Sunday 13 July 2014

Karpet Masjid Berlambang Salib

KUANTAN - Karpet ruang utama solat di Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail di sini yang tertera kalimah ALLAH selain lambang salib akan ditukar serta-merta sebelum mendapat sijil layak menggunakan masjid tersebut daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian karpet itu.

Menurutnya, perkara itu dikesan susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.

“Dalam siasatan sebelum ini mendapati karpet di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan ALLAH selain lambang salib.

“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua karpet dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, pejabat agama tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan kesucian agama Islam dan umatnya, walaupun ada ketika ia menimbulkan rasa tidak senang golongan tertentu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kes ini kerana apa berlaku mungkin di luar pengetahuan pemaju, malah mereka dimaklumkan berhubung perkara tersebut hanya selepas kerja memasang karpet ruang utama solat siap dilakukan.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati ahli jawatankuasa masjid dan surau di daerah ini yang bercadang menukar karpet baru supaya terlebih dahulu melakukan penelitian terhadap corak karpet sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...