Sunday 28 June 2015

Perubatan Homeopathy Bukan Berasal Dari India

HOMEOPATHY bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit yang sama – iaitu Hukum Kesembuhan Semulajadi. Ia merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada dipelbagai peringkat, iaitu penyakit fikizal, emosional dan mental.
Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehingga menjadikan ia sangat selamat tanpa sebarang kesan sampingan.
Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843) yang berasal dari German. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri.
Beliau merasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutamanya ubatan yang menggunakan dadah yg bertoksid. Beliau kemudian menutup kliniknya lalu bekerja sebagai ahli kimia disamping menterjemahkan teks-teks perubatan.
Ketika itu, pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemahkan teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa German. Ketika itu lah beliau didedahkan kepada prinsip “persamaan”, lalu beliau terus mengumpulkan banyak data-data yang akhirnya menukar dunia perubatan untuk abad-abad seterusnya.
Kolej Perubatan Homeopathy yang pertama telah didirikan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1800. Kolej ini mendapat pengiktirafan kerana kejayaannya mengubati banyak kes-kes penyakit berjangkit pada ketika itu seperti , scarlet fever, demam kepialu , cholera dan demam kuning.
Perubatan Homeopathy menjadi sangat terkenal pada awal tahun 1900 an. Pada ketika itu, terdapat 22 sekolah perubatan homeopathy, 100 hospital homeopathy dan lebih 1,000 farmasi homeopathy. Boston University, Stanford University dan New York Medical College adalah diantara pusat pengajian tinggi yang mengajar matapelajaran homeopathy.
Namun begitu, pada awal tahun 1920 an banyak pusat pengajian tinggi homeopathy ditutup disebabkan pertumbuhan industri perubatan moden dan farmasi-farmasinya. Walaupun minat di dalam homeopathy di Amerika Syarikat semakin menurun, ianya tidak terjejas di tempat-tempat lain di dunia. Bahkan telah menjadi satu kebangkitan di Eropah dan beberapa Negara di Asia, terutamanya di benua India.
Mahatma Gandhi telah menyedari akan keberkesanan homeopathy ketika beliau melanjutkan pelajaran di Eropah. Beliau kagum dengan harganya dan keberkesanannya yang hebat, sehingga beliau membawa homeopathy ini ke India.
Hari ini perubatan homeopathy adalah merupakan industri yang sangat besar di India dan Pakistan, sehinggakan ramai yang menganggap asal usul homeopathy adalah dari benua India.
Pada hari ini, hampir kesemua farmasi di Peranchis menjual ubat-ubatan dan penawar homeopathy. Malah jenama ubat batuk yang terkenal di farmasi Peranchis pun adalah ubat homeopathy.
Keluarga diRaja British adalah peneraju penggunaan perubatan ini di Eropah sehingga terbinanya Royal London Homeopathic Hospital di United Kingdom.
Sehingga kini terdapat 5 buah hospital homeopathy di United Kingom, iaitu di London, Tunbridge Wells, Bristol, Liverpool dan Glasgow.
Pada tahun 2009, Perubatan secara Homeopathy digunakan di lebih 80 buah negara di seluruh dunia, terutamanya di Eropah. Ia juga mendapat tempat di Amerika Selatan (Brazil & Argentina), India dan Pakistan.
Walaupun masih sedikit penggunaannya di Amerika Utara, namun perkembangan Homeopathy telah dapat dirasakan.
Semenjak 30 tahun dahulu Homeopathy telahpun berkembang ataupun hadir di Afrika Selatan, Tunisia, Morocco, Venezuela, Israel, Australia, Jepun dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari Kolej Universitiy Sains Perubatan Cyberjaya merupakan universiti yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kursus Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy, dan mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia.
Majlis Akademi Homeopathy Malaysia (MAHM), di bawah Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia telah melahirkan ramai graduan di bidang homeopathy dengan kerjasama Fakultas Perubatan, Universistas Sumatera Utara (USU).
Pengamal Homeopathy yang professional diwajibkan untuk mempelajari bidang Anatomi, Physiologi, Pathology, Materia Medica, Falsafah Homeopaty dan Repertori serta mempunyai pengalaman secara klinikal. Ada di antara Pengamal Homeopathy yang juga merupakan doktor perubatan, malah ramai di antara mereka adalah juga chiropractors, naturopaths, osteopaths, jururawat, doktor gigi dan doktor haiwan.

Friday 26 June 2015

Tanda tanda Penyakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.
*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

Thursday 25 June 2015

3 Waktu dilarang Mandi

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Wednesday 24 June 2015

Pelajar Terperangkap Didalam Faraj

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.
Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.
Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.
Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.
Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.
http://biaqpila.blogspot.com/2014/06/pelajar-tersepit-dalam-replika-faraj.html?m=1

Saintis Dapat Buktikan Nabi Musa Belah Laut

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.

Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. 

Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. 

Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ 

Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. 

At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Monday 22 June 2015

NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil

Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.
Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu bila dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)
Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:
Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil)
Ilmuwan NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil
Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan sebahagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (studi tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Projek ini melakukan observasi terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta. Tekaani yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau tekaan lain menyebutkan bentuknya mendatar.
Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mengejutkan, kerana hasil penelitian tersebut menemukan bahawa alam semesta ini berbentuk seperti trompet.
Pada bahagian hujung belakang ‘trompet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable), sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable).
“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68)
“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)
“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87)
“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)
Banyak ulama tafsir mengatakan bahawa tiupan trompet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diertikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menghuraikan bahawa tiupan trompet di hari kiamat itu tiga kali. Pertama, tiupan yang menggentarkan, lalu kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan.
Kalau kita cermati, Al Quran menyebutkan bahwa tiupan itu selalu “di dalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?
Tim WMAP mengamati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik, yang menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Projek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara menyeluruh, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 darjah. Ini menunjukkan bahawa ketika mengembang, alam semesta terjulur panjang. Sempit di depan dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk terompet berada di pertengahan. Hal ini tentunya menyangkal teori asal selama ini yang menyatakan bahawa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah.
Tim WMAP yakin bahawa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk trompet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh hujung terompet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”.
“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16)
“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2)
“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42)
Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya

Sunday 21 June 2015

Manusia Pertama Terbang Adalah Orang Islam

Salah satu antara tuduhan-tuduhan yang dibuat mengenai Empayar Uthmaniyyah adalah bahawa tahap intelektualnya sangat statik. Sejarah Orientalis mendakwa bahawa Uthmaniyyah melihat sains dan agama sebagai saling eksklusif dan tidak serasi, tidak seperti dinasti awal Islam. Walaupun dakwaan ini mungkin benar untuk beberapa tempoh masa dalam sejarah Uthmaniyyah, terdapat banyak contoh Uthmaniyyah sangat saintifik dan maju dari segi intelektual. Satu contoh yang ketara adalah cubaan penerbangan pertama didunia yang dibuat oleh sepasang saudara pada 1600-an di Istanbul.

Hezarafen Ahmed Çelebi dan sejarah penerbangan pertama di dunia

Idea manusia mempunyai keupayaan untuk terbang adalah salah satu yang mempesonakan. Beribu-ribu tahun, ramai mjanusia dari seluruh pelusuk dunia telah cuba untuk menentang graviti dan terbang seperti burung. Pada tahun 800 M, Abbas ibn Firnas, pencipta Islam Sepanyol, berjaya merekodkan penerbangan 'Glider' yang tidak menggunakan kuasa di Cordoba, dengan membina sepasang sayap yang diliputi bulu burung. Walaupun 'Glider' ciptaan beliau berjaya diterbangkan, namun akibat dari ketidakupayaannya memperlahankan 'Glider' itu sewaktu pendaratan telah mengakibatkan kemalangan. Disebabkan keadaan ini, cendiakawan-cendiakawan lain tidak lagi berminat untuk cuba memajukan apa yang telah Abbas Ibn Firras cipta.

Pada 1630, iaitu ketika era kegemilangan empayar Uthmaniah, seorang ahli matematik, Hezarafen Ahmed Celebi dari di Istanbul telah berjaya mengatasi kegagalan Abbas ibn Firnas. 

Beliau membina sepasang sayap yang melekat ditubuhnya. Menurut sejarah Uthmaniyyah dan pengembara, Evliya Celebi, Hezarafen melompat dari atas Menara Galata di Istanbul dengan sayap dan berjaya meluncur merentasi selat Bosphorus ke Dataran Doğancılar. Jarak penerbangannya meluncur lebih 2 batu. Kejayaan ini dibantu faktor ketinggian menara dan kedudukan menara itu yang terletak di atas bukit. Ini adalah penerbangan pertama merentasi benua.

Sejak Selat Bosphorus di Istanbul memisahkan benua Eropah dan Asia, penerbangan Hezarafen Ahmed Celebi ini boleh dianggap sebagai penerbangan pertama manusia antara benua dalam sejarah. Hasil dari pencapaian beliau ini, beliau telah dianugerahkan Sultan Murad IV dengan syiling emas, tetapi kemudiannya beliau telah dibuang negeri, selepas beberapa penasihat sultan meyakinkannya bahawa Hezarafen merupakan ancaman kepada Sultan.

