Wednesday, 26 May 2021

Menunggu Hari Cerah

Kita ni ibarat orang yang kali pertama mengenal gajah diwaktu malam yang gelap gelita. 

Ada yang pegang belalai dan dia menganggap gajah itu panjang, ada yang pegang telinga dan menganggap gajah itu lebar dan ada yang pegang dibahagian2 lain dan bertanggapan itulah bentuk gajah berdasarkan apa yang dipegang.

Masing2 kata itulah gajah mengikut persepsi mereka dan masing2 kata pendapat orang lain adalah salah dan perlu dihukum kerana salahnya pendapat itu.

Apabila waktu telah cerah kita dapati gajah yang sebenar adalah lain dari apa yang kita anggap sebelum ini.

Tapi malangnya kita telah menghukum orang lain yang mempunyai pendapat yang separuh benar sepertimana pendapat kita juga yang tidak lah begitu benar.

Maka ada baiknya sebelum menghukum orang lain kita menunggu hari cerah bagi memastikan bagaimana rupa bentuk gajah yang sebenar.

Ini kerana jawapan yang betul masih lagi tergantung kerana kita masih didalam kegelapan.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...