Wednesday 30 June 2021

APA YANG ZAHID MAHU ?



Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat Presiden UMNO, Zahid Hamidi cuba sedaya upaya dengan cara apa sekali pun untuk membawa UMNO dapat duduk serumah bersama jajaran yang baharu. 

Zahid yang kini telah didakwa terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, 8 pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram yang melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akal Budi. 

Selain itu, disebalik terdesaknya Zahid untuk menyelesaikan isu mahkamahnya, beliau juga terus didesak oleh majoriti Ahli-ahli UMNO untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dalam kadar segera. Di Atas segala desakan ini, Zahid sekali lagi mencuba untuk mengagalkan cubaan Ahli-ahli UMNO yang ingin menjatuhkan beliau dari jawatan Presiden dengan menangguhkan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin Rahman selama 18 bulan. 

Secara tidak lansung, ini bermakna Zahid akan kekal sebagai presiden sehingga PRU-15 nanti. Jelas disini bahawa Zahid kini semakin terdesak untuk menjayakan perancangan beliau untuk membawa UMNO terpaksa menerima jajaran baharu bersama parti pembangkang. 

Apakah ahli-ahli UMNO masih lagi mahu meletakkan kepercayaan tunggak Parti kepada Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO setelah ditipu berkali-kali? Atau UMNO perlu segerakan pemilihan parti agar UMNO dapat memilih individu yang lebih layak untuk mengantikan Zahid yang sehingga kini terus menggunakan parti untuk kepentingan peribadi dan kroni-kroninya.

https://www.facebook.com/100401475264544/posts/216686846969339/

Monday 28 June 2021

Semakin Melampau

Maaf, kali ini saya terpaksa utk tidak bersetuju kerana anda sudah tidak lagi segan silu utk tidak mengamalkan penjarakan fizikal. Sangat jelas double standard! 

Saya cuba sedaya upaya utk patuh SOP, betul2 duduk rumah dan hanya keluar beli barang keperluan shj. (dan siram kebun blkg rmh jer 🤭😂).

Sudahlah menahan amarah diri tgk masjid2 jadi tempat pusat vaksin, beratur ramai2 dlm masjid utk vaksin berjam2 boleh tapi nak solat 10-15minit dihadkan jumlah jemaah pulak. Saya terfikir bagaimana sekiranya masjid sedang digunakan pusat vaksin dan dlm masa sama azan berkumandang? Hurmmmm 🤔. 

Tidaklah salah utk guna masjid sbg pusat vaksin tetapi tetapkan SOP sptmana ketika solat sekurang2nya ia selari atau sama dan juga dpt mengelakkan timbulnya pelbagai persoalan dan bantahan.

Saya tidak menentang kerajaan dan juga ulil amri, tapi saya rasakan ini adalah satu tindakan yang sangat kurang tepat. Jadi amatlah wajar sekiranya terdapat golongan yg terdiri drpd agamawan yg berasa iri hati dan meluahkan kekecewaan masing2 apabila melihat situasi sebegini.

Wallahu’alam.

Saturday 26 June 2021

KESAN ADVERS BERIKUTAN PELALIAN (AEFI=ADVERSE EVENTS FOLLOWING IMMUNIZATION)



1 Definisi AEFI
Merujuk kepada definisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), AEFI merujuk kepada sebarang kesan advers yang dialami setelah pelalian diberikan yang tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pengambilan vaksin. Kesan advers merujuk kepada sebarang tanda, simptom, penyakit atau keputusan ujian makmal yang tidak normal. Bukan semua AEFI yang dilaporkan disebabkan oleh vaksin atau proses imunisasi. Sesetengah AEFI berlaku secara kebetulan dan tidak berkait dengan penggunaan vaksin.

2 Klasifikasi AEFI
Pengkelasan AEFI mengikut punca.

1 Produk vaksin
Kesan advers berlaku akibat sifat inheren produk vaksin berkenaan walaupun diberikan dengan cara yang betul.

2 Kualiti vaksin
Kesan advers berlaku akibat masalah kualiti produk vaksin. Ini termasuklah kualiti alatan administrasi yang dibekalkan oleh pengilang.