Penerbangan Roket Pertama

Mungkin diilhamkan dari pencapaian Hezarafen Ahmed Celebi, saudaranya, Laragi Hassan Celebi cuba juga menentang graviti dan terbang ke langit. Pada 1633 beliau mencipta roket yang boleh memuatkan penumpang. Roket tersebut berkuasa lebih 300 paun serbuk letupan. Menurut Evliya Celebi, untuk meraikan kelahiran anak perempuan Sultan Murad, Laragi Celebi menguji roketnya itu di pantai Bosphorus, berhampiran kediaman sultan, Istana Topkapi.

Selepas pembantunya menyalakan fius roketnya itu, Lagari telah meluncur 300 meter ke udara. Apabila roket kehabisan bahan api, dia membuka sepasang sayap yang diciptanya, dan perlahan-lahan mendarat ke laut Bosporus, dan kemudian berenang ke pantai. 

Seperti juga saudaranya, beliau telah dianugerahkan sultan dengan beberapa kantung emas. Laragi Hassan Celebi meninggal dunia tidak lama selepas itu dalam satu pertempuran di Crimea.

Saturday 20 June 2015

Kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan Persamaannya dengan Malaysia

Ketika 99% bank diseluruh Eropah dikuasai oleh ahli ahli keluarga Yahudi, Khalifah Islam dari kerajaan Turki Uthmaniyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank bank Eropah. Pinjaman ini dibuat atas alasan pembangunan negara dan menampung kos kos ketenteraan.

Dalam buku Historic Cities of the Islamic World, karangan Clifford Edmond (2007) menyebut bahawa kerajaan Turki Uthmaniyah telah menjalinkan hubungan kewangan dengan satu keluarga elit Yahudi dalam urusan perbankan iaitu keluarga Alvaro Mendez dari Sepanyol. Bank Mendez ini menaja banyak projek kerajaan Uthmaniyah sejak 1588.

Pertalian antara kerajaan khalifah Turki Uthmaniyah dengan keluarga yahudi Mendez membuktikan bank memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju sesebuah negara. Maka dalam situasi ini khalifah khalifah islam telah kabur mata mereka akan keyahudian mendez.

Seorang pensyarah Turki, Edhem Eldem dari Universiti Bogazici menyebut bahawa idea memodenkan empayar Turki melalui pinjaman kewangan bank datangnya dari desakan Gerakan Tanzimat pimpinan Mustapa Rashid Pasha, Ali Pasha, Fuad Pasha, Ahmet Pasha dan Midhat Pasha. Kesemua mereka adalah ahli birokrat yang berpendidikan Inggeris.

Idea pemodenan Gerakan Tanzimat ini berjaya mempengaruhi Sultan Mahmud II dan Sultan Abdul Mecid. Tanzimat membawa slogan retorik perubahan baru iaitu kerajaan Uthmaniyah pada masa hadapan adalah sebuah kerajaan yang mampu menyatupadukan orang Islam dan bukan Islam, orang Turki, Greek, Armenia, Yahudi, Kurdis dan Arab.

Khaifah ketika itu merasakan pemodenan tanpa mengira bangsa seperti slogan itu adalah sesuatu yang boleh menaikkan kehebatan kerajaan Turki Uthmaniyah. Akibat terpesona dengan idea idea kumpulan konspirasi ini maka kesemua idea Ali Pasha diterima pakai.

Pada 1854 Khalifah melakukan langkah yang paling tidak bermoral dan melanggar hukum syariat yang melarang urusniaga RIBA. Kerajaan Uthmaniyah secara rasminya membuat pinjaman sebanyak 3 juta pound sterling yang diurus oleh Syarikat Dent, Palmers & Co. Kemudian pada 1855 menambah lagi pinjaman sebanyak 5 juta pound sterling. Dan kali ini ia diuruskan sendiri oleh bank Rothschild yang berpusat di London.

Kerajaan Khalifah yang berpegang kepada hukum SYARAK telah melakukan kesilapan pada 1854 dengan menerima sistem RIBA yang dilarang dalam Islam. Pinjaman berjumlah 8 juta pound sterling itu mewajibkan kerajaan Turki Uthmaniyah membayar bunga sebanyak 10% setahun.

Pinjaman demi pinjaman terus dilakukan oleh Khalifah sehinggalah tahun 1914  sebanyak lebih 30 lebih pinjaman dilakukan. Keadaan ini sudah cukup untuk membuatkan kerajaan Uthmaniyah jatuh bangkrap sebelum tercetusnya perang dunia pertama.

Maka jelaslah bahawa Yahudi berjaya memerangkap kerajaan Islam terakhir itu dengan menghantar penasihat penasihat yang juga adalah agen agen yahudi iaitu Ali Pasha dan rakan rakannya. Mereka berjaya menyusup masuk kedalam kerajaan Islam tersebut dengan memegang jawatan jawatan tinggi dalam kerajaan.

