Sunday 30 January 2022

Sokong untuk merosak

Seorang reformis pernah berkata:

Sebenarnya tidak ramai orang jahat di negara kita.Yang ramai ialah orang yang menyokong orang jahat.

Mereka rasuah kita sokong.
Mereka menipu kita sokong.
Mereka salah guna kuasa kita sokong.
Mereka menabur fitnah kita sokong.
Mereka dusta kita sokong.
Mereka menghasut kita sokong sokong...!

Mereka mesti di sokong lantaran mereka berkuasa, Lantaran mereka bangsa kita?

Sebahagian daripada kita pula berpegang kepada falsafah:

'Berteduh biar dibawah pohon rendang, Berpaut biar didahan yang kokoh'. Kumpulan ini sentiasa menyokong siapa berkuasa. Kononnya untuk kemudahan dan keselamatan hidup. Sebenarnya ini hidup berjiwa hamba!. Setiap kali pilihan raya menerima habuan. Kemudian undi mereka kerana telah terhutang budi.*

Akibatnya:
Sang penguasa terus berkuasa. Untuk kekal berkuasa bmereka menggunakan agama, bangsa, raja sebagai alat untuk membalut kejahatan mereka. Kerana mereka berkuasa mereka dilihat benar. Kita percaya!. Akhirnya kuasa itulah kebenaran! Apa yang mereka lakukan benar belaka!. Kejahatan terus berlaku.

Salah satu masalah negara adalah dadah, tetapi masalah lebih besar adalah rasuah dan salah guna kuasa. Jika rasuah jadi budaya, kita tidak akan berubah bahkan dadah pun tidak boleh kita atasi. Kita akan terus ketinggalan berbanding negara-negara jiran kita.

Fikir-fikirlah mungkin kenyataan ini ada kebenarannya. Bolehkah kita berubah tidak lagi menyokong kumpulan orang-orang jahat?

Friday 28 January 2022

Ubat kanser

MERAWAT KANSER dengan surah Al-Fil.

Setiap kali lepas sembahyang baca.

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Memang setiap orang tahu, “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.”

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. 

Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

SURAH AL-FIL

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]

Alamtarakai fafa’alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj ‘al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala ‘alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja’alahum ka asyfim makkul (5)

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser:

1 - Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2 - Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3 - Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

"Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu"

Nota:

1 - Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

2 - Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

3 - Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

4 - Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

“Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt”.

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah dan sertakan dengan berdoa. 

Wednesday 26 January 2022

Wajarkah kanak kanak tadika dicucuk?

Kanak kanak yang ke sekolah jadi sakit kengkadang bukan sebab kobid, besar kemungkinan ada yang sakit kerana mask muka yang tidak bertukar. Ibubapa perlu lebih beri perhatian dalam isu penukaran mask muka setiap hari. 

Berjam jam mereka memakai mask mungkin kekotoran dan peluh melekat pada mask dan apabila digunakan berkali kali dalam seminggu boleh membuatkan jangkitan kuman.

Zaman sekarang pantang ada sakit sikit  akan dituduh kerja kobid. Seolah olah kobid sudah menjadi pengganti jin pula seperti zaman dulu demam saja jumpa bomoh kerana disyaki jin mengganggu.

Tok bomoh pun ikat tangkal di perut setelah dijampi serapah...

Hanya yang kuat mampu bertahan... Yang lemah akan terus ditekan dan dinyahkan dari bumi ini...

Dos ke8 menjadi penentu sejauh mana anda kuat... 

Bagi yang selamat menempuh ujian ke 8 mohon doakan dan sedekah la fatihah sekali sekali kepada yang telah kecundang awal.

Mendabik dada konon badan kuat dari kesan sampingan bukanlah penentu pengakhiran yang baik. Ramai orang alim minta untuk tidak hidup di akhir zaman kerana dugaan dajjal terlalu kuat.

Dajjal tak perlu memaksa manusia mengikutnya. Cukup bagi dia merosakkan kepala negara maka majoriti rakyat dalam negara itu akan akur.

Wednesday 19 January 2022

Jangan undi puak puak ni

FIKIR FIKIRKAN LAH!!! 

Assalamualaikum WBT...

😂Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...

😂Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...

😂Datang amoi China, suami-suami hilang...

😂Datang ahli politik, wanita Mongolia hilang...

😂Datang polis, dadah hilang...

😂Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...

😂Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...

😂Keluarkan laporan sebenar, doktor hilang...

😂Cakap benar, keluarga hilang...

😂Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...

😂Berniaga 1MDB, berbillion duit hilang...

😂Datang investors China, tanah semakin hilang...

😂Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang...

🌻Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...



