Thursday 31 July 2014

Pejuang Hamas Berlatih Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.
Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.
Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.
Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.
Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.
Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.
Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.
Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.
Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.
Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

CURAHAN RASA MANTAN SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH

Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di tengah jalan. ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang. 
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!
Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! 
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat... 
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya? 
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya. 
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya? 
Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! 
Pernahkan si Rafizi atau
Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka? 
Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak, apalagi bertanya! 
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco drp PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini? 
Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali..!
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS yg ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yg mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR dihadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada perasaan bersalah dan malu..Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin Cabang PKR??
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam... 
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB! 
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB
Kedah masa tu? 
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat. 
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak! Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!
Luahan Hati,
Sanusi
Mantan Setiausaha Politik
Almarhum Ust Azizan

Wednesday 30 July 2014

Sekiranya Perang Berterusan Israel Boleh Bangkrap

Jangan kita sangka bahawa kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin di Gaza sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian sebenar adalah lebih-lebih lagi di pihak regim penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza yang terkepung ini.

Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu :

1-USD 50 juta : Kerugian daripada pembatalan penerbangan
2-USD 200 juta : Keugian daripada pasaran perniagaan
3-USD 100 juta : Kerugian daripada industri perhotelan
4-USD 120 juta : Kerugian daripada industri pelancongan
5-USD 640 juta : Kos dan bebanan operasi udara
6-USD 75 juta : Kerugian daripada cukai yang hilang (expired)
7-USD 351 juta : Kerugian daripada kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan)
8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian
9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome)
10-USD 472 juta : Kos dan bebanan operasi darat.

Ini hanyalah sebahagian daripada kerugian mereka dalam bentuk wang ringgit dan belum lagi kehilangan nyawa anggota dan pegawai tentera elit mereka serta trauma yang dihadapi oleh komuniti penjajah di seluruh wilayah yang terjajah 'Israel'.

Harus kita ingat sejarah yang lalu apabila sebuah kuasa besar yang digeruni yang bernama Soviet Union juga boleh tumbang disebabkan kehancuran ekonomi mereka setelah berbelanja ratusan billion hanya untuk menumpaskan sebuah negara kerdil yang bernama 'Afghanistan'.

Haram Berselfie Di Kubur : MUFTI

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
 
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
 
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
 
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
 
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
 
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
 
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
 
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
 
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

Friday 25 July 2014

GEMPAR!!! PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN KERANA ISU MH17

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu ‘pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan’.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. – AFP

PENAFIAN RUSUHAN KAUM DI BUNTONG, IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian pergaduhan antara kaum yang dikatakan berlaku di Buntong, Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku. 
Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.
Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Senior DCP Dato` Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani
Ketua Polis Perak

Thursday 24 July 2014

MH17: BANTAHAN DAN KEMARAHAN SEMAKIN MEMUNCAK

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Belanda telah memuat naik video ke laman web YouTube bagi melahirkan kemarahannya terhadap tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Dalam video yang dimuatnaik dua hari lalu, Guilly Koster berkata dia amat marah dan sedih atas serangan terhadap pesawat tersebut yang telah mengorbankan rakannya bernama Tim.

“Saya juga marah kerana terdapat ramai doktor menaiki pesawat tersebut yang sedang berusaha mencari penawar untuk AIDS; banyak pengetahuan telah hilang,” tambah Koster, merujuk kepada Presiden Persatuan Aids Antarabangsa Joep Lange dan lima pakar lain dalam perjalanan ke Melbourne untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20.