Penasihat penasihat ini berfungsi untuk memujuk khalifah membuat pinjaman wang atas alasan pembangunan. Melalui pinjaman itu maka terjerumuslah kerjaan Uthmaniyah didalam cengkaman yahudi.

Yahudi sangat bijak, mereka tidak perlu masuk kedalam Turki tetapi cukup sekadar merasuah menteri menteri kanan kerajaan Uthmaniyah bagi menjajah Turki.

Kronologi Kerajaan Turki Uthmaniyah

Kepemimpinan Khilafah Utsmaniyah berlangsung dalam kurun waktu yang cukup lama, sekitar 424 tahun, dari tahun 918-1342 H (1512-1924 M). Khalifah pertamanya adalah Salim al-Ula dan yang terkahir adalah ‘Abdul Majid ats-Tsani. Banyak prestasi yang berhasil diraih Kekhilafahan Utsmaniah, di antaranya adalah penaklukan Konstantinopel. Mereka telah mendatangi Eropa sampai di Austria, lalu mengepungnya lebih dari dua kali. Negeri-negeri Eropa yang berhasil dikuasai antara lain Hungaria, Beograd, Albania, Yunani, Rumania, Serbia, dan Bulgaria. Mereka juga telah menguasai seluruh kepulauan di Laut Tengah dan menariknya ke dalam pangkuan Islam.
1517 M – Khalifah Salim I dibai’at setelah Khalifah al-Mutawakkil lengser. Terjadi peperangan al-Ahram ; Mesir di taklukkan oleh pasukan Utsmaniyyah.
1520 M – Sultan Sulaiman al-Qanuni dibai’at menjadi Sulthan (Khalifah).
1521 M – Yugoslavia jatuh ketangan Islam. Gereja terbesar diubah menjadi masjid, tempat Khalifah Sulaiman mendirikan shalat Jum’at.
1522 M – Rhodes di taklukkan.
1526 M – Perang Mohacs. Buda (sebagian dan Budapest, Hungaria) dibuka ; Raja Luis di bunuh.
1527 M – Austria meng-akuisisi Buda.
1529 M- Buda ditaklukkan kembali, Austria mundur. Serangan dan pengepungan ke wilayah Vienna dan Vienna akhirnya jatuh ke tangan Islam.
1532 M – Algeria dibebaskan oleh pasukan Khilafah Utsmaniyyah yang berasal dari Spanyol.
1534 M – Tabriz kembali di taklukkan. Khilafah Utsmani memerintah di Baghdad.
1535 M – Tunisia dibebaskan oleh pasukan Utsmaniyyah dari Spanyol. Pulau Crete juga di taklukkan.
1539 M – Perdamaian dengan Austria setelah Austria bersedia membayar jizyah.
1541 M – Pest (sebagian dari Budapest, Hungaria) ditaklukkan Khilafah Islam. Raja Austria akhirnya mundur.
1543 M – Niche (Selatan Prancis) dibebaskan dalam waktu yang sangat singkat.
1549 M – Khalifah Sulaiman meminta kepada Ibrahim al-Halabi untuk menulis sebuah kitab berkaitan dengan perundangan Islam yang berjudul Multaqa al-Abhur. Khalifah Sulaiman akhirnya di beri gelas dengan Sulaiman al-Qanuni.
1560 M – Angkatan laut Utsmaniyyah mengalahkan Spanyol.
1565 M – Pulau Malta di kepung.
1566 M – Szeged (Szigetve di Hungaria) ditaklukkan. Khalifah Sulaiman sakit dan wafat ketika di ambang kemenangan. Khalifah salim II diba’at menjadi Khalifah .
1568 M – Autria setuju untuk terus membayar Jizyah.
1571 M – Terjadi perang Lepanto. Pulas Cyprus di taklukkan pasukan Utsmaniyyah. Paus menggabungkan Vienna dan Spanyol untuk mengambil alih Cyprus.
1572 M – Spanyol meng-akuisisi Tunisia.
1573 M – Perdamaian dengan V ienna dan Cyprus kembali kepangkuan Islam. Vienna akhirnya membayar sanksi kemiliteran.
1574 M – Khalifah Murad III dibai’at jadi Khalifah.
1575 M – Polonia memilih untuk di tinggal dibawah perlindungan Khilafah Islamiyyah.
1577 M – Kargstan ditaklukkan oleh pasukan Utsmaniyyah.
1578 M – Portugis melakukan serangan ke Maghribi (Maroko) dan akhirnya dibebaskan oleh Portugis.
1583 M – Taghiston dibebaskan.
1590 M – Azebaijan, Luristan dan Sharwan di bebaskan dengan damai tanpa peperangan.
1595 M – Khalifah Muhammad III.
1596 M – Orlo (Hungaria) akhirnya berhasil dibebaskan. Sedangkan Austria kalah.
1603 M – Khalifah Ahmad I.
1606 M – Terjadi perdamaian dengan Austria dan Austria berhenti membayar jizyah.