Sunday 16 January 2022

Apa malu bossku

1. Apabila Najib ditegur kerana menyalahguna kuasa dan mencuri duit Kerajaan, dia akan cuba alih perhatian dari kesalahannya dengan menuduh bahawa saya sebagai Perdana Menteri juga berbuat perkara yang sama. 

2. Semasa dia menjadi Perdana Menteri satu Royal Commission of Inquiry (RCI) ditubuh untuk menyiasat kononnya saya sembunyi kehilangan 30 billion Ringgit oleh Bank Negara. Tetapi RCI tidak dapat bukti yang saya sembunyi kehilangan ini. Bank Negara tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun Bank Negara. Adalah mustahil bank melapor kehilangan 30 billion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini. Akaun Bank Negara diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor. Jika tidak pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini. 

3. Sementara Najib didapati memasuk wang dalam akaunnya, tidak ada satu sen pun dari wang yang dikatakan disembunyi masuk akaun saya. 

4. Akhirnya Najib didapati bersalah kerana bukti menunjuk yang ia mempunyai hampir satu billion dalam akaunnya. Dan dia dihukum penjara 12 tahun dan denda 210 juta Ringgit. 

5. Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilaku oleh Najib dengan kononnya saya sembunyi kehilangan duit Bank Negara sebanyak 30 billion Ringgit. 

6. Dia merayu kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court) tetapi Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib bersalah dan hukuman jail 12 tahun serta denda 210 juta yang dikena kepada Najib diteruskan. 

7. Sekarang Najib cuba burukkan nama saya kerana semasa dalam parti lawan saya menolak projek Forest City di Johor. Projek ini bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah. 

8. Perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China. Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura. 

9. Saya telah lawat projek ini. Pekerjanya kebanyakan dari China. Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan. Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina. Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai dua puluh. Mereka adalah pelancong yang ingin lihat taman yang cantik yang sudah siap dibina.

10. Seperti biasa jika projek ini ditamatkan oleh Kerajaan PH ganti rugi beberapa billion Ringgit perlu dibayar. Kerana Najib telah hutang berbillion Ringgit, Kerajaannnya terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak dua billion untuk bayar faedah hutang. Yang mampu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah menasihat Country Garden supaya rumah kos rendah yang boleh dibeli oleh orang Melayu dan Cina Malaysia perlu disediakan. Country Garden akur.

11. Zuraida Kamaruddin, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan majlis perasmian Dasar Komuniti Negara pada 17 Februari 2019. Saya dijemput untuk sampaikan sijil kepada antara lain Forest City kerana mengubah perancangan mengikut kehendak Kerajaan Malaysia. Ia bukan pengiktirafan projek Forest City yang telah pun dilulus oleh Kerajaan Najib Razak. 

12. Berkenaan dengan projek Keretapi Pantai Timur, sekali lagi ia tidak dapat ditamat kerana perjanjian telah dibuat. Yang boleh ialah mengurang kos projek. Kerajaan PH dapat selamatkan 20 billion Ringgit melalui rundingan dengan pihak kontraktor. 

13. Hasil dari pemerintahan Kerajaan Najib hutang negara melebihi satu trillion Ringgit. Masih ada tuduhan yang Najib telah seleweng berbillion Ringgit lagi dari wang 1MDB. Najib juga dapat 150 million Ringgit yang dirampas di Pavillion yang dipercayai milik 1MDB. 

14. Tetapi mahkamah buat keputusan untuk beri balik kepada Najib wang ini dan lain-lain barang kerana orang ramai diberitahu Kerajaan tidak dapat bukti yang duit ini duit 1MDB, iaitu duit Kerajaan. 

15. Tentulah jelas Najib memiliki berbillion Ringgit. Tetapi Najib masih buat permohonan supaya dihadiah tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta. Najib sendiri pilih tanah ini. 

16. Selain dari membeban Kerajaan sekarang dan akan datang dengan hutang berbillion Ringgit apakah yang dilakukan oleh Najib yang melayakkannya diberi hadiah RM100 million Ringgit. 

17. Perdana Menteri lain tidak diberi hadiah oleh Kerajaan sebanyak ini. Hingga sekarang Kerajaan belum batal keputusan Kabinet untuk memberi hadiah ini. Najib kononnya tolak tetapi ia tetap akan terima akhirnya. 

18. Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Najib tidak malu dan ramai penyokongnya tidak malu apabila disogok, apabila didapati bersalah. Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, “Apa perlu malu, (Najib) boss kita.” Dengan itu diciumlah tangan Najib, pencuri Melayu Islam. 