3 Kesilapan teknikal
Kesan advers berlaku akibat kesilapan dalam proses penyediaan, pengendalian atau administrasi vaksin.

4 Perasaan kebimbangan
Kesan advers berlaku akibat perasaan kebimbangan terhadap imunisasi dan bukannya disebabkan oleh vaksin.

5 Kebetulan
Kesan advers berlaku akibat faktor-faktor yang lain dan tidak berkait dengan produk vaksin, kualiti vaksin, kesilapan imunisasi mahupun perasaan kebimbangan.

SUMBER: NPRA, KKM

Friday 25 June 2021

Senjata yang paling menyakitkan hati

Kemungkaran yang kerap dibuat akan menjadi kebiasaan dan tidak lagi dianggap sebagai suatu dosa. Akhirnya orang yang menegur kemungkaran akan dimusuhi sebagaimana syaitan memusuhi para nabi. Dan yang lebih kronik lagi orang yang melakukan kebaikan akan ditindas hanya atas alasan kebaikan telah menyakitkan hati kejahatan.

Suatu ketika dahulu yang benar benar menyakitkan hati Namrud ialah apabila cuba menyiksa Nabi Ibrahim dengan melontarkan baginda ke dalam api tetapi Nabi Ibrahim tidak melawan malah tidak berundur waima seinci pun, malah tetap teguh mempertahankan akidahnya.

Begitu juga apabila Firaun mahu membunuh Nabi Musa, Nabi Musa tetap teguh keimanannya dan tidak melawan secara fizikal.

Kadangkala menahan diri dari marah adalah lebih menyakitkan hati musuh dan musuh rasa terpukul lebih daripada kita bertumbuk dan bergaduh.

Sabar ibarat sebuah empangan untuk menyimpan air. Apabila sudah terlalu penuh ia akan melimpah dan menjadi satu senjata yang mampu menghanyutkan satu kampung.

Teruskan membina empangan dan tunggu sahaja masa dan ketika yang sesuai untuk melimpahkan isinya.

Wednesday 23 June 2021

Satu lagi kes kebakaran dipercayai perbuatan khianat

Pihak polis yang berada di tempat kejadian telah memanggil seorang budak yang melihat kebakaran tersebut dan bertanya beberapa soalan.

Polis: Siapa bakar?
Budak: saya 
Polis: siapa suruh?
Budak: bapa saya

Polis pun terus membawa budak tersebut ke balai untuk sesi soal siasat.

Bila diperiksa kad pengenalan nama budak itu ialah Bakar Bin Suruh

😂😂😂

Tuesday 22 June 2021

Curi pakaian wanita untuk naikkan syahwat !!!

Polis menahan seorang pemuda yang didapati menjalankan aktiviti mencuri pakaian wanita untuk dijadikan ‘penaik nafsu syahwat’.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, penahanan lelaki berusia 23 tahun itu dibuat selepas menerima laporan seorang wanita.

Katanya, pengadu melihat suspek berlegar-legar sekitar ruangan lif aras rumahnya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, sekitar jam 10.30 pagi, semalam.

“Pengadu mengesyaki lelaki tersebut adalah individu yang terlibat susulan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.

“Suspek telah mengakui di hadapan suami pengadu dan pihak pengurusan kondominium bahawa dia mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan pakaian yang dicurinya iaitu di dalam bilik tidur rumahnya di kondominium sama.

Friday 18 June 2021

Jasa orang melayu kepada dunia sains



Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!" (Bermaksud tipu)

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

Wednesday 16 June 2021

Musuh Umat Islam Terlalu ramai

Orang orang beriman mempunyai terlalu ramai musuh yang tidak pernah berputus asa mahu mengalahkan mereka. Puak nasrani dan yahudi tidak henti henti bersaing mahu menguasai dunia.

Musuh kita bukan sahaja nasrani dan yahudi malah puak majusi juga begitu kuat menyerang kita apabila mereka kuat.

Ditambah pula dengan puak penyembah berhala yang begitu bencikan kita.

Walaupun mereka masing masing tidak redha sesama sendiri namun mereka sanggup bekerjasama apabila berhadapan dengan kita.

Tidak ketinggalan juga puak munafiq dan puak fasiq yang telah berakar umbi dikalangan umat Islam. Puak puak ini senantiasa mempertikaikan agama Islam. Mereka merosakkan Islam dari dalam.

Dalam pada itu musuh kita yang paling kuat dan lebih merbahaya ialah nafsu kita. Dikatakan nafsu mempunyai kekuatan 60 kali ganda dari syaitan.

Maka kita tidak perlu terkejut seandainya secara tidak sengaja kita menjadi musuh kepada orang beriman dan kita perasan bahawa kita berjuang untuk islam walhal kitalah yang sedang menjatuhkan agama ini.

Monday 14 June 2021

Tanpa Roh Manusia Tidak Ada Nilai

Apabila roh ditarik keluar dari tubuh, tiada nilai lagi tubuh kita. 

Sewaktu ada roh ditubuh, kita dipakaikan dengan pakaian cantik, tangan kita disarungkan dengan jam yang mahal, kita dibawa dengan kereta mewah dan kita diberi rumah yang tersergam indah.

Tanpa roh, tiada siapa malah keluarga kita sendiri tidak mahu menyimpan kita didalam rumah, tiada pakaian cantik melainkan kain kafan bahkan kita dihalau secepat mungkin untuk disimpan ke dalam tanah.

Tanpa roh, ulat dan cacing mula melingkari tubuh kita, tanpa roh tubuh kita mereput, tanpa roh kita tidak bernilai lagi didunia ini.

Tanpa roh, semua tubuh sama saja tempatnya didalam tanah...

Sebelum roh ditarik keluar beramallah sebanyak mungkin agar kehidupan kita tidak sia sia.

Sunday 13 June 2021

Bagaimana Pemimpin Zalim Dijatuhkan

 “Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.”

[Surah al An`am: 129]


Tafsiran ayat ini adalah,

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka sendiri hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.

[Syarh al `Aqidati at Tohawiyah, juz 2, hal. 542]


Friday 11 June 2021

SAH!!!! TANDA KIAMAT INI JUGA SUDAH MUNCUL

Dalam sebuah hadis Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Daripada Abi Hurairah RA: Nabi bersabda: 'Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu (ilmu semakin berkurang), banyaknya gempa bumi, masa pantas berlalu, terzahirnya fitnah, banyaknya al-Harj iaitu pembunuhan dan banyak dalam kalangan kamu harta yang melimpah ruah.'" (Hadis  Riwayat al-Bukhari, 1036)

Terdapat beberapa pandangan mengenai maksud "masa pantas berlalu" antaranya kurangnya keberkatan terhadap masa.

Jika pada zaman dahulu, sehari dapat digunakan keseluruhannya untuk kebaikan, tetapi sekarang hanya beberapa minit atau saat.

Ini telah berlalu pada zaman kita. Kita nampak hari-hari berlalu dengan pantas seperti yang belum pernah kita lihat pada zaman sebelum ini.

Masa berlalu pantas juga adalah merujuk kepada perkembangan teknologi dan pengangkutan.

Manusia akan menjadi semakin hampir antara satu sama lain disebabkan kewujudan telekomunikasi dan perkembangan kenderaan pantas seperti kapal terbang dan kereta api laju.

Perjalanan antara satu tempat dengan tempat yang jauh hanya mengambil masa singkat sehingga manusia mampu berulang-alik dalam tempoh yang pendek.

Malah sejak serangan pandemic covid19 pada tahun 2020 tahun lepas kita tidak menikmati tahun tersebut dengan puas malah tiba tiba kita sudah berada ditahun 2021. Malah tahun 2021 inipun kita sudah berada dipertengahan tahun di bulan Jun. Maksudnya dalam beberapa bulan saja lagi kita akan memasuki tahun yang baru yakni 2022.

Begitu pantas masa berlalu seolah olah setahun yang kita jalani cuma sebulan sahaja yang kita nikmati.

Nabi bersabda yang bermaksudnya: "Daripada Abi Hurairah RA Nabi bersabda: 'Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga masa (zaman) pantas berlalu: Setahun seperti sebulan, sebulan seperti se-Jumaat (seminggu) se-Jumaat seperti sehari dan sehari seperti sesaat. Satu saat yang dimaksudkan adalah nyalaan api yang membakar ranting kering.'" (Hadis  Riwayat Ahmad, 10560)

Semua keadaan yang berlaku adalah merujuk kepada cepatnya masa berlalu dalam erti kata sebenar pada akhir zaman.

Allah akan menjadikan hari-hari sepanjang yang Dia mahu dan sependek yang Dia mahu dengan menggantikan malam dan siang dalam keadaan manusia sedar mengenai perkara itu.


Tuesday 8 June 2021

Jangkitan VOC lebih bahaya!



Apa itu VOC?

VOC adalah singkatan Variant Of Concern atau Varian yang perlu diperhatikan.

Setakat ini 3 VOC yang telah dikesan di Malaysia:
1. Afrika Selatan (B.1.351)
2. United Kingdom( B.117)
3. India (B.1.617.1)

Kenapa perlu dibimbangkan?

Varian baharu ni merebak lebih cepat dan kadar kematian lebih tinggi. Kebanyakkan pesakit tak gejala.

Tak ada batuk,tak ada sesak nafas apatah lagi selsema!

Yang lagi bahaya, varian ini terus ‘melompat’ ke paru-paru. Buat saringan negatif tapi bila xray, dah tahap yang teruk.

Varian ni dah bermutasi. Setakat vaksin pun dia pandang sebelah mata.

Setakat ini sudah 114 kes yang dikesan adalah VOC:

• 89 kes adalah varian Afrika Selatan (kesemua kes jangkitan dalam negara)
• Sembilan (9) kes adalah varian United Kingdom (5 kes jangkitan import dan 4 kes jangkitan dalam negara)
• Enam (6) kes varian India (kesemuanya jangkitan import)

Virus COVID-19 jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian Afrika Selatan. 

Oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti.

Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap orang.

Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19.

Kongsikan pada group-group whatsapp keluarga kalian agar semua berwaspada dan berhati-hati.

Dr. Ahmad Samhan
Nota: https://t.me/drsamhan

Tuesday 1 June 2021

BAGAIMANA MENGURUS JENAZAH JIKA ANDA ORANG YANG BERADA DI SISI SI MATI?


Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

😔 *SEJURUS SELEPAS JENAZAH
 MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:*
1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
2. Tutup jenazah dgn sehelai kain dan bakar setanggi utk hilangkan bau jenazah ( hukumnya sunat )
3. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
4. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

😔 *SEBELUM TETAMU DATANG:*
*PERSEDIAAN PEMBARINGAN*

1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja ( jika jenazah tiada apa masalh yg mudarat, tudak perlu guna plastik, memadai tilam sahaja )
2. Letakkan bantal di atas tilam
3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah atau boleh bakar setanggi

*PERSEDIAAN JENAZAH*

1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
4. Ambil minyak zaitun ( boleh minyak urut yg lain ) urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
5. Urut dahulu segala sendi sebelum di letakkan minyak pada tempat sendi yg keras sahaja.
6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
10. Letakkan jenazah di pembaringan sebelum dimandikan ke tempat yg tertutup.
11. Jika terdapat najis, bersihkan ( dilakukan sebelum dimandikan, sunat dibacakan doa istinjak )
12. Tutup dengan kain batik lepas dari muka hingga ke hujung kaki

*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

*BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA*

1. Sunat 5 helai kain kafan atau berwarna putih untuk jenazah wanita dan sunat 3 helai utk jenazah lelaki / kain pelikat untuk jenazah lelaki dan kain batik utk perempuan sebagai kain lapisan mandi
2. tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi) sekurang kurangnya.
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita, jika boleh mendatangkan fitnah tidak perlu )
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita, jika tiada tiada mengapa )
8. Minyak attar atau air mawar
9. Serbuk kayu cendana utk ditaburkan pada kain kapan jenazah, dan diatas tisu gulung yg dipotong kpd 9 bahagian sebelum diletak kepada tubuh jenazah.
10. Kapas gulung 3, sekurang kurangnya segulung.
11. Sarung tangan plastik
12. Putik kapas

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain. Saya percaya masih ramai lagi masih kurang arif tentang hal ini.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...