1617 M – Khalifah Musthafa I (pengangkatan pertama sebagai Khalifah).
1618 M – Khalifah ‘Utsman II.
1622 M – Pasukan khusus Khilafah (Inkishari) menjadi sangat kuat dan memiliki pengaruh sehingga terjadi perubahan di Kekhilafahan sekehendak mereka. Khalifah Musthafa I diba’at kembali (pengangkatan kedua kalinya).
1623 M – Syah ‘Abbas menaklukkan Baghdad.
1625 M – Misionatis untuk pertama kalinya berada di Lebanon dan mulai meracunia pemahaman umat Islam. Inilah awal dimulainya serangan Misionaris.
1623 M – Khalifah Murad IV dibai’at.
1635 M – Tabriz di taklukkan kembali oleh Khilafah Islam.
1640 M – Khalifah Ibrahim I .
1645 M – Pulai Crete di rebut kembali.
1641 M- Kekhilafahan Sulthan Muhammad IV
1683 M – Kota Neohazel (Austria) ditaklukkan.
1672 M – Limburg ditaklukkan dengan cepat. Polonia dikalahkan dan setuju untuk membayar Jizyah.
1683 M – – Serangan dan pengepungan ke Vienna untuk kedua kalinya. Banyak kota-kotanya berhasil di buka, tetapi Paus memanggil negeri-negeri Eropa untuk membantu Austria mengalakah pasukan Khilafah Islamiyyah.
1686 M – Autria, Polonia, Vienna, Malta, Russia dan Paus telah membuat sebuah perjanjian suci dan berhasil merampas kembali Budapest dan Neohazel.
1687 M – Sultan Muhammad IV wafat, kemudian di bai’at Khalifah Sulaiman II .
1688 M – Samandriah, Qlumbaz dan Belgrade jatuh ketangan musuh. Kaum Muslimin kehilangan kendali atas kota Udine dan Nichea di Eropa.
1690 M – Somandriah, Belgrade, Udine dan Niche direbut dan dikuasai kembali.
1691 M – Khalifah Ahmad II.
1695 M – Khalifah Musthafa II . Khalifah melakukan serangan ke Russia dan seluruh negara Eropa menyerang Daulah Islam.
1703M – Pembaharuan kebudayaan di bawah pemerintahan Sulthan Ahmad III setelah beliau dibai’at.
1711 M – Pengepungan Tzar Rusia tetapi panglima pasukan kaum Muslimin melakukan pengkhianatan kepada Khalifah karena uang dan membebaskan Tzar dengan sebuah perjanjian.
1730 M – Khalifah Mahmud I.
1737 M – Russia dan Autria akhirnya dikalahkan oleh Islam.
1729 M – Perjanjian Belgrade dengan Rusia dan Austria ; Bergrade dan kawasan-kawasan lainnya diserahkan kepada Daulah Islam (Khilafah).
1754 M – Kemudian Khalifah “Utsman IlI.
1757 M – Khalifah Musthafa II.
1771 M – Armada laut Rusia ditumpas oleh Armada laut Islam.
1773 M – Khalifah ‘Abdul Hamid I. Rusia berhasil dikalahkan oleh kaum Muslimin dalam pertempuran darat.
1774 M – Rusia mengalahkan kaum Muslimin dan perjanjian damai di tanda tangani.
1782 M – Perjanjian Jassy.
1784 M – Rusia dan Autria kembali banyak merampas wilayah kaum Muslimin.
1789 M – Dibai’at Khalifah Salim III. Austria meng-akuisisi Belgrade dan Serbia. Rusia mengakuisisi Bandar.
1798 M – Napoleon mengambil alih Mesir dan membawa masuk kebudayaan Perancis. Perjanjian damai dengan Austria. Serbia kembali kepangkuan Daulah Islam.
1801 M – Napoleon ditundukkan di ‘Akka (Palestina). Napoleon di kalahkan di Iskandariah dalam pertempuran laut Abu Qir. Terjadinya perjanjian damai dengan Perancis.
1804 M – Pembentukan tentara Resmi, disamping adanya tentara Khusus (Inkishari).
1806 M – Rusia dan Inggris menyerang Islam.
1807 M – Khalifah Musthafa IV di bai’at. Inggris di kalahkan setelah mengepung Borporus. Muhammad Ali mengalahkan Inggris di Rashid. Inggris keluar (meninggalkan) Mesir. Terjadinya perjanjian damai antara Perancis dan Inggris terhadap Khilafah.
1808 M – Khalifah Mahmud II.
1815 M – Serbia melakukan bughat (pemberontakan).
1817 M – Serbia terpisah dari Khilafah.
1826 M – Yunani melakukan Revolusi namun gagal. Athena di taklukkan. Tentara elit Inkishari daulah Khilafah di bubarkan dan digantikan dengan tentara Resmi. Kekalahan angkatan laut Khilafah Utsmaniyyah di Navarino.