*DR MAHATHIR BIN MOHAMAD*
6 Januari 2022

Friday 7 January 2022

Badi Mahathir Melekat Kepada Anwar


Riuh rendah keadaan Parti Pakatan Harapan sebaik sahaja keputusan PRN Melaka diumumkan minggu lepas. Suara suara dari PKR dan Dap begitu lantang menyalahkan Anwar punca kepada kekalahan mereka.

Suara suara akar umbi didalam PKR juga semakin berani meminta Anwar melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada Rafizi naib presiden untuk menjadi nahoda kepada parti tersebut.

Agak logik juga cadangan itu kerana Rafizi sudah terbukti kehebatannya pada PRU lepas. Walaupun tidak boleh bertanding semasa itu namun kerja kuatnya telah menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan.

Berbalik kepada Anwar yang dilihat seorang yang panas baran apabila keluar dari penjara pada 2018 dan angan angannya untuk menjadi PM sudah tidak terbendung lagi hingga banyak membuat kerosakan kepada partinya sendiri dan berakhir dengan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas Mahathir merajuk berok kerana acapkali didesak oleh orang orang Anwar untuk melepaskan jawatan.

Anwar ibarat singa tua yang tidak bergigi. Sejarah panjangnya hanya disekitar keberanian melawan kerajaan selepas dipecat di era Mahathir. Kalau semasa mudanya Anwar kerap menyuruh Mahathir meletak jawatan kini badi Mahathir sudah mula melekat kepadanya apabila penyokong penyokongnya sendiri pula mahu Anwar meletak jawatan.

Nampaknya dosa dosa lampau Anwar sudah mula diberi hukuman. Belum lagi dalam sejarah negara ini ada sesiapa yang mampu menjatuhkan Mahathir kecuali Muhyidin. Muhyidin akan dikenang sebagai legenda yang mampu menjatuhkan dua ekor singa tua yang tidak bergigi dan berkuku.

Namun begitu kehebatan Muhyidin terpadam begitu sahaja kerana dijatuhkan pula oleh Zahid Hamidi yang tidaklah begitu bijak malah dalam keadaan bermasalah dengan kes kes mahkamahnya. Betapa lemahnya Muhyidin kerana dengan mudahnya terjatuh dari singgahsana.

Malah yang paling kelakar ialah Zahid yang berjaya menjatuhkan Muhyidin tapi gagal untuk menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya Ismail Sabri betul betul mempunyai tuah didalam badannya manakala Anwar dan Zahid perlu mandi bunga selepas ini.


Tuesday 4 January 2022

Sukar untuk perbetulkan Melayu


Agak menghairankan juga kenapa mereka tidak mahu tinggal di negara China yang sudah tentu amalkan komunis tetapi sebaliknya mahu kekal tinggal di dalam negara ini dan memaksa negara ini menerima komunis.

Sebenarnya bukanlah niat mereka mahu amalkan ajaran komunis semata mata tetapi sebaliknya mahu menjajah.

Nampaknya seolah olah malaysia menjadi rebutan diantara Amerika dan China.

Ironiknya kedua dua paksi tersebut adalah dibawah kawalan satu kuasa disebalik tabir yang lebih tinggi dimana zionis dan freemason juga adalah dibawah telunjuknya.

Seluruh orang politik hanyalah sebagai bidak bidak catur bagi tangan ghaib ini.

Agak menghairankan juga seolah olah tangan ghaib ini mahu menjadikan negara ini sentiasa didalam ketegangan.

Lepas satu persatu mereka timbulkan isu dengan menggunakan bidak bidak catur untuk menaikkan kemarahan umat Islam.

Isu itu datang bertali arus tanpa henti sebelum sempat isu pertama diselesaikan datang pula isu kedua ketiga dan seterusnya.

Disamping menjadikan ahli politik yang rendah akhlak sebagai pemimpin, mereka juga telah merosakkan institusi agama islam dengan mencari dan mencipta kepincangan kepada agama ini dengan melahirkan ustaz ustaz selebriti yang megejar dunia.

Sudah pastilah ustaz yang mengejar dunia ini akan tenggelam dengan populariti dan akhirnya akan melakukan kesalahan yang berbeza dengan kehendak agama.

Akhirnya mereka akan terus mengatakan agama islam tidak benar hanya kerana terdapatnya ustaz ustaz selebriti yang telah menyimpang dari ajaran agama.

Malah mereka juga menderma dan memberi peruntukan wang ringgit yang banyak kepada satu dua sekolah agama secara terpilih untuk mengaburi mata seluruh umat Islam kononnya mereka bukanlah musuh Islam.