Tuesday 22 July 2014

Kami Seolah olah Menentang Hantu:Tentera Israel

Tentera Israel berkata kepada wartawan;
"Kami seakan berlawan dengan hantu, bunyi tembakan lebat menyerang kami tetapi kami tidak tahu dari mana ia datang.."
[Ustaz Nazmi Karim / Gazanow]
p/s: Pada tahun 2006 dulu pun ada testimoni dari tentera Israel, tetapi ketika melawan Hizbullah.
Dalam rakaman salah satu daripada askar Zionis bertanya:
"Adakah anda melihat askar Hizbullah?"
Jawapan: "hanya melalui lensa."
Dia kemudian bertanya: "Berapa usia askar [Hizbullah] itu?"
Askar Zionis menjawab: "Mereka adalah orang-orang muda dalam generasi ke 18 hingga 25 tahun, berjuang keras dalam kebanyakan kes."
Kemudian dia ditanya mengapa pertempuran itu sukar, askar itu menjawab: "kerana ianya adalah seperti menentang hantu."  [bintjbeil]
Teruskan baca ayat Kursi dan niatkan untuk perlindungan dan kekuatan mujahidin dan saudara-saudara kita di Gaza, dan teruskan berdoa untuk mereka. Allahu akbar! Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Qahhar Ya Jabbar, bantulah Mujahidin dan saudara-saudara kami di Gaza dan di semua tempat, amin!

Monday 21 July 2014

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertemu Rakyat

Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.
Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.
“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.
“Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media hari ini.
Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.
Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.
Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.
Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.- Agenda Daily.

Friday 18 July 2014

Bencana MH17

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.
Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.
"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.
"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

Thursday 17 July 2014

Terkini: Kementerian Dalam Negeri Gaza; GENCATAN SENJATA SELAMA 5 JAM

Gencatan Senjata Kemanusiaan selama 5 jam telah diumumkan; akan bermula dari jam 10 AM sehingga 3 PM waktu Gaza.(5PM-10PM Waktu Malaysia)

Pertama, para agensi-agensi keselamatan akan memudahkan pergerakan rakyat dan membawa mereka untuk perniagaan mereka dan memenuhi keperluan mereka.

Kedua: Kementerian Dalam Negeri akan berusaha untuk membolehkan kakitangan menerima gaji mereka dari bank-bank pada waktu gencatan senjata, dan Kementerian mennyeru agar semua rakyat Gaza memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan segala kekurangan.

Ketiga: Kementerian menyeru semua rakyat dan para pejuang untuk mengambil tindakan berhati yang tinggi, dan tidak terlalu mengambil ringan keselamatan diri dalam tempoh gencatan senjata kerana penjajah sememangnya tidak boleh dipercayai.

Keempat: Kami menyeru rakyat agar tidak mendekati tempat-tempat dan tapak tentera yang telah dibom, mana-mana tubuh badan dan sisa daging hancur yang berselerak akan diuruskan sendiri oleh agensi danunit keselamatan.

Semoga kalian dalam lindungi keselamatan.

Sumber;
GazaNow

10 Syarat Hamas Untuk Gencatan Senjata

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta memudahkan mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber;
Jabatan Media Hamas

Terjemahan oleh;
Aman Palestin

Wednesday 16 July 2014

Israel Panik Hamas Melancarkan Drone

Hamas kembali memberikan kejutan baru kepada penjajah Zionis dengan pesawat mata-mata buatannya yang diberi nama Ababil 1.

Pesawat tanpa pemandu (drone) ini berjaya menyusup jauh di wilayah musuh hingga Tel Aviv dan terbang di atas bangunan Kementerian Perang pihak Zionis, demikian lapor laman web rasmi sayap tentera Hamas, alqassam.ps (14/7/2014).
Pihak Hamas sendiri telah berjaya membuat pesawat tanpa pemandu dengan 3 jenis. Jenis pertama A1A bertugas untuk melakukan pengintipan, jenis A1B bertugas untuk melakukan serangan, sedangkan jenis A1C direka untuk melakukan serangan bunuh diri.
Dan di pagi hari Isnin (14/7/2014) sejumlah pesawat mata-mata Hamas melakukan misi pengintipan 3 kali yang dilakukan lebih dari satu pesawat. Dalam misi pengintipan ke dua dan ke tiga Hamas kehilangan hubungan dengan salah satu pesawatnya.
Laman berita Zionis, Arutz Sheva 7 (14/7/2014) sendiri menyebutkan bahawa pesawat tanpa pemandu diketahui telah menyusup di wilayah Ashdod. Pihak penjajah pun perlu mengerahkan peluru berpandu Patriot untuk menjatuhkannya.