1828 M – Eropa membantu Yunani untuk memisahkan diri dari Khilafah Islam. Tentara Resmi Khilafah melawan Rusia. Rusia mengembalikan wilayahnya kembali ketangan kaum Muslimin setelah adanya perjanjian damai.
1830 M – Perancis mengambil alih Aljazair. Tahun-tahun selanjunyat, Khilafah mulai mengadopsi perundang-undangan Eropa.
1836 M – Khalifah ‘Abdul Majid I dibai’at.
1856 M – Terjadinya perang al-Qim ; Perancis dan Inggris melawan Rusia.
1860 M – Perancis mengambil alih Syiria untuk menolong kaum Nashrani.
1873 M – al-Imam asy-Syaukani wafat.
1861 M – Khalifah “Abdul ‘Aziz I.Perancis mundur dari Syiria.
1864 M – Serbia merdeka, akan tetapi masih berada dibawah perlindungan Khilafah.
1867 M – Serbia merdeka dan tentara kaum Muslimin mundur sepenuhnya.
1869 M – Perancis menggali terusan Suez.
1876 M – Khalifah Murad V, pada tahun yang sama kemudian di bai’at Khalifah ‘Abdul Hamid II menggantikan khalifah Murad V. Bulgaria melakukan Revolusi dengan bantuan dari Rusia namun gagal. Serbia menyerang kaum Muslimin dengan bantuan Rusia namun kaum Muslimin berhasil mengalahkan mereka dan mengambil alih Bulgaria serta seluruh Serbia.
1877 M – Rusia dan Rumania berhasil dikalahkan setelah melakukan penyerangan terhadap kaum Muslimin. Rusia dan Hungaria mengambil alih Pleven (Bulgaria Utara). Rusia dikalahkan dan Kaisar dibebaskan ; Rusia telah kalah sebanyak 6 kali.
1878 M – Rusia mengambil alih Sofia, Pleven dan Edrine (Turki). Terjadi perjanjian damai dengan Rusia. Kongres Berlin. Bulgaria, Montenegro dan Serbia merdeka. Edrine dan kawasan lain kaum Muslimin kembali kepangkuan Khilafah. Inggris mengambil alih Cyprus. Terjadi perjanjian Berlin, pihak Eropa membagi-bagi wilayah kaum Muslimin.
1908 M- Berdirinya gerakan Turki Muda. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1909 M – Dibai’at Khalifah Muhammad Risyad V. Namun, Khilafah berada dibawah control kaum Nasionalis Turki.
1911 M – Umat Islam di Libya bertempur melawan Italia di Tripoli.
1912 M – Terjadi perang Balkan pertama melawan Yunani, Bulgaria dan Serbia. Mereka melakukan perampasan seluruh wilayah kaum Muslimin di Balkan.
1913 M – Pergerakan Sanusiyyah yang muncul di Libya melawan Italia. Perang Balkan kedua.
1914 M – Khilafah Turki Utsmani memasuki masa Perang Dunia I sebagai sekutu penguasa tengah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan dalam beberapa peperangan dan wilayah Khilafah menyempit. Inggris merampas Palestina dan Trans-Jordan.
1917 M – Perjanjian Balfour, perdana menteri Inggris berjanji akan memberikan kaum Yahudi sebuah tanah air di Palestina.
1918 M – Khalifah Muhammad Wahiddin II.
1919 M – Mustafa Kemal Atatürk datang ke Samsun.
1920 M – Musthafa Kemal (pengkhianat) mengetuai pemerintahan di Turki. Pada saat yang sama, negara Islam dibagi-bagi diantara pihak-pihak yang bersekutu membangun pemerintahan nasionalisme Arab dan Turki diseluruh kawasan yang berhasil diduduki ; kebanyakan negeri-negeri kaum Muslimin menjadi koloni Barat.
1922 M – Khalifah Abdul Majid II namun kekuasaan Khilafah akhirnya ditiadakan dan Khalifah Abdul Majid tidak lagi memiliki kuasa.
1923 M – Musthafa Kemal mendeklarasikan Republik Turki dan melarang dikumandangkannya adzan dalam bahasa Arab.
1924 M- Khalifah dihapuskan dan ditiadakan secara mutlak oleh Musthafa Kemal dengan bantuan penjajah Barat. Khalifah terakhir umat Islam di asingkan dan asset-aset Khalifah dirampas. Sedangkan Turki berubah menjadi negara sekuler sengan system Republik buatan non-Islam.
Dengan runtuhnya Khilafah, maka umat Islam tidak lagi memiliki institusi Khilafah. Namun perjuangan Umat Islam masih berlanjut walaupun ketiadaan Khilafah sudah cukup lama.