Satu lagi modus operandi mereka ialah menyajikan sebanyak mungkin pertandingan hiburan bagi melalaikan umat Islam dan menjadikan umat Islam seolah olah  dipaku diponggong sendiri dan tidak bangkit untuk berjuang apabila panggilan jihad diseru.

Umat islam lebih suka memenuhkan dewan dewan hiburan dan stadium dari memenuhkan masjlis majlis ilmu yang menceritakan tentang kedatangan dajjal di akhir zaman.

Antara sebab umat melayu gagal mengislamkan bukan melayu walaupun mereka sudah ratusan tahun berada ditanah melayu adalah kerana akhlak umat melayu itu sendiri.

Akhlak yang buruk sukar untuk mendekatkan bukan Islam kepada Islam.

Kita juga gagal membentuk anak anak kita untuk menjadi Islam yang baik.

Apabila anak anak kita terpengaruh dengan budaya bukan Islam, akhirnya kita marah kepada bukan Islam diatas budaya buruk anak anak melayu tersebut.

Ini amat jauh berbeza dengan golongan mualaf yang bekerja keras membawa orang bukan Islam untuk mengenali Islam.

Malah mualaf yang baru setahun menjadi Islam sudah mampu berhujah dengan orang bukan Islam.

Ilmu mereka mengatasi ilmu kita yang hanya islam kerana baka.

Kita hanya tahu marah dan maki hamun tetapi tidak mahu berdakwah dan bersusah payah sedikit kerana agama.

Kita sudah mempunyai terlalu ramai musuh disekeliling kita.

Kita bukan sahaja bermusuh dengan orang bukan Islam yang benar benar mahu menghapuskan Islam malah kita juga bermusuh dengan orang bukan Islam yang telah salah faham akan Islam kerana sikap buruk kita.

Dan lebih menyesakkan ialah kita juga mempunyai musuh dengan orang Islam yang berjiwa kafir.

Satu penyelesaian perlu dilakukan sebelum masalah ini menjadi begitu kronik.

Satu usaha dakwah perlu dipergiatkan agar pendakwah pendakwah dapat bergerak dan mendekati orang orang bukan Islam.

Kita perlu memberi sokongan kepada pendakwah pendakwah ini.

Sekiranya kita tidak mahu berdakwah pun tidak mengapa, asalkan kita jangan menghalang atau kondem orang yang mahu berdakwah.

Kita pernah diberi kuasa berkali kali oleh Allah swt namun kita telah lalai dan tidak bersyukur atas nikmat kuasa yang Allah berikan kepada kita.

Pemimpin kita telah alpa dan tenggelam dengan kemewahan hingga lupa untuk mengangkat syiar Islam.

Manakala salah pengikut pengikut mereka pula ialah sentiasa mengampu dan menggalakkan lagi pemimpin membuat onar.

Akhirnya bangsa ini terjatuh ke jurang yang dalam dan cubaan untuk merangkak keluar adalah begitu perit.

Bagi yang telah menggadaikan agama keperitan itu tidak dikenakan kepada mereka.

Sekularisma digunakan untuk memisahkan politik dan agama. Ia telah berjaya dan umat Islam menjadikan politik sebagai wadah nombor wahid untuk menegakkan Islam dan menjadikan Alquran sebagai pilihan kedua.

Liberalisma pula menjadikan pemikiran umat Islam begitu terbuka dan mencampur adukkan cara hidup songsang didalam budaya Islam.

Mereka telah berjaya 99% dan menunggu 1% sahaja lagi untuk menjadikan seluruh dunia dibawah satu pentadbiran dibawah satu pemimpin yang mereka tunggu sekian lama.

Orang melayu sebenarnya bukan tidak mahu bangkit tetapi sebenarnya tidak mampu untuk bangkit.

Tulang belulang umat melayu sudah mereput akibat terlalu lama menikmati toksid yang disaji oleh musuh musuh Islam.

Sunday 2 January 2022

Warganegara Malaysia yang dihormati

 Elok ditegaskan! 


*Maaf... Bukan politik... Utk sama2 kita fikirkan*


*Warganegara Malaysia yang dihormati*


Anda diminta untuk membaca mesej ini dan mengemukakannya kepada sekurang-kurangnya dua puluh orang dalam senarai kenalan anda. Sebaliknya meminta setiap daripada mereka melakukan perkara yang sama. Tolong.


Dalam masa tiga hari, kebanyakan orang di Malaysia akan mempunyai mesej ini.


Setiap warganegara di Malaysia sepatutnya menaikkan suara untuk: MEMBACA "Akta 2018".