Tuesday 15 July 2014

Gempar!!! Hamas Berjaya Menakutkan Regim Israel

Kejutan demi kejutan dari Gaza.
Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.

Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.

1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.

2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.

3-Roket baru R160
Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.

Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.

Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.

Sedangkan pendokong Zionis adalah sebaliknya.


Pelbagai sumber :

1-https://www.facebook.com/
2-Dr Wesam Ahmad - IUG
3-Hamza Deirawi - Gaza
4-Razlan Rashid - UK

http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/07/komando-darat-al-qassam-yg-berjaya.html?m=1

Protes Serangan Israel Ke Atas Gaza Di Seluruh Dunia

berita panas terkini: Protes Serangan Israel Ke Atas Gaza Di Seluruh Dun...: Scripters Protes Serangan Israel Ke Atas Gaza Di Seluruh Dunia! Gambar menunjukkan rakyat Haidar Abad di Pakistan berkumpul bagi menyatak...

Monday 14 July 2014

Kolonel Jihad

Abdul Manaf Kasmuri
Penahanan Kolonel Jihad!
Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!
Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.
Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!
Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.
Abdul Manaf Kasmuri is one of the most interesting. He was a Malaysian army colonel, educated at Sandhurst, UK where he won three batons of honor on graduation, including best foreign student. In the early1990s, he led Malaysia’s peacekeeping unit in Bosnia where, after witnessing the UN and the West’s inaction, started to secretly support the Bosnian Mujihidin. He was recalled and forced to retire in 1995, but immediately returned to Bosnia, where under the guise of being an aid worker, he continued to support the Mujihidin. He was a frequent traveler to Pakistan, and admired the Taliban. At the time of his arrest he was the human resources manager for an Islamic youth organization based in Kuala Lumpur, and the director of Excelsetia, a JI/AQ front company, registered in the financial black hole of Labuan, Malaysia’s offshore banking center. The other directors were Zulkifli Marzuki, one of Al Qaeda and JI’s most important money men in Southeast Asia, and Yazid Sufaat, who was part of Al Qaeda’s anthrax production team and in whose apartment the USS Cole and 9/11 operations were planned. Yazid Sufaat is still under ISA detention while Marzuki is still at large.
1) Beliau yang bertanggungjawab membawa ATM menjejaki bumi Eropah pertama kali.
2) Semasa latihan di Turki, pemerintah tentera Turki amat mengagumi keupayaan ATM - Bat ke-23 RAMD, asalnya Pihak Turki yang sepatut memberi latihan kepada ATM, sekali ATM berlatih sendiri sahaja, & mengajar pihak Turki cara-cara counter-insurgency. ATM berjaya menewaskan ' musuhnya ' (Turki) dalam latihan Special Ops.
3) Tentera Malaysia dihormati di Bosnia oleh kawan & lawan (Serbia).
4) Selepas peristiwa pembunuhan kejam di kampung Bosnia, bermulanya perasaan ingin membantu bantu saudara se-Islam di Bosnia .. under UNPROFOR, ATM masih terikat dengan peraturan, & mereka tidak boleh sewenang-wenangnye membantu tentera Serbia / Croatia / Bosnia .. beliau pernah dituduh Serbia, membekalkan senjata berat yang hebat kepada Bosnia dan menyerang kedudukan & kereta kebal Serbia.
5) Tahun 1995, beliau telah dipanggil pulang, secara ringkasnya - ditamatkan tugas di Bosnia. Kepulangan beliau tidak disambut red carpet, tetapi kerap dipanggil soal siasat oleh risikan Kementah dimana beliau dituduh membuat tindakan yang membantu kerajaan Bosnia sehingga menjejaskan nama negara.
6) Akhirnya beliau dinasihatkan berenti ATM setelah berkhidmat 20 tahun.. Segala curah & peng hargaan PBB di Bosnia tidak langsung dipandang oleh pegawai atasan ATM..
Namun hikmah disebaliknya, beliau mempunyai kenalan ABIM di Bosnia seterusnya meneruskan niatnya membantu Bosnia ..
7) Bantuan itu adalah, menolong & menguruskan pejuang-pejuang yg cedera perang Bosnia, pejuang kebanyakkan sukarela, iaitu MUSLIM, tak kira bangsa lah ...
pejuang yg cedera itu akan terbang masuk Malaysia & dirawat di hospital2 swasta, lepas sembuh, keluar dari Malaysia, di bawah pengurusan & tanggungan Lt Kol (B) Manaf dan juga bantuan-bantuan lain..
Walaupun beliau tidak merawat secara langsung pesakit-pesakit ini, tapi beliau amat dikenali oleh dunia ISLAM, termasuklah mendapat kiriman salam dari ' Osama Laden ' melalui agen-agen dan pada akhirnya beliau akan dituduh seterusnya kena ISA akibat usaha beliau ini ...
Beliau menegaskan : " Saya menolong atas dasar sesama Muslim. Saya tidak tahu kemana mereka & apa mereka buat selepas di rawat di Malaysia ...Selepas ada antara mereka ditangkap Amerika semasa perang Al-Qaeda, tiba-tiba saya dikaitkan sebagai merawat & penaja pengganas. "