Friday 19 June 2015

Pendedahan Skandal Kontrak Kapal TLDM

Siapakah patut jawab persoalan ini? Dr Mahathir yang sebagai perdana menteri ataupun Najib Razak yang merupakan menteri pertahanan ketika itu?



Teruskan bacaan dalam blog dibawah. Pertembungan najib vs mahathir kian banyak merungkai misteri lama.....



KAKAKTUA.: Pendedahan Skandal Kontrak Kapal TLDM....Meragukan Sebuah Kapal Berharga 3 billion..

Thursday 18 June 2015

Najib dah Gila??? Perlu di halang dari guna RM3.6 billion wang rakyat



Amat menakutkan..!!! Apabila membaca blog kakaktua ini pastinya kecut segala usus kita. Apa yang najib cuba lakukan kepada negara kita ini? Adakah najib cuba membangkrapkan negara kita? Semakin lama semakin banyak perkara terbongkar. Sudah sepatutnya Dr Mahathir begitu marah dengan najib. Dr Mahathir yang berpengalaman selama 22 tahun pun tidak begitu berani bermain main dengan hutang tanpa membuat apa apa projek yang boleh mendatangkan hasil kepada negara.



Bolehlah kita gambarkan najib sudah gila ataupun najib adalah ejen pemusnah negara kita. Blog kakaktuaKlik

Sejarah KLCC Yang Ramai Tak Tahu

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti berikut, “

Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.
2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana.

Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.
3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.
4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1  KOS TANAH: RM 900 JUTA

Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial.

Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya  dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu.
Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri.
4.2   KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION

Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar.

Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA.

Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya. Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat).

Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI  RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll.

Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir.
Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.

Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!).

Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
4.3   KOS  TAMAN KLCC: RM200 JUTA

Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4  KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA

Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5   KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA

Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
4.6   BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
? rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.
? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).
Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.
5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?
Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi itu.

Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.
Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini.

Jadi apa nak buat?

Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar.

Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.
6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap ini !!
APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.
APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.
Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan negara dan menarik pelancung.
Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi.

Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……).

Dan satu cara paling berkesan memashhorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!
Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.
Wallahu a’lam.

GILA!!! Kerajaan Akan Haramkan Sembelihan Cara Islam

DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.


Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.



Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.



Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.

Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.


Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.



Pesuruhjaya Eropah untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia " bercanggah dengan undang-undang Eropah."



Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup pula menyedari bahawa orang Islam dan orang-orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini , tetapi menegaskan bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.


Monday 8 June 2015

Waktu solat

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

5 Peradaban Tertua Di Dunia

Sejarah peradaban manusia terbentang panjang sejak ribuan bahkan mungkin jutaan tahun yang lalu. Mari kita lihat kembali untuk sedikit berfikir dan berdzikir...
1. Mesopotamia
Mesopotamia terletak di antara dua sungai besar, Eufrat dan Tigris. Daerah yang kini menjadi Republik Irak itu di zaman dahulu disebut Mesopotamia, yang dalam bahasa Yunani berarti "(daerah) di antara sungai-sungai". Nama Mesopotamia sudah digunakan oleh para penulis Yunani dan Latin kuno, sepertiPolybius (abad 2 SM) dan Strabo (60 SM-20 M).
Sejarah Mesopotamia diawali dengan tumbuhnya sebuah peradaban, yang diyakini sebagai pusat peradaban tertua di dunia, oleh bangsa Sumer(ia) sekitar tahun 7000 SM. Bangsa Sumeria membangun beberapa kota kuno yang terkenal, yaitu Ur, Ereck, Kish, dll. Kehadiran seorang tokoh imperialistik dari bangsa lain yg juga mendiami kawasan Mesopotamia, bangsa Akkadia, dipimpin Sargon Agung, ternya melakukan sebuah penaklukan politis, tapi bukan penaklukan kultural.