*01*

a) Had umur harus diperkenalkan kepada Ahli Parlimen da ADUN (dari 40 hingga 60).

b) Ahli Parlimen TIDAK sepatutnya mendapat pencen kerana ia BUKAN pekerjaan tetapi pemilihan di bawah akta perwakilan rakyat, ia tidak bersara dengan bar pengambilan semula tetapi mereka boleh dipilih semula ke kedudukan yang sama sekali lagi, .. dan sebagainya. (Pada masa ini, mereka mendapat pencen selepas 5 tahun perkhidmatan).


*02.*

Bayaran kepada ahli parlimen dan ADUN perlu disemak semula sejajar dengan Suruhanjaya Pusat Bayar.

(Pada masa ini, mereka meningkatkan / menaikkan gaji mereka sewenang-wenangnya dengan mengundi sendiri).


*03.*

Ahli parlimen dan ADUN harus kehilangan sistem penjagaan kesihatan semasa mereka dan mengambil bahagian dalam sistem penjagaan kesihatan yang sama seperti orang awam di Srilanka.


*04.*

Semua konsesi (keistimewaan) seperti perjalanan percuma, barang dapur, elektrik, air, bil telefon perlu dihapuskan.


(Mereka bukan sahaja mendapatkan konsesi ini tetapi mereka juga kerap meningkatkannya - berani dan Tanpa malu.)


*05.*

Ahli Parlimen dan ADUN dengan rekod yang tercemar, tuduhan jenayah & sabitan, masa lalu atau sekarang patut diharamkan secara terus dari parlimen dan BERTANDING pilihan raya atas sebarang alasan atau yang lain.


*06.*

Kerugian Kewangan yang ditanggung akibat ahli politik yang berkuasa, mesti dipulangkan dari harta mereka, keluarga mereka, 'peminjam', calon ', harta benda.


*07*

Ahli parlimen sepatutnya berlaku adil dengan MEMATUHI SEMUA UNDANG-UNDANG yang dikenakan ke atas orang awam.


*08*

Tiada lagi peruntukan subsidi seperti LPG oleh rakyat melainkan semua subsidi yang disediakan kepada AHLI PARLIMEN dan MLA ditarik balik termasuk makanan bersubsidi di kantin Parlimen.


*09*

Apabila mereka dipilih, mereka HARUS kekal dalam parti yang sama jika tidak, mereka harus meninggalkan politik.


*10*

Mereka TIDAK dibenarkan bertanding dari pihak lain dan di samping itu, keupayaan untuk MENYEBERANG harus DIMANSUHKAN.


                 INGATLAH

*BERKHIDMAT SELAKU AHLI PARLIMEN DAN ADUN ADALAH PENGHORMATAN, BUKAN KERJAYA YANG MENGUNTUNGKAN KERANA ROMPAKAN.*


🔴

Jika setiap orang menghubungi sekurang-kurangnya dua puluh orang, maka hanya akan mengambil masa tiga hari untuk kebanyakan orang di Malaysia menerima mesej ini


Tidakkah anda fikir ia adalah masa untuk BANGKITKAN isu ini? bersetuju & kongsi, untuk faedah kami dan untuk generasi masa depan 👍

Saturday 1 January 2022

Kena banyak sabar sekarang ni

Umat Islam yang beriman hari ini bukan sahaja perit dalam hal dunia malah untuk menjalankan ibadah juga terasa begitu perit. Kita bukan tertindas dengan golongan bukan Islam malah dengan golongan yang beragama Islam juga.

Golongan liberal ini sememangnya begitu sakit hati apabila ada umat Islam yang mengamalkan agama. Bagi mereka urusan agama adalah urusan personal.

Yang lebih menakutkan muncul pula golongan agama yang sudah mula berkempen perkara perkara khurafat. Ajaran ajaran jahiliah dimasukkan sedikit demi sedikit dalam ceramah ceramah agama.

Hadis hadis palsu disebarkan sewenang wenangnya dan mereka mengwahabikan orang yang menegur kekhurafatan yang mereka amalkan.

Ustaz ustaz lahir bagai cendawan tumbuh malah ajaran ajaran makrifat mula mendapat tempat dihati masyarakat kerana ingin mencari jalan shortcut ke syurga.

Tok tok guru mereka mengajar kononnya bagaimana mahu mengenal Allah seolah olah sebelum ini mereka langsung tidak mengenal Allah walaupun usia sudah tua bangka.

Sebenarnya apabila sudah mengenal Allah sepatutnya hati lebih takut untuk meninggalkan solat namun ajaran mereka ini menjadi terbalik pula makin kenal makin meninggalkan solat pula.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

(A-li'Imraan 3:200)

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...