Sunday 13 July 2014

Karpet Masjid Berlambang Salib

KUANTAN - Karpet ruang utama solat di Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail di sini yang tertera kalimah ALLAH selain lambang salib akan ditukar serta-merta sebelum mendapat sijil layak menggunakan masjid tersebut daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian karpet itu.

Menurutnya, perkara itu dikesan susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.

“Dalam siasatan sebelum ini mendapati karpet di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan ALLAH selain lambang salib.

“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua karpet dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, pejabat agama tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan kesucian agama Islam dan umatnya, walaupun ada ketika ia menimbulkan rasa tidak senang golongan tertentu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kes ini kerana apa berlaku mungkin di luar pengetahuan pemaju, malah mereka dimaklumkan berhubung perkara tersebut hanya selepas kerja memasang karpet ruang utama solat siap dilakukan.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati ahli jawatankuasa masjid dan surau di daerah ini yang bercadang menukar karpet baru supaya terlebih dahulu melakukan penelitian terhadap corak karpet sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.

Sunday 6 July 2014

Setelah Teruk Di Hentam Barulah Tengku Adnan Jadi Cerdik

KUALA LUMPUR:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.

"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.

"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.

Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan. - Bernama

Saturday 5 July 2014

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita Datuk Sharifah Aini meninggal dunia KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Friday 4 July 2014

16Juta Untuk Kepala Rakyat Malaysia

Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.

Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.

Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012.

"Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina," katanya pada Khamis.

Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya.

Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan. 

Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya.

Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina.

Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom.

Sumber perisikan berkata, ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut.

"Oleh itu penangkapannya amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan Jemaah Islamiyah yang bertanggungjawab dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 200 orang maut," kata seorang penganalisis.

Adiknya, Rahmat Abdhir, seorang warga AS, kini ditahan di Guantanamo, berikutan penangkapannya di California kerana terlibat dalam konspirasi menyediakan bekalan sokongan kepada pengganas.

Zulkifli, sama seperti ahli KMM yang lain, dilaporkan berlepas ke Afghanistan pada lewat 1980-an untuk menyertai misi menentang Rusia.

Sekembalinya ke Malaysia, Zulkifli menubuhkan KMM bertujuan untuk membentuk negara Islam serantau melalui keganasan.

Ahli KMM dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Dr Joe Fernandez pada 2002, penggeboman di sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu serta serangan di balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001.

Mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk pemimpin PAS di peringkat akar umbi iaitu Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan ~ mStar

Tuesday 1 July 2014

Juri Cium Tangan Hafiz

Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.
Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.
Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.
“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.
“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas.
Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.
Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah dipelajari.
Sumber mynewshub.my

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...