Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam. Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang. Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai. Anggota tentera terbabit yang bertugas di sebuah kem di negeri ini dikatakan kerap datang ke situ dan mengambil kesempatan pada waktu awal pagi untuk masuk bersama pasangannya yang juga kerani di kaunter terbabit. Dia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sabah itu dikatakan sudah beristeri dan mempunyai tiga anak manakala wanita terbabit yang juga penduduk tempatan mempunyai dua anak, tetapi menjanda selepas kematian suaminya. Ketu