Bahkan dalam berbagai hal budaya Sumer dan Akkad berakulturasi, sehingga era kepemimpinan ini sering disebut Jilid Sumer-Akkad. Campur tangan Sumer tidak dapat diremehkan begitu saja, pada saat Akkad terdesak oleh bangsa Gutti, bangsa Sumer-lah yg mendukung Akkad, sehingga mereka masih dapat berkuasa di "tanah antara dua sungai" itu.
2. Mesir Kuno
Mesir Kuno adalah suatu peradaban kuno di bagian timur laut Afrika. Pada akhir masa Paleolitik, iklim Afrika Utara menjadi semakin panas dan kering. Akibatnya, penduduk di wilayah tersebut terpaksa berpusat di sepanjang sungai Nil. Sebelumnya, semenjak manusia pemburu-pengumpul mulai tinggal di wilayah tersebut pada akhir Pleistosen Tengah (sekitar 120 ribu tahun lalu), sungai Nil telah menjadi urat nadi kehidupan Mesir. Peradaban ini terpusat di sepanjang hilir sungai Nil. Peradaban ini dimulai dengan unifikasi Mesir Hulu dan Hilir sekitar 3150 SM.
Pencapaian-pencapaian peradaban Mesir Kuno antara lain: teknik pembangunan monumen seperti piramida, kuil, dan obelisk; pengetahuan matematika; teknik pengobatan; sistem irigasi dan agrikultur; kapal pertama yang pernah diketahui; teknologi tembikar glasir bening dan kaca; seni dan arsitektur yang baru; sastra Mesir Kuno; dan traktat perdamaian pertama yang pernah diketahui.

Mesir telah meninggalkan warisan yang abadi. Seni dan arsitekturnya banyak ditiru, dan barang-barang antik buatan peradaban ini dibawa hingga ke ujung dunia. Reruntuhan-reruntuhan monumentalnya menjadi inspirasi bagi pengelana dan penulis selama berabad-abad.
3. India Kuno
Peradaban disini dimulai sejak 6000 SM. Menurut ahli arkeologi zaman sekarang, di kota kuno Mohenjodaro (Pakistan) banyak ditemui kerangka-kerangka manusia yang berserakan, banyak petunjuk menandakan seolah mereka dilanda malapetaka yang sangat dahsyat secara tiba-tiba. Di kota itulah kisah epik peperangan Ramayana bersumber berdasarkan manuskrip-manuskrip yang ditemukan.
Pada kerangka-kerangka itu terdapat sisa-sisa radioaktif yang tinggi. Begitu pula yang terjadi di kota kuno Kurusetra dan Harappa, kedua kota itu meninggalkan kesan radioaktif yang sama halnya terjadi seperti di Hiroshima dan Nagasaki.
4. Cina Kuno
Sejarah Cina adalah salah satu sejarah kebudayaan tertua di dunia. Dari penemuan arkeologi dan antropologi, daerah Cinatelah didiami oleh manusia purba sejak 1,7 juta tahun yang lalu. Peradaban Cina berawal dari berbagai negara kota di sepanjang lembah Sungai Kuning pada zaman Neolitikum.
Sejarah tertulis Cina dimulai sejak Dinasti Shang (k. 1750 SM - 1045 SM). Cangkang kura-kura dengan tulisan Cina kuno yang berasal dari Dinasti Shang memiliki penanggalan radiokarbon hingga 1500 SM. Budaya, sastra, dan filsafat Cina berkembang pada zaman Dinasti Zhou (1045 SM hingga 256 SM) yang melanjutkan Dinasti Shang. Dinasti ini merupakan dinasti yang paling lama berkuasa dan pada zaman dinasti inilah tulisan Cina modern mulai berkembang.

5. Meso Amerika
Mesoamerika adalah suatu istilah yang merujuk pada wilayah geografis yang membentang dari Tropik Cancer di tengahMeksiko ke bawah hingga Guatemala, Belize, Honduras, El Savador, dan Nikaragua, sampai barat laut Kosta Rika. Wilayah ini ditandai dengan homogenitas budaya pribumi yang dimiliki penduduk di daerah ini. Pemukiman disini sudah ada sejak 5100 SM.
Wilayah Mesoamerika ditandai juga sebagai tempat berkembangnya beberapa budaya maju pertama di Amerika seperti Olmec (1200 SM) ,Teotihuacan, Maya, dan Aztec. Budaya-budaya ini telah mengembangkan masyarakat yang kompleks, mencapai evolusi teknologi tingkat tinggi, membangun arsitektur monumental, dan menyumbangkan banyak kondisi dan konsep budaya.

Sunday 7 June 2015

Friday 5 June 2015

Rahsia Tanda-Tanda Penyakit Melalui Jari

Asas 5 Jari
Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...
Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...