar). 


Semalam, cucu lelaki kepada bekas aktivis persatuan pengguna, SM Mohamed Idris, mendakwa diserang secara seksual dan fizikal oleh Anwar di kediaman presiden PKR tersebut di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.


Menerusi satu Surat Akuan Bersumpah bertarikh 19hb November 2019, Muhammed Yusoff Rawther mendakwa diperlakukan secara kasar, jijik, tidak Islamik dan jenayah oleh Anwar yang turut didakwa cuba meliwat Yusoff.


Anwar juga dipercayai panik melihatkan penguasaan Azmin atas MPP dan dikhabarkan bersedia untuk bekerjasama sebelum perbincangan lanjut diadakan berhubung masalah-masalah berbangkit dalam parti.

Wednesday 4 December 2019

PKR Makin Parah: Azmin Menaja Kongres Menyaingi Anwar

Berdasarkan poster yang tersebar luas melalui media sosial sejak senalam, difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka itu bakal diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur.

Ia dinamakan Rapat Keadilan Perjuangan dengan tema “Kembali Ke Landasan Reformasi” akan diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Disember 2019.

Melihat kepada tarikhnya adalah bersamaan dengan kongres yang sah di Melaka, ini bermakna ia bukan saja bertujuan menganjurkan kongres berasingan, malah menunjukkan Azmin pasti akan berada bersama para penyokong di ibu kota pada hari tersebut.

Sekaligus, ini bermakna beliau tidak akan hadir dan memboikot kongres yang sah di Melaka itu.

Dalam pada itu, satu majlis makan malam meraikan para penyokong yang memihak kepada Azmin juga akan turut diadakan pada 7 Disember, jam 8.00 malam di Saloma Bistro yang terletak berhadapan hotel Renaissance, tempat berlangsungnya kongres tersebut.

Beberapa orang ahli PKR, termasuk juga ahli parti komponen PH telah mula menerima jemputan melalui aplikasi Whatsapp untuk menghadiri majlis makan malam tersebut.
Difahamkan, mereka yang bertanggungjawab menyelaras jamuan makan malam di Saloma itu ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dengan dibantu aktivis jalanan yang tidak asing lagi, Hishammuddin Rais.

Kedua-dua mereka dikatakan diberi tanggungjawab untuk memastikan majlis jamuan itu berjaya dan untuk memberi gambaran Azmin mempunyai sokongan yang lebih besar berbanding Anwar Ibrahim.

Tuesday 3 December 2019

Melayu Paling Malas?

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Monday 2 December 2019

KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH SELURUH MALAYSIA

JOM kita semua berhimpun untuk solat subuh berjemaah di masjid/surau masing-masing. Kita bangkit seperti negara yang bangkit hasil jemaah solat subuhnya seperti solat jumaat.

Ayuh! Asal saja dia Islam akil baligh tak kira bangsa cina, india dll, tak kira negara, fahaman politik, persatuan, NGO, mazhab, tariqat, pemimpin tertinggi, rakyat biasa, guru, pegawai kerajaan, ustaz, mufti, petani, nelayan, peniaga, pencen, penganggur, selebriti, atlet, fakir, jutawan, pensyarah, mahasiswa, pelajar, pakar ekonomi, pakar IT, pakar politik, tentera, polis termasuk mereka yang sekarang  aktif memperjuangkan agama Allah mengikut metod, fahaman & ideologi masing-masing. Beramai-ramai kita berhimpun solat subuh di masjid/surau masing-masing. 

Kita mulakan apa jua perjuangan melalui solat subuh berjemaah! 
Jika melalui politik & ekonomi pelbagai cara & helah musuh Islam ingin meranapkannya tapi melalui solat subuh di masjid apa yang boleh mereka buat? 

Hari ni kita isytiharkan diri kita bahawa kita bukan lagi berperang dengan musuh Islam tapi kita berperang dengan nafsu kita sendiri dengan pergi masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Seterusnya meningkatkan ukhuwah sesama muslim dan syiar Islam akan makin berkembang.

Semoga dengan bermula subuh berjemaah membawa kepada berjemaah solat-solat fardhu yg lain. Apabila umat Islam seluruh Malaysia dapat istiqamah menunaikan solat subuh berjemaah, insyaAllah pertolongan Allah akan tiba untuk hamba-hambaNya. Aminn.

💚 MOHON DI SEBAR LUASKAN MESEJ INI KE DALAM GROUP MEDIA SOSIAL MASING2 💚


Bahaya ni Anwar dan Azmin dah Tegang

Krisis antara dua pemimpin PKR semakin kronik hinggakan masing masing menjadi tegang.

Sunday 1 December 2019

Angkasawan Pertama Dihantar ke Marikh

Kementerian Angkasawan sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yang dia mahu. "Sejuta" jawapnye "Saya nak berikan kepada famili saya."

Calon seterusnya adalah seorang doktor. Dia juga di tanya soalan yang serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yang sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorang ahli politik. Bile ditanya berapa banyak yang dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yang lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Ahli Politik itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yang sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh."


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...