Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Pendapat Ulamak Falak tentang wabak

♦️Mengikut ulama² Falak, wabak berulang 100 tahun sekali. Kali terakhir 1918. ♦️Wabak menjelma pada 2019 bertepatan 100 tahun. Adat wabak ini biasanya 2 tahun. Maksudnya hujung tahun ni adatnya Covid akan berakhir sebab Covid mula hujung 2019, hujung 2021 ni habis. ♦️Mengikut ulama Falak, sebelum atau selepas wabak akan kedatangan banjir dan kemarau. Banjir telah menimpa kita pada November 2020 lebih kurang setahun selepas Covid datang Disember 2019. ♦️Kemungkinan selepas ini kemarau. Krisis makanan. Kebuluran. ♦️Ada ahli falak duk rasa selepas ini kemarau. Nauzubillah. Krisis makanan. Kebuluran. لَا تَفْنَى أُمَّتِي إِلَّا بِالطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ" رواه أحمد. والطعن هو القتل، والطاعون وباء. Tidak binasa umatku melainkan dengan pembunuhan, peperangan dan to'un yakni wabak. ♦️Ada para ulama' menyatakan tanda ini tanda pertengahan antara tanda kecil Qiyamat dan tanda besar Qiyamat. ♦️Habis tanda pertengahan ini bermula tanda besar. Misterinya adakah kita telah masuk fasa pe

RINGKASAN SOSOK TUBUH BERMATA SATU DAJJAL @DARI SUDUT KACA MATA PELBAGAI AGAMA DAN BANGSA

Ini diantaranya:  1-ISLAM 2-NASRANI 3-YUNANI ROME 4-BANGSA JEPUN 5-KAUM AMAZON BRAZIL 7-AUSTRALIA 8-TURKEY KUNO RINCIAN RINGKAS 1-ISLAM Dalam sebuah Hadith Sohih Yang disabdakan Oleh Baginda Rasulullah s a w وفى حديث أنس رضى الله عنه: قال النبى صلى الله عليه وسلم: "مَا بُعِثَ نَبِى إِلا أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ أَلا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ " رواه البخارى برقم 6598 daripada Sayyiduna Anas Bin Malik Radiallahu anh bahawa baginda Rasulullah s a w Ada bersabda Mafhumnya (Tidak  di utuskan seseorang Nabi itu,, melainkan ia akan mengingatkan dan memberi amaran kepada ummatnya berkaitan bahayanya Fitnah yang datang bersama Dajjal si pendusta Bermata Satu,, Dajjal itu Buta sebelah Matanya sedangkan Rabb Kamu tidak Buta sepertimana Dajjal,,, dan diantara kedua matanya tertulisnya Kalimah  Kafir ك ف ر  yang hanya difahami oleh orang yang beriman walau buta huruf) (ciri-ciri Dajjal) -Menurut Agama

Menunggu Hari Cerah

Kita ni ibarat orang yang kali pertama mengenal gajah diwaktu malam yang gelap gelita.  Ada yang pegang belalai dan dia menganggap gajah itu panjang, ada yang pegang telinga dan menganggap gajah itu lebar dan ada yang pegang dibahagian2 lain dan bertanggapan itulah bentuk gajah berdasarkan apa yang dipegang. Masing2 kata itulah gajah mengikut persepsi mereka dan masing2 kata pendapat orang lain adalah salah dan perlu dihukum kerana salahnya pendapat itu. Apabila waktu telah cerah kita dapati gajah yang sebenar adalah lain dari apa yang kita anggap sebelum ini. Tapi malangnya kita telah menghukum orang lain yang mempunyai pendapat yang separuh benar sepertimana pendapat kita juga yang tidak lah begitu benar. Maka ada baiknya sebelum menghukum orang lain kita menunggu hari cerah bagi memastikan bagaimana rupa bentuk gajah yang sebenar. Ini kerana jawapan yang betul masih lagi tergantung kerana kita masih didalam kegelapan.

Siapa yang lebih berjaya? PH, BN atau PN?

Al-Mu'minuun 23:1-11 1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - 7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; 8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; 10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - 11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

GEMPAR: SURAT KHAS SULTAN MUHAMMAD AL FATEH BUAT KESULTANAN ISLAM MELAKA

SURAT TERAHSIA MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN PENJAJAH. Tahun 1454 Masihi,surat ini sampai ke tangan Sultan Melaka. "Dari hamba Allah,  Penakluk Konstantinopel, Sultan Mehmed II Al-Fatih Ibn 'Sultan Murad,  Khalifah Empayar Uthmaniyyah,  Amirul Mu'minin (Pemimpin Dunia Islam)  Yang dianugerahkan Allah kekuatan, Oleh orang yang telah mengajar Islam kepada kita ,setelah wafatnya junjungan mulia Muhammad SAW.  Dengan berkah Allah Yang Maha Kuasa. Semoga Allah memberikan Empayar Khalifah sebagai keamanan dan kekuatan yang kekal untuk melindungi Empayar Umat Islam. Kepada, Hamba Allah, Sultan Al-Malayuwiyah (Melayu),  Ketua Panglima bangsa Tak terkalah Bani Jawi (Jawi adalah julukan Arab untuk orang Melayu),  Gabenor beragama Islam di Jauh Timur,  Pemimpin masyarakat Al-Malayuwiyah yang telah disayangi dan dipuja oleh Nabi Muhammad SAW,  Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Sultan Mansur Syah 'Al-Adil' (Hakim Yang Bijaksana), semoga Allah memberkati kamu selalu. Pada hari ini t

Selat Melaka Dalam Bahaya

Hampir 2 minggu banyak ruang di media sosial memberitakan perkembangan serangan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Masjidil Al Aqsa, begitu ramai netizen melahirkan emosi simpati terhadap rakyat Palastine serta kemarahan dan kebencian terhadap tentera Yahudi yang sememangnya terlalu extreme menyerang umat Islam Palastine. Rasanya jika Palastine itu duduk nya seberang Selat Melaka, mungkin pejuang jihad kita telah turut sama berjuang, kita pernah lakukan di Bosnia atas permintaan Bangsa Bangsa Bersatu atau PBB, malang sekali ini di Palastine, PBB tidak bersuara! Kita tahu kenapa kan?? Kajian yang aku buat mengapa Palastine di serang pada waktu ini, membuat kan aku menulis catatan ini! 1. Apakah ianya satu diversion operation bagi mengcamoflage satu gerakan ketenteraan yang lebih besar? Perhatikan aktiviti berikut:-    a. Satu kumpulan perang atau battle group dari UK dengan sebuah Floattilla yang diketuai oleh kapal induk HMS QE 2, sedang dalam pelayaran ke Timur Jauh atau Far East.  

AUTISM DAN TENTERA ISRAEL

ADA fakta yang kita tak boleh nafikan tentang anak-anak autism. Mereka mempunyai banyak kelebihan yang kita tak tak tahu atau cuba untuk menafi serta menidakkannya. Antara anugerah Tuhan pada mereka ini adalah kemampuan mereka untuk fokus serta mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam satu-satu perkara. Mereka cukup detail dan mempunyai ingatan yang tajam Mereka juga lebih mengutamakan logik berbanding emosi dalam bertindak. Disebabkan itu, Israel merekrut mereka untuk bertugas di bawah sebuah pasukan perisikan khas yang dikenali sebagai Unit 9900. Unit 9900 ini tugas utama mereka adalah semua yang berkaitan dengan geografi termasuk bab-bab pemetaan, tafsiran kawasan, menganalisa foto-foto satelit etc. Di sinilah Isreal 'mengambil kesempatan' terhadap anak-anak autism ini dengan mengambil dan menggajikan mereka untuk berkhidmat dalam unit berkenaan. Kelebihan mereka duduk depan komputer lebih lapan jam mengkaji data-data, ketajaman membezakan walaupun sekecil perkara di atas gam

Situasi Terkini Konflik Palestin - Israel.

1.Ratusan keluarga rakyat Palestin mula meninggalkan rumah mereka di utara Semenanjung Gaza akibat pengeboman berterusan oleh pesawat pejuang tentera regim zionis Israel dikawasan tersebut. ( Gambar 1 ) 2.Puluhan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah pengkalan tentera udara Hastrem milik Israel di barat Beersheba. ( Gambar 3 ). 3.Siren amaran kedengan di timur Tel Aviv, Ashdod, Askelan, Modayin, Ramla, Al - Ladd, Ircon, Beit Arief, Bani Attarout, Tirat, Beit Nahmiah, Azar, Gatafi, Lakhish, Yavni, Matah, Knut, Kaqfar Mordechai, Lejid, Oneistan, Shutulim, Batsrut dan Hatsur akibat puluhan peluru berpandu yang dilancarkan dari Gaza. 4.Angka korban terkini rakyat Palestin telah meningkat kepada 109 orang termasuk 28 orang kanak - kanak dan 15 wanita serta lebih 621 yang cedera sebagaimana dilaporkan Kementerian Kesihatan Gaza akibat daripada hampir 1,000 sasaran tentera regim zionis Israel di Semenanjung Gaza. 5.Kuwait telah memulakan tabung untuk mengumpul USD 100 juta bagi pemb

Allahuakbar... Langit Israel dipenuhi Cahaya Peluru Berpandu

Seram sejuk baca cerita pertempuran israel -palestin.  Semalam Israel mula  dgn lancarkan serangan ke Menara Hanadi, kem yarmouk di gaza iaitu penempatan keluarga2 palestin.  Qassam balas balik dgn serangan ke atas ashkelon dan tel aviv. 130 peluru dilancarkan serentak. Langit tel aviv penuh dgn peluru qassam vs peluru pintasan Iron dome. Banyak juga peluru yg dipintas oleh Iron Dome, tapi disebabkan strategi serangan nonstop oleh palestin, tak terpintas juga dek Iron Dome  Rata- rata media israel terkejut dgn serangan balas ke atas tel aviv, IDF maklumkan mereka tak pernah melihat serangan dlm skala besar begini dlm sejarah ke atas israel  Media israel menghentam IDF sbb salah strategi cari pasal dgn palestin kali ni. Tel aviv dlm ketakutan, kucar kacir, siren berbunyi sepanjang malam. Semalam mereka sombong, bongkak menari melihat masjid aqsa terbakar  Selang beberapa jam, Tel Aviv maklumkan Iron Dome dah tak berfungsi, Allahu Akbar! Matawang israel jatuh 1.4% vs USD ketika diserang 

3 Cara untuk Melemahkan Nafsu Syahwat

1. Memutuskan keterikatan Kita terikat kepada benda yang menguatkan nafsu syahwat. Maka, tidak boleh tidak, kita harus belajar memutuskan keterikatan itu. Misalnya, keterikatan kepada makanan diputus dengan berpuasa. 2. Memadamkan api Sesungguhnya nafsu syahwat itu dapat berkobar dengan pandangan kepada hal-hal yang dapat memancing nafsu syahwat. Rasulullah SAW bersabda, "Pandangan itu adalah salah satu panah beracun dari panah-panah iblis." Menjaga pandangan dari hal-hal tercela, menjaga telinga dari ucapan-ucapan kotor, menjaga langkah kaki dari tempat-tempat yang haram, menjaga pikiran dari bacaan-bacaan yang tidak bermanfaat, merupakan langkah-langkah memadamkan api nafsu syahwat. 3. Mencari jalan yang halal Setiap manusia tentu memiliki kebutuhan jasmaniah yang harus dipenuhi, baik makanan, pakaian, maupun pasangan. Maka semua itu dapat dipenuhi dengan menjaga diri dengan syari’at yang kuat, yakni mencari jalan yang halal atas setiap keperluan hidup. ​Inilah tiga jalan y

Buanglah sifat sombong didalam hati

Sifat sombong dan angkuh memang seringkali melekat pada orang yang memiliki kelebihan di atas orang lain. Punya harta sedikit saja tapi sikapnya bisa berubah menjadi sombong yang luar biasa. Padahal, selalu ada langit di atas langit. Belum lagi semua yang mampu dimilikinya namun sombongnya sudah melebihi lapisan langit pertama.  Tak mungkin ada yang mampu memiliki kelebihan daripada apa yang Allah SWT punyai. Oleh karena itu, kita harus menghindari sikap sombong dan angkuh dari diri kita. Menjadi rendah hati adalah sesuatu yang lebih berharga kerana dengan sifat mulia dan terpuji tersebut Allah akan menyayangi kita. Sifat ini tentu sangat tidak disukai oleh Allah, sebagimana tertulis dalam firman-Nya.  “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri.” (QS. An Nahl: 23).  Begitupun Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam pernah bersabda tentang tempat terakhir orang-orang yang menyombongkan diri. “Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah

Menjemput Rezeki dan Kebaikan

Kalau nak tangkap ayam, jangan dikejar nanti kita  penat dan ayam pun lari. Caranya, taburlah beras atau  makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang.  Begitulah rezeki, jika nak rezeki datang, bersedekahlah! Nanti rezeki akan datang menghampiri. Tambah lagi di bulan Ramadan yang ganjarannya melimpah ruah. Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya kerana kupu-kupu pasti akan terbang.  Tetapi, tanamlah bunga. Nescaya kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah. Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga akan datang seperti lebah, pepatung, dan lainnya menambah warna warni keindahan.  Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. Ketika kita menginginkan kebahagiaan dan keuntungan, maka tanamlah kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran. Maka kebahagiaan dan keuntungan akan datang sebagai anugerah langsung  dari Allah. Marilah kita menyemai kebaikan dan amal soleh di bulan yang mulia ini.

Moga Doa ini Allah dengar

اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِينَ ! أَنْتَ رَبّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبّي ، إلَى مَنْ تَكِلُنِي ؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهّمُنِي ؟ أَمْ إلَى عَدُوّ مَلّكْتَهُ أَمْرِي ؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِك عَلَيّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي ، وَلَكِنّ عَافِيَتَك هِيَ أَوْسَعُ لِي ، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِك الّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظّلُمَاتُ وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَك  أَوْ يَحِلّ عَلَيّ سُخْطُكَ، لَك الْعُتْبَى حَتّى تَرْضَى وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوّةَ إلّا بِك Allahuma Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kekurangan daya upayaku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha rahim, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Tuhan pelindungku. Kepada siapa hendak Engkau serahkan nasibku? Kepada orang jauhkah yang berwajah muram kepadaku atau kepada musuh yang akan menguasai diriku? Asalkan Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli sebab sungguh luas kenikmatan yang Eng

BANDUAN DULU DAN SEKARANG

BANDUAN DULU² A : Wei Mat kau masuk sini ape kes..?? B : Kantoi rompak bank. A : Kau pulak..?? Ape hal kau buat..? C : Gua cabul org baiii. Lu pehal tanyer² gua..? Pehal lu dok dalam ni..??? A : Bunuh orang BANDUAN 2021 A : Wei Mat kau masuk sini ape kes..?? B : Jual burger bang.  A : Haa kau pulak..?? C : Gua tak scan My Sejahtera baiii. Lu pehal tanyer² gua..? Pehal lu dok dalam ni..??? A : Aku buat bende haram. C : Cincau lu. Bende apa lu sudah bikin..??? A : Aku balik kampung.