Friday, 11 June 2021

SAH!!!! TANDA KIAMAT INI JUGA SUDAH MUNCUL

Dalam sebuah hadis Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Daripada Abi Hurairah RA: Nabi bersabda: 'Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu (ilmu semakin berkurang), banyaknya gempa bumi, masa pantas berlalu, terzahirnya fitnah, banyaknya al-Harj iaitu pembunuhan dan banyak dalam kalangan kamu harta yang melimpah ruah.'" (Hadis  Riwayat al-Bukhari, 1036)

Terdapat beberapa pandangan mengenai maksud "masa pantas berlalu" antaranya kurangnya keberkatan terhadap masa.

Jika pada zaman dahulu, sehari dapat digunakan keseluruhannya untuk kebaikan, tetapi sekarang hanya beberapa minit atau saat.

Ini telah berlalu pada zaman kita. Kita nampak hari-hari berlalu dengan pantas seperti yang belum pernah kita lihat pada zaman sebelum ini.

Masa berlalu pantas juga adalah merujuk kepada perkembangan teknologi dan pengangkutan.

Manusia akan menjadi semakin hampir antara satu sama lain disebabkan kewujudan telekomunikasi dan perkembangan kenderaan pantas seperti kapal terbang dan kereta api laju.

Perjalanan antara satu tempat dengan tempat yang jauh hanya mengambil masa singkat sehingga manusia mampu berulang-alik dalam tempoh yang pendek.

Malah sejak serangan pandemic covid19 pada tahun 2020 tahun lepas kita tidak menikmati tahun tersebut dengan puas malah tiba tiba kita sudah berada ditahun 2021. Malah tahun 2021 inipun kita sudah berada dipertengahan tahun di bulan Jun. Maksudnya dalam beberapa bulan saja lagi kita akan memasuki tahun yang baru yakni 2022.

Begitu pantas masa berlalu seolah olah setahun yang kita jalani cuma sebulan sahaja yang kita nikmati.

Nabi bersabda yang bermaksudnya: "Daripada Abi Hurairah RA Nabi bersabda: 'Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga masa (zaman) pantas berlalu: Setahun seperti sebulan, sebulan seperti se-Jumaat (seminggu) se-Jumaat seperti sehari dan sehari seperti sesaat. Satu saat yang dimaksudkan adalah nyalaan api yang membakar ranting kering.'" (Hadis  Riwayat Ahmad, 10560)

Semua keadaan yang berlaku adalah merujuk kepada cepatnya masa berlalu dalam erti kata sebenar pada akhir zaman.

Allah akan menjadikan hari-hari sepanjang yang Dia mahu dan sependek yang Dia mahu dengan menggantikan malam dan siang dalam keadaan manusia sedar mengenai perkara itu